16 November 2009

Pilihan raya kecil di Kota Seputeh!

Ini berita baru aku terima! Pilihan raya kecil bakal diadakan di Kedah tidak lama lagi berikutan keputusan mahkamah mengesahkan kerusi DUN Kota Seputeh dikosongkan berikutan kegagalan wakilnya, Datuk Abu Hassan Sarif hadiri sidang DUN dua kali berturut-turut.

Wow! Nampaknya usaha puak2 pembangkang terutama di Kedah nak adakan pesta pilihan raya kecil di negeri itu bakal tercapai. Setakat ini aku belum dapat pastikan sama ada Abu Hassan akan membuat rayuan memandangkan SPR sebelum ini mengesahkan beliau masih wakil rakyat kawasan itu.

Apa pun keputusan mahkamah, aku percaya Abu Hassan dan para pemimpin BN bersikap matang dan tidak cepat mempertikaikan keputusan yang telah dibuat oleh yang arif dalam undang-undang. Tidaklah macam puak2 sana, bukan takat keputusan mahkamah, keputusan sultan pun diorang sanggah kalau membabitkan pihak mereka.

Pun begitu, andai pilihan raya kecil perlu diadakan Abu Hassan patut disalahkan. Ini kerana sebagai ADUN beliau sepatutnya tahu peraturan dan undang-undang persidangan. Nampaknya kerana sikap sambil lewa beliau kini rakyat terpaksa membuat pemilihan wakilnya yang baru.

Tahu sajalah setiap kali pilihan raya kecil diadakan, berjuta-juta wang diperlukan untuk menampung kos. Itu belum lagi perbelanjaan oleh parti-parti yang bertanding.

Dan aku harap Abu Hassan tidak dicalonkan semula untuk bertanding di Kota Seputeh nanti sebagai hukuman oleh parti atas sikap beliau.

15 November 2009

Khalid dah ketakutan... Terpaksa minta bantuan Anwar!

Nampaknya Khalid Ibrahim dah ketakutan dengan perang psikologi yang dimainkan Najib yang melancarkan usaha merampas kembali Selangor ke tangan BN pada PRU-13 nanti. Atas ketakutan itulah maka Khalid terpaksa meminta bantuan Anwar dengan upah RM1.

Walaupun dengan upah sebanyak itu Anwar dilantik sebagai penasihat ekonomi negeri tetapi pada dasarnya Anwar diminta menjadi perancang untuk mempertahankan Selangor dari jatuh ke tangan BN. Maklumlah siapa yang nak lepaskan negeri yang kaya-raya dengan hasil hutan, cukai industri dan pelabuhan ini.

Maka sebab itulah apabila ditanya pelantikan beliau sebagai penasihat ekonomi, Anwar tak memberikan alasan ekonomi beliau menerima tawaran itu sebaliknya atas dasar mahu memperkuatkan pakatan pembangkang Selangor dan memastikan Selangor terus kekal di bawah pemerintahan pembangkang.

Jadi betullah kata Rais Yatim pelantikan Anwar sebagai penasihat ekonomi hanyalah gimik semata-mata walhal Anwar mahu menjadi penasihat negeri Selangor. Biasalah Anwar mana nak jawatan yang lebih rendah. Dia cuma mahu jawatan yang tertinggi. Kalau dalam parti dia tidak mahu sama dengan Hadi Awang atau Lim Kit Siang sebagai presiden parti, tetapi Penasihat. Kalau boleh dia nak jadi Agong tetapi tak boleh sebab dia bukan keturunan raja.

Di Selangor, oleh kerana sudah termaktub Khalid sebagai MB (sebab Anwar tak bertanding pada PRU-12 dan kalau bertanding dia takkan keluar dari Permatang Pauh) maka Anwar tidaklah boleh jadi MB Selangor. Lagipun apa kelas jadi MB, Anwar nak jadi Perdana Menteri-lah, nak duduk Putrajaya.

Sekarang ini Anwar secara rasmi akan menjadi tok dalang pemerintahan kerajaan pembangkang di Selangor dengan Khalid Ibrahim sebagai bonekanya. Maka segala keputusan yang dibuat selepas ini adalah buah fikiran Anwar sebagai penasihat dan Khalid akan melaksanakannya.

Kepada rakyat Selangor, bersiap sedialah  memandangkan Anwar punya rekod buruk ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri dulu, termasuk amalan kronisme, nepotisme malah politik wang dalam UMNO/kerajaan BN, hampir semuanya digerakkan oleh beliau. Kita masih ingat banyak syarikat korporat yang tumbuh bagai cendawan di zaman beliau menjadi Menteri Kewangan dan TPM tetapi kemudian serta-merta mati selepas pemecatannya. Antaranya Abrar Finance!

Kita tengok siapa yang bakal menerajui syarikat-syarikat milik kerajaan Selangor selepas ini!

14 November 2009

Selangor For Sale?

Selangor For Sale! Itulah pertama yang terlintas dalam benak fikiran aku bila dapat tahu Anwar Ibrahim dilantik sebagai penasihat ekonomi negeri Selangor, berkuat-kuasa serta merta. Bukan terkejut dengan pelantikan itu tetapi macam-macam bermain dalam fikiran. 


Mungkin Selangor ambil semangat Kemboja yang lantik bekas PM Thailand, Thatsin sebagai penasihat ekonomi negara itu maka Selangor pun nak lantik juga penasihat ekonomi, siapa lagi kalau bukan de facto mereka si Anwar.

 "I believe that he can help the state government”s development agenda and his qualification is unquestionable,” - kata Khalid Ibrahim berhubung pelantikan Anwar itu. 

Lantas aku tertanya-tanya juga di mana hebatnya Anwar pasal ekonomi ini? Bukankah kerana dialah Malaysia hampir-hampir tergadai kepada IMF ketika krisis ekonomi tahun 1997 dulu kalau bukan langkah segera Dr. Mahathir membuat keputusan menolak bantuan IMF? Kalau ikutkan nasihat 'bijaksana' Anwar, dia mahukan Malaysia meminjam dengan IMF bagi mengatasi krisis ekonomi tetapi nyata Mahathir mempunyai pendekatan yang berbeza dan lebih berkesan. 

Lagi pun setahu aku Anwar cuma belajar Sastera Melayu sahaja masa kat Universiti Malaya dulu, bukannya lulusan ekonomi pun. Dia bukannya pandai sangat pasal ekonomi, kecuali belajar dari buku. Itupun orang lain yang bacakan buku-buku untuknya. Dia tukang dengar saja. Cuma kelebihannya ialah, dia pandai cakap... Pandai cakap belum tentu pandai buat!

Dia nampak pandai dalam ekonomi sebab berkawan dengan pakar-pakar ekonomi berbangsa Yahudi yang bernaung di bawah pertubuhan-pertubuhan kewangan dunia. Kalau tidak, haram dia tak tau apa-apa pun. 

Jadi Selangor tak usah bimbang kalau mengalami masalah ekonomi sebab nantinya penasihat ekonomi negeri Selangor akan mencadangkan cara mudah untuk selesaikan masalah. Serahkan negeri kepada rakan-rakannya di luar negara sana. Nantinya dia akan ke Amerika Syarikat dan menggantungkan papan tanda berbunyi "Selangor For Sale!".

13 November 2009

Baik jual negara je...!

DAP tak puas hati sebab kerajaan tak mahu jual pasir kat Singapura. Ngeh nak pasir-pasir yang dibawa arus banjir dijual kat negara jiran sebab katanya boleh dapat untung. Siapa untung tak taulah. Aku ingat dialah yang untung sebab dia akan jadi taukeh pasir dari Perak.

Dahlah masa diorang perintah Perak sekejap habis tanah-tanah kampung baru dibahagikan kepada puak2 mereka dengan berleluasa ini pasir pun disuruh jual kat sekutunya DAP... "ciPAP". Cait... bayangkan kalau DAP perintah negara, bukan setakat pasir silap2 negara pun diorang lego kat negara jiran.

Memang terang lagi bersuluhlah ke arah mana nak di halanya dasar DAP ni. Mereka hanya tau nak untung tetapi tak sedar diuntung. Mereka hanya tau nak jual pasir kepada negara jiran sebab nak dapat untung tetapi taukah mereka pasir-pasir itu digunakan untuk "memperluaskan" negara mereka yang akhirnya menyulitkan negara kita.

Mereka tidak mahu berkompromi soal pembinaan jambatan sehinggakan mereka berkerat rotan mengenainya jadi buat apa Malaysia terhegeh-hegeh nak bagi pasir mudah-mudah kat mereka? Tidak cukupkah "penguasaan" mereka terhadap beberapa kawasan di Selat Tebrau, pulau-pulau di Johor dan beberapa tanah di negeri itu.

Cukuplah mereka "menguasai" Pulau Batu Putih yang akhirnya menjadi milik mereka. Cukuplah mereka meletakkan orang-orang mereka di Pulau Pisang, di kawasan tangki air simpanan milik negara mereka di Kota Tinggi & Johor Bahru. Cukuplah mereka bebas keluar masuk ke Malaysia, memandu kereta mereka di lebuh raya kita yang diumpamakan litar F1, memiliki rumah dan hartanah dan bangunan-bangunan strategik di Johor, Melaka dan KL. Cukuplah memberi muka kepada mereka sedangkan hati mereka menyimpan sejuta dendam kesumat.

Pasir oh pasir... Kerana pasir jugalah Pak Lah batal bina jambatan bengkok. Janganlah ungkit pasal pasir lagi. Cukuplah apa yang mereka ambil dari kita sebelum ini dan janganlah diberikan waima sebutir pasir kepada mereka.

Jangan... jangan...!

12 November 2009

Nik Aziz makan rasuah! (Updated!)

TERKINI:
KOTA BHARU 12 Nov. - Menteri Besar, Datuk  Abdul Aziz Nik Mat  hari ini membatalkan hasratnya  menunaikan ibadat haji ekoran  berita penajaannya  ke Mekah disiarkan pihak media . Berita tersebut  diumumkan semasa beliau menyampaikan kuliah  mingguan di sini hari ini. - Utusan Online, 13 November 2009.

Alhamdulillah... Terima kasih kepada pihak media kerana dengan pendedahan tersebut telah menyedarkan Nik Aziz bahawa menerima pemberian berupa tajaan termasuk ke Mekah boleh dikategorikan rasuah lebih2 lagi pemberinya adalah orang yang telah banyak mendapat kekayaan dari tandatangan Nik Aziz selaku MB. Aku doakan hasrat beliau untuk menunaikan fardhu haji akan tertunai pada tahun2 akan datang, dengan hasil duit titik peluh sendiri.



POS ASAL:
Orang Pas nak marah aku marahlah tapi aku nak juga cakap juga... Nik Aziz makan rasuah. Nik Aziz pergi Mekah orang sponsor. Apa lagi namanya tu kalau bukan rasuah. 

Weih, Nik Aziz... siapa yang nak kasi duit mudah-mudah suruh pergi Mekah kalau bukan ada udang disebalik mee. Apatah lagi yang ditaja itu seorang bertatus Menteri Besar, orang yang boleh membuat keputusan. Nik Aziz boleh luluskan projek, Nik Aziz boleh luluskan balak, Nik Aziz boleh luluskan tanah jadi penaja Nik Aziz pergi Mekah telah cuba membeli jiwanya.

Sekarang dia boleh kata tajaannya ikhlas tetapi kalau dihulurkan "surat permohonan" selepas ini apakah Nik Aziz boleh menepisnya? Nanti akan berkatalah hatinya, dah kasi pergi Mekah free takan inipun tak boleh tolong? Maka nak tak nak tergadailah budi Nik Aziz kepada si penajanya ke Mekah.

Oh tak apa sebab mereka taja Nik Aziz, seorang Tok Guru Pas. Ini bukan rasuah. Lainlah yang ditajanya orang UMNO, itu rasuahlah. Maklum segala yang haram boleh jadi halal ditangan Pas tetapi yang halal boleh jadi haram bila kena pada UMNO. Gitulah....

Eloklah, mula2 ditaja ke Mekah selepas ini mungkin ke Eropah, Amerik, Jepun, China, Bangkok, Medan, Jakarta, Bandung, Moscow dan paling-paling koman ke Hyattyai janji "masyuuuuukkkkkkkkkkk..............!!!"