KUALA LUMPUR 31 Julai - Penasihat Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan beliau akan bertanding di kawasan Parlimen Permatang Pauh yang dikosongkan oleh isterinya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berkuat kuasa hari ini.
Pengumuman dibuat pada sidang akhbar di ibu pejabat parti itu di sini sebentar tadi.
MESIN TAIP BURUK:
Ya! Wan Azizah berkorban lagi demi suaminya yang tercinta walaupun (aku pasti) dia tahu siapa suaminya. Demi masa depan dan maruah diri dan anak-anak, Wan Azizah sedia berkorban untuk suaminya. Selepas sekian banyak pengorbanan Wan Azizah, kini untuk kesekelian kalinya dia berkorban lagi dengan melepaskan kerusi Parlimen Permatang Pauh untuk diisi oleh suaminya, Anwar Ibrahim.
Maka tersenyumlah Anwar kerana hajatnya untuk mendapatkan satu kerusi untuk diisi telah diperoleh kerana sejak sekian lama selepas bebas dari larangan bertanding dalam pilihan raya, tetapi tiada siapa yang mahu berkorban untuk Anwar, waima penyokong kuatnya termasuk Khalid Ibrahim, Teresa Cock ataupun lain-lain sahabat karibnya yang mempunyai dua kerusi Parlimen dan DUN. Sebab itulah mahu tidak mahu, Wan Azizah menjadi korban.
Namun, persoalan2 yang timbul ialah:
1. Layakkah Anwar bertanding?
Ya! Anwar memang layak bertanding pada pilihan raya kecil Permatang Pauh nanti kerana dia sudah bebas dari hukuman yang melarang beliau bergiat secara langsung dalam politik selepas bebas dari penjara angkara salah laku 10 tahun dahulu. Namun perlu diingat, pada masa kini beliau sedang disiasat berhubung dakwaan terbaru dan beliau sehingga kini menggunakan segala macam cara untuk mengelak daripada didakwa oleh pihak berkuasa.
Yang menariknya, pengumuman Wan Azizah untuk mengosongkan kerusi Permatang Pauh dibuat beberapa jam selepas Syed Hamid mengumumkan bahawa kertas siasatan berhubung kes Anwar sudah selesai dan telah diserahkan kepada pejabat Peguam Negara (baca!). Ini bermakna, dalam tempoh terdekat Anwar akan ditahan dan kemudiannya dihadapkan ke mahkamah berhubung kes tersebut (jika terbukti bersabit dengan laporan Saiful) atau kes ditutup jika tiada bukti jelas untuk disabitkan.
Jika terbukti dan dia ditahan serta dihadapkan ke mahkamah, dia masih boleh menjadi calon pada pilihan raya kecil yang akan diadakan selewat2nya 60 hari selepas kerusi itu dikosongkan secara rasmi (selepas SPR menerima surat pengesahan dari Speaker). Dalam tempoh itu, beliau akan dihadapkan ke mahkamah dan proses perbicaraan mungkin akan memakan masa (kerana ia kes profail tinggi).
Tetapi, jika dalam tempoh tersebut mahkamah menjatuhkan hukuman ke atas Anwar waima dipenjara 3 bulan, beliau tidak lagi layak untuk menjadi calon, seterusnya terkuburlah hasrat untuk bertanding, menang dan menjadi PM.
Jika dia sempat bertanding dan menang tetapi akhirnya mahkamah memutuskan Anwar bersalah dan dihukum, maka hak dia sebagai MP akan dilucutkan dan kerusi MP Permatang Pauh perlu dikosongkan.
2. Kenapa sekarang?
Ya! Kenapa Wan Azizah mengosongkan kerusi MP pada hari ini (31 Julai 2008) seolah-olah satu keputusan yang tergesa-gesa sedangkan sebelum ini Anwar pernah menyatakan hasrat untuk bertanding di Bandar Tun Razak (jika Khalid Ibrahim mengosongkannya) dan kemudian beralih ke Kulim Bandar Baru. Yang menarik, ada beberapa perkara/peristiwa yang berlaku pada hari yang sama hari ini. Sama ada ia hanyalah kebetulan atau sebaliknya:
- Media melaporkan Saiful Bukhari Azlan sedia bersumpah depan Al-Quran (baca!)
- Syed Hamid umum kertas siasatan ke atas Anwar sudah selesai.
- Pas memutuskan menolak kerjasama dengan UMNO (baca!)
Ini kerana, jika beliau ditahan dalam tempoh terdekat, sudah pasti apa yang diprovokasikannya selama ini iaitu semua tuduhan ke atasnya adalah konspirasi untuk menjatuhkannya akan dipercayai dan masyarakat akan mengiyakannya. Maka seluruh dunia akan mengutuk kerajaan Malaysia, terutama dari US, UK dan Israel kerana menangkap Anwar kerana politik. Malah, mungkin tindakan lebih besar dilakukan oleh negara-negara terbabit terhadap negara, termasuk menarik balik pelaburan di Malaysia atau jika perlu menyerang Malaysia sepertimana mereka menyerang Iraq, Iran dan Afghanistan.
Secara tidak langsung dia dapat menutup kesalahannya atas tuduhan yang dilakukan ke atas Saiful Bukhari. Itulah yang diinginkan oleh Anwar. Sebab itulah, Wan Azizah diminta mengorbankan kerusi MP Permatang Pauh dengan segera memandangkan tiada MP bauik dari PKR sendiri, Pas atau DAP yang sudi melepaskan kerusi mereka dengan serta merta.
3. Mampukah Anwar menang besar?
Soalan ini wajar dikemukakan jika Anwar benar2 berjaya bertanding di Permatang Pauh. Dan jawapan yang aku boleh berikan ialah 50:50 walaupun aku percaya ramai yang beranggapan telaah aku salah sama sekali.
Ramai percaya bahawa Permatang Pauh adalah kubu kuat Anwar kerana itulah kampung halamannya. Kenapa Permatang Pauh? Ini kerana Anwar lebih yakin beliau akan menang besar jika bertanding di Permatang Pauh berbanding Bandar Tun Razak, Kulim Bandar Baru, Gombak atau lain-lain kawasan yang diduduki PR sekarang. Ini menunjukkan bahawa beliau sendiri sedar bahawa sokongan ke atasnya tidak lagi seperti tahun 1998 dahulu.
Beliau sedar segala provokasi ke atas kerajaan oleh beliau tentang beliau tidak disambut oleh rakyat sepertimana tahun 1998. Tiada laungan reformasi, tiada rusuhan di Kampung Baru, Dataran Merdeka dan tiada langsung perhimpunan di Masjid Negara. Yang ada hanyalah kumpulan2 penyokong kuat PKR, puak2 Pas dan segelintir anak2 muda yang mencari 'hiburan' dengan mendengar cerita2 dongeng Anwar.
Walaupun tsunami politik melanda pada PRU12 lalu dan menyaksikan 5+1 negeri jatuh ke tangan pembangkang, namun selepas 5 bulan berlalu, rakyat kini boleh menilai yang mana intan dan yang mana permata terutama di negeri2 di bawah pembangkang. Lebih spesifik lagi apa yang dilakukan oleh kerajaan Selangor, Perak dan Pulau Pinang. Aku percaya, tsunami yang melanda di PRU-12 tidak berulang di Permatang Pasir. Yang ada hanyalah gelombang biasa yang telah dirasai oleh Anwar sejak sekian lama. Harus diingat pada PRU-10 (2004) Wan Azizah ketika itu hanya menang dengan majoriti 500++ undi sahaja!
Banyak juga beranggapan bahawa pemilihan UMNO yang sedang berlangsung dan perasaan tidak senang orang2 UMNO terhadap kepimpinan Pak Lah boleh memangkan Anwar dengan mudah. Tetapi perlu diingat, peralihan kuasa 2010 yang diumumkan oleh Pak Lah baru-baru ini boleh meredakan banyak hati rakyat. Pemilihan UMNO memang berlaku, tetapi ia tidak akan membawa sehingga mereka yang tewas akan beralih arah dengan menyokong Anwar. Aku percaya, sikap tidak mempercayai Anwar masih menebal di kalangan orang2 UMNO/BN walaupun pada masa sama masih tidak senang dengan kepimpinan pemimpinnya masa kini. Malah sikap dolak dalik Anwar untuk disiasat berhubung tuduhan ini menambah ketidakyakinan rakyat terhadap Anwar.
Dan aku percaya jika Anwar mengalami kekalahan atau majoritinya merosot pada pilihanraya kecil ini, sudah pasti dia akan menyalahkan kerajaan/BN dan mendakwa BN menggunakan pelbagai cara dan helah termasuk pengundi hantu untuk mengalahkannya.
Kesimpulan:
Apapun jawapan sebenar dari persoalan2 di atas, yang menjadi mangsa adalah Wan Azizah, anak-anaknya, rakyat yang tidak mengerti apa2 dan negara sendiri.
Bacaan Lain:
