
Esok 1 Syawal dan menandakan seluruh umat Islam di negara ini (dan sebahagian besar umat Islam di negara2 lain) akan menyambut Hari Raya Aidilfitri, iaitu hari kemenangan selepas sebulan menjalankan ibadah puasa di bulan Ramadan.
Bulan Syawal bersamaan bulan Oktober dalam kalendar Masihi bukan sahaja merupakan bulan yang ditunggu2 oleh umat Islam untuk meraikan Aidilfitri tetapi juga akan ditunggu2 oleh sebahagian besar ahli UMNO dan seluruh rakyat. Ini kerana pada bulan inilah Pak Lah berjanji untuk memutuskan samada beliau akan mempertahankan kerusi Presiden UMNO pada PAU Mac tahun depan atau sebaliknya. Ini diperakukan sendiri oleh beliau selepas mesyuarat khas MT minggu lalu yang menyatakan keputusan itu akan dibuatnya sebelum 9 Oktober, iaitu sebelum tarikh bermulanya mesyuarat bahagian di seluruh negara.
Jika sebelum 9 Oktober atau bersamaan 9 Syawal diambil kira, ini bermakna ia akan berlaku mulai 1 Oktober sehingga 8 Oktober atau dalam tempoh satu minggu mulai sekarang. Jadi, sudah tentulah setiap hari rakyat akan membelek surat khabar atau menunggu berita2 di TV, siapa tahu kalau2 Pak Lah mengumumkan perkara tersebut dalam tempoh berkenaan. Ya... seluruh rakyat kini tertunggu-tunggu.
Bukan sahaja rakyat, malahan beberapa pemimpin tertinggi parti juga akan tertunggu2 kerana jika Pak Lah membuat keputusan untuk tidak bertanding pada PAU nanti, bermakna akan berlaku banyak usul untuk dibahas dan didengar pada mesyuarat bahagian ini. Sudah pastilah usul siapa yang mahu dicalonkan sebagai Presiden UMNO yang juga bakal Perdana Menteri Malaysia keenam. Apakah Najib, Muhyiddin atau Ku Li? Atau ada calon2 lain atau dipanggil calon "kuda hitam" oleh Shabery Cheek?
Jika ini berlaku, bermakna kerusi no. 2 juga akan mengalami kekosongan dan siapa pula yang akan dicalonkan untuk mengisinya? Apakah Muhyiddin (jika Najib sebagai no.1), Ali Rustam, Hishamuddin, Syed Hamid, Rais Yatim atau calon kuda hitam? Dan sudah pastilah persaingan untuk kerusi Naib Presiden juga tidak kurang hebatnya.
Begitulah hebat kesannya jika Pak Lah membuat keputusan untuk tidak bertanding pada PAU Mac tahun depan.
Dan jika Pak Lah kekal mahu mempertahankan kerusi tertinggi parti itu dan mahukan seluruh ahli menantikan tarikh peralihan kuasa antara beliau dan Najib, maka mesyuarat bahagian juga dijangka berlaku perbahasan hebat dengan usul2 yang mahukan peralihan kuasa berlaku secepat mungkin (walaupun usaha2 MT mengelak perkara itu berlaku termasuk penangguhan PAU dan sokongan peralihan kuasa) tetapi suara akar umbi lain nadanya.
Jadi, Aidilfitri tahun ini membawa begitu banyak makna kepada rakyat negara ini bukan sahaja menyambut kemenangan selepas sebulan berpuasa tetapi bagi sesetengah pihak ia bagi meraikan kemenangan mereka di peringkat bahagian atau siapa tahu meraikan pengunduran Pak Lah sebagai Presiden UMNO...