25 November 2008

Bahasa dan pelancong asing

Hujung minggu lepas aku bawa keluarga aku ke Melaka. Dah lama aku tidak jejakkan kaki ke bumi Hang Tuah itu. Rupanya banyak perubahan berlaku di sana. Melaka sudah ada Eye On Malaysia, menara berputar Taming Sari, Dataran Pahlawan Megamall dan macam-macam lagi. Aku juga nampak banyak juga muka-muka mat-mat Saleh dan wajah-wajah Oriental kat sana. Pelanconglah tuh...

Lalu aku terbaca pula satu laporan dalam media yang menyatakan jumlah pelancong ke Melaka sampai jutaan orang setiap tahun. Tahun lepas sahaja khabarnya 6 juta termasuk pelancong asing datang ke negeri itu. Laporan itu juga menyebut pelancong dari China adalah pelancong asing paling ramai datang ke Melaka diikuti Singpura dan Indonesia.

Bila baca laporan itu aku pun mulalah lihat papan-papan tanda jalan, papan-papan tanda tempat pelancongan sama kot-kot guna pelbagai bahasa macam yang dibuat oleh kerajaan Pulau Pinang. Nyatalah semua tempat menggunakan bahasa Melayu sahaja termasuk nama jalan dan papan penunjuk arah.

Jadi aku pun hairan juga bagaimana Lim Guan Eng kata Pulau Pinang kena guna tulisan/bahasa lain iaitu Cina dan India untuk nama jalan sebagai usaha tarik pelancong asing. Huh, cetek sungguh pemikirannya.

Agaknya sebab semua nama jalan di Pulau Pinang guna nama & tulisan Melayu sebelum ini sebab itulah tiada pelancong asing datang ke sana. Nak tak nak kenalah guna tulisan dan bahasa lain terutama Cina dan India. Tapi yang peliknya, di Melaka yang guna nama jalan pakai tulisan dan bahasa Melayu tak pula ada masalah. Jumlah pelancong termasuk dari China semakin bertambah.

Nampaknya Guan Eng kenalah balik kampung selalu di Melaka supaya lihat bagaimana Melaka boleh majukan industri pelancongan walaupun pakai nama jalan bahasa Melayu sahaja. Ataupun kenalah tanya isterinya Betty Chew yang juga ADUN Kota Laksamana bagaimana kawasan DUN isterinya itu didatangi ramai pelancong, walhal nama-nama jalan guna satu bahasa sahaja.

Jadi alasan Guan Eng gunakan bahasa Cina & India selain Melayu untuk nama jalan bagi menarik pelancong amat tidak masuk akal. Ini semua satu usaha untuk merendah2kan martabat bahasa Melayu, bahasa rasmi negara. Dengan kata lain, nak carik fasal.

Kesihan Melayu Pulau Pinang...!

Yoga haram yoga halal

Majlis Fatwa Kebangsaan putuskan senaman yoga haram bagi orang Islam mengamalnya sebab ia adalah amalan penganut Hindu sebab ada unsur-unsur mentera. Bagaimanapun ada pihak2 yang mempersoalkan keputusan fatwa ini termasuk NGO Islam.

Dalam bab ini aku tak berani nak cakap sama ada betul ke yoga ni ada amalan2 mentera seperti Hindu sebab aku tak pernah bersenam yoga. Lagi pun bab-bab hukum hakam agama ini aku tak berani nak usik dan lebih baik aku serah kepada mereka yang pakar.

Sudah pastilah Majlis Fatwa yang terdiri orang bijak pandai agama Islam adalah keputusan yang aku tidak berani ragui. Aku percaya majlis ini sudah membuat kajian, penilaian dan mengambil pandangan sebelum membuat sesuatu fatwa (penting sebab ia libatkan dosa dan pahala). Sebab itulah apabila ada pihak2 termasuk orang Islam sendiri mempersoalkan fatwa ini, aku sendiri garu kepala.

Apa nak jadi dengan orang Islam di Malaysia hari ini. Sudahlah berpaling tadah menyokong segala tindak tanduk orang kafir yang mahu menjahanamkan orang Islam kini ada pula yang meragui keputusan yang dibuat oleh alim ulamak Islam.

Bagi aku mudah sahaja. Buat apa kita amalkan senaman agama orang lain sedangkan sembahyang lima waktu sehari semalam juga adalah satu senaman yang cukup baik untuk diamalkan. Kenapa kita beriya2 benar nak beryoga sedangkan orang Islam sendiri sudah ada senaman mereka?

Lagipun kalau fatwa telah putuskan ia haram, maka haramlah ia. Buat apa persoal lagi. Aku tidak dapat bayangkan andai kita sendiri persoal keputusan fatwa apatah lagi orang bukan Islam, tentunya memandang rendah institusi ini.

Yoga telah difatwakan sebagai haram kepada orang Islam, maka ia haram untuk diamalkan. Maknanya tiada istilah "yoga halal".

Cukuplah puak2 Pas dan PKR (Islam) yang menyokong puak2 DAP yang mahu mahu membina ladang babi besar-besaran di Selangor dan Kedah. Janganlah pula Majlis Fatwa juga dipersoalkan.

19 November 2008

Dilema Shahrizat

TERKINI (20 Nov. 2008, 4.40 ptg):

KUALA LUMPUR 20 Nov. – Naib Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil mengesahkan beliau akan bertanding jawatan ketua pergerakan itu pada pemilihan parti Mac depan.
Dalam satu kenyataan ringkas di sini hari ini, Shahrizat berkata, beliau menerima pencalonan dan sokongan untuk bertanding sekali gus melawan penyandang Ketua Wanita UMNO, Tan Sri Rafidah Aziz.
“Wanita UMNO mesti bersatu dalam mengukuhkan parti serta berani membawa perubahan dan pembaharuan,” katanya dalam kenyataan itu. – Utusan.

POS TERDAHULU:
Akhbar The Star hari ini melaporkan bahawa Shahrizat akan buat pengumuman untuk bertanding kerusi Ketua Wanita UMNO esok. Akhbar itu yang memetik laporan Bernama menyebut beliau menolak pelan peralihan yang diputuskan oleh Rafidah sebelum ini:

KUALA LUMPUR: Wanita Umno deputy chief Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil is expected to announce her decision to contest for the movement’s top post in the March party elections tomorrow.
Sources said she would thus reject the transition plan of Wanita Umno chief Tan Sri Rafidah Aziz to hand over the leadership to her in June. - The Star, Bernama (19 Nov. 2008)

Aku cuba membayangkan bahawa aku berada ditempat Shahrizat, bagaimana perasaannya. Akar umbi mahukan beliau bertanding kerusi Ketua Wanita sedangkan bosnya enggan berundur dan mengalah. Rafidah tetap dengan pelan peralihan kuasa pada Jun 2009, tiga bulan selepas peralihan kuasa UMNO, Pemuda dan Puteri.

Aku percaya Shahrizat berada dalam dilema dan amat sukar untuk membuat keputusan. Jika dia terus dengan pelan asal Wanita, maka beliau akan menerajui sayap parti itu pada Jun dan membiarkan Rafidah menang tanpa bertanding pada PAU Mac nanti. Manakala beliau akan berdepan dengan Kamilia untuk kerusi Naib Presiden. Kalau dia kalah kepada Kamilia, maka habislah riwayat untuk menjadi pemangku Ketua Wanita selepas Rafidah berundur pada Jun tahun depan dan gembiralah Kamilia kerana dia pula akan mengambil alih kerusi Ketua Wanita.

Dan jika beliau membuat keputusan untuk bertanding kerusi Ketua, maka beliau akan menentang Rafidah Si-funya sendiri. Ingat pencalonan Rafidah lebih tinggi daripada Shahrizat dan silap hari bulan beliau gagal menewaskan Rafidah maka habiskan riwayat Shahrizat untuk menduduki kerusi Ketua Wanita lebih awal daripada pelan asal. Manakala Kamilia pula boleh tersenyum lebar kerana beliau akan menang tanpa bertanding bagi kerusi Naib Ketua.

Dalam hal ini, aku lihat Shahrizat berada di kedudukan melawan salah, tak melawan pun salah. Yang paling beruntung ialah Kamilialah. Sebab itu beliau beriya-iya untuk meneruskan pertandingan merebut kerusi nombor dua.

Bagi aku jalan penyelesaian bagi krisis ini cukup mudah. Rafidah berundur sahaja pada Mac ini dan beri laluan kepada Shahrizat menerajui Wanita mulai PAU nanti. Apabila Rafidah berundur maka Shahrizat akan menang kerusi Ketua tanpa bertanding manakala Kamilia pula akan menduduki kerusi Naib Ketua juga tanpa bertanding. Tidakkah alasan Rafidah untuk meneruskan pelan peralihan pada Jun sebagai mengelak berlakunya pertandingan dalam Wanita? Mudah bukan!

Pokok pangkalnya krisis dalam Wanita adalah kerana keegoan Rafidah yang masih lagi haus kuasa dalam Wanita. Banyak yang mendakwa Rafidah ingin kembali dalam anggota kabinet, sebab itu beriya2 untuk mempertahankan kerusi Ketua. Dan bagi aku, karier politik Rafidah sudah dipenghujung. Berilah laluan kepada muka2 baru dalam Wanita. Lagipun sayap parti itu perlukan sentuhan baru dengan idea2 baru bagi memastikan UMNO/BN kembali kuat menghadapi PRU-13 nanti.

~ Teringat petua Tun Mahathir menjaga kesihatan: "Berhenti makan sebelum kenyang"

PLUS tak ikhlas

PLUS Expressway mengumumkan untuk memberikan diskaun 10 peratus kepada pengguna lebuh raya kelolaannya mulai tahun depan. Tetapi ia hanya untuk kenderaan persendirian Kelas 1 dan hanya untuk masa 12 tengah malam hingga 7 pagi.

Aku hanya tersenyum sinis membaca laporan mengenai hal tersebut yang diumumkan oleh Mohd. Zin, Menteri Kerjaraya yang wajahnya ala-ala hero hindustan itu. Tertanya juga dalam hati aku PLUS ni ikhlas ke nak bagi diskaun? Sebabnya PLUS tentunya sudah kaji bahawa dalam tempoh tersebut tidak banyak kenderaan persendirian yang melalui plaza tol. Paling banyak pun kereta bernombor pendaftaran "S" dengan pemandu-pemandunya yang "kiasu" meluncur laju menuju ke Genting, terutama pada hujung minggu .

Jadi buat apa beri diskaun dalam waktu tersebut? Dan ketika membaca laporan itu lagi Md. Zin berharap akan lebih banyak kenderaan persendirian akan menggunakan lebuh raya PLUS dalam tempoh tersebut. Tempoh 12 tengah malam hingga 7 pagi bersamaan waktu orang lain semua sedang nyenyak tidur. Dan aku boleh bayangkan jika semua orang berlumba2 untuk menggunakan lebuh raya pada waktu itu, yang paling pening kepala dan sibuk bekerja ialah pihak polis, pihak ambulans dan hospital dan tidak kurang juga kakitangan bilik mayat. Sebabnya aku percaya kadar kemalangan jalan raya akan meningkat. Gara2 inginkan diskaun 10 peratus, semua sanggup memandu awal pagi dan aku percaya sebahagian besarnya berada dalam keadaan mengantuk.

Harus diingat bahawa PLUS adalah syarikat di bawah Khazanah Nasional iaitu sebuah syarikat GLC. Ertinya syarikat ini adalah syarikat milik kerajaan, sama juga dengan Petronas, Telekom Malaysia, TNB, MAS, KTMB dan lain-lain. Semuanya adalah syarikat kerajaan yang mencari wang untuk kerajaan bagi menampung projek2 kerajaan untuk kepentingan rakyat. Tetapi aku dapati sebahagian besar daripada syarikat GLC tidak banyak membantu rakyat secara langsung. Semuanya mencari keuntungan semata2 dan tidak peduli tentang nasib rakyat khususnya golongan miskin. Lihatlah TNB, kerana mengejar keuntungan tarif elektrik dinaikkan dengan alasan harga minyak naik. Bila didesak turunkan harga, mereka kata tak boleh turun selagi harga arang batu tak turun... Ah! pening aku.

Dalam hal ini PLUS perlulah ingat bahawa syarikat ini adalah milik kerajaan dan juga orang awam yang membayar cukai. Jadi, jangan hanya memikirkan soal keuntungan semata2. Apa salahnya PLUS dan syarikat GLC rugi sedikit kerana ia tidak akan sampai menyebabkan negara bengkrap.

Jadi, andai PLUS benar-benar ikhlas untuk meringankan beban rakyat, berilah diskaun waktu puncak di mana pengguna jalan raya membayar tol yang mahal semata2 untuk mengharungi kesesakan jalan raya.

18 November 2008

Kera di hutan disusukan

Pagi ini aku terbaca tentang hasrat PM kita, Pak Lah Badawi yang mahukan Air Asia membuat penerbangan ke Uzbekistan untuk mewujudkan hubungan udara antara kedua negara. Berita tersebut disiarkan dalam Bernama Online pagi ini:

TASHKENT (Uzbekistan) 18 Nov. – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, AirAsia kemungkinan terbang ke Uzbekistan dalam usaha untuk mewujudkan hubungan udara antara kedua-dua buah negara.
Perdana Menteri berkata, beliau telah memberitahu Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Tony Fernandez mengenai perkara itu dan Tony bersetuju untuk mengkaji perkara itu secepat mungkin. - Bernama

Apa yang aku tidak faham, kenapa Pak Lah selaku Perdana Menteri mahukan Air Asia, sebuah syarikat penerbangan swasta menyediakan penerbangan ke negara itu dan bukannya Malaysia Airline (MAS) selaku syarikat penerbangan milik penuh kerajaan? Kalau benarlah cadangan ini, apakah bermakna Pak Lah sudah hilang kepercayaan kepada MAS atau kerana bertujuan meningkatkan kekayaan Tony Fernandes yang sekaligus membantu mengayakan beberapa orang kanan Pak Lah di dalam Air Asia termasuk menantunya?

Andailah Air Asia bercadang untuk menerbangkan perkhidmatannya ke luar negara yang lebih jauh, Pak Lah selaku PM tidak sepatutnya membantu syarikat tersebut memandangkan Air Asia adalah pesaing MAS selaku syarikat penerbangan milik kerajaan. Jika alasan Air Asia adalah syarikat penerbangan murah, ia sepatutnya tidak menjadi modal bagi Pak Lah untuk membuka laluan kepada Air Asia ke Uzbekistan kerana MAS sendiri boleh memberikan tambang pada harga istimewa jika mahu.

Dalam hal ini, aku teringat ketika MAS mengalami kerugian beberapa tahun lalu dan ketika beliau mengunjungi Yusof Kalla untuk membincangkan hal ini, beliau menyerahkan kepada pengurusan MAS untuk membuat keputusan. Akhirnya, salah satu cara yang diputuskan oleh pengurusan MAS ialah menggadaikan harta miliknya seperti bangunan MAS di tengah bandar raya Kuala Lumpur dan Akademik Penerbangannya di Kelana Jaya.

Tetapi berita hari ini berlaku sebaliknya. Jelas sekali Pak Lah tidak sama-sama membantu meningkatkan keuntungan MAS sebaliknya lebih cenderung kepada Air Asia. Begitu juga cadangan Air Asia untuk membuka laluan ke Singapura tempoh hari, ia boleh mengurangkan perolehan MAS. Sedangkan MAS adalah syarikat kerajaan yang mencari wang dan keuntungan untuk kerajaan untuk membolehkan kerajaan melaksanakan projek2 melalui wang tersebut untuk kepentingan rakyat.

Sedangkan jika Air Asia mencatat keuntungan, ke manakah wang tersebut dilaburkan? Mmm.. ya Air Asia juga membayar cukai tetapi banyak mana sangatkah cukai yang dikutip dari Air Asia berbanding wang yang salurkan secara langsung oleh MAS.

Nampaknya di penghujung nyawa Pak Lah di takhta PM ini, beliau masih lagi tidak bersikap bijak dengan menamakan Air Asia selaku penerbangan ke Uzbekistan. Inilah dinamakan "kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan"...

12 November 2008

Pelakon wanita terbaik

Antara Shahrizat dengan Rafidah siapakah pelakon wanita terbaik? Jawapannya kedua-dua lakonan aktres Wanita UMNO ini nyata hancur, hampes dan tak layak masuk carta. Mana tidaknya apabila media paparkan kedua-duanya bersalam ala-ala manja tanda bersetuju dengan pelan peralihan kuasa pergerakan itu pada Jun 2009, nampak sangat ketidakikhlasannya terutama di pihak Shahrizat.

Maka terpancarlah kehampasan di wajah kedua-dua pemimpin ini kalau dilihat gambar-gambar yang dipaparkan oleh media tempatan. Nampak sangat cara Shahrizat dan Rafifah bersalam tidak ikhlas dan bersungguh-sungguh, tawar dan hambar. Dan ketawaran dan kehambaran tersebut terluah juga apabila Sharizat mengeluarkan kenyataan (kemudiannya) bahawa beliau tidak bersetuju dengan pelan peralihan asal yang dicadang oleh Rafidah.

Jadi apalah gunakan Shahrizat bersama dan sama-sama mengiyakan kata ketika Rafidah mengumumkan bahawa pelan peralihan kuasa Wanita UMNO kekal seperti yang diputuskan sebelum ini iaitu pad Jun 2009.

Dalam hal ini aku lihat Kamilia Ibrahim lebih hebat kerana atas dasar tidak bersetuju dengan pelan peralihan tersebut maka dia tidak menghadiri mesyuarat ahli jawatankuasa Wanita. Jadi apabila keputusan seperti itu dibuat, dia tidak terlibat. Dia bebas dari kata-kata "pemimpin pak turut" atau menjadi sesumpah - di depan kata lain, di belakang kata lain.

Tetapi aku tidaklah terkejut dengan kenyataan demi kenyataan Kamilia yang mendesak Rafidah lepaskan jawatannya lebih awal iaitu Mac 2009 sepertimana UMNO, Pemuda dan Puteri. Aku percaya, Shahrizat dalam duk sokong peralihan kuasa ala Rafidah akan turut membekalkan peluru kepada Kamilia untuk "menyerang" Rafidah.

Sebab akhirnya jika Rafidah berundur pada Mac 2009, maka Shahrizat akan memenangi jawatan Ketua Wanita tanpa bertanding manakala Kamilia juga secara automatik tak perlu berdepan dengan Shahrizat untuk merebut kerusi nombor dua dalam Wanita.

Untuk Shahrizat, aku cadangkan tak payahlah lagi berlakon konon menyokong Rafidah sebab sebenarnya dalam hati amat sangat mahukan Rafidah berundur pada pemilihan agung parti ini bukannya Jun 2009.

Untuk Rafidah pula, sudah-sudahlah. Berikanlah kerusi Ketua Wanita itu kepada Shahrizat seperti yang dikehendaki oleh akar umbi. Nak tunggu Jun buat apa. Dah tiba masanya mak cik berundur, seperti mana pak cik Dollah lakukan.

07 November 2008

Obama menang kenapa MCA bersorak girang

Barack Obama telah dipilih sebagai Presiden AS yang baru dan sekaligus menjadi orang kulit hitam pertama menjadi presiden negara yang mengaku polis dunia itu. Yang menariknya, kemenangan Obama disambut dengan kegembiraan oleh sebahagian penduduk Indonesia sebabnya Obama pernah tinggal di negara jiran itu. Ibunya pernah berkahwin dengan seorang lelaki Indonesia.

Tetapi yang aku hairan, puak-puak bukan Melayu di Malaysia juga menyambut kemenangan Obama dengan penuh kegirangan. Entah apa hubungan Obama dengan Malaysia aku sendiri tidak tahu. Antara yang bersorak girang ialah pemimpin baru MCA. Dia mengaitkan Obama dengan PKNS yang heboh ekoran keputusan kerajaan Selangor melantik bukan Melayu menerajui perbadanan itu.

Dengan mengambil Barack Obama, yang dipilih sebagai Presiden kulit hitam pertama Amerika Syarikat, sebagai contoh, Ong berkata: "Sedihnya di Malaysia, kita masih berbalah dalam soal remeh berhubung pelantikan seorang wanita Cina sebagai Pemangku Pengurus Besar, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS). -Bernama, 6 Nov. 2008


Aku tidak pasti sama ada mahu tergelak, menangis atau menjerit dengan kenyataan pemimpin MCA dan lain-lain pemimpin bukan Melayu (juga puak Melayu yang lupa diri) tentang keinginan mereka melihat bukan Melayu menerajui Malaysia. Sungguh cetek pemikiran mereka kerana hendak membandingkan AS dengan Malaysia umpama membandingkan antara langit dan bumi.

AS sudah merdeka selama lebih 200 tahun sedangkan Malaysia baru 51 tahun dan pemikiran rakyat mereka sangat jauh dibanding dengan rakyat kita. Pemikiran mereka sangat terbuka. Sebab itu kalau kita lihat banyak syarikat2 milik AS di Malaysia boleh diterajui oleh sesiapa sahaja Melayu, Cina atau India. Microsoft sebuah syarikat IT gergasi dunia milik Bill Gates misalnya, mempercayai kepimpinan seorang wanita Melayu untuk mengetuai syarikatnya di Malaysia.

Tetapi lihat sahaja syarikat2 milik bukan Melayu tempatan, tiada seorangpun orang Melayu yang diberi kepercayaan menerajui syarikat milik kaum bukan Melayu (kalau ada sila berikan senarainya). Kalau adapun hanya sebagai "boneka" dengan meletakkan mereka sebagai pengerusi syarikat. Itupun kerana adanya kuota pemilikan 30% bumiputera dalam syarikat senaraian awam. Bayangkan kalau kuota ini dihapuskan (sepertimana yang dituntut oleh mereka sebelum ini)?

Malah ada syarikat mereka meletakkan syarat hanya kaum mereka sahaja boleh memohon jawatan kosong di syarikat mereka, walaupun jawatan bukan pegawai. Ada pula syarikat bukan Melayu yang menggajikan pekerja kaum mereka lebih tinggi daripada pekerja Melayu walaupun jawatan sama dan malah kadang kala kelulusan pekerja Melayu lebih baik. Sebab apa? Mereka masih lagi tebal dengan sentimen perkauman. Bukankah begitu wahai saudara Ong?

Lihatlah di sekeliling anda. Jika bosnya seorang bukan Melayu maka kalangan bawahannya kebanyakannya adalah terdiri daripada kaumnya sendiri. Ini kerana mereka menggunakan kedudukan mereka untuk membantu kaum mereka sendiri. Melayu? Masih ramai majikan Melayu yang tidak percaya bangsanya sendiri. Mereka anggap pekerja Melayu malas. Akhirnya mereka memilih untuk menggajikan bukan Melayu atau kalau perlu ambil sahaja pekerja asing.

Kalaulah sentimen perkauman seperti ini masih menebal di kalangan masyarakat kita, bagaimana kita boleh menjadi sebuah negara seperti AS. Ketahuilah negara itu juga masih tebal dengan sentimen warna kulit dan kejayaan Obama menjadi Presiden mereka bukan bererti mereka sudah terbuka untuk menerima orang kulit hitam. Obama masih diterima kerana ibunya seorang kulit putih.

Kebimbangan Melayu tentang pelantikan bukan Melayu menerajui PKNS kerana percaya (dan amat yakin) ramai kalangan kontraktor Melayu tidak akan berpeluang lagi untuk mendapat kontrak2 dari PKNS. Sebahagian besarnya akan diserahkan kepada kontraktor kaum lain. Kebimbangan ini berasas sepertimana contoh yang aku berikan di atas.

Jadi aku harap MCA dan para pemimpin lain yang bercita2 untuk melihat Malaysia menjadi sebuah negara sepertimana AS dalam masa terdekat faham situasi ini. Malaysia bukan AS dan pemikiran kalangan masyarakat kita masih lagi cetek dan tebal dengan sentimen perkauman kerana kita baru merdeka 51 tahun. Tunggulah 150 tahun lagi...

04 November 2008

Tahun budak hitam...

LATEST (5 Nov. 2008, 13.45 pm)
WASHINGTON – Barack Obama swept to victory as the nation's first black president Tuesday night in an electoral college landslide that overcame racial barriers as old as America itself. "Change has come," he declared to a huge throng of cheering supporters.

The son of a black father from Kenya and a white mother from Kansas, the Democratic senator from Illinois sealed his historic triumph by defeating Republican Sen. John McCain in a string of wins in hard-fought battleground states — Ohio, Florida, Virginia, Iowa and more. - AP

POS ASAL:

Tahun 2008 nampaknya menjadi tahun bertuah bagi orang berkulit gelap atau kulit hitam atau juga negro. Tentu ramai tertanya sejauh mana kebenarannya, bukan?

Aku cuma membuat andaian selepas melihat kejayaan budak hitam bernama Lewis Hamilton yang menjadi juara dunia perlumbaan Formula One (F1) semalam. Dia yang mewakili pasukan Mac Laren Mercedez muncul juara selepas tamat musim tahun ini menewaskan Felipe Massa dari Ferrari dengan perbezaan 1 mata. Tahun lepas dia yang pertama kali tampil dalam F1 hampir2 menjadi juara dunia tetapi tewas 1 mata disaat2 akhir kepada Kimi Roikkonen dari Ferrari.

Hari ini pula berlangsung pemilihan Presiden Amerika Syarikat (AS) di mana Barrack Obama mencuba nasib untuk menjadi Presiden AS pertama dari kulit hitam. Dan kalau dilihat dari persaingan sekarang beliau berpeluang cerah untuk menduduki White House dan mengekang McCain. Dan andai beliau berjaya, seorang lagi budak hitam mencipta sejarah selepas Hamilton, tahun ini.

Di negara kita, ada seorang budak hitam yang cuba mencipta sejarah. Beliau kini menjadi salah seorang calon yang akan bertanding kerusi Ketua Pemuda UMNO selepas menjadi Naib Ketua Pemuda pada penggal lepas. Itupun selepas memenangi tanpa bertanding (atas pengaruh bapa mertua yang juga Presiden parti).

Melalui jumlah pencalonan yang diterima setakat ini nampaknya dia tidaklah sehebat Obama yang meraih banyak sokongan rakyat AS atau Hamilton yang mencipta banyak kemenangan dalam perlumbaan. Buktinya sepanjang mesyuarat Pemuda bahagian sehingga kini, dia berada di kedudukan ketiga. (Sehingga 7 November: Mukhriz -71, Khir Toyo - 54, Khairy-51).

Tetapi menjelang pemilihan Mac tahun depan, apa sahaja boleh berlaku. Yang meraih pencalonan terbanyak belum tentu akan mencapai kemenangan (dipilih oleh para perwakilan) dan yang tercalon selepas memperoleh pencalonan separas atas pagar belum tentu kalah. Apa sahaja boleh berlaku. Apalagi seorang calon yang mempunyai kedudukan kewangan yang begitu kukuh dalam usia muda.

Persoalannya, apakah nasib budak hitam dalam Pemuda UMNO ini sama dengan Hamilton & Obama, sama-samalah kita tunggu...

03 November 2008

Melayukah Zaid?

Zaid Ibrahim adalah seorang Melayu... Ya! Melayu Kelantan, bukannya Melayu Afrika Selatan, Sri Lanka atau Melayu UK .. apa lagi Melayu Amerika. Melayu ya Melayu-lah. Tidak tahulah tulen atau tidak tetapi pokoknya Melayu. Sebab itu namanya Zaid Ibrahim, layak jadi ahli UMNO.. pertubuhan kebangsaan Melayu bersatu.. ya Melayu!

Tetapi apabila dia sendiri kata konsep ketuanan Melayu punca kegagalan bangsa Melayu di bumi Tanah Melayu, aku sendiri tepok dahi. Allah... apa jadahnya pulak Zaid kali ni. Oh... Katanya sebab Melayu terlalu agungkan bangsa sebagai pribumi dan tuan empunya Tanah Melayu, maka Melayu jadi tidak maju... Itulah agaknya pandangan beliau.

Aku pun hairan juga agaknya sebab Zaid ini adalah bangsa Melayu yang tidak meletakkan dirinya sebagai tuan, sebab itu dia boleh menjadi Melayu yang berjaya, peguam Melayu terkenal dan kaya raya. Melayu berjaya hasil dari semangat "kesamarataan" mak bapaknya dululah dia berjaya jadi lawyer. Hebat...

Tapi aku sendiri tidak tahu sama ada dia sedar atau tidak, atau sengaja tidak sedar diri atau sememangnya buta hati untuk menerima kenyataan bahawa masih ramai Melayu yang "gagal" dalam hidup, tak berjaya, tak berharta, merempat di bumi sendiri. Tak usah lihat jauh-jauhlah. Lihat saja di Kelantan. Memang betullah bukan semua boleh berjaya macam Zaid tetapi bayangkan kalau universiti dipenuhi dengan pelajar bukan Melayu, sekolah2 asrama penuh dipenuhi orang bukan Melayu, apa nak jadi dengan Melayu akan datang? Cucu cicit Zaid dan orang Melayu sekaliannya? Oh.. Zaid tidak punya masalah sebab hartanya sudah menimbun, cukup untuk bekalan anak cucu tujuh keturunan. Bagaimana dengan yang lain2? Anak cucu aku dan Melayu lain?

Apabila Shahidan Kassim membidas Zaid dan mahukan dia keluar dari rumpun Melayu aku hanya tersengih sebab setahu aku Zaid dah lama "tinggalkan" dunia kemelayuannya. Apa nak hairan?

SIAPA ZAID?

Born in Kota Bharu, Kelantan, Zaid started his law studies in Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam (or Institut Teknologi Mara (ITM) as it was known then) by taking his LL.B (Hons.) External Programme which was conducted by the University of London. Upon graduating from ITM, he went to London and was accepted as a Barrister-at-Law, Inner Temple. In 1987 he founded Zaid Ibrahim & Co., which as of 2008 is the largest law firm in Malaysia with over 140 lawyers.[1]
In 2000, he joined UMNO, becoming Kota Bharu UMNO division chief a year later. He was later suspended but became Kelantan Umno deputy liaison chief two years later. Zaid contested and won the Parliamentary seat of Kota Bharu in the 2004 general election.[2] However, UMNO dropped him as a candidate in the 2008 general election. It suffered heavy losses, including the 2/3rds majority necessary in the Dewan Rakyat to pass amendments to the Constitution.
Zaid is known for his criticism of the government's handling of legal issues such as the judiciary, human rights and Islamic law. He supported the establishment of the Royal Commission of Inquiry into the Lingam Video Clip, criticising the government's initial response to the clip, which allegedly revealed fixing of judicial decisions and graft in the judiciary. (http://en.wikipedia.org/wiki/Zaid_Ibrahim)

CATATAN:
  • Laa.. Zaid lulusan ITM rupanya. Anak "jagaan" Mara, institusi yang ditubuh kerajaan untuk menjaga orang Melayu. Hemm.. patutlah!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...