26 January 2009

Pak Lah oh Pak Lah (VI)

Pak Lah oh Pak Lah... masa tinggal dua bulan lagi anda nak meninggalkan kerusi Presiden UMNO dan kemudian kerusi PM. Jadi lebih baik dalam tempoh ini Pak Lah duduk di rumah berehat atau mengambil cuti sebelum bersara dan menyerahkan kepada Najib untuk memangku jawatan.

Pak Lah oh Pak Lah... buat apa Pak Lah mengadakan misi lawatan ke luar negara - terkini ke tiga negara Timur Tengah sedangkan masa-masa yang ada ini sepatutnya Pak Lah duduk di rumah mengemas apa yang patut sebab nantinya akan meninggalkan Seri Perdana.

Pak Lah oh Pak Lah... dalam duk pilihan raya kecil Kuala Terengganu Pak Lah boleh "blah" ke luar negara dan membiarkan Najib bertungkus-lumus bersendirian untuk menjaga parti dan negara sedangkan kuasa tidak diberikan. Akhirnya apabila BN kalah, Pak Lah boleh cuci tangan.

Pak Lah oh Pak Lah, negara memerlukan kuasa pemutus seorang pemimpin negara untuk banyak kes yang berlaku di dalam negara. Rakyat nak dengar pandangan Pak Lah apabila banyak yang mahukan perubahan dalam parti, dalam UMNO... dalam BN tetapi Pak Lah tidak bersuara.

Ya, Pak Lah ada cakap soal BPR ops! BPRM bertindak ke atas ahli2 & pemimpin UMNO yang korup.. Ya, Pak Lah kata dia sokong tindakan itu yang tidak memilih bulu. Tetapi nak tahu juga apa yang Pak Lah akan kata kalau menantu sendiri yang kena cekop nanti? Atau awal2 lagi dah warning BPRM supaya pejam mata jika ada laporan perihal anak menantunya.

Pak Lah oh Pak Lah... cepat2 lah serah kuasa kepada Najib sebab rakyat tak sanggup lagi melihat negara semakin tidak karuan, kaum2 minoriti naik tocang, seorang demi seorang pemimpin UMNO berpaling tadah.

Pak Lah oh Pak Lah... kami nak menunggu dua bulan umpama dua tahun. Begitu lambat masa berjalan sedangkan banyak perkara perlu dilakukan tetapi Pak Lah cuma berdiam dan boleh berjalan-jalan di luar negara. Nak cari apa rakyat pun tidak tahu.

Lebih baik Pak Lah berjalan ke negeri2 dan meminta maaf kepada seluruh rakyat sebab Pak Lah gagal mentadbir negara seperti kemahuan rakyat tetapi kenapa bawa rombongan ke Timur Tengah?

Pak Lah oh Pak Lah, tak usahlah sibuk2 lagi nak cari pelabur datang ke Malaysia. Masa dah suntuk dan dah terlambat untuk Pak Lah. Selama lima tahun Pak Lah cuma bersenang lenang dengan anak menantu dan isteri baru, masa tinggal dua bulan baru nak pulun semua. Tak payah lah Pak Lah...

Pak Lah oh Pak Lah... pergilah berehat ke mana sahaja sama ada ke istana anaknya di Australia atau waima ke Antartika sekalipun tiada siapa peduli. Tetapi sebelum pergi bercuti, serahlah kuasa kepada Najib. Biar Najib yang mentadbir negara...

Pak Lah oh Pak Lah.. apakah betul kata seorang bloggers ini bahawa sudah ada tanda2 Pak Lah tak akan letak jawatan???

0 komen:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...