11 May 2009

Andai mahkamah putuskan... (Updated!)

TERKINI!!
Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin dari Pakatan Rakyat diumumkan sebagai Menteri Besar Perak yang sah oleh Mahkamah Tinggi sebentar tadi. (Sumber: MStar)

Lega... Sebab kalau keputusan mahkamah kata Zambry yang jadi MB jawabnya meleret-leretlah krisis di Perak sebab puak2 pakatan bukannya boleh terima keputusan yang tidak berpihak kepadanya dan akan membawa banyak lagi rentetan peristiwa memalukan lain.

Aku percaya Zambry & BN akan akur dengan keputusan mahkamah hari ini dan tidak akan membuat sebarang rayuan. Tapi harus diingat, keputusan mahkamah hari ini adalah berkaitan dengan jawatan MB Perak dan bukannya parti mana yang patut memerintah negeri itu. Sebab andai dikira jumlah majoriti BN+Bebas masih menguasai kerajaan berbanding pakatan DAP+PKR+ Pas.

Jadi macam mana Nizar nak tadbir negeri Perak? Kita tengoklah nanti!!

POS TERDAHULU:
Petang ini mahkamah akan putuskan siapa yang selayaknya menjadi MB Perak. Sama ada Nizar atau Zambry. Dan hari ini bukan sahaja ia menjadi penantian penuh debaran kepada kedua-dua pemimpin itu tetapi juga seluruh rakyat Perak dan juga kita yang berada di luar Perak.

Mengulas mengenai keputusan mahkamah tentang kedudukan MB Perak itu, aku tertarik dengan tulisan Sofi Wahab yang antara lain menulis:


Dalam hati kecil saya, terdetik bahawa Mahkamah di Malaysia sudah lama dipertikaikan ketelusannya lebih-lebih selepas perbicaraan kes liwat Anwar Ibrahim dan ditambah lagi dengan kes Altantuya. Namun begitu bukanlah ianya 100 % tidak boleh dipercayai kerana masih ramai Hakim yang baik, telus dan professional.
Maka marilah kita bersama-sama berdoa kepada Allah supaya Yang Arif yang menghakimi perbicaraan ini benar-benar telus, professional dan takut kepada Allah kerana jika beliau tidak berlaku adil dan berpihak maka sudah tentu beliau akan ditanya oleh Allah di Hari Akhirat kelak.


Aku percaya harapan ini bukan sahaja dirasakan oleh si-pemutar ligat ini tetapi sebahagian besar puak2 propembangkang lain.

Cuma yang ingin aku tanyakan kepada mereka, apakah penerimaan mereka jika hakim & mahkamah memberi keputusan berpihak kepada Zambry? Sudah pasti mereka akan kata:

1. Hakim tidak adil, korup, sudah dibeli bla bla bla...
2. Keputusan tidak sah sebab bla bla bla...
3. Keputusan boleh dipertikai sebab bla bla bla...
4. Ini semua permainan politik kotor BN bla bla bla..
5. Bla bla bla... tidak adil.. bla bla bla...

MTB - Aku faham sangat perangai puak2 pembangkang ni!! Bacalah ini!

5 komen:

add said...

Aku setuju sangat,,, faktor-faktor tu... jadi bagaimanakah BN nak menangani atau nak menerangkan kepada rakyat... semestinyalah kerajaan kena buat CIS (ceramah isu semasa) sebagaimana pembangkang sering lakukan bila ada isu isu. Yang menjadi masalahnya ialah BN bila pembangkang senyap dengan CIS, maka BN tidur... Sebenarnya BN boleh tackle cara pembangkang berpolitik dengan melihat kekerapan pihak mereka mengadakan CIS.Bila CIS kurang maka ,masa nilah BN kena ambil kesempatan memberi penerangan kepada rakyat.

Arif Omar said...

MB Nizar tetap kecundang jikapun masih MB : Pandangan Prof Dr Abdul Rani Kamaruddin : UIAM



Isu samada Dato Seri Nizar masih MB yang sah sudah tidak penting lagi kerana jika pun Mahkamah tinggi mengatakan beliau masih MB yang sah, hakikatnya beliau sudah kehilangan kepecayaan majoriti diDUN dan suatu usul undi tidak percaya oleh BN terhadapnya dapat tidak akan berjaya. Pun begitu, pada pandangan saya, Fasal 16(6) Undang2 Tubuh Negeri Perak sememangnya memberikan Sultan Perak kuasa menyingkir (remove) mana-mana MB yang kehilangan kepercayaan majoriti jika pernmintaan MB membubarkan DUN tiada mendapat perkenan Sultan.

Oleh kerana sidang DUN 7 Mei telah mendapat perkenan Baginda Sultan, sidang DUN 7 Mei itu (bukan bawah pokok) dikira sah dan dalam hal ini, perlantikan Speaker baru dan pembatalan usul-usul bawah pokok tersebut dengan undian majoriti tidak boleh dipersoalkan diMahkamah. Bermakna, BN telah mengukuhkan kedudukannya dalam DUN Perak dan jika Dato Seri Nizar masih MB pun, beliau akan berdepan dengan usul tidak percaya dan dalam hal ini, beliau (dan Pakatan Rayat) tetap akan kecundang.

Article 72, Clauses (1) to (3) of the Fed Constitution;

“(1) The validity of any proceedings in the Legislative Assembly of any State shall not be questioned in any court.

(2) No person shall be liable to any proceedings in any court in respect of anything said or any vote given by him when taking part in proceedings of the Legislative Assembly of any State or of any committee thereof.

Artikel 72 hanya terpakai apabila pada mulanya sidang DUN itu adalah sidang yang sah. Dalam penggantungan MB Dato Zambry dan Exconya, apakah jawatankuasa Hak dan Keistimewaan telah terlebih dahulu mendapatkan mandat dari DUN dan kemudian merujukkan semula keputusan jawatankuasa itu kedalam DUN untuk pengesahan (endorsement) DUN?

Artikel XVI (6) Undang-undang Tubuh negeri menyatakan bahawa jika Menteri Besar tidak lagi mendapat kepercayaan daripada majoriti ahli Dewan Undangan Negeri, maka, kecuali atas titah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan membubarkan Dewan negeri, beliau patut mengemukakan peletakan jawatan Ahli Majlis Mesyuarat

Apakah titah Baginda Sultan Perak?
Sekiranya YAB Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin tidak meletak jawatan sebagai Menteri Besar Perak bersama ahli-ahli MMK, maka jawatan Menteri Besar serta ahli-ahli MMK tersebut dianggap telah dikosongkan.

Ini adalah keputusan bukan pandangan Baginda Sultan dan keputusan Baginda Sultan adalah muktamad. Kenyataan Tun Dr Mahathir bahawa Baginda Sultan Perak tidak boleh menyingkir MB hanyalah sekadar pandangan/ pendapat beliau. Siapaun boleh memberikan pendapat namun Baginda Sultanlah yang berkuasa membuat keputusan dan keputusan Baginda Sultan bukan pandangan tetapi kuputusan atau titah – ianya sesuatu yang tidak boleh dirayu (not appealable).

BERIKUT ialah kenyataan media yang dikeluarkan oleh Pejabat Duli Yang Maha Mulia Paduka Sultan Perak Sultan Azlan Shah yang ditandatangani oleh Setiausaha Sulit Baginda, YDH Toh Raja Diraja Kol. Datuk Abd Rahim Mohamad Nor.
http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsindex.php?id=387868

05 Februari, 2009 16:45 PM
Kenyataan Media Pejabat DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan

(petikan sebahagian sahaja)

Setelah menemui sendiri kesemua 31 ahli-ahli Dewan tersebut, DYMM Paduka Seri Sultan Perak telah yakin bahawa YAB Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin telah berhenti daripada mendapat kepercayaan sebahagian besar (ceases to command the confidence of the majority) dari kalangan ahli-ahli Dewan Negeri.

DYMM Paduka Seri Sultan Perak juga telah menimbangkan dengan sedalam-dalamnya permohonan YAB Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin pada 4 Februari 2009 memohon perkenan Baginda untuk membubarkan Dewan Negeri Perak.

Baginda menggunakan budi bicara Baginda di bawah XVIII (2)(b) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan dan tidak berkenan membubarkan Dewan Negeri Perak.

YAB Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin telah dititah menghadap Baginda untuk dimaklumkan mengenai keputusan Baginda tidak membubarkan Dewan dan selaras dengan peruntukan XVI(6) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan, DYMM Paduka Seri Sultan Perak menitahkan YAB Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin meletak jawatan sebagai Menteri Besar Perak bersama-sama ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) berkuat kuasa serta merta.

Sekiranya YAB Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin tidak meletak jawatan sebagai Menteri Besar Perak bersama ahli-ahli MMK, maka jawatan Menteri Besar serta ahli-ahli MMK tersebut dianggap telah dikosongkan.

Kenyataan ini dikeluarkan dengan perkenan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan.”

Merujuk kes Datuk Amir Kahar Tun Mustapha v Tun Mohamed Said Keruak [1994] 3 MLJ 737:

…once a Chief Minister in fact knows that he has lost the confidence of a majority of the members of the Assembly, he should not wait for a vote of confidence to be formally tabled in the Assembly but should immediately take the honourable way out by tendering the resignation of his Cabinet. Under the circumstances, if the Chief Minister refuses or does not tender the resignation of the members of the Cabinet which includes himself, or if he tenders the resignation of himself alone, the fact remains that the Cabinet is dissolved on account of him losing the confidence of a majority of the members of the Assembly and it is not necessary, therefore, for the Yang di-Pertua Negeri as a last resort to remove the Chief Minister and the other members of his Cabinet. This is not only the effect of Art. 7(1) of the Constitution but it is the established convention. (dipetik/ diperolehi dari http://andakjauhar.wordpress.com/analisis-arahan-meletak-jawatan-mb-menurut-undang-undang/

Menurut Akta Interpretasi:

ELEVENTH SCHEDULE PROVISIONS OF THE INTERPRETATION AND GENERAL CLAUSES ORDINANCE, 1948 (MALAYAN UNION ORDINANCE NO. 7 OF 1948), APPLIED FOR INTERPRETATION OF THE CONSTITUTION

29. Power to appoint includes power to dismiss - Where a written law confers upon any person or authority a power to make appointments to any office or place, the power shall, unless the contrary intention appears, be construed as including a power to dismiss or suspend any person appointed and to appoint another person temporarily in the place of any person so suspended or in place of any sick or absent holder of such office or place: (diperolehi dari http://andakjauhar.wordpress.com/analisis-arahan-meletak-jawatan-mb-menurut-undang-undang/

Adat pertandingan bola ialah pasukan mana yang mendapat gol lebih, pasukan itulah yang menang. Referee tidak peduli samada gol itu diperolehinya sendiri atau "dibantu" pasukan lawannya.

Dalam DUN Perak apa yang penting adalah undian majoriti jika pun undian tersebut disokong oleh pasukan lawan atau yang sudah bergelar bebas.

Dalam perkara yang sama, referree bertanggungjawab kepada Persatuan Bola/ FIFA -bukannya referee mengaturkan jadual perlawanan tetapi hanya sekadar "moderator" kepada perlawanan yang diadakan.

Dalam hal yang sama, Speaker menjawab kepada Sultan bukan sebaliknya. Seterusnya, Jawatankuasa duduknya dibawah DUN dan apa-apa keputusannya hendaklah diluluskan oleh DUN yang bersidang (setelah mendapat perkenan Sultan) - ikut suka hati Speaker seperti dibawah pokok itu sebenarnya mengingkari titah Sultan.

Apabila DUN meluluskan usul merujuk mana-mana ahli DUN kepada jawatankuasa Hak dan Keistimewaan, baharulah Jawatankuasa ada kuasa, dan keputusan itu hendaklah kemudiannya dirujuk semula kepada DUN untuk pengendosan majoriti ADUN2 diDUN.

Saya tidak pasti samada DUN ada memberikan mandat kepada Jawatankuasa untuk merujuk Dato Zambry dan enam exco tersebut kepada Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan. Kalau adapun, keputusan jawatankuasa hendaklah dirujuk semula kepada DUN untuk pengendosan DUN.

Ini digantungnya dulu Dato Zambry dan 6 exconya sebelum diendoskan (dibawah pokok pula itu). Bukankah perbuatan demikian melanggar titah Sultan?

Akhir kata, bukankah BN yang memiliki majoriti (demokrasi) dan dengan demikian hak mentadbir kerajaan negeri Perak bagi pihak Sultan?

Prof Madya Dr Abdul Rani Kamarudin
Pensyarah Undang2 IIUM

Mesin Taip Buruk said...

Sdr Arif Omar, terima kasih atas penjelasan panjang lebar sdr. tapi adalah lebih baik dipendekkan atau dibuat pautan sahaja kp d sumber maklumat tersebut. Dan satu lagi, itu pandangan pensyarah yang prokerajaan, tp pandangan pensyarah propembangkang tentunya berbunyi sebaliknya. Jadi sebetulnya hal ini tidak akan ada kesudahannya. Aku percaya, cara terbaik adalah buat pilihan raya negeri atau jawabnya perkara ini akan berlarutan sampai PRU-13..,

Mesin Taip Buruk said...

Add... orang BN akan buat CIS atau bekerja kalau ada RRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMM.. tak de RRRRRRRRRRRRRRMMMMMMMMMMMMMMMM tak de laa...!!

Abahnya Faez said...

Hee Yit Fong yang sudah letak jawatan dan kes itu belum diselesaikan lagi di mahkamah, telah menganggap dirinya sebagai Timbalan Speaker dan terus membuat kerja-kerja Speaker di tempat duduknya.

“Timbalan Speaker yang sah pun tidak ada kuasa untuk mengambil alih tugas Speaker selagi Tuan Speaker masih duduk di tempatnya. Apatah lagi Hee Yit Fong yang penuh dengan kontrover,” jelas Sivakumar.

“Beliau terus mengisytiharkan dirinya sebagai Timbalan Speaker dan mengumumkan bahawa dia akan menggantikan Speaker bagi urusan-urusan seterusnya pada hari tersebut,” tambah Sivakumar.

Menurut kenyataan berkenaan, tindakan yang tidak rasional dan tidak masuk akal yang dilakukan Hee kerana beliau tidak mempunyai kuasa untuk berbuat demikian.

“Ini merupakan satu helah dalam usaha merampas kuasa speaker,” kata Sivkumar.