TERKINI:
Sah! BN tidak akan letak calon di Penanti. Itulah keputusan yang dibuat oleh mesyuarat Majlis Tertinggi BN sebentar tadi.
POS TERDAHULU:
BN akan meletakkan calon dari MCA di Penanti pada pilihan raya kecil hujung bulan ini. Itulah desas-desus terbaru yang aku dengar dari Menara Dato Onn petang ini. Ya, UMNO tidak akan meletakkan calonnya sebaliknya diserahkan kepada MCA.
Wah sudah pasti puak2 pembangkang akan menganggap UMNO pengecut kerana takut bertanding di Penanti. Sudah pasti terbahak-bahak bloggers propembangkang jika keputusan ini dibuat oleh BN pada mesyuarat jawatankuasanya esok.
Aku percaya UMNO mempunyai alasan kukuh jika "menarik diri" di Penanti selain bagi mengelak pembaziran wang kerana bertanding di pilihan raya yang tidak sepatutnya diadakan, ia juga sebagai memberi "keadilan" kerana sejak PRU-12 dan sudah beberapa kali pilihan raya kecil diadakan, belum ada calon MCA yang diberi peluang bertanding.
Selepas Permatang Pauh yang diwakili oleh UMNO, Kuala Terengganu (UMNO), Bukit Gantang (UMNO), Bukit Selambau (MIC), kini giliran MCA pula akan diberi peluang bertanding. Sudah pasti ianya tidak menjadi kejanggalan dan bukan suatu yang luar biasa.
Namun disebalik itu aku percaya Anwar akan berkerut dahi memikirkan apakah logika & strategi Najib selaku Presiden UMNO & Pengerusi BN sehingga mahu meletakkan seorang calon Cina di kawasan majoriti Melayu di Penanti?
Jika desas-desus ini menjadi realiti, aku percaya ia senjata yang akan digunakan oleh BN bagi menghadapi keangkuhan Anwar dan puak-puak pembangkang di Penanti. Bukan kemenangan yang mahu dicari oleh BN kerana menyedari Penanti adalah kubu kuat Anwar sebaliknya mahu melihat sejauhmana sokongan bukan Melayu terhadap BN.
Nak tahu sama ada desas-desus ini benar atau tidak, kenalah tunggu esok selepas mesyarat jawatankuasa BN bermesyuarat esok.
17 May 2009
BN letak calon Cina di Penanti? (Updated!)
Pada 7:33 PM
Label: Pilihan raya
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


1 komen:
POS TERDAHULU:
BN akan meletakkan calon dari MCA di Penanti pada pilihan raya kecil hujung bulan ini. Itulah desas-desus terbaru yang aku dengar dari Menara Dato Onn petang ini. Ya, UMNO tidak akan meletakkan calonnya sebaliknya diserahkan kepada MCA.
nok royat ckit neh...
kalau benar lah jadi sedekian desas desus tu, pastu guna logo parti masing (jgn guna dacing yg hancing) mampus org cina dop undi..
hahahaha.. acu try cuba skali wat mcm pembangkang guna logo (lambang) parti masing2 untuk bertanding...
kalau PAS- bg cina india tak de masalah punya untuk mengundi.. kalau tak caya cuba tanya pak najib..
hahaha.. ada saper2 berani?!!!!
Post a Comment