Dulu aku kaki bola. Sejak sekolah rendah aku dah wakil sekolah dan sampai jadi juara MSSD. Kira hebat. Masuk sekolah menengah arwah ayah aku larang aktif sukan sebab suruh fokus pelajaran. Aku akur walaupun kaki aku begitu gian untuk menendang.
Walaupun tak main untuk sekolah lagi, tapi aku selalu juga turun padang petang hari semata-mata nak pertahankan skill gelecek aku yang tak seberapa ini. Masuk Form 6, aku kembali aktif main bola dan tapi tidaklah sampai wakil sekolah. Maklum dah lepas umur bawah 16 tahun.
Masuk kat universiti aku main juga jadi wakil kolej tapi tidak sampai sampai U dan sesekali main untuk team persatuan pelajar aku. Dalam duk seronok main bola, aku suka juga layan bola kat TV. Masa tu team favourite aku Liverpool. Yealah, masa zaman-zaman John Barnes, Liverpool kira hebatlah. Pada masa sama aku follow juga team MU dan Spurs.
Tapi sejak aku masuk alam pekerjaan, aku macam lupa pasal bola dah. Memang pernah aku main untuk kompeni aku sekali sekala tapi tak lama. EPL pun aku dah tak berapa ikut. Jangan tanya aku kenapa sebab aku sendiri tak berapa ingat kenapa. Mungkin sebab kat TV1 atau TV3 dah tak ada lagi siaran langsung bola.
Jadi orang macam aku yang tak mampu nak langgan TV satalit atau cable-TV tak berkesempatanlah nak tengok bola luar negara. Kalau ada pun setakat Liga Malaysia. Jadi sebab itulah gamaknya minat aku terhadap EPL makin pudar. Maka kalau tanya aku sekarang ini siapa pemain Liverpool, haram aku tak tahu. Tak hafal... tak macam dulu.
Ada juga kawan-kawan tanya aku pro belah mana, aku tak boleh jawab sebab aku layan semua team2 besar EPL. Baik Liverpool, MU, Arsenal, Chelsea.... Tapi tidaklah sampai taksub macam kawan2 sepejabat aku. Sampai berbalah-balah dan bertegang urat sebab team kesayangan mereka tewaskan antara satu sama lain. Aku dari jauh duk tergelak dan jaga-jaga kut sampai berparang!
Dan awal pagi ini entah mimpi apa aku berjaga untuk tengok final Champions League, MU lawan Barcelona. Mood nak tengok bukanlah berbunga2 sangat. Mungkin sebab susah nak tidur. Jadi layan bola semata-mata nak suruh cepat lenalah. Itupun sebab surat khabar duk ghairah promo perlawanan tu. Tengoklah jugak. Takut nanti orang kata aku ketinggalan.
Jangan tanya pandangan aku tentang perlawanan malam tadi sebab aku tak menikmatinya. Cuma aku bingkas bila baru aku nak rebahkan badan kat bantal, alih-alih Eto'o dah sepak masuk jaring MU. Cerah sekejap mata aku yang mula kuyu. Lepas itu aku mula pejam celik dan sesekali hanyut. Bila aku celik sekali lagi, aku tengok score dah 2-0. Aku tak tahu bila dan siapa jaring gol kedua Barca.
Aku kemudian pejam balik mata sesekali mengalihkan posisi tidur aku. Aku tak tahu bila aku terlena tetapi bila aku terjaga dah keluar iklan. Dah habis barang kali. Lalu aku bingkas, tutup TV, tutup dekoder Astro kemudian naik ke bilik dan tidur.
Pagi ini aku dapat tahu Barcelona jadi juara Eropah bila kalahkan Manchester United, 2-0. Tapi kesimpulan aku kenapa MU kalah sebab MU cuma ada Ronaldo tapi Barcelona ada Eto'o, Messi dan Theary Henry!
Tahniah kepada penyokong Barca...


0 komen:
Post a Comment