01 May 2009

Hari Pekerja, hari tidak bekerja atau hari dilarang bekerja

Hari ini 1 Mei seluruh dunia sambut Hari Pekerja. Orang putih kata Labour Day tapi kalau terjemah ke BM dia jadi Hari Buruh. Tapi bila 1 Mei, bukan sahaja buruh tetapi pegawai dan menteri pun bercuti untuk meraikannya.

Jadi tertanya-tanya juga orang putih rai Hari Buruh (Labour Day) tapi kat Malaysia ramai di kalangan buruh kena bekerja pada 1 Mei. Yang bercuti adalah penyelia, pegawai atasan, taukeh atau pun ahli-ahli lembaga pengarah. Atas sebab itulah agaknya 1 Mei dianggap sebagai cuti Hari Pekerja di Malaysia dan bukannya Hari Buruh. Hemmm...

Jadi, kalau nak raikan para buruh yang bekerja dengan kuat dan kuat bekerja (teringat Pak Lah Badawi yang sering guna perkataan ini kalau cakap perihal pembangunan negara...), sepatutnya para buruh dilarang bekerja dan mereka yang dikategorikan sebagai pegawai tidak patutlah tidak bekerja.

Tapi bila aku ajukan pendapat ini banyak yang kata oh.. buruh ada buruh kasar, ada buruh halus. Erk.. tertanya-tanyalah aku macam mana nak kategorikan buruh kasar buruh halus ini? Apakah macam garam... ada garam kasar, ada garam halus? Dan aku sendiri dalam kelompok mana?

Oh.. kalau pekerja buruh bangunan, buruh ladang, angkat sampah, cuci tandas, kerja bandaraya... itu semua buruh kasar. Tapi kalau pegawai, penyelia, kakitangan kerajaan itu semua buruh halus. Itulah kata mereka.

Jadi, kalau 1 Mei ini siapa yang sepatutnya tidak bekerja dan siapa pula dilarang bekerja? Argh... entahlah! Soalan ini aku rasa Subramaniam (Menteri Sumber Manusia) pun susah nak jawab.

Yang pasti, 1 Mei aku tetap kena bekerja sebab kalau tak bekerja, soru aku sekeluarga miss-lah!

Selamat Hari Pekerja @ Hari Buruh @ Labour Day ~ mana-manalah!!

0 komen: