Dalam duk kecoh pasal sidang DUN Perak, alih-alih aku dengar khabar kejadian melompat parti hampir berlaku di Selangor. Seseorang yang aku percayai memaklumkan bahawa sekurang-kurangnya 5-6 ADUN pakatan di negeri itu bersedia untuk menyeberang ke dalam BN. Biar betul??
Begitulah yang dibisikkan seseorang kepada aku beberapa hari lepas. Khabarnya cadangan untuk melompat ke UMNO itu sudah dimaklumkan kepada pucuk pimpinan tertinggi BN tetapi buat masa kini mereka tidak mahu menerima mana-mana wakil rakyat pembangkang. Kalau mereka mahu letak jawatan, silakan tetapi menerima mereka masuk BN, tunggulah apabila masa sesuai.
Itulah yang dikhabarnya oleh pucuk pimpinan BN kepada mereka yang berkenaan. Tetapi sumber aku tidak pula menyatakan wakil rakyat dari parti mana... tetapi bayangan jelas menjurus kepada PKR.
Kalau benarlah khabar ini, dan andai 6 ADUN pakatan lompat ke BN, ia sebenarnya tidak menjejaskan kerajaan Selangor sekarang. Sebabnya mengikut keputusan PRU-12 tahun lalu BN menguasai 20 daripada 56 kerusi DUN di Selangor dan selebihnya dikuasai oleh PR. Angkanya seperti berikut:
ADUN Selangor Sekarang:
BN=20
Pas=8
DAP=13
PKR=15
@ BN=20, PR=36
Andai 6 ADUN PR lompat ke BN:
BN=26
PR=30
@ PR masih menang majoriti di Selangor
Jadi, walaupun cadangan untuk melompat oleh puak2 PR ini ditolak (sementara) oleh BN tapi sekurang2nya jelaslah ada sesuatu yang tidak kena dalam kerajaan Selangor.
Tengoklah nanti...
09 May 2009
ADUN pakatan di Selangor nak melompat??
Pada 2:09 AM
Label: Pakatan Rakyat, Selangor
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


6 komen:
miraks,
aku hilang hp bersama nombor hp you. plse email your hp number to shirasan@gmail.com
tolong sebarkan kpd orang melayu agar bersatu dan memperbelakangi lah kepercayaan politik kita semua. Lindungilah ugama islam dan bangsa melayu kita.. Lihatlah youtube dibawah ni bertapa kurang ajarnya bangsa cina di malaysia.. Sayu hati bila agama dan bangsa di perlekehkan sebegini.. Bersatulah saudara islam dan bangsa melayu ku..
www.youtube.com/watch?v=vlEwMobeQQM
lompat jgn tak lompat.biar semua 16 yg lompat.untuk kestabilan dan untuk 1malaysian.go for good.
kalau sungguh bagai dikata,nampaknya kewarasan tetap milik UMNO dan BN.
kalau terima sekarang kemungkinan barbagai-bagai tuduhan-tuduhan dan perkara liar akan ditimbulkan puak PKR.Semoga UMNO tetap tenang dan matang dan penyertaan pihak berkenaan dapat mengambalikan kekuatan umat melayu dan 1malaysia.
tengok ler..kut2 jadi macam perak dulu. 3 wakil hilang.anak bini tak tau, bos pun tak tau..tup2 timbul kat tasik putrajaya melalui kapal selam yang baru dibeli.dah tau dah, siapa punya kerja..dulu pengerusi parti politik di negeri lombong bijih, kini jadi pengerusi di negeri yang konon nak bela babi..
Blog aku dah jadi blog Jejak Kasih pulak... hehe Syila!
Post a Comment