Yang mana satu idaman kalbu... Lagu paling popular yang berkumandang di markas-markas Pas menjelang Muktamar Pas bulan depan. Mana satu yang patut memimpin parti itu, golongan ulamak seperti Hadi Awang atau Nasaruddin Mat Isa atau golongan ula(r)mak seperti Husam Musa, Kamarudin Jaafar atau Mat Sabu.
Inilah dilema kalangan Pas sekarang. Sejak isu kerajaan perpaduan yang dicetuskan oleh Pemuda Pas yang kemudiannya disokong oleh Hadi dan sekumpulan pemimpin dalam Pas menyebabkan parti itu bergolak. Walaupun ia cuba ditutup rapi termasuk tiadanya tulisan-tulisan berkaitan dalam Harakah, media pro-Pas atau bloggers namun bak kata pepatah bangkai gajah kalau ditutup akan berbau juga.
Maka apabila isu kemelut dalam Pas dimainkan oleh media arus perdana, maka meruap-ruaplah kisah di dalam kain pelikat Pas ini tersebar keluar. Malah anak Nik Aziz, Nik Abduh pun sudah mula bersuara walaupun sebelum ini dia lebih banyak bersikap berdiam diri. Dan suara Nik Abduh nyata memberi kesan besar kepada parti itu.
Isu kemelut dalam Pas sebetulnya bukanlah perkara baru tetapi parti itu cuba menutupnya dengan pelbagai cara dengan harapan ia dapat diselesaikan di peringkat dalaman, namun Allah itu maha adil (kerana selama ini lebih gemar membangkitkan masalah dalam UMNO) maka ia meletus juga.
Ia sebetulnya bermula sejak kemasukan beberapa pemimpin pro-Anwar Ibrahim yang dikenali kumpulan "erdorgan" yang semakin berusaha untuk menguasai pucuk pimpinan Pas, yang sekaligus cuba menghambat puak2 ulamak seperti Hadi dan Nasaruddin. Dan isu kerajaan perpaduan boleh diibaratkan senjata utama bagi puak2 erdorgan untuk menyingkirkan golongan ulamak. (Strategi sama digunakan oleh Anwar ketika beliau berada dalam UMNO dahulu sehinggalah beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri (kurang selangkah untuk menjadi PM).
Kemelut dalam Pas juga tercetus selepas PRU-12 lalu di mana pihak pembangkang yang terdiri daripada Pas, PKR dan DAP telah memperoleh kemenangan besar dan dengan kuasa Anwar Ibrahim yang meletakkan dirinya sebagai pemimpin tertinggi pembangkang, maka kuasa penentu dalam pembangkang kini di bawah telunjuk Anwar.
Bukan sahaja Pas, malah DAP juga kini sudah tunduk kepada Anwar Ibrahim.
Atas sebab itulah ramai kalangan pemimpin Pas merasai ada sesuatu yang tidak kena apabila Anwar telah mengenepikan suara-suara Pas sendiri. Dan atas sebab semangat pakatan pembangkang yang dicetuskan oleh Anwar juga maka Pas terpaksa mengalah dalam banyak perkara. Apa yang berlaku di Perak, Selangor dan Pulau Pinang adalah bukti suara Pas tidak didengari lagi malah pemimpin mereka seperti Nik Aziz sendiri tidak mampu berbuat apa2 kerana berpegang kepada janji mereka kepada Anwar.
Dan inilah yang tidak digemari oleh golongan pro-ulama dalam Pas. Malah mereka juga mula menyedari bahawa permainan politik Anwar sangat berbahaya bukan sahaja kepada orang Melayu tetapi juga umat Islam di negara ini - perkara yang sudah lama disedari oleh UMNO!
Dan kebimbangan pengaruh Anwar (yang pernah menjadi penyebab perpecahan dalam UMNO) dalam Pas akan menyebabkan parti itu menjadi "mangsa" kedua permainan politik Anwar. Malah orang-orang pro-Anwar seperti Husam dan KJ semakin mendapat tempat dalam parti dan tidak mustahil dengan pengaruh yang ada mereka boleh merampas pucuk pimpinan Pas.
Bayangkan jika Husam dan KJ sudah berada di puncak dalam pentadbiran Pas, sudah pasti lebih mudah bagi Anwar untuk menyusun langkah untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia selepas PRU-13 nanti (selepas gerakan 16 September gagal). Dan pada masa itu Pas akan menjadi parti yang lebih liberal dengan berpaksikan perjuangan Anwar, bukannya perjuangan asal Pas - mendukung pembentukan kerajaan Islam.
Dan jika ini berlaku, aku percaya Pas akan hilang kepercayaan di kalangan pengundi Melayu pada PRU-13 nanti dan sekaligus terpaksa melepaskan negeri Kedah dan mungkin juga Kelantan kerana Anwar dan pendukungnya dalam Pas boleh menjadi "parasit" yang memusnahkan parti itu, akan datang!
Takbir....!!
04 May 2009
Mana satu idaman kalbu? Ulamak atau ula(r)mak
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


0 komen:
Post a Comment