25 June 2009

Aku dan Mufti Perak


Nampaknya pandangan aku dengan Mufti Perak, Datuk Harussani Zakaria senada dalam soal perpaduan Melayu. Lihatlah apa yang dinyatakan oleh beliau sepertimana yang disiarkan dalam Utusan Malaysia hari ini.

Beliau antara lain berkata:
... parti yang mendakwa Islam ini bertindak tidak seperti mana DAP yang tidak bergaduh sesama parti Cina lain malah sanggup pula bersatu demi kejayaan kaum sendiri... - Utusan Malaysia, 25 Jun 2009.

Hal ini aku pernah berikan pandangan aku dalam tulisan aku sebelum ini iaitu di bawah tajuk "Melayu perlukan UMNO dan Pas". Dalam posting aku pada 21 Jun aku nyatakan:
Namun, dalam hal2 tertentu UMNO dan Pas boleh "bekerjasama" terutama apabila ia melibatkan kepentingan Melayu dan agama Islam. Misalnya apabila ada pihak2 tertentu yang mahukan Chin Peng dibenarkan pulang, Pas sebagai parti Melayu kedua terbesar dan berlandaskan Islam bersama-sama UMNO menentang cadangan ini. Begitu juga soal penggunaan nama Allah dan macam-macam isu lain.

Amalan inilah yang dilakukan oleh MCA, Gerakan dan DAP (parti kaum Cina), di mana walaupun mereka membawa ideologi politik berbeza tetapi apabila bercakap soal kaum mereka, mereka membuang perbezaan politik dan sedia bergabung bersama-sama. Lihatlah apabila mereka memperjuangkan soal SJKC malah isu kandang babi sekali pun.
- MTB 21 Jun 2009
Alhamdulillah, sekurang2nya pandangan aku selari dengan pandangan orang bijak pandai seperi Harussani walaupun aku hanyalah seorang penulis blog kecil yang tiada nama dan tiada pengaruh.

2 komen:

Darulehsan said...

bro, haji hadi mahukan perpaduan semua kaum, bukan melayu sahaja.
bila semua kaum dan bangsa berpadu barulah malaysia akan jadi lebih dihormati.

WHY MALAY UNITY NOT MALAYSIAN UNITY? MUFTI PERAK NI KURANG TERDEDAH KEPADA POLITIK ISLAM.

Mesin Taip Buruk said...

bro, kalau kerajaan perpaduan semua kaum, sama laa dengan kerajaan BN... semua kaum ada dalam BN... apa nak kerajaan baru lagi? kalau nak malaysian unity sama laa dengan 1Malaysia yang Najib war2kan... nak apa lagi? pokok pangkalnya pembangkang nak buat apa pun semua dah dibuat oleh BN.... nama je lain, tp matlamat sama... Aku ingat ko kena belajar politik Islam lagi lah!!