"Mung gi lah masok UMNO nung!" Begitulah gamaknya nada suara Tok Guru Nik Aziz yang begitu marahkan Nasharudin Mat Isa kerana bercakap tentang kerajaan perpaduan. Tak sangka pula Nik Aziz bertaraf tok guru dan ulama boleh hilang sabar hanya kerana "kerajaan perpaduan". Teringat aku sabda Rasulullah... "Sesungguhnya sabar itu sebahagian daripada iman".
Aku boleh bayangkan bagaimana muka Nasharudin bila ditempelak dek Tok Guru hanya kerana bercakap mengenai perpaduan Melayu dan umat Islam dan kerajaan perpaduan yang belum tahu hujung pangkalnya. Kesian Nasharudin....
Tapi yang nyata "kemarahan" Tok Guru ini menampakkan dengan jelas sifat sebenar Nik Aziz yang selama ini aku sanjung dia sebagai orang alim yang sabar, tinggi budi pekerti dan bertawadu' tapi semuanya hilang kerana "kerajaan perpaduan".
Dan yang aku naik hairan bagaimana Nik Aziz boleh menuduh kerajaan perpaduan adalah perangkap UMNO untuk memecah-belahkan Pas dan pakatan rakyat sedangkan seingat aku idea kerajaan perpaduan pertama kali keluar dari mula golongan muda Pas yang kemudiannya mendapat sokongan Hadi Awang selaku Presiden.
Nampak sangat Nik Aziz sendiri tidak faham dengan kerajaan perpaduan dan tiada siapa pun menjelaskan apa itu kerajaan perpaduan. Dan aku percaya pemimpin UMNO termasuk Najib pun masih kabur dengan apa yang dimaksudkan dengan kerajaan perpaduan yang lahir dari cetusan hati dan nurani pihak Pas sendiri.
Sebab itulah sebelum sebarang keputusan dibuat baik di pihak Nik Aziz atau Najib, kedua-dua pihak perlu duduk semeja dan berbincang dengan hati yang ikhlas dan lapang dada perihal kerajaan perpaduan ini. Apakah ia sebagai kerajaan bersama, kerajaan bersekutu atau apa.
Tidak guna Nik Aziz dan pihak-pihak tertentu melatah dan melenting apabila bercakap soal kerajaan perpaduan kerana ia masih belum jelas, masih di peringkat cadangan mulut dan masih belum ada hitam putih. Janganlah Nasharuddin pula nak dihalau, jangan... berdosa!
Nik Aziz tidak sepatutnya begitu menggelabah bila bercakap soal kerajaan perpaduan kerana aku percaya bukan niat Nasharuddin, Hadi atau puak-puak yang bersetuju dengannya mahu Pas masuk BN atau membubarkan parti itu, tidak. Aku percaya niat mereka ialah untuk menyatukan semula suara Melayu, suara Islam di bumi ini.
Salahkah Hadi mahu menebus kesilapannya mencetuskan Amanat Hadi dahulu? Salahkan Nasharuddin, pemimpin ulama muda yang mahu melihat umat Melayu dan Islam di Malaysia bersatu? Salahkah mereka sehingga mereka dianggap sampah (edited)??
Aku harap selepas ini Nik Aziz dapat bermunajat dan mintalah petunjuk daripada Allah kerana sesungguhnya Allah itu amat mengetahui.
17 June 2009
Bila Tok Guru pun hilang sabar....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


14 komen:
Bagi lebai, Nik Aziz sebenarnya mempunyai `dua wajah'. Wajah pertama, Nik Aziz sebagai ulama ilmu kalam dan wajah kedua Nik Aziz sebagai ahli politik Pas. Dari segi ilmu kalam atau teologi, kenyataan Tok Guru itu masih boleh dipertahankan kebenarannya, itu pun dari sudut teologi saja.
Selanjutnya dalam...
http://paklebai.blogspot.com
Tafsiran 'kerajaan perpaduan' yang bercelaru di kalangan pemimpin pas sendiri adalah puncanya bagaimana mereka umpama ayam, itik, angsa dan burung yang cuba memberi tafsiran masing2.
UMNO patut menolak kerajaan perpaduan cadangan Hadi dan Nasa dengan alasan di dalam PAS sendiri tidak ada perpaduan, sekata dan satu hati dan terdapat individu yang memperjuangkan Islam atas dasar 'benci UMNO' dan bukannya kerana Islam semata mata.
Nik Aziz sudah menyimpang dan tidak guna Kitab dan Hadith sebagai panduan sebaliknya pakai deria hati, logik dan emosi.
PAS perlu perjelaskan status, tugas dan tanggungjawab Presiden dan Mursyidul Am - nampak kini bertelagah dalam kuasa dan pengaruh.
isu kerajaan perpaduan ini sebenarnya bukan datang daripada parti pas, tapi ianya datang dari pandangan peribadi individu tertentu didalam pas. kalau najib kata dia yakin dgn keikhlasan pas, itu adalah tak betul. parti pas tidak pernah bincang pun pasal isu ni. tak masuk dalam kertas kerja pun. apa lagi majlis syura.
isu nasarudin pula nik aziz kata kalau benar dia setuju dgn kerajaan perpaduan ini lebih baik dia masuk umno.
mengapa perpaduan ini hanya melibatkan pas dan umno. mengapa umno tidak mahu berpadu dgn pkr dan dap. kerajaan perpaduan yg sebenarnya hendaklah melibatkan semua parti politik. bukan pas dan umno sahaja.
benarkah nasarudin dihalau seperti anjing?
Penyatuan melayu???
untuk apa?
lebai: aku tak berani komen bab tok guru...
kluangman: aku setuju dgn kau
darulehsan: betul kerajaan perpaduan adalah pendapat individu... beberapa individu. Tp kena tengok individu tu siapa. Lagipun Hadi dah sentuh dalam muktamar Pas, memang tak bincang dgn akar umbi, tp aku percaya mereka dah bincang di peringkat pucuk pimpinan yg akar umbi termasuk kau sendiri tak tau/tak sedar. Oh.. bab "anjing" aku tarik balik. Aku khilaf...
orangbiasa: penyatuan melayu untuk apa? Oh... saja suka2 jeh! Tak ada faedah apa2...
Salam...
Tak mengapa jika mesin taip buruk takut untuk komen mengenai Tok Guru. Lebai tetap beri pendapat. Lebai tidak mencaci maki Nik Aziz tetapi Lebai memberi pandangan dari sudut ilmu. Begitu juga dalam blog Lebai. Kebanyakan yang Lebai tulis berdasarkan fakta dan pandangan dari sudut ilmu selepas lebai...From my meetings with the people…
Lebai juga sedang tulis sikit-sikit lagi mengenai Nik Aziz. Bukan mencaci maki beliau. Lebai pun hormati beliau sebagai ulama, bukan politikus.
tengok lah video ni....
penjelasan Tuan Guru pasal kerajaan perpaduan.....
aku jumpa kt youtube..
tak payah lah nk komen pasal benda yang diri sendiri pon xtahu n x faham....
menyusahkan orang laian saje....
http://www.youtube.com/watch?v=dJKJ0FR7fQQ&feature=channel_page
silakan lebai...
Syauqi: Kita juga patut dengar penjelasan kerajaan perpaduan dari Hadi/Nasharudin. Aku percaya antara Tok Guru, Hadi/Nasha mempunyai sudut pandang berbeza tentang kerajaan perpaduan. Satu lagi blog aku bukannya nak menyusahkan hidup orang. Kalau kau rasa hidup kau susah sebab tulisan aku, aku cukup kagum dengan diri aku... Sebab aku boleh dikira penulis hebatlah...! Tapi kalau orang tak nak baca aku boleh buat apa?
Salam semua,
Aku dah pernah ulas dlm beberapa blog,i.e.mesin taip buruk,kudang kepang,musli oli dan sang kelembai beberapa hari lepas.Macam yg Lebai cakap tadi walaupun mesin taip buruk tak berani nak ulas tentang Tok Guru,tapi aku rasa tak salah aku overide atas sebab perpaduan ni.Seperti aku kata sebelum ni ia tak kan mengurangkan sikit pun rasa hormat aku pada dia atas ilmu yang dia ada tapi bukan atas pertimbangan politik dia.Dia pernah kata:
1.Mahathir dah tak relevant sebab dah terlalu lama jadi PM,sekarang ni pun Tok Guru dah jadi MB dah dekat 20 tahun.
2.Mahathir diktator.Sekarang ni siapa yang diktator,sebab sekarang ni ahli PAS kena dengar cakap Tok Guru je,pandangan orang lain tak boleh pakai.Mahathir tak demokratik,sekarang ni siapa yang tak demokratik.
3.Mahathir cakap melayu mudah lupa.Tok Guru kata Mahathir yg mudah lupa.Sekarang ni siapa yang mudah lupa sebab berdasarkan no.1 dan no.2 di atas.
4.Bila Mahathir keluar UMNO,Tok Guru kata "orang yang macam ni boleh membantu kita kalau dia menyertai PAS kerana dia seorang yg bijak.... Tak ke apa yang Tok Guru kata ni 180 darjah lari dari apa yang dia selalu kata tentang Mahathir.
Dan Tok Guru ni pun kalau kita sedar dia memang selalu cakap "half truth",macam cakap2 orang politik yang lain.
Sifat amarah tak boleh keterlaluan sangat jika diambil kira keilmuan dan kealiman dia.
Aku rasa dia akan lebih dipandang mulia jika dia hanya mengabdikan dirinya menyampaikan ilmu dari menjadi seorang politician,kerana politik memang penuh dengan perkara2 kotor.
Bersatulah Melayu itu je harapan aku.Janganlah PAS salahkan UMNO dan UMNO salahkan PAS,sampai kiamat pun tak selesai.Macam Hamas dan Fatah buat perjanjian depan KAABAH pun tak selesai persengketaan antara mereka.Sedarlah melayu,akhirnya kita yang rugi.Kuasa bukan segala-galanya.
Aku rasa, baik kita diam dan rehat sebentar. Tak perlu berhujah dengan idea yang merepek2.
Hadi pun senyap poyo, Nasha dah "hilang" dan semua orang main senyap2 jer kecuali media2 UMNO. PAS sendiri dahpun keluarkan kenyataan supaya semua pemimpin PAS peringkat tertinggi, jangan keluarkan apa2 kenyataan lagi.
Aku pegang paling simple, PAS dan UMNO memang tiada persamaan. Tak akan bersatu sama sekali ibarat kereta api dan awan. Pakatan Rakyat diilhamkan adalah kerana perpaduan pakatan pembangkang untuk menolak dan menjatuhkan BN. Masakan PAS nak berpadu dengan UMNO? Tidak sama sekali.
Dan wujudnya PAS adalah kerana UMNO terlalu melampau dalam segala hal dari pemerintahan hinggalah ke hujung bukit mana sekalipun yang selalu menjadi isu pertikaian dan kontroversi. Tiada yang UMNO buat melainkan kontroversi. Ini antara punca PAS dan orang melayu sudah mula menentang. Dan kini, rata2 gomen serven pun, dah pandai protes dalam diam.
salam perpaduan... hihik.. ko tue faham ker masuk konsep perpaduan sesungguhnya..
perlu diingat siapa TUK guru... dan Kelantan...dan aku faham kenapa insah macam tuk guru tak setuju tuk gabung dgn umno... aku yg jahil nie pun tak setuju nie kan tuk guru.
manakah perpaduan yg ditunjuk BN kat kelantan... mana semangat melayu yg dipupuk dan ditunjuk umno..
dah beberapa dekad umno boikot kelantan.... anaktiri dan mengkhianati rakyat melayu kat kelantan hanya atas dasar mereka berdemokrasi tidak memilih umno.
jik dicongak dan dipikir... kelantan adalah antara rakyat melayu terbanyak di malaysia..kenapa umno.. tak da hati nak membangun kelantan.. hanya kerana hasad dengki..tak mahu nanti dibilang rakyat PAS bijaksana memerintah.. maka BN tidak membangun kelantan...itu menyedihkan kerana yg merana melayu... tapi yg bangsatnya UMNo menghalang pembangunan di sana...
jika mo bicara soal melayu... soal perpaduan bangsa..soal survival melayu... soalkan dulu kenapa melayu terpinggir di malaysia...soalkan dulu kenapa org melayu ganu klantan. perlis kedah dibiarkan...soalkan dulu martabat bhasa Melayu, tulisan melayu, ekonomi melayu-yg heran kenapa dah air nak sampai hidung baru nak pejuang melayu..--50 tahn dulu dok buat apa.. membungsungkan n membuncitkan perut... ingat perjuangan yg beenar adalah perjuangan yg ikhlas... hidup hanya sementara... harta pangkat kemewahan tidak masuk kubur...yg aku tak paham dangat2..dah kita tau pemimin kita rasuah..seleweng kuasa..yg kita2 matia-matian dok sokong dan dok undi napa... heran ..heran.. RASUAH MUSUH NO 1 MALAYSIA
n/p tak paham aku wartawan sekarng banyak yg dah pekak dan buta
salam perpaduan
mesin buruk terlalu pandai menaksir maksud perpaduan. sesuai dgn profesinya ..wartawan...
mesin taip buruk... oang dah tak pakai dah... dia sendiri tak pakai... cam tu la UMNo... menda tak leh pakai dah... dia sdiri tahu dia tak leh pakai... kenapa? ye laa skrg kan dah ada teknologi baru... mana ada org nak pakai menda buruk yg lama walau pun kondisi baik... sebab dah lapuk..ketinggalan jaman hihik... dgn kata lain tak kompeten..kemampuan tak optimal... impoten..mati pucuk cam umno gak cam tue gak mesin taip buruk... buang ja le. pakai laa komputer
bicara soal kerajaan perpaduan... yg TUK GURU tak setuju harus dirujuk kepada beberapa dekad lalu pemerintahan PAs di kelantan..
Kelantan - ramainya Melayu di sana lebih ramai dr johor, melaka ns, prk kedah perlis dlll... tapi knp melayu sana seperti kurang tebela...mana peranan UMNo.. parti bangsa melayu yg gah..gagah hebat masyhur..adil..pejuang agama bangsa dan negara...mana pemimpin melayu UMNO yg nak pejuang bangsa dan bahasa melayu...
sesuatu yg memalukan parti terhebat Melayu di dunia..apabila melayu tak terjaga di bumi sdiri... 50 tahun apa yg ada di kelantan...hanya sekadar keperluan asas dan sedikit kehendak manusia yg dipenuhi.. sepatutnya umno parti pejuang melayu terhebat harus membangun kelantan... tapi sayang;;; hasad dengki..kianat... yg ada pd pemimpin durjana bangsa melayu hanya merosak melayu... umno bukan sahaja tak membangun kelantan malah celakanya memboikot n menghalang pembangunan kelantan.. hanya kerana tak mahu kelantan membangun..dan dgn alasan itu nanti rakyat akan beralih ke UMNo... betapa jahatnya UMno sanggup korban bangsa melayu demi cita-cita UMNO..
sepatutnya dalam membangun bangsa melayu... kita perlu ikhlas...tidak mengira ideologi politik melayu itu.. apa salahnya jika kerajaan pusat membangun kelantan dgn erti kata pembangunan sebenar... spt kejaan bangnkan ganu.. kenapa harus pilih bulu...ikhlas UMNO dal membangun melayu.. jika dirujuk kes kelantan..iklas ke UMNO...
bila bicara soal melayu..soal perpaduan..soal bahasa..soal agama..soal sultannya ..soal kuasa..soal ekonomi..soal survival..dan soal 1001 macam lagi.. aku akan muntah jika UMNO tiba2 naj jadi jaguh...hero konon... 50 tahun sudah cukup membuktikan kegagalan UMNo... apa mesti tunggu 50 tahun lagi...cukuplah pemimpin umno menghancurkan bangsa..cukuplah tue..dah kaya dah..perut pun dah membusung..7 bulan
kelantan..dan isu kerajaan perpaduan - dan aku faham kenapa TUK GURu tak setuju. aku yg jahil n berdosa nie pun tak setuju..kenapa isu perpaduan wujud lani..? ketika uMNO dan BN..lemah..kenapa tidak dulu.. kenapa mo gabung dgn PAS lani knp tidak dulu... budak tadika pun boleh jwb
ingat la.. perjuangan yg benar adalah perjuangan yg ikhlas
RASUAH DAN SELEWENG KOSA MUSUH NO 1 Malaysia...ingat kesalahan rasuah dan penyelewengan kuasa hanya terampun jika rakyat mengampunkan..
teringat aku sesuatu kata bijaksana
HANCURNYA SUATU BANGSA BUKAN KERANA BANGSA LAIN TAPI KERANA BANGSA ITU SNDIRI...
aku masih lagi dok pikir ini...
KENAPA KIATA MELAYU MASIH LAGI MEMILIH PEMIMPIN YG KITA YAKIN TAHU RASUAH .. SELEWENG.. SALAH GUNA KOSA UTK MEMIMPIN KITA... awat dah kureng sgt kaa pemimpin melayu lani.
aku pon heran gak
napa kita org islam.. tak nak pd hukum islam ..pelik...
kerajaan yg mengaku islam...tak pi guna undang-undang british.. lawak
n/p heran dgn wartawan lani...ada mata buat buta..ada telinga buat pekak..ada mulut buat murai..heran bila wartawan dah guna mulut bicara tidak guna pena lagi....terlupa kot kode etik kewartawanan...
Tuan-tuan,
Masalahnya dengan kita semua ialah kita terlalu ikut politik lama!
Politik lama itu ialah politik perkauman, politik cari makan dan politik kemaluan!
Politik baru menolak perkauman, menolak perpaduan kosmetik dan menolak politik glamour dan murahan.
Politik baru bukan lagi mainan. Politik baru adalah 'hablun minallah dan hablun minas nas'
Menjadi khalifah dan berubudiyah sekali gus!
Politik baru untuk rakyat demi kebaikan sejagat dunia sampai akhirat.
Kalau tak faham lagi taja dan sokonglah kerajaan perpaduan itu sebab kerajaan perpaduan itu jelas perkauman, jelas tidak jujur dan tidak jelas matlamat hablun minallah!
Ayuh mari didik rakyat fahami politik baru!
one nation... setuju!
bodohlah... org melayu boleh bersatu kalau masing2 buang ego. tp melayu makin bercelaru sebab ada seorang melayu yang jd penghasut sbb nak jadi PM. Dia tak mahu melayu bersatu sbb susah nak masuk jarum.
chaa.. aku percaya kau bukan org kelantan dan amat jarang pergi kelantan. bandinglah kelantan 80-an dgn sekarang. Siapa yang majukannya? Cuba kau kira berapa ramai org kelantan yang jd CEO syarikat, bilionair, ulama, pengarah urusan, ketua jabatan, KSU-KSU dll??? cuba kira??
Apabila diri mundur jangan salahkan org lain, salahkan diri sendiri. Jangan kerana letrik kena potong sebab tak bayar bil nak salahkan UMNO... halooo... berfikirlah secara waras!
Post a Comment