12 June 2009

Kuan Yew buang tabiat?

Orang tua-tua kata, kalau sesiapa yang datang dan mahu bertemu dengan seberapa ramai saudara mara, rakan taulan dan sesiapa yang dikenali tanpa sebab musabab, itu tandanya orang tersebut sedang "buang tabiat". Dan biasanya buang tabiat ini dikaitkan dengan seseorang itu sudah tidak lama lagi nak meninggalkan kita. Itu kata orang tua-tualah... bukan aku!

Aku pun tertanya-tanya juga apa ke halnya Lee Kuan Yew, bekas PM Singapura yang menjadi mentor sehingga Tunku "terpaksa" melepaskan pulau Temasik itu bertemu dengan pemimpin-pemimpin di Malaysia, baik UMNO, Pas, DAP, PKR... kecuali Tun Dr. Mahathir. Buang tabiat ke?

Ops..

Aku tahu mengenai pertemuan ini sejak beberapa minggu lalu tapi malas nak ulas sebab masih belum disahkan. Tapi semalam bukan main bangga barisan Naib Presiden UMNO yang dapat bertemu dengan Lee Kuan Yew. Hebat sungguh pemimpin ini sebab selain dapat bertemu dengan pemimpin negara ini, bahkan bertemu secara peribadi dengan first-lady. Wah... tak pernah berlaku seorang pemimpin nak bertemu dengan semua orang termasuk si isteri.

Aku ingat lepas ini adalah nama Lee Kuan Yew diabadi sebagai nama sekolah, nama jalan, nama bangunan sebab mengabadikan "jasa-jasa" beliau kepada Malaysia.

Dan pertemuannya dengan pemimpin pembangkang dari Pas, DAP dan PKR dipandang serong dan menjadi kebimbangan banyak pihak. Maklum kita tahu siapa Lee Kuan Yew - pemimpin tertinggi parti PAP (opss... hampir sama namanya dengan DAP).

Tapi aku memandang kunjungan Lee Kuan Yew ke sini dan bertemu dengan para pemimpin parti, kerajaan bahkan si isteri sebab dia buang tabiat.... makna mungkin tak lama lagi dia nak tinggalkan kita selama-lamanya. Manalah tau....

7 komen:

kluangman said...

Dia datang minta maaf kerana dosa dosanya yang banyak dengan Malaysia..

Dia datang jumpa Rosmah kerana isteri adalah di belakang setiap kejayaan sang suami..

Kalau dibandingkan Jane dan Azizah, suami mereka 'kureng' berjaya..

Fazrulls said...

Salam Tuan,

Pelik tapi ada kebenarannya.. kata-kata tuan tu...

Memang pelik..

sekian,

ONE NATION ONE LOVE said...

Salam,
Beb aku dah agak dah bab-bab "buang tabiat tu".Mahluk ni mati aku tak heran la,mati lagi baik,aku tak tau la apa kebaikan yg dia dah buat dlm beberapa tahun kebelakangan ni kpd negara tercinta melainkan...arghh malas nak cakap la beb.Kau pun tau la negara "mini yahudi" di kelilingi negara gugusan melayu ni.Bapak aku pencen singapore beb,dari tahun 50an lagi mmg dah ada kuil yahudi di singapore,apa nak heran.Yg aku herannya statement dia katakan jambatan ketiga mesti segera dibina,sebab potensi kawasan sekitar mersing yang berpotensi dibangunkan seperti Nusa Dua di Bali.Lu sapa, nak ajar pemimpin kita apa yg baik ttg negara kita.Sebenarnya aku rasa penyelesaian ttg jambatan bengkok ke,apa ke, aku rasa aku dah dapat formula macam mana nak sakat singapore seperti yang Tun mahathir(TDM) nak ajar singapore dulu.Tapi aku harap aku dapat jumpa TDM untuk sampaikan formula aku ni.Aku serius beb.Pemimpin besar macam TDM je yang ada guts nak ajar singapore ni.What the hack.

musli oli said...

jumpa siapa pun tak apa tapi jumpa isteri PM tu buat kita pening fikirkan...apa yg dibincang? saya ulas dalam blog saya www.muslioli.blogspot.com tentang pertemuan itu. perkara ini tak pernah berlaku. kalau minta restu dari rosmah untuk najib luluskan sesuatu permintaan tentu orang kata PM kita tak ada kuasa mutlak. ini tak logiklah kan? tapi najib kena beri penjelasan kenapa LKY dan menteri-menteri singapura pula adakan perbincangan dengan isterinya.

keris panjang said...

Salam,

Malang sungguh bangsaku melayu..bangsaku yg sering terlupa sejarah..bangsaku yg sering lupakan sejarah..

Alangkah malangnya bangsaku melayu jika sejarah berulang sekali lagi !!

ONE NATION ONE LOVE said...

Salam semua,
Aku rephrase perkataan aku,mungkin "meracau tak tentu pasal lagi sesuai dari nyanyuk".Kita tak payah risau duit dalam poket orang ada berapa banyak,baik kita risaukan duit dlm poket kita ada berapa.Maksudnya,dari kita menyibuk tentang hal singapore ni,baik kita sibuk dengan hal dalaman kita.Tentang hal dalaman kita pulak,kita tak payah fikir sangat apa agenda DAP ke,MCA ke,MIC ke,baik kita fikir tentang perpaduan melayu/islam kita.Bila cakap tentang melayu/islam aku kena keluarkan nama DSAI sebab kita tau apa perjuangan dia dan apa topeng yg dia pakai.(dan dia ni pun bukannya bagus sangat pun nak kena bagi perhatian lebih,cakap selalu tipu).Yg aku nak cakap ialah tentang PAS dan UMNO.Apa cara pun buang la ego dan bersatulah.Itu je.Orang PAS cakap UMNO tak betul,orang UMNO cakap PAS tak betul,sampai kiamat pun tak selesai macam Hamas dan Fatah siap buat perjanjian depan Kaabah pun bergaduh juga.Sebab the moment melayu/islam duduk berbincang "the first thing they do is they agree to disagree".Penentangan PAS yg kuat adalah dari TOK GURU NIK AZIZ.Kalau kita kata kat tok guru yang kita anggap dia guru mursyid atau bertaraf wali/orang alim mesti dia tak mengaku sebab kewalian hanya diperkatakan orang ramai terhadap seseorang individu bukan individu itu yang mengaku kewaliannya.Ok la,anggap saja dia apa saja,wali ke,guru murshid ke,tapi dia tak boleh menunjukkan amarah yang ketara.Anak dia kena tangkap ISA dulu pun dia melenting,sepatutnya dia rehda dan berserah kepada Allah untuk tunjukkan kebenaran.Lagi satu dulu bukan main cakap TDM diktator,sekarang siapa diktator,memerintah dah dekat 20 tahun (dulu marah kat TDM sebab jadi PM lama sangat,suruh berhenti).Sekarang siapa diktator,cakap dia je nak kena dengar,bila Hadi cakap nak perpaduan dia kata boneka UMNO.Apa ni.Demokrasi ala PAS ke ni.Sorang je yang kontrol seluruh pandangan ahli PAS.Wahai orang PAS jangan taksub sangat,aku hormat Tok Guru bukannya tak hormat dan tak berkurang pun rasa hormat aku pada dia atas ilmu yang dia ada.Tapi kena lah rasional sikit.Kalau macam ni sampai bila la nak ada perpaduan melayu/islam.Hentikan lah berbalah.Duduk diam-diam,fikir2 kan lah,kita ni nak gaduh ke nak berdamai.Tak sayang ke sedara kita yang islam ni.Tak boleh berbincang ke baik baik.Tak kan kita je betul,dengar la juga pandangan yang satu lagi.Apa2 pun bersatu lah,itu je.Kita orang ni rindu sangat perpaduan ni.Bila kita sembahyang jumaat,kita kisah ke sebelah kita ni orang PAS ke,Islam ke,Indon ke,bangla ke.Tak kan?Sebab yang penting dalam masjid tu semua sedara ISLAM kita.Hidup lah berkasih sayang.Susah sangat ke.Berkuasa tu segala-galanya ke.Fikirkan la.

D_one said...

Salam tuan, mmg hamba sangat berstuju artikel tuan namun adalah hamba yang rendah diri ingin mengingatkan diri hamba,tuan dan juga warga blog bahawa First Lady Malaysia bukan isteri PM.... sila semak kembali perlembgaan dan susun atur kekananan negara untuk menemui jawapan .... thanks