10 July 2009

Drama "Babi" macam filem Tamil daa...

Dalam filem/drama ada banyak cara untuk ditamatkan. Ia bergantung kepada skrip dan juga pengarahnya. Ada orang beritahu aku kalau filem Tamil, kesudahannya mesti "happy ending". Sebab aku tak minat filem-filem Bollywood jadi aku tak tahu sangatlah hal ini. Jadi aku tanya si pencerita kenapa perlu macam tu?

Orang itu kata kebanyakan penonton wayang di India ialah golongan buruh dan petani yang kebanyakannya menonton wayang sebab nak hilangkan penat bekerja. Sebab itulah filem Tamil perlu ada unsur-unsur air mata, lawak, aksi dan lagu-lagu merdu sebab nak hiburkan penonton mereka. Penamat juga mesti "happy ending" dan biasanya hero akan berkahwin/bertemu semula dengan heroin.

Aku tanya juga, kenapa mesti "happy ending"? Jawab orang tu, kalau "sad ending" tentu penonton tak puas hati dan silap haribulan panggung pun mereka sanggup mereka bakar. Huh... kisahnya.

Jadi bila bercakap perihal filem Tamil ini aku teringat drama sebabak bertajuk "Babi" yang shootingnya di Kedah baru-baru ini. Cuma bezanya pelakonnya bukan hero-hero Tamil tetapi pelakon kungfu DAP dan pelakon pesilat cekup, Pas. Perghh... sekali tengok aksinya memang dahsyat, penuh dengan pertikaman lidah, aksi tolak menolak, tarik menarik. Sampaikan si DAP sanggup keluar gelangganglah. Itu semua hanya kerana kandang babi. Sesuai sangatlah, kena dengan tajuknya.

Dan hari ini, drama sebabak itu sudah ditamatkan. Yang paling best ia berakhir dengan "happy ending". Jadi para penonton terutama mereka yang taksub dengan kedua-dua watak DAP dan Pas ini tidak perlulah sampai bakar panggung atau berbaring di jalan semata-mata mempertahankan hero masing-masing. Jadi penamatnya si kungfu DAP kembali bermesra dengan pesilat Pas dan kini dikhabarkan mereka sedang berdua-dua di dalam kelambu.

Ops.. maaf! Babak yang akhir ini tidak dapat ditayangkan sebab tidak diluluskan Lembaga Penapisan Filem.

1 komen:

Hafizuddin Fareis said...

salam
sebelum itu, hepi annivesary buat blogger Mesin Taip Buruk..

saya pengikut setia yang tidak miss pasal citer2 dalam blogger ni..
tahniah!!

drama di kedah sudah tamat. so sekarang ni kena tunggu "filem" kat Malaysia la plak.. mungkin pelakon- pelakon yang membintangi filem tu lagi hebat2..

kite tunggu... layann..