Khabarnya laporan berhubung kajian PPSMI telah siap dan dikhabarkan juga Muhyiddin Yassin selaku Menteri Pelajaran akan mengumumkan kedudukannya esok iaitu selepas selesai mesyuarat kabinet.
Khabarnya juga selepas menimbang dan meneliti hasil kajian tersebut, PPSMI akan dihapuskan dan Matematik & Sains akan kembali diajar dalam bahasa Melayu. Betul ke tidak aku tidak boleh pastikan, kena tunggu besoklah!.
Wahahaa... kalau betullah PPSMI dihapuskan bergembiralah puak2 pembangkang sebab konon perjuangannya selama ini tentang PPSMI telah membuahkan hasil dan kerajaan BN "terpaksa tunduk mengalah" dengan desakan mereka. Dan aku percaya isu ini akan menjadi modal kepada puak2 pembangkang untuk berkempen di Manek Urai. Ya, kerajaan BN akhirnya tunduk dengan desakan pakatan rakyat supaya menghapuskan PPSMI..
Tapi betul ke puak2 pembangkang adalah pejuang sebenar isu PPSMI?
Alah... siapa tak kenal mereka yang sering mengambil kesempatan dalam kesempitan. PPSMI sudah diperjuangkan oleh ramai kalangan Melayu bukan pembangkang termasuk orang UMNO cuma caranya tidaklah sampai berdemonstrasi dijalanan. Jadi kalau pembangkang nak kata itu adalah perjuangan mereka kirim salamlah. Orang UMNO juga banyak yang menentang. Buktinya dalam PAU lalu berapa ramai perwakilan termasuk Wanita, Pemuda dan Puteri yang memekik melolong menggesa hapuskan PPSMI.
Tapi puak2 pembangkang baru mula menunjuk konon prihatin tentang nasib bahasa Melayu (dalam PPSMI) baru beberapa ketika ini. Itupun selepas melihat kumpulan GMP mula bergerak aktif. Kalau pembangkang betul2 prihatin tentang nasib bahasa Melayu kenapa mereka tidak berdemonstrasi ketika DAP bersetuju menggunakan bahasa Cina sebagai papan tanda jalan di negeri itu dan puak2 DAP di Lembah Klang diketuai Teresa Kok turun padang menentang penggunaan tulisan Jawi di papan tanda jalan? Hipokrip!
Namun aku percaya apa sahaja keputusan yang dibuat oleh kerajaan berhubung PPSMI akan dipolitikkan oleh pembangkang dan yang pasti mereka akan mendakwa mereka adalah dipihak yang benar dan betul manakala kerajaan BN tetap dianggap bersalah! Itulah mereka...


3 komen:
Yang gembira kerana PPSMI dimansuhkan lebai ingin mintak tolong translate ayat ni sikit:
That server gives a plug and play service to the client using either hardware or software joystick. The joystick goes into the port of the client.
Kalau tak tahu sila layari http://paklebai.blogspot.com/2009/07/why-using-english-for-math-and-science.html
Bila sesuatu dah ditunjukkan jalannya..dan kesilapan sudah dijelaskan..maka terima jelah dgn hati yg terbuka. Tak kira sapa lah yg menentang perlaksanaan PPSMI tu..Kalau dah dibuat kajian maka kenapa harus di tunggu sehingga 3 tahun????
Adakah masa yg cukup untuk melayu mudah lupa seperti kaka TDM tu???
Nak kaji apa lagi?? Kalau benda tu dah tak berkesan dan malang sekali kita selama ini ditipu dgn lapuran yg salah ttg percapaian pelajaran tersebut....
Tiap2 tahun peratusnya selalu naik...heee apa yg naik..????
Kenapa tiada ketelusan dalam lapuran pencapaian itu???? Apa yg harus ditutup???
Tak kan pendidikan melayu dah jadi bangkai baru nak didedahkan????
"lihatlah apa kata menteri pelajaran dalam perlimen baru2 ini"
aku sokong...knp perlu kerajaan tipu rakyat dengan laporan2 palsu tu? dulu semua cakap bagus...skrg lain..syukur la kerajaan sedar n tidak bongkak menegakkan benang yang basah
Post a Comment