BN nampaknya mainkan isu tiada pembangunan di Kelantan menjelang PRK Manek Urai esok. Baru-baru ini Ibrahim Ali ada bantai kerajaan Kelantan sebab lebih banyak berceramah daripada bangunkan negeri.
Bagi aku, orang BN tak payahlah cakap pasal pembangunan. Puak2 Pas tidak minat dengan pembangunan. Bagi mereka pembangunan tidak membawa apa2 makna kepada kehidupan mereka. Mereka mahukan Islam, hukum Hudud. Apa sangat pembangunan yang tidak membawa ke syurga itu.
Sebab itulah orang Pas mahukan pemimpin yang pandai berceramah, berpidato, berkhutbah sebab apa yang penting pengisian jiwa dengan ayat-ayat suci Al-Quran. Tak apa mereka tak sekolah tinggi, tak lulus SRP tak kisah yang penting asalkan mereka memakai serban sebesar tempayan, jubah sampai ke kaki dan pandai memutar kata-kata dan kadang2 ayat Quran dan Hadis, itu yang penting. Lebih elok lagi kalau mereka pandai maki-maki orang lain, lagi seronok.
Bukan macam puak2 BN balik2 disuap dengan pembangunan material. Kalau berkempen ceramah balik-balik nak bina itu nak bina ini. Nak buat jambatanlah, basmi orang miskin lah. Arghhh.. itu semua tak membawa ke mati. Buat apa?
Bukankah dengan adanya pembangunan ia akan menjana sektor pekerjaan dan ekonomi setempat? Hish... pekerjaan. Nak buat apa? Dah elok dah dengan jadi nelayan dan petani, nak buat apa lagi pekerjaan? Kan pepatah ada kata ulat dalam batu pun boleh hidup? Budak-budak kalau nak bekerja pergi cari kat KL, JB atau negeri-negeri lain.
Lagipun membangunkan Kelantan bukankah tanggungjawab kerajaan Pusat? Kelantan cuma kutip hasil cukai pintu, cukai import dan cukai tanah. Bab-bab membangun tu kerja kerajaan BN. BN perlu buat bangunan dan kerajaan negeri datang kutip hasil saja. Jadi kalau tak ada pembangunan di Kelantan bukan salah kerajaan Pas yang memerintah negeri tetapi kerajaan Pusatlah! Huh...!
Maaflah BN, orang Manek Urai tidak menerima pemimpin yang membawa pembangunan di kawasan mereka. Mereka mahukan pemimpin yang pandai berkhutbah dan bermain kata-kata. Tak apa kalau mereka mati dalam kemiskinan dan kedaifan, yang penting pemimpin mereka boleh berkhutbah dan berceramah sepanjang masa.
13 July 2009
Pembangunan? Nak buat apa??
Pada 2:55 PM
Label: Hudud, Pas, Pilihan raya
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


5 komen:
dunia akhirat jika boleh biarlah seiring.
Kemudahan asas ada nak beribadah pun senang
walaupun tak da kemudahan perkara yg wajib mesti dibuat.
pandangan saya yang cetek ilmu sahaja
dan taka pandai dlm penulisan
Bekerjalah kamu seolah-olah kamu akan hidup selama-lamanya dan beribadahlah kamu seolah-olah kamu akan mati esok hari...!
Aslmualaikum.
Sebatang tiang dipacak ditengah terik matahari. Bayang2nya kelihatan senget. Untuk membetulkan bayang2nya, hendaklah membetulkan kedudukan tiang dahulu.
Dunia ibarat tiang dan bayang2 ibarat Akhirat.
Wallahualam
Kalau nak buat pembangunan buat je lah..kenapa perlu nak menang dulu..ikhlas la kalau nak buat sesuatu biarpun sumbangan kita org lain tak hargai..
Itu falsafah dulu - sekarang pok nik dah sedar, tanpa duit sendiri di tangan, PAS akan jadi boneka dan diperkudakan macam peminta sedekah dengan DAP dan Anwar.
Sekarang pok nik dah minta royalti minyak - untuk apa kalau bukan untuk pembangunan.
PAS sedar lambat laun rakyat Kelantan akan bertanya soal kemudahan asas, takkan nak minum air paip merah berpuluh tahun.
Takkan perut kenyang sekadar melihat potret pok nik, takkan atap rumah tak bocor kalau eko no money berterusan - ceramah dan suapan pasal pahala dah basi, rakyat Kelantan dah cukup sedar, cuma yang ego mempertahankan Islam Kosmetik di Kelantan.
PAS akan ditolak di Kelantan seperti UMNO kena tolak - benda tu bukan mustahil. Pemimpin PAS Kelantan ditolak ahli PAS seMalaysia sudah terbukti di muktamar yang lalu.
Hari ini, nak lihat PAS, tengok dengan siapa PAS berkawan !
Post a Comment