Beras Nasional.... Hong Kong?

29 August 2009

Banyak berita dan cerita yang sedap didengar beberapa hari ini, menjelang sambutan kemerdekaan negara yang ke-52 hujung bulan ini. Bermula isu inkues Beng Hock yang semakin menampakkan tembelang dan temberang, isu pergolakan dalam MCA, perebutan jawatan dalam MIC, perihal itu, perihal ini...

Tapi banyak-banyak berita hari, paling membuat aku terkejut beruk, terkedu dan tak terkata apabila mendapat tahu syarikat beras utama negara Padiberas Nasional Bhd. atau Bernas sebenarnya dimiliki oleh sebuah syarikat dari Hong Kong. Gila..!! Selama ini aku berbangga sebab aku makan beras tempatan di bawah logo Bernas yang aku bangga-banggakan sebab memilih produk tempatan rupanya milik orang asing?

Aku tak makan beras Siam sebab nak sokong industri beras negara, aku tak makan Berasmati dari India sebab aku nak bantu pesawah tempatan tetapi ternyata Bernas yang selama ini aku sangkakan milik kerajaan atau sekurang2nya milik syarikat tempatan rupanya adalah milik orang Hong Kong? Sungguh aku tak boleh terima....

Halooo... Malaysia! Aku sangka kita sudah dibebas dari penjajahan asing selepas mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957... Rupanya selepas 52 tahun kita masih lagi dijajah? Dan yang paling menyedihkan sumber makanan utama negara dikuasai orang asing? Di mana anak-anak Malaysia? Di mana syarikat-syarikat tempatan sehingga membiarkan syarikat asing menguasai Bernas? Di mana... Di mana otak pihak yang memberi kelulusan sehingga membenarkan syarikat asing kuasai industri beras negara?

Sungguh... aku sungguh sakit hati membaca berita tersebut. Dan aku dapat tahu ada syarikat tempatan yang mahu mengambil alih Bernas daripada syarikat Hong Kong tersebut. Alhamdulillah... aku berdoa agar ia dapat dikembalikan ke tangan anak tempatan.

Aku tahu ini bukan kes pertama. Sebelum ini banyak perusahaan atau perkhidmatan yang menjadi tempat kebergantungan rakyat marhain dikuasai oleh orang asing. Banyak.. cukup banyak. Kenapa harus berlaku? Kenapa? Kita sudah merdeka 52 tahun dan kita sudah melahirkan ramai ahli korporat terbilang dan ternama. Di mana mereka? Di mana korporat-korporat yang lahir dari Dasar Ekonomi Baru (DEB) berada?

Sepatutnya merekalah menguasai syarikat-syarikat yang berkepentingan dengan rakyat. Biar tidak begitu menguntungkan tetapi sekurang2nya mereka membalas jasa negara dan jasa rakyat yang membayar cukai demi kemajuan negara dan kemudian projek pembangunan diserah kepada mereka.

Aku harap ketika negara bakal menyambut kemerdekaan ke-52 ini, semua pihak perlu mengambil iktibar dari apa yang berlaku. Bayangkan kalau syarikat asing menguasai industri beras negara, mereka boleh buat apa sahaja untuk menjaga keuntungan mereka, dan mereka peduli apa dengan kesusahan rakyat.

Itulah yang berlaku ketika berlakua kenaikan harga beras yang mendadak setahun lalu. Kini rakyat menanggung sengsara kerana terpaksa membeli beras dengan harga tinggi. Akhirnya siapa yang untung, siapa yang rugi?

3 komen:

wainaa....rupanya BERNAS itu milik Hong Kong.

kerel bort said...

laa... kan syed al-bukhari dah ambil alih saham bernas tu... pemilikan saham bernas oleh syarikat hongkong adalah gara-gara pembelian saham apungan di bursa secara besar-besaran... tapi kini 70% Bernas milik Syed mokhtar al-bukhari... :) chill bro!

rider_frs said...

so kerel bort sekarang ni BERNAS tu confirm 70% milik Syed Mokhtar?