11 November 2009

Bai'ah... Pas dah terpelosok

Isu ba'ah benar2 membuatkan Pas terpelosok di bawah lumpur sebab di belasah kaw-kaw oleh kawan dan lawan. Memang patut Khalid Samad menyesal sebab memecahkan telor busuk partinya sendiri sehinggakan ia menjadi senjata makan tuan.

Tapi macam biasalah, Pas tidak akan mengaku salah. Mereka tetap benar dan sebenar-benarnya. Yang salah ialah UMNO sebab menjadi dalang sehingga isu ini pecah dan yang salah ialah media arus perdana yang menggembar-gemburkan isu bai'ah. Nik Aziz tak mengaku, Hadi Awang masih terdiam, Hassan Ali pun masih mengunci mulut, takut gamaknya.

Tapi macam mana tu, Dewan Muslimah dah mengaku dan seperti biasa menyokong apa sahaja parti lakukan walaupun sedar bai'ah talak ke atas isteri jelas-jelas meletakkan wanita Pas dan istreri-isteri wakil rakyat mereka sebagai barang cagaran. Sokong ya sokong. Konon sebagai bukti kesetiaan mereka kepada parti dan isteri.

Ek eh... Apa hubungan UMNO dengan pengakuan wakil rakyat mereka sendiri yang mengaku berbai'ah talak isteri? Takkan isu bai'ah pun nak dikaitkan dengan UMNO? Lah, salahkan media pulak hebohkan benda ni. Yalah nak tunggu Harakah mana diorang nak tulis benda2 buruk pasal Pas, yang buruk2 pasal UMNO maulah mereka tulis. Media arus perdana pun macam tu jugak tapi bukan buruk Pas saja mereka tulis, UMNO & parti lain pun mereka bantai juga kalau tak betul.

Inilah "political thinking" pemimpin Pas yang susah nak aku terima. Aku memang menyokong perjuangan mereka nak menegakkan negara Islam tapi nampaknya kini perjuangan mereka sudah makin jauh terpesong dan susah dah nak balik ke laluan asal.

Kalaulah pemimpin Pas terdahulu macam arwah Ustaz Burhanuddin Helmi tau keadaan parti ini sudah melencong jauh tentu dia sendiri akan sedih. Sedih cukup sedih dengan pemikiran para pemimpin mereka hari ini yang terpelajar tetapi kurang ajar, yang terdidik tapi tak cerdik, beragama tapi menyalahgunakan agama.

Isu bai'ah adalah satu lagi bukti kepesongan Pas dalam memperjuangkan agama. Aku percaya kalau perjuangan Pas ikhlas untuk menegakkan Islam sudah pasti Allah akan membantu mereka. Tapi lihatlah, sehingga hari ini Pas masih kekal seperti ini sejak dahulu. Diberi sedikit kemenangan kemudian menjadi riak dan takabur.

Betul kata orang kalau UMNO itu perasuah, perosak agama, bangsa dan negara kenapa UMNO boleh memerintah negara ini selama 50 tahun? Kenapa Allah memberi kemenangan demi kemenangan kepada perosak agama dan bangsa ini sedangkan Pas yang sekian lama memperjuangkan Islam tidak diberikan kemenangan?

Bukankah Allah itu maha adil, maha bijaksana?
Takut aku nak tanya soalan ni kat Nik Aziz sebab takut Tok Guru jawab: "Habis tu, Tuhan orang UMNO....." Dushhh..!! Wanauzubillah!

1 komen:

ONE NATION ONE LOVE on 13/11/09 01:42 said...

Aku ni tak pernah menyokong PAS tapi aku tergerak mendengar ceramah PAS/keadilan semasa kempen PRU ke 12 tahun 2008.Tujuan aku ialah macam beribu-ribu penyokong kerajaan atau yg duduk atas pagar,saja datang nak dengar temberang dia org.Bukan aku sokong dia orang pun.Lebih2 lagi masa tu memang org UMNO/BN menyampah dgn Pak Lah,menantu dia dan isu Tun Mahathir(TDM) yg dipinggirkan oleh kerajaan masa tu yang juga menguris hati banyak bangsa melayu yang merasakan jasa TDM diperlekehkan sebegitu sekali.Ok.Yg aku nak cerita ni tentang ceramah dia org di Greenwood dan padang di Seri Gombak.Antara pencelotehnya ialah Hassan Ali,Anwar Berahim,Tian Chua dan lain-lain lagi yang aku tak berapa ambik perhatian sangat.Hassan Ali memang ada mengatakan sebahagian besar calon PAS adalan calon PHD,engineer dan profesional jika nak dibandingkan dgn calon BN yg rosak akhlak.Dan dia org melalui tapisan ketat dari Tok Guru Nik Aziz,contoh:calon perokok takkan dipertimbangkan>Ini lagi calon yang rosak akhlak,penyamun,perasuah dll lagi seperti orang BN/UMNO.Dan isu bai'ah yg sekarang ni diperkatakan ni memang ada diperkatan oleh Hassan Ali(aku harap dia tak nafikan,ingat bohong tu tetap dosa tak kiralah orang UMNO ke,PAS ke,cina ke,iban ke,dosa tetap dosa).Jadi bila si Khalid menceritakan hal bai'ah ni,dia seperti berseorangan,top gun dia org mcm nak lepas tangan bantai tak tau memanjang.Bos dia kat Selangor,Hassan Ali pun tak backing dia.Tu yang aku heran tu.Mengaku tak,menidak pun tak.Dan aku tak heran orang yg cakap berdegar-degar macam Hassan Ali ni memang sifat dia buat-buat lupa.TDM pun memang cakap dia takkan lupa kerajaan pernah bagi 1juta kat Hassan Ali buat PHD lepas tu dia bantai kerajaan balik(ada keluar dlm berita arus perdana,so jgn cakap aku yg tomah,kalau tomahan maknanya TDM yg tomah).Kau rasa TDM buat tomahan ke atau betul cerita ni.Kalau tak betul kenapa Hassan Ali Tak jawap tomahan TDM?Dan tentang Khalid Abd Samad,kenapa Hassan Ali senyap je.Moral of the story ialah:orang yang cakap berdegar-degar macam Hassan Ali memang cepat lupa atau boleh buat tak tau je atau jenis tak de intergeriti,semata-mata demi survival politik dia dan juga PAS.Kalau dia ada intergriti aku nak dengar dia bersuara tentang isu yang TDM cakap dan juga isu bai"ah. Sebab aku dah mula nak percaya masa dengar dia berkhutbah masa PRU12 tu dulu,tapi sekarang ni aku dah mula rasa nak muntah.Itulah kata org pandai agama,bukan aku kata.Kalau kita kafirkan org,kalau org tu tak kafir kita yg mengata tu yg akan jatuh kafir.Kalau kita kata org UMNO/BN rosak akhlak dan tak de intergriti,mungkin dia org ni iaitu org PAS ni yg rosak akhlak dan tak de intergriti.Allah maha adil dan maha berkuasa.Kita tunggu je kehancuran parti yang baru diberi kuasa tapi riak dia bukan main lagi.Tolak perpaduan.Sanggup gadai intergriti sendiri bersengkongkol dgn DAP yg terang menolak islam.Opps,aku sebut DAP je ya tanpa sebut PKR ya.Oh ya PKR ni macam yang aku pernah kata dulu,dia org ni macam parti tupperware,kau org ignore je.Allah maha kuasa.