Dahlah masa diorang perintah Perak sekejap habis tanah-tanah kampung baru dibahagikan kepada puak2 mereka dengan berleluasa ini pasir pun disuruh jual kat sekutunya DAP... "ciPAP". Cait... bayangkan kalau DAP perintah negara, bukan setakat pasir silap2 negara pun diorang lego kat negara jiran.
Memang terang lagi bersuluhlah ke arah mana nak di halanya dasar DAP ni. Mereka hanya tau nak untung tetapi tak sedar diuntung. Mereka hanya tau nak jual pasir kepada negara jiran sebab nak dapat untung tetapi taukah mereka pasir-pasir itu digunakan untuk "memperluaskan" negara mereka yang akhirnya menyulitkan negara kita.
Mereka tidak mahu berkompromi soal pembinaan jambatan sehinggakan mereka berkerat rotan mengenainya jadi buat apa Malaysia terhegeh-hegeh nak bagi pasir mudah-mudah kat mereka? Tidak cukupkah "penguasaan" mereka terhadap beberapa kawasan di Selat Tebrau, pulau-pulau di Johor dan beberapa tanah di negeri itu.
Cukuplah mereka "menguasai" Pulau Batu Putih yang akhirnya menjadi milik mereka. Cukuplah mereka meletakkan orang-orang mereka di Pulau Pisang, di kawasan tangki air simpanan milik negara mereka di Kota Tinggi & Johor Bahru. Cukuplah mereka bebas keluar masuk ke Malaysia, memandu kereta mereka di lebuh raya kita yang diumpamakan litar F1, memiliki rumah dan hartanah dan bangunan-bangunan strategik di Johor, Melaka dan KL. Cukuplah memberi muka kepada mereka sedangkan hati mereka menyimpan sejuta dendam kesumat.
Pasir oh pasir... Kerana pasir jugalah Pak Lah batal bina jambatan bengkok. Janganlah ungkit pasal pasir lagi. Cukuplah apa yang mereka ambil dari kita sebelum ini dan janganlah diberikan waima sebutir pasir kepada mereka.
Jangan... jangan...!

4 komen:
Pihak Singapura mungkin telah berfikir jauh 100 tahun kehadapan.. Pihak di Malaysia pula harus berfikir lebih jauh lagi daripada itu ;)
itu yg nizar suke dgn DAp, itu yg nik aziz suka dgn Dap, itu yg Anwar suka dgn DAp.... DAP ni ...APA BOLEH JUAL,.....JUAL (ABJJ)...... bila DAP perintah, smua org melayu kena ABJJ ...hahahaha...
lihatlah sape yg bodoh, sape yg pandai.....
Nampak banyak lori membawa pasir bergerak Sitiawan-Lumut ...... endah dari mana. Pasir di masukkan kedalam tonkang di Lumut dan dibawa keluar ke laut entah ke mana. Adakah pasir ini kepunyaan ?????? kalau ya ... patut lah bising.
biar padan ngan puak PAS...biar depa jadi rakyat singapura yang pandai berpura2 tu!
Post a Comment