30 January 2009

UMNO mati pucuk...

Nik Aziz kata UMNO macam pokok yang nak mati, Muhyiddin kata UMNO tiada wow factor tapi bagi aku UMNO dah mati pucuk. Ya, kalau lelaki yang mati pucuk ini dia susah nak "bangun", lembik, tak daya dah walaupun UMNO ada Puteri tetapi tuan2 puteri gagal membangunkan UMNO. Mati pucuklah tu.

Kenapa UMNO mati pucuk? Wah... banyak sebab sebenarnya. Sebab utama ialah kerana faktor umur. Yelah UMNO dah berumur dekat2 70 tahun dah. Orang lelaki kalau umur macam ni memang dah tak daya nak bangun. Bukan diri sendiri nak bangun tak daya, nak bangunkan "anu" pun dah tak daya. Kalau perempuan pulak dah masuk menopous!

Tambah pula kalau sepanjang hidup tak jaga makan minum, main tibai saja. Orang hulur tibai, orang jolok tibai maka cepatlah mati pucuknya. Lainlah kalau mereka tu jaga makan minum dan mengamalkan petua makan jamu atau tongkat ali, setakat 70 tahun masih "power". Silap2 boleh berbini baru. Ops...!

Dulu masa Azalina cadang tubuhkan Puteri, ramai berharap UMNO dapat bangun dan mempertahankan kedudukannya. Ya, masa tu umur UMNO baru masuk fasal pencen, taklah setua sekarang. Jadi bila ada budak2 Puterinya "bangkitlah" sekejap. Sekarang pun masih lagi terasa "sentuhan" puteri dalam UMNO, sebab itulah ada yang dah jatuh cinta.

Tetapi nampaknya apabila ada Puteri, puak2 Pemuda pulak yang berghairah. Ingatkan adanya Puteri boleh bangkitkan UMNO yang dah mula memasuki "perjuangan hidup", alih2 Pemuda pula yang bersemangat membara2 sehinggakan segala pantang larang diredahnya.

Kini UMNO sudah mati pucuk. Ada Puteri pun tak guna dah. UMNO perlukan ubat kuat, perlukan Viagra. Kalau tak ada viagrapun pakailah herba tongkat ali dan kacip fatimah (untuk Wanita) supaya hidup kembali. Pokoknya mati pucuk sekarang masih ada ubatnya, walaupun sekadar bertahan beberapa jam.

Tetapi siapa yang boleh bagi viagra atau ubat kuat kepada UMNO supaya boleh bangkit semula? Mana nak dapatkan viagra ini yang sudah pasti bukannya viagra Pfizer "Made in USA" tu tetapi viagra buatan tempatan, buatan UMNO sendiri yang sudah pasti lebih mujarab dan selamat (bebas dari toksin dan fosforus).

Orang2 dalam Pemuda pula kenalah amalkan pemakanan sihat dan bebas dari korupsi supaya apabila mencapai usia tua nanti tidaklah mati pucuk macam UMNO.

Kita tunggulah nanti bulan Mac ini sama ada viagra yang diperlukan oleh UMNO ditemui atau tidak atau terus membiarkan UMNO longlai tidak bermaya walaupun diusap, dibelai. Bahkan fasa perjuangan hidup bertukar menjadi berjuang untuk hidup!

Siapa orang UMNO paling lantang marahkan SPRM?

Aku terguling2 ketawa melihat aksi-aksi orang UMNO di PWTC malam tadi yang berdemonstrasi marahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) menyiasat puak-puak UMNO yang terlibat dengan politik wang.

Mahu tidaknya, aksi mereka seolah-olah macam berok yang bertindak tanpa otak. Yang aku pelik kenapa mereka marah sangat SPRM siasat UMNO? Oh ya... sebab sekarang ini ramai yang panas bontot dan tidak kurang jugak yang bakal tidak dapat bertanding sebab bersalah amalkan politik wang.

Yang aku pelik, ramai yang terjerit2 kata SPRM tak patut masuk campur sebab mereka bukan amalkan rasuah, cuma politik wang. Politik wang bukan rasuah!! Hahahaha... aku tergelak sebab tidak tahu siapalah mahaguru orang UMNO seperti ini sehingga nak membezakan politik wang dengan rasuah.

Anak aku yang baru nak kenal alam remaja pun tahu kalau politik wang itu sama juga dengan rasuah. Kalau kasi duit supaya wakil2 memilih individu tertentu itu terang2 politik wang a.k.a rasuah. Kalau ada calon yang taja puak2 UMNO pergi ke Medan/Bandung untuk berseronok2 menjelang pemilihan Mac ini, itu juga politik wang atau rasuah. Takkan itu pun orang UMNO tak boleh fikir?

Jadi, aku rasa tindakan puak2 UMNO yang berdemonstrasi marahkan SPRM bukan sahaja menampakkan kedunguan mereka malah menonjol dengan jelas siapa yang makan rasuah di kalangan orang UMNO. Orang menjerit paling lantang dialah pengamal rasuah, itu saja!

Siapa mereka tu???

29 January 2009

Bubar Putera... bubar Puteri... bubar UMNO!

Tengku Ahmad Rithaudeen cadangkan bubarkan saja Putera dan Puteri UMNO sebab katanya dua sayap parti itu adalah tahi politik wang! Terperanjat berok aku mendengar Buletin Utama semalam tentang cadangan oleh Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO itu.

Aku tak pasti samada Tengku dah nyanyok, tak belajar tentang perkembangan UMNO atau sememangnya pekak dan buta sehingga tidak boleh membezakan yang mana sayap parti yang mana bukan. Adakah patut Putera UMNO yang idea penubuhannya oleh KJ dan dipengerusikan oleh mamak Azeez "10 persen" itu dikatakan sayap parti.

Itukan cuma salah satu biro bawah Pemuda. Sebab si mamak Azeez "10 persen" terlalu mewar2kan Putera ada yang nampak dia sayap parti UMNO. Tetapi kalau Tengku cadang bubarkan Putera aku setuju sangatlah sebab selama ini si mamak ini menggunakan Putera untuk kepentingan peribadi.

Aku dapat tahu hutang buat banner, bunting dan segala macam mak nenek ketika pelancaran Putera secara besar2an di Melaka dulu pun belum bayar. Ratusan ribu jugalah. Projek terjun payung oleh (konon) mat rempit di kutub utara pun entah dari mana. Tahu2 dah terjun pun. Tentu banyak "masyuk" tapi betul ke mereka ni mat2 rempit? Berapa sen diorang dapat dari Putera sebab bergadai nyawa terjun kat kutub tu? Atau tak de sen2 pun...

Tetapi kalau nak suruh bubar Puteri aku tak setujulah sebab selama ini Puteri dah berjaya membawa masuk golongan muda dalam UMNO. Mana boleh Tengku kata diorang nih muda2 belia tak patut libat dalam politik... awal sangat! Tetapi Tengku tak tahu ke puak2 pembangkang baik Pas, PKR dan DAP disertai ramai golongan muda setara Puteri ni. Takkan mereka nak sertai Wanita, sedangkan wanita dimonopoli oleh makcik-makcik dan mak-mak nenek. Manalah ngam.

Lagipun setahu aku kegiatan politik wang tidaklah parah di peringkat Puteri. Ada memang adalah tapi masih terkawal. Sebabnya rata2 yang sertai Puteri bukannya kalangan korporat, jutawan2 muda. Mereka kebanyakannya lepasan sekolah dan U, yang mula nak bekerja. Mana mampu nak lobi2 jawatan pakai duit.

Lainlah Pemuda sebab rata2 mereka yang memegang jawatan semuanya jutawan muda. Dari calon Ketua sehinggalah Exco. Mereka semua pakai kereta2 mewah, projek berjuta2 atau menjadi proksi mana2 syarikat. Semuanya berduit. Jadi kalau tanya aku siapa "tahi" politik wang adalah di peringkat Pemuda. Lepas tu penyakit ini akan berlarutan sehinggalah mereka semua nak bertanding di peringkat lebih senior.

Dan di peringkat senior pun penyakit politik wang tidak kurang hebatnya. Dari jawatan Timbalan Presiden sampailah ke Majlis Tertinggi. Banyak yang dah tabur duit sejak mesyuarat bahagian lagi. Sekarang lagilah, masing2 tengah lobi G7 yang bakal menentukan kedudukan mereka Mac ini. Dan inipun "tahi" politik wang juga -- amalan yang diwarisi dari ibu segala tahi politik wang dalam UMNO - Anwar Ibrahim dulu.

Yelah kalau tak tabur duit kat Sabah dulu mana mungkin Anwar boleh kalahkah Ghafar Baba dan puak2 Anwar boleh menguasai jawatan tertinggi parti termasuk Pemuda pada masa tu. Sebab itulah lepas tu Tun Mahathir beriya2 lakukan perubahan dalam perlembagaan, guna nak sekat budaya politik wang anjuran Anwarlah! Tetapi kini Anwar dan tak ada, tetapi budaya itu masih kekal dalam UMNO sehingga kini ia semakin parah ekoran adanya anasir2 yang menjadi pemangkin.

Jadi, kalau nak sekat politik wang bukan saja bubarkan Putera dan Puteri tetapi UMNO sendiri patut dibubarkan sahaja. Sebab politik wanglah UMNO kini semakin tidak relevan di mata rakyat!

27 January 2009

Lompat parti... Jangan pandang enteng!

MB Perak Mohd. Nizar mengakui sekurang-kurangnya tiga lagi wakil rakyat BN akan melompat parti dan menyertai Pakatan Pembangkang selepas Nasaruddin Hashim berpaling tadah semalam. Tetapi Najib berkata ia tidak akan berlaku dan Tajol Rosli juga yakin tiada lagi anak2 buahnya di Perak berbuat demikian.

Rakan2 aku di Perak memaklumkan puak-puak pelobi dari PKR sedang berkampung di Bukit Merah dan menjalankan misi memujuk wakil2 rakyat BN untuk menyertai Nasaruddin. Sudah pasti ada habuan yang menanti mereka yang melompat. Paling tidak jawatan Exco selain wang tunai yang tidak kurang banyaknya.

Dalam hal ini aku berharap pucuk pimpinan BN terutamanya UMNO tidak boleh memandang enteng (mudah) masalah lompat melompat ini. Benar, Nasaruddin berbuat demikian sebab beliau kecewa kerana gagal memenangi jawatan Ketua Bahagian sedangkan dia adalah ADUN. Lebih malang, dia juga tidak lagi menjadi Pengerusi Felcra.

Tetapi aku percaya ramai lagi ADUN2 BN yang kecewa kerana tidak dapat memenangi jawatan di peringkat bahagian, terutama jawatan ketua. Akibatnya mereka kecewa dan dengan tawaran yang diberikan oleh puak2 PR tidak mustahil mereka akan berpaling tadah. Ini ditambah pula dengan pengaruh orang2 tertentu dalam UMNO yang menyebabkan mereka merasakan terpinggir atau dipinggirkan oleh parti (catatan: oleh parti bukan pengundi!). Ini paling dirasai oleh wakil2 rakyat di negeri yang dikuasai pembangkang.

Seorang rakan di utara menceritakan bagaimana seorang wakil rakyat BN di negeri yang dikuasai pembangkang sukar untuk membantu rakyat & para pengundi di kawasannya lantaran ketiadaan peruntukan. Ini kerana kerajaan negeri di bawah pembangkang tidak memberikan peruntukan kepada mereka. Kalau adapun sedikit. Oleh kerana beliau gagal memenangi kerusi Ketua Bahagian, maka peruntukan dari parti tidak diperoleh. Ini kerana peruntukan UMNO disalurkan terus kepada Ketua2 bahagian.

Maka setiap kali turun padang, beliau selaku ADUN hanya mampu menghulurkan sedikit bantuan kepada rakyat berbanding Ketua Bahagian yang lantaran masalah tersebut. Maka wakil rakyat itu membayangkan bahawa ini adalah penggal terakhir untuk beliau menjadi wakil rakyat.

Aku percaya, dilema serupa akan dirasai oleh wakil2 rakyat lain termasuk juga Nasaruddin. Jika hal ini tidak ditangani oleh BN/UMNO maka tidak mustahil lebih ramai wakil rakyat BN akan merajuk dan melompat ke parti lawan, yang menjanjikan bulan dan bintang kepada mereka.

Najib selaku bakal Presiden parti dan PM perlu melakukan sesuatu dari sekarang untuk mengekang masalah lompat parti ini. Beliau tidak patut menunggu sehingga Mac ini untuk bertindak dan beliau tidak boleh bergantung harap kepada Pak Lah. Ya, memang Pak Lah masih berkuasa tetapi Pak Lah mana pernah gunakan kuasanya untuk selamatkan parti. Dia lebih berminat untuk selamatkan diri dan anak menantu.

Jadi, jika Mohd Nizar kata akan ada lagi wakil rakyat BN yang akan menyertai mereka, aku percaya ia ada asasnya dan tidak mustahil ini akan berlaku jika pemimpin UMNO masih lagi begitu yakin dengan kesetiaan mereka tanpa berbuat apa2.

26 January 2009

Pak Lah cuci tangan lagi?

Ada seorang rakan aku berbangsa Tionghua hari ini memberitahu Pak Lah tak muncul ketika sambutan Tahun Baru Cina anjuran MCA dan Gerakan hari ini. Dia agak pelik sebab kebiasaannya Pak Lah selaku Pengerusi BN tidak pernah "miss" nak hadiri rumah terbuka parti komponen tetapi hari ini Pak Lah tiada. Yang ada hanya Najib.

Ada yang mengagak Pak Lah cuba lari dari berhadapan dengan orang ramai termasuk suku-sakat dari komponen BN untuk menjawab perihal Nasaruddin Hashim yang keluar UMNO dan join PKR. Ada juga yang mengatakan Pak Lah penat selepas seminggu lebih melawat Timur Tengah.

Kalau betul Pak Lah nak lari dari berdepan dengan pertanyaan2 yang membuatkannya pening kepala tidak patutlah. Sebab dah banyak kali Pak Lah lari dari menghadapi masalah yang aku rasa pokok pangkalnya dari dia sendiri. Selaku pemimpin tertinggi parti sepatutnya Pak Lah kena bertanggungjawab.

Yalah, macam kitalah dah jadi bapa kenalah bertanggungjawab terhadap anak2 kita. Kalau anak kita nakal kita juga kena bertanggungjawab untuk mendidik dan memperbetulkan. Bukannya melepaskan tangan saja.

Tetapi aku tidaklah hairan dengan tindakan Pak Lah kali ini sebab macam aku kata sebelum ini, Pak Lah bukanlah pemimpin yang bertanggungjawab. Semua bebanan dan masalah diserah pada Najib, dan yang molek2 dan mudah diurus, dia yang pikul.

Sebab itulah dah berapa kali aku cakap dalam blog aku ini, Pak Lah dah sepatutnya mengambil cuti panjang dan serahkan kuasa kepada Najib sebagai pemangku sehingga Mac ini. Mudahlah Najib menguruskan negeri dan boleh membuat keputusan.

Sanggup ke Pak Lah buat macam tu??

Pak Lah oh Pak Lah (VI)

Pak Lah oh Pak Lah... masa tinggal dua bulan lagi anda nak meninggalkan kerusi Presiden UMNO dan kemudian kerusi PM. Jadi lebih baik dalam tempoh ini Pak Lah duduk di rumah berehat atau mengambil cuti sebelum bersara dan menyerahkan kepada Najib untuk memangku jawatan.

Pak Lah oh Pak Lah... buat apa Pak Lah mengadakan misi lawatan ke luar negara - terkini ke tiga negara Timur Tengah sedangkan masa-masa yang ada ini sepatutnya Pak Lah duduk di rumah mengemas apa yang patut sebab nantinya akan meninggalkan Seri Perdana.

Pak Lah oh Pak Lah... dalam duk pilihan raya kecil Kuala Terengganu Pak Lah boleh "blah" ke luar negara dan membiarkan Najib bertungkus-lumus bersendirian untuk menjaga parti dan negara sedangkan kuasa tidak diberikan. Akhirnya apabila BN kalah, Pak Lah boleh cuci tangan.

Pak Lah oh Pak Lah, negara memerlukan kuasa pemutus seorang pemimpin negara untuk banyak kes yang berlaku di dalam negara. Rakyat nak dengar pandangan Pak Lah apabila banyak yang mahukan perubahan dalam parti, dalam UMNO... dalam BN tetapi Pak Lah tidak bersuara.

Ya, Pak Lah ada cakap soal BPR ops! BPRM bertindak ke atas ahli2 & pemimpin UMNO yang korup.. Ya, Pak Lah kata dia sokong tindakan itu yang tidak memilih bulu. Tetapi nak tahu juga apa yang Pak Lah akan kata kalau menantu sendiri yang kena cekop nanti? Atau awal2 lagi dah warning BPRM supaya pejam mata jika ada laporan perihal anak menantunya.

Pak Lah oh Pak Lah... cepat2 lah serah kuasa kepada Najib sebab rakyat tak sanggup lagi melihat negara semakin tidak karuan, kaum2 minoriti naik tocang, seorang demi seorang pemimpin UMNO berpaling tadah.

Pak Lah oh Pak Lah... kami nak menunggu dua bulan umpama dua tahun. Begitu lambat masa berjalan sedangkan banyak perkara perlu dilakukan tetapi Pak Lah cuma berdiam dan boleh berjalan-jalan di luar negara. Nak cari apa rakyat pun tidak tahu.

Lebih baik Pak Lah berjalan ke negeri2 dan meminta maaf kepada seluruh rakyat sebab Pak Lah gagal mentadbir negara seperti kemahuan rakyat tetapi kenapa bawa rombongan ke Timur Tengah?

Pak Lah oh Pak Lah, tak usahlah sibuk2 lagi nak cari pelabur datang ke Malaysia. Masa dah suntuk dan dah terlambat untuk Pak Lah. Selama lima tahun Pak Lah cuma bersenang lenang dengan anak menantu dan isteri baru, masa tinggal dua bulan baru nak pulun semua. Tak payah lah Pak Lah...

Pak Lah oh Pak Lah... pergilah berehat ke mana sahaja sama ada ke istana anaknya di Australia atau waima ke Antartika sekalipun tiada siapa peduli. Tetapi sebelum pergi bercuti, serahlah kuasa kepada Najib. Biar Najib yang mentadbir negara...

Pak Lah oh Pak Lah.. apakah betul kata seorang bloggers ini bahawa sudah ada tanda2 Pak Lah tak akan letak jawatan???

25 January 2009

Sime Darby pun "kluk-klek"?

Bila bercakap mengenai LCCT di Labu aku tertarik dengan laporan Utusan Malaysia semalam yang melaporkan CEO Sime Darby berkata mereka hanya jual tanah (kelapa sawit) kepada AirAsia untuk bina LCCT, seperti berikut:

Utusan Malaysia 24 Jan. 2009
KUALA LUMPUR 23 Jan. - Sime Darby Bhd. (Sime Darby) berkata penglibatannya dalam projek pembinaan Lapangan terbang Terminal Syarikat Penerbangan Tambang Murah (LCCT), di Labu, Negeri Sembilan tidak lebih sebagai pemilik tanah yang mendapat tawaran harga yang menarik. (
selanjutnya...)

Kemudian perhatikan pula laporan akhbar yang sama bertarikh 3 September tahun lalu apabila syarikat yang sama marah-marah dengan kerajaan Melaka sebab ambil tanah mereka untuk membina bandar-bandar baru. Lihat laporan di bawah:

Utusan Malaysia 3 Sept. 2008
KUALA LUMPUR 2 Sept. - Sime Darby Plantation Sdn. Bhd. meminta Kerajaan Negeri Melaka menimbang semula cadangan pengambilan tanah milik syarikat itu seluas 21.04 hektar di daerah Jasin, Melaka. (
selanjutnya...)

Nampak sangat Sime Darby ni jenis syarikat yang tamak haloba dan pentingkan keuntungan semata-mata. Lupakah Sime Darby bahawa anda adalah syarikat GLC hasil penggabungan tiga syarikat perladangan bersama-sama IOI dan Guthrie yang bertujuan untuk menjana ekonomi negara melalui kelapa sawit.

Aku tertarik dengan alasan yang diberikan mereka berhubung "bantahan" Sime Darby tentang pengambilan tanah mereka oleh kerajaan Melaka dan katanya:

... ini akan menjadikan baki tanah yang tinggal tidak lagi ekonomik untuk beroperasi sebagai ladang kelapa sawit pada masa akan datang.
Sekiranya perkara ini berlaku maka ia merupakan satu kerugian yang amat besar khususnya kepada syarikat dan negara amnya,'' ujarnya. - Utusan Malaysia, 3 Sept. 2008.

Kalaulah negeri Melaka ambil tanah untuk membangunkan negeri untuk kepentingan rakyat dianggap mengurangkan keluasan tanah kelapa sawit dan akhirnya menjadikan baki tanah "tidak lagi ekonomis", bagaimana pula dengan pembinaan LCCT dan projek Planter's Haven. Tidakkah itu juga akan mengecilkan kawasan ladang Sime Darby dan akhirnya tidak lagi ekonomis pada masa depan?

Nampaknya Sime Darby juga bersikap "kluk-klek" atau bahasa mudah hari ini cakap lain, esok cakap lain, samalah macam pemimpin negara kita ini. Elok rasanya Najib selaku bakal PM dan Menteri Kewangan melihat ke dalam syarikat ini, terutama para penerajunya. Mungkin sudah tiba masanya mereka diganti....

FAKTA ANGKA:

- Tanah Sime Darby yang diambil oleh Melaka = 21.4 hektar
- Tanah yang nak buat LCCT di Labu = 1,200 hektar
- Projek Planter's Haven juga di Labu = 109.26 hektar

23 January 2009

Langkah tingkat bola sepak Malaysia

Selepas Malaysia diganyang UAE 5-0 di tempat sendiri semalam pada kelayakan Piala Asia, banyak yang tidak berpuas hati dengan pasukan bola sepak negara dan tidak kurang juga yang simpati. Jadi, di sini aku nak cadangkan beberapa langkah yang boleh diambil untuk menaikkan semula pasukan bola sepak negara. Sama ada berkesan atau tidak Wallahu A'lam aku tak boleh nak jawab sebab belum cuba.


  1. Presiden FAM diganti dan jangan sesekali ambil sultan sebagai Presiden. Susah nak tegur/kritik sebab takut daulat sultan!
  2. Pecat Timbalan Presiden FAM sebab lebih pandai cakap tapi tak membantu langsung. Jangan sesekali ambil orang politik sebab lebih bercita2 besar. Alamatnya tak ke mana!
  3. Bubar Liga Super/Perdana dan kembali adakan liga bukan profesional macam dulu. Liga profesional tetapi permainan pemain kita masih amatur. Bayar gaji mahal tapi main bola macam liga kampung.
  4. Bubar pasukan negara dan ambil pemain2 dari negara luar. Pemilihan pemain dari kalangan tenaga kerja asing dari Indonesia, Nepal, Myanmar, Pakistan, India, Vietnam dan lain-lain yang sedang bekerja di sini. Sebabnya orang kita sendiri semua tak pandai main bola atau demand tinggi!
  5. Hidupkan semula pertandingan bola peringkat MSSM. Dulu ramai pemain berkaliber lahir dari peringkat ini.
  6. Semua wakil rakyat sama ada kerajaan atau pembangkang taja piala untuk pertandingan bola sepak peringkat ADUN. Sebab ramai pemain berbakat di peringkat kampung tidak ada peluang tunjuk bakat sebab tiada lagi liga2 macam ini.
  7. Tutup semua gelanggang futsal dan kalau boleh haramkan futsal sebab sekarang anak2 muda lebih suka main futsal berbanding bola di padang.
  8. Bubar FAM dan diganti dengan persatuan lain.
  9. Hantar jurulatih tempatan menjalani kursus di Eropah supaya mereka belajar taktik dan teknik bola sepak moden dan terkini. Bukan latih pemain macam mereka main bola dulu... dah lapok!
  10. Lain-lain (sedang difikirkan!)

22 January 2009

BPR bertindak, ramai yang tak lena tidur!!

TERKINI!
Sah! Datuk Norza Zakaria beri keterangan kepada BPR berhubung rasuah politik!


POS TERDAHULU:
Datuk N oh Datuk N... tahniah sebab anda adalah calon Ahli Majlis Tertinggi pertama yang dipanggil mengadap BPR. Siapa yang tak kenal Datuk N, cukup famous dan sentiasa mendapat tempat dalam media arus perdana walaupun jasanya tak seberapa.

Datuk N dipanggil BPR Pahang sebab terlibat dalam pemberian wang masa pemilihan UMNO baru-baru dan agennya seorang guru di Kuantan dah kena jerat. Lantaran itu Datuk N diminta membuat penjelasan. Itu di Kuantan.

TV3 semalam menyebutkan 12 orang dah ditahan BPR sebab terlibat dengan rasuah politik masa pemilihan UMNO tahun lepas. Selain di Pahang, beberapa lagi di Perak dan Melaka pun dah kena tahan dan dihadapkan di mahkamah.

Aku percaya selepas ini ramai yang resah gelisah, baik mereka yang bertanding dalam pemilihan peringkat bahagian baru-baru ini atau calon2 jawatan tertinggi parti, dari calon Timbalan Presiden, Naib Presiden, AMT hinggalah Exco Pemuda. Ya, semuanya resah gelisah. Tidur malam pun tak lena takut2 pintu rumah diketuk orang. Bukan pencegah maksiat sebab pencegah maksiat biasanya akan ketuk pintu bilik hotel, tetapi ini ketuk pintu rumah malam-malam. Siapa lagi kalau bukan BPR.

Ya semuanya tidak senang duduk lebih2 lagi mereka yang merasakan dirinya bersalah. Yang tak bersalah tentulah boleh tidur dalam senyuman menawan. Tak taulah pula kalau jenis muka 10 sen, dah tahu kasi wang masih tidur lena sebab tahu kalau kantoi, ada orang boleh tolong clearkan.

Jadi kepada mereka yang terlibat, siap sedialah sebab aku percaya BPR tidak akan memilih bulu dalam menyelesaikan kes rasuah dalam UMNO ini. Banteras habis2n tak kiralah siapa mereka waima pemimpin negeri, anak menantu menteri atau siapa saja. Gasaklah... sebab mereka2 inilah yang menyebabkan UMNO dibenci oleh masyarakat dan sebab mereka jugalah BN boleh tumbang dalam PRU-13 nanti.

Hidup BPR!!

Notebook & voice of blogger

Beberapa hari aku tak dapat update blog aku. Notebook aku buat hal. Tapi bila dah okey aku merayau2 dalam net cari dan baca posting2 terkini rakan-rakan blogger. Aku terjumpa blog baru... Voice of Bloggers... Menarik, boleh jadi blog directory...!

18 January 2009

Siapa yang tewas... BN, Wan Farid atau Pak Lah?

Akhirnya sudah terang dan bersuluh siapa yang diinginkan oleh pengundi-pengundi di Kuala Terengganu dan siapa yang ditolak mereka. Selepas keputusan PRK Kuala Terengganu malam ini yang berpihak kepada Pas, maka terbukti sudah segala keputusan yang dibuat oleh Pak Lah, termasuk dalam memilih calon nyata tidak diterima pengundi.

Sejarah PRU-12 berulang, keputusan di Permatang Pauh berulang dan kini terbukti sentuhan Pak Lah di hujung karier sebagai Presiden parti dan PM masih belum diterima dik akal rakyat, termasuk di Kuala Terengganu tetapi Pak Lah tidak pernah mahu sedar, Pak Lah masih tidak mahu mendengar suara akar umbi.

Siapa lagi yang mahu disalahkan oleh Pak Lah atas kekalahan ini? Salahkan Najib selaku ketua jentera BN kerana gagal membawa pengundi menyokong BN walaupun ketika arwah Razali Ismail dahulu mereka menyokongnya? Atau mahu salahkan Tun Mahathir kerana memperlekehkan Wan Farid sehingga mempengaruhi pengundi? Atau apakah ada yang sabotaj? Atau mahu salahkan MB Terengganu atau siapa lagi mahu disalahkan... Ya, Pak Lah perlu mencari seekor kambing hitam untuk disalahkan.

Nyata sekali peralihan kuasa yang dijanjikan oleh Pak Lah kepada Najib Mac ini belum membawa keyakinan kepada pengundi2 di Kuala Terengganu dan keputusan Pak Lah memilih Wan Farid sebagai calon jelas tidak boleh diterima pengundi kerana mereka mahukan calon lain yang lebih mesra rakyat, dekat di hati rakyat dan berjiwa seorang pendidik seperti Zuber Embong. Siapa yang boleh menerima jika setiap kali memilih calon baik dalam PRU atau PRK, calonnya adalah mereka yang dekat dengan Pak Lah, bukannya dekat dengan pengundi.

Dan aku seperti tulisan aku sebelum ini telah awal2 lagi membayangkan kekalahan ini kerana Pak Lah dan UMNO tidak pernah belajar dari kesilapan, tidak pernah mahu mengetahui kehendak pengundi dan tidak pernah mengkaji trend pengundi di Kuala Terengganu - yang lebih cenderung menyokong calon dan bukannya parti.

Memang benar sejarah menunjukkan BN lebih diterima di Kuala Terengganu berbanding pembangkang tetapi mereka lupa, Najib lupa siapa calon mereka. Sebab itu apabila Wan Farid diumum sebagai calon, terbayang sudah kekalahan yang bakal dihadapi oleh BN tetapi Pak Lah dan Najib serta barisan pucuk pimpinan tidak pernah mahu mendengarnya.

Andai aku berada di tempat Pak Lah, sudah pasti aku malu.. malu yang amat sangat dan sebagai pemimpin tertinggi sudah tentu aku patut bertanggung jawab dan hanya dengan cara melepaskan jawatan dengan serta-merta sahaja akan menghilangkan keaiban aku dan aku tidak perlu menunggu Mac ini untuk melakukannya. Sanggupkah??

16 January 2009

Kuasa seorang menteri jaga Parlimen...

Nazri Aziz mengeluarkan satu amaran kepada mereka ahli Parlimen atau sesiapa yang berangan2 nak jadi wakil rakyat. Begini amarannya sepertimana dipetik dari Agenda Daily hari ini:
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz memberi ingatan kepada Anggota Parlimen (MP) Barisan Nasional (BN) yang suka mengeluarkan kenyataan berbaur seksis di dalam Dewan Rakyat bahawa mereka mungkin tidak dicalon semula untuk bertanding dalam pilihan raya umum akan datang.

Kerajaan memandang serius perkara ini dan tindakan tegas diperlukan untuk mengelak ia daripada berulang.

"Ini berupa peringatan tegas untuk mereka. Kalau tetap lakukan juga, masa depan mereka sebagai MP mungkin tergugat. Baik kita korbankan mereka daripada kalah," katanya kepada pemberita selepas menerima memorandum daripada Ketua Wanita MCA, Datin Paduka Chew Mei Fun berhubungan kenyataan berbaur seksis oleh MP dan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) di dalam Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri.
Hemm... tertanya-tanya aku rupa-rupanya selama ini yang menentukan siapa yang dicalonkan pada PRU adalah seorang menteri bernama Nazri. Mati-matian aku ingatkan Presiden parti dengan nasihat anak menantunya. Tak sangka pula Nazri punya kuasa yang cukup tinggi selaku Menteri JPM yang jaga Parlimen dan perihal undang-undang untuk menentukan siapa yang layak dicalonkan siapa tidak!

Aku juga nak salut kat Nazri sebab begitu peka dengan "keseksisan" sehinggakan memberikan amaran begitu keras di depan Ketua Wanita MCA itu yang setahu aku sebelum ini begitu lantang dan lancang mempersoalkan tentang ketuanan Melayu. Malah beliau masih boleh mengingati peritiwa "bocor" di Parlimen dua tahun lepas sehingga memberi amaran keras sedemikian.

Tertanya-tanya juga aku bahaya sangatkan penggunaan kata2 seksis (bocor kira seksis ke???) yang aku ingat disuarakan oleh seorang ahli Parlimen BN kepada wakil pembangkang di Parlimen itu sehingga Nazri mengeluarkan amaran sedemikian. Mana yang lebih bahaya kata2 berbau seksis atau kata2 berbau perkauman, anti-ketuanan Melayu???

Memetik dari akhbar online itu, Nazri berkata : "Wanita (MCA) sakit hati kalau tindakan tegas tidak diambil. Ini bukan bahan gelak ketawa."

Yang aku pelik, kenapa nak ungkitkan balik kisah 2 tahun lalu di Parlimen yang berlaku sebelum PRU-12 lalu. Kenapa Wanita MCA nak "sakit hati" dengan kisah lama itu. Tidakkah beliau sedar begitu ramai orang Melayu yang sakit hati apabila ada kaum lain yang mempersoalkan tentang ketuanan Melayu.

Aku bersetuju dengan cadangan supaya ahli Parlimen lebih bersopan ketika berbahas di dalam dewan termasuk juga penggunaan istilah yang "mencarut" tetapi aku percaya lebih banyak istilah lain yang begitu bahaya, menyakitkan hati dan sangat tidak elok digunakan di Parlimen baik dari kalangan pembangkang mahupun kerajaan.

Jika ingin pinda peraturan, pindalah tetapi bukan sekadar istilah seksis yang diberi penekanan tetapi juga istilah2 tidak sopan termasuk beruk, barua dan lain2 yang bermain di bibir para ahli Parlimen juga perlu diberi perhatian.

Jangan sampai kami dan anak2 kami yang menonton secara langsung sidang Dewan melalui TV1 seolah2 menyaksikan beruk2 sarkas yang sedang berbahas dan bukannya ahli2 Parlimen yang bijak pandai!!

Rancangan Briggs dan Rancangan Nizar

KUALA LUMPUR, 15 Jan (Bernama) -- Langkah penjajah British menempatkan 400,000 keluarga setinggan Cina di pinggir hutan di Kampung Baru di bawah Rancangan Briggs pada 1950 membolehkan mereka menikmati pelbagai kemudahan prasarana utiliti dan peluang berniaga 11 tahun lebih awal daripada orang Melayu yang tidak bertanah ketika itu, Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin bertitah.

Titah baginda, orang Melayu daripada golongan tersebut yang menjadi peneroka di bawah rancangan tanah Felda pada 1961, terkemudian 11 tahun dalam menikmati penghidupan baru dalam perkampungan moden yang mempunyai prasarana utiliti seperti bekalan air paip, bekalan elektrik dan jalan.

Raja Nazrin bertitah daripada segi geografi kawasan-kawasan Kampung Baru, yang juga dilengkapi kemudahan sekolah dan kesihatan, terletak lebih hampir dengan bandar berbanding dengan kawasan pembangunan Felda. (selanjutnya...)

MESIN TAIP BURUK:
1. Kenyataan Raja Nazrin menjelaskan betapa kaum Cina di Perak (dan juga negeri2 lain) bertuah kerana dasar penjajah yang nyata telah merugikan kaum Melayu selaku pribumi. Dan kerana dasar British juga kaum Cina dapat menikmati kehidupan yang jauh lebih baik dari Melayu sehingga sekarang.

2. Keuntungan kaum Cina ini dibantu pula oleh dasar Menteri Besar Perak sekarang yang dungu dan mengikut telunjuk orang lain demi pelestarian politiknya. Sebab itu beliau rela memberikan hak milik kekal kepada tanah2 kampung2 baru ini. Maka berlipat kali gandalah keuntungan kepada kaum Cina. Tanah milik kerajaan kini sudah menjadi milik kaum Cina.

3. Inilah dasar MB boneka. Apakah ini menjelaskan lagi Perjanjian Pangkor II benar2 wujud sepertimana yang pernah dibongkar oleh abangnya sendiri sebelum ini?

4. Jika dasar pemberian tanah milik kekal terus dilakukan oleh kerajaan Perak sekarang tidak mustahil menjelang PRU-13 akan datang sebahagian besar tanah negeri yang antara terbesar di Malaysia itu akan dimiliki sepenuhnya oleh kaum Cina.

5. Sebagai catatan, mengikut sejarah orang Cina di Perak sebahagian besar dibawa oleh British untuk mengusahakan lombong bijih timah.

6. Jangan pula berfikir bahawa aku bersifat perkauman. Tidak, bukan kerana itu. Tetapi aku mahukan agar MB Perak memikirkan soal keuntungan kepada kaum Melayu juga. Nizar bukan Pak Kadok... ya, Pak Kadok yang menang sorak kampung tergadai. Nizar adalah Melayu educated!!

7. Beliau patut tahu dan sedar bahawa masih ramai orang Melayu yang tidak memiliki tanah dan berapa ramai Melayu yang merempat di tanah setinggan, tanah2 haram, di laluan keretapi, bawah pencawang elektrik sebab tiada tanah sendiri. Siapa yang membela nasib mereka?

8. Memang betul tanah2 kampung baru (dan kampung lama - Melayu pun) perlukan hak milik tetapi pemberian tanah secara kekal adalah sangat tidak wajar. Bayangkan jika suatu ketika kerajaan memerlukan tanah untuk pembangunan, tanah2 kampung baru tidak boleh diusik lagi sebab ia sudah menjadi milik mereka secara kekal. Akhirnya yang menjadi mangsa adalah tanah2 Melayu yang statusnya sementara. Apabila sudah diambil, mereka kemudian akan "diusir" ke kawasan yang lebih pedalaman atau menempatkan mereka di rumah2 flat yang tidak bertanah.

9. Dan jika hal ini berlaku, maka dasar penjajah melalui Rancangan Briggs akan berterusan di bawah Nizar yang akhirnya kaum lain terus menikmati kehidupan yang selesa di Perak manakala kaum Melayu terus merempat di bumi sendiri kerana dasar pemimpin Melayu yang dungu dan menjadi boneka semata2.

13 January 2009

Bina airport macam bina stesen bas!!


Kenyataan Tony Fernandes!

Hebat sungguh hebat Malaysia. Negara kecil, rakyat tak sampai 50 juta tetapi punya airport di setiap negeri dengan 4 darinya berada dalam lingkung yang cukup hampir - KLIA, Subang, Batu Berendam dan terkini LCCT Labu. Mana ada negara sehebat Malaysia???

Aku sememangnya kagum dengan Air Asia sebab dalam masa beberapa tahun boleh meletakkan dirinya menjadi syarikat penerbangan terkemuka di peringkat dunia. Tetapi kejayaan itu membawa kepada keangkuhan. Biasalah adat manusia, apabila berjaya mula meninggi diri, angkuh.

Keangkuhan Air Asia cukup ketara sejak akhir2 ini apabila mereka seolah2 mendesak (sekali lagi) untuk membina LCCT sendiri di Labu, Negeri Sembilan kira2 10km dari KLIA. Pemiliknya dengan angkuh berkata LCCT Labu dibina eksklusif untuk Air Asia sahaja dan tidak berkongsi dengan sesiapapun.

Macam jugalah ketika mereka mahukan LCCT di KLIA walaupun tahu sudah ada terminal yang cukup besar dan dapat menampung ratusan ribu penumpang di KLIA, tetapi kerana angkuh mereka mahukan LCCT. Akhirnya terbinalah LCCT di sebelah KLIA.

Kini mereka mendesak lagi supaya dibina pula LCCT kedua di Labu, sangat hampir dengan KLIA. Begitu hampirnya sehingga kesatuan sekerja pekerja2 Mas (Maseu) bimbang akan berlaku bencana kerana terlalu banyak lapangan terbang dibina di kawasan berdekatan. Ya, bina airport macam bina stesen bas, dengan jarak lingkungan kurang dari 100km kita ada 4 airport.

Tidakkah itu akan menimbulkan bencana dalam industri penerbangan. Tidakkah itu akan menyebabkan laluan trafik udara di sekitar kawasan berkenaan menjadi sibuk dan akhirnya membahayakan kapal terbang dan penumpang?

Tetapi Air Asia tidak peduli dan mereka memperkudakan Sime Darby yang seolah2 macam kemarut sehingga semua projek mahu disapu seolah2 syarikat itu mereka yang punya walhal ia adalah syarikat GLC - milik kerajaan, milik rakyat.

Ah... persetan mereka semua yang penting bagi kedua2 syarikat ini ialah keuntungan. Ya, syarikat untung CEO pun penuh dengan kantung, boleh disimpan dan diberi makan anak beranak 7 keturunan. Siapa tidak mahu, sementara pemimpin di atas masih lena tidur.

Dan andai ini menjadi kenyataan tidak mustahil ruang udara kita akan dipenuhi dengan pesawat2 Air Asia, Mas dan FireFly manakala pesawat2 penerbangan negara lain semuanya menukar laluan ke Changi sebab takut kalau2 berlaku perlanggaran di udara. Jika ini berlaku siapa rugi?

12 January 2009

PRK KT... Untuk Wan Farid atau BN?

Aku sengaja petik undian online yang dibuat oleh Mstar.com.my di atas sebab ia akan menjadi tanda tanya apakah ia benar-benar menggambarkan peluang calon2 pada PRK Kuala Terengganu nanti?

Agak sukar untuk membuktikan bahawa undian yang dibuat oleh Mstar itu adalah aspirasi sebenar pengundi di Kuala Terengganu memandangkan ia adalah undian online, bermakna siapa sahaja boleh memilih calon yang mereka suka waima mereka yang berada di luar negara, atau juga bukan rakyat Malaysia.

Namun begitu pandangan pembaca akhbar online ini tidak patut dipandang remeh oleh BN kerana khabar yang aku terima dari Kuala Terengganu turut membayangkan BN bakal kehilangan kerusi Parlimen Kuala Terengganu pada PRK Sabtu ini.

PRK penting kepada Wan Farid, bukan BN?

Banyak yang menyatakan PRK Kuala Terengganu tidaklah sepenting PRK Permatang Pauh bagi negara kerana ia hanya melibatkan seorang pemimpin kecil, seorang Timbalan Menteri dan senator yang akan kehilangan jawatannya jika beliau kalah pada PRK tersebut dan kekal sebagai Timbalan Menteri jika menang.

Malah kalah atau menang juga tidak menjejaskan pemerintahan BN di Terengganu, cuma mengurangkan satu kerusi kerajaan dalam Parlimen. Pun tidak mungkin boleh menumbangkan kerajaan BN.

Berbeza dengan Permatang Pauh di mana calon yang bertanding ialah bukan calang-calang orang, seorang pemimpin yang lantang bersuara (walaupun isinya kosong), berpengaruh dan mampu menjejaskan kerajaan BN. Malah BN juga berusaha bersungguh2 untuk menyekat Anwar dari memenanginya dan menghalangnya untuk menjadi ahli Parlimen (semula).

Sebab itulah kemenangan BN di Permatang Pauh jauh lebih penting dari Kuala Terengganu, walaupun akhirnya menyaksikan BN masih belum mampu merampasnya dari pembangkang. (Maklum Permatang Pauh kubu kuat Anwar).

Oleh sebab itulah PRK Kuala Terengganu tidaklah begitu penting bagi BN berbanding Permatang Pauh melainkan ia amat penting bagi Wan Farid dan Pak Lah kerana jika kalah Wan Farid bakal kehilangan jawatan Timbalan Menteri dan Senator manakala Pak Lah pula akan terkena tempelak kerana anak emasnya itu tidak diterima oleh pengundi Kuala Terengganu.

Sekarang ini terpulang kepada pengundi2 di Kuala Terengganu.

10 January 2009

Mahathir dan Anwar berkongsi pentas?

Terkejut... sungguh terkejut apabila aku diberitahu Tun Dr. Mahathir berada di pentas Masjid Negara selepas sembahyang Jumaat semalam sambil melaungkan suara menentang kekejaman Israel di bumi Palestin. Ya, suara yang mahukan rakyat memboikot produk-produk dari Israel dan AS selaku sekutu kuat rejim zionis itu.

Sungguh aku tidak percaya Tun yang sudah menjangkau usia hampir 90 tahun berada di pentas yang sama dengan Anwar Ibrahim ketika melaungkan suara mengajak orang ramai melakukan reformasi ke atas kerajaan BN yang diterajui oleh Tun 10 tahun lalu. Ya, pentas yang sama tetapi matlamat berbeza.

Tun berdiri di situ kerana memperjuangkan nasib rakyat Palestin yang kini dizalimi oleh kaum Yahudi Israel sedangkan Anwar pula memperjuangkan nasib dirinya sendiri (yang dilucutkan jawatan dan menghadapi kes yang dilakukannya sendiri pada masa itu) dengan mengajak orang ramai melakukan kemusnahan di bumi sendiri, atas bangsa dan tanah air sendiri.

Ya! Laungan bekas Perdana Menteri di Masjid Negara yang selama ini menjadi pentas bagi orang lain melaungkan suara menentang beliau.

Namun sejauh mana laungan dan suara Tun didengari dan diikuti. Semampu mana kita boleh memboikot barangan dari Israel dan AS. Sanggupkah kita untuk tidak makan KFC, McDonald, minum kopi di Starburg atau menjamah Maggi mee semata-mata prihatin dengan nasib umat Islam di bumi Gaza?

Ya, kita mempunyai kuasa untuk melemahkan ekonomi kaum Yahudi dan AS dengan kuasa membeli tetapi bersediakah kita atau hanya sekadar ikut-ikutan? Bagaimana dengan nasib pemuda-pemuda Islam kita yang bekerja di premis-premis tersebut? Apakah mereka perlu berhenti atau mungkin diberhentikan lantaran kerugian yang ditanggung apabila produk mereka diboikot?

Inilah persoalannya kerana kita sebenarnya terhimpit antara keprihatinan, simpati dan memperjuangkan nasib umat Islam di Palestin tetapi pada masa yang sama kita juga memerlukan mereka (syarikat dan produk Israel/AS) untuk bekerja, mencari rezeki dan meneruskan kehidupan.

P/s: Seorang rakan sehingga kini masih menganggap Tun Mahathir sebagai Perdana Menterinya dan bukannya Pak Lah...!

08 January 2009

LCCT di Labu? Tak masuk akal!

Khabarnya cadangan nak buka LCCT baru di Labu, Seremban dah diluluskan, betul ke? Kalau betullah maknanya negara kita nanti penuh dengan terminal lapangan terbang berbanding stesen bas. Apa tidaknya, sudahlah ada KLIA yang begitu mega dan canggih, dibina pula beberapa LCCT... Pergh! Untuk siapa?

Yalah, kan sudah ada LCCT khusus dibina untuk Air Asia di Sepang (sebelah KLIA) untuk apa lagilah LCCT baru di Labu yang jaraknya sejengkal dari Sepang. Khabarnya ia dibina untuk kemudahan Air Asia (lagi...). Yang peliknya, kenapa kemudahan2 ini disediakan untuk satu syarikat penerbangan swasta ini sahaja?

Jika benarlah LCCT di KLIA tak cukup menampung penumpang Air Asia, kenapa tidak gunakan sahaja kemudahan di terminal KLIA yang dibina dengan perbelanjaan berbilion ringgit. Apakah kerana KLIA dibina atas idea Tun Mahathir maka ada pemimpin sekarang berfikir perlunya satu terminal baru yang berdasarkan idea beliau pula?

Dan pada masa yang sama Terminal 2 Subang juga sedang dinaik taraf untuk menyediakan kemudahan bagi penerbangan FireFly. Kenapa tidak disatukan sahaja terminal LCCT untuk kesemua penerbangan tambang murah negara? Kenapa Air Asia ada LCCT sendiri yang tidak boleh bercampur dengan Mas & FireFly?

Inilah pemikiran orang kita yang sehingga kini masih lagi berfikiran macam Labu dan Labi... tak boleh bertemu, asyik berebut dan bergaduh. Dalam hal ini aku menyalahkan pemimpin tertinggi negara yang memberi restu. Kalau bertindak tegas nescaya tiada yang berani mengemukakan cadangan yang hanya masuk kantung tetapi tidak masuk akal itu.

Andai LCCT di Labu jadi dilaksanakan maka kawasan selatan Semenanjung akan dilimpahi dengan terminal udara dan airport selepas Melaka juga kini sedang membesarkan airport Batu Berendam.

Dan jika budaya ini tidak dibendung, aku percaya satu hari nanti Malaysia mempunyai lebih banyak LCCT berbanding stesen bas.

06 January 2009

Apabila tadika Kemas diminta "berkemas"

IPOH 5 Jan. — Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Tan Sri Muhammad Muhamad Taib hari ini meminta kerajaan negeri Perak memberi penjelasan berhubung arahan yang dibuat oleh beberapa Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) serta pegawai daerah supaya dewan Tadika Kemas dikunci. - Utusan Online, 6 Jan. 2008.

MESIN TAIP BURUK:
1. Budaya rampas bangunan Kemas dan halang anak2 bersekolah adalah tradisi bagi puak2 pembangkang apabila mereka berjaya mentadbir sesebuah negeri. Hal ini pernah berlaku di Terengganu ketika Pas memerintah negeri itu selepas PRU-10 dahulu.

2. Selepas Perak, aku percaya (dan dah nyatapun) perkara sama akan diambil oleh kerajaan2 negeri di bawah pembangkang seperti Selangor dan Kedah.

3. Aku tidak pasti apa yang ditakutkan sangat oleh puak2 ini dengan Kemas sebab setahu aku yang pernah mendapat pendidikan awal di tadika Kemas dahulu, mereka tak pernah pun mengajar anak2 kita menentang puak2 mereka atau memburuk2 pemimpin mereka. Agaknya mereka takut dengan bayang2 sendiri kerana perkara seperti ini pernah dilakukan mereka dahulu.

4. Aku bersetuju dengan cadangan beberapa rakan agar menghalang anak2 puak2 pembangkang daripada memasuki sekolah dan universiti kerajaan. Ia sebagai balasan tindakan mereka menzalimi anak2 bangsa yang mahu menuntut ilmu itu. Patut ke?

5. Sekarang ini dengan memerintah negeri mereka merampas apa sahaja yang mereka mahu rampas termasuk bangunan Kemas, kawasan balak, tanah milik Melayu dan macam2 lagi. Aku tidak tahu apa yang tinggal jika mereka memerintah negara.

6. Jadi ingatan kepada pengundi2 di Kuala Terengganu, jika anda mahu melihat anak2 anda dihalau dari belajar di tadika Kemas, pangkahlah calon Pas pada PRK nanti. Nescaya anak2 anda akan bergembira kerana tidak perlu bersekolah!!

05 January 2009

Aduh bas sekolah...

Hari ini hari pertama persekolahan bagi tahun 2009 dan aku baru sahaja balik hantar anak2 ke sekolah. Walaupun aku tak ada anak yang masuk sekolah Tahun 1 tetapi aku datang juga ke sekolah anak2 aku pagi ini, sebab seronok tengok gelagat ibu-bapa dan anak2 mereka. Maklum kali pertama jejak kaki ke sekolah.

Dalam banyak2 hal aku rasa paling membuatkan mak bapak seperti aku mengeluh ialah perihal tambang bas sekolah. Tahun lepas tiga kali tambang bas anak2 aku naik sebab harga minyak naik mendadak angkara keputusan tak bijak pemimpim negara. Alasan harga minyak naik membuatkan pemilik bas sekolah tersenyum lebar sebab ada alasan kukuh untuk menaikkan tambang. Akhirnya tambang bas sekolah anak aku naik RM5 seorang menjadikannya RM90 seorang (RM90 X 2 = RM160) untuk jarak sekolah tak sampai 1 kilometer. Sebelum itu dah naik setiap awal persekolahan!

Akhir tahun lalu aku dengar persatuan bas sekolah tuntut naik tambang dan kalau kementerian tak luluskan mereka minta kenakan surcaj 30 peratus. Adus... macam naik kapal terbang Mas pula ada surcaj bahan bakar. Alasan subsidi diesel kerajaan tak cukup tinggi menyebabkan mereka rugi. Itu yang diminta oleh persatuan.

Yang aku pelik, bas2 sekolah macam yang dinaiki anak aku guna petrol dan bukannya diesel. Kenapa mereka juga terlibat tuntut kenaikan tambang? Dan pagi tadi aku sebenarnya sudah sedia dengan kata2 yang akan menyakitkan telinga jika nyonya, si pemilik bas sekolah anak aku naikkan tambang.

Hemm... nasib baik dia buat keputusan kekalkan tambang lama selepas kenaikan minyak. Apabila ada mak bapak lain tanya kenapa harga tambang tak diturunkan sedangkan harga minyak sudah turun? Senang dia jawab... Minyak naik RM1 sedangkan turun 50 sen. Macamlah aku tak sekolah! Sekarang harga minyak RM1.80 seliter, murah 10 sen berbanding sebelum kenaikan mendadak tempoh hari.

Tapi itulah risikonya jika tindakan menaikkan harga minyak dibuat tampa memikirkan kesan sampingan. Apabila minyak naik, semua harga barang dan tambang jugak naik (gaji aku saja tak naik-naik). Tapi bila turun, masing2 buat tak faham saja. Macam nyonya itulah. Katanya memang minyak turun harga tapi tayar nak kena tukar selalu, bas (sebenarnya van) nak kena servis selalu, body van pun nak kena cat baru. Itulah akal seorang bangsa bukan Melayu berniaga. Cukup licik.

Jadi aku harap Noh Omar tak usahlah layan taukeh2 bas sekolah yang tuntut naik tambang bas atau kenakan surcaj, sebab kalau dicongak keuntungan mereka berganda, terutama bas-bas sekolah yang guna van macam bawa anak2 aku nih.

02 January 2009

Lagu evergreen hudud goncang jiwa PR

Pas berdendang lagu hudud lagi menjelang PRK Kuala Terengganu. Ya, lagu yang dah aku dengar sejak aku di sekolah menengah lagi. Maknanya dah 20 tahun lebih lah! Tapi kali ini lagu hudud bergema semula. Kata Pas, hudud akan dilaksanakan jika Pakatan Rakyat (PR) memerintah negara.

Dendangan ala lagu karaoke evergreen ini nyata telah meruntun jiwa Karpal Singh, Lim Kit Siang dan anaknya Guan Eng yang juga sekutu Pas dalam PR. Tersedak2 Kit Siang anak beranak apabila Husam Musa mendendangkan lagu hudud sedangkan lagu itu tiada dalam list karaoke yang dipersetujui PR ketika PRU-12 lepas. Dan Karpal Singh juga semacam cacing kepanasan sebab dendangan lagu Husam disambut pula oleh Hadi Awang dan Tok Guru.

Oleh kerana senak telinga Karpal mendengar dendangan lagu hudud oleh Pas maka dituntutlah nakhoda PR, si Anwar Ibrahim untuk membuat ketetapan sama ada nak hapuskan lagu hudud dari list lagu PR atau membiarkan puak2 Pas berdendang. Dan sehingga hari ini aku masih belum mendengar suara Anwar perihal hudud.

Dan apabila si Karpal minta Anwar buat ketetapan perihal hudud aku terguling2 gelak sebab aku percaya Anwar tidak akan berani menyatakan pendiriannya. Nak menyokong puak2 DAP yang mahu menolak hudud takut dikatakan kafir oleh Tok Guru dan puak2 Pas. Tambahan pula semasa dalam UMNO dulu Anwar cukup lantang menolak hudud. Kalau nak menyokong dendangan lagu Pas takut pula dia akan ditolak oleh DAP yang selama ini memberi talian hayat kepadanya untuk terus bernyawa di alam politik.

Maka terkebil-kebillah Anwar nak buat keputusan dan terngangalah si Karpal menunggu jawatan nakhodanya itu perihal hudud.

Bagi aku elok benar Pas mendendangkan lagu2 hudud ini. Kalau lagi kuat lagi baik sebab yang akan mengalami gegaran gegendang telinga ialah puak2 dalam PR sendiri terutama DAP dan tak kurang pemimpin non-muslim dalam PKR. Sebabnya aku percaya suara garau Husam yang menyanyikan lagu hudud itu tidak akan mempesonakan pengundi di Kuala Terengganu. Sebabnya mereka sudah lali, muak dan jelak dengan dendangan lagu lama itu yang dinyanyikan semula.

Dan aku percaya hudud hanya sekadar lagu yang dinyanyikan untuk melunakkan telinga rakyat sedangkan realitinya mereka tidak dapat menjayakannya. Sebabnya sehingga kini selepas PRU-12 yang menyaksikan Pas berkuasa di Kedah & Kelantan serta menjadi kepala negeri di Perak, nyata tiada satu usahapun untuk menggubal undang2 perihal hudud waima dalam satu bab sekalipun. Kenapa yek?

Kalau betul mereka mahu melaksanakan hudud sepatutnya gubalkan sekurang2nya satu enakmen berlandaskan hudud baik di Kelantan yang sekian lama mereka memerintah atau di Kedah (jika di Perak sukar dilaksanakan sebab Pas sekadar boneka DAP). Guballah enakmen berkaitan sumbang mahram agar pelaku dikenakan hukuman berdasarkan hukum hudud. Dan aku sendiri akan memberi sokongan padu mana2 negeri di bawah Pas yang menggubal undang2 berkaitan dengan sumbang mahram ini. Bukankah hal ehwal Islam di negeri2 beraja seperti Kelantan dan Kedah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri? Kenapa tidak dilakukan?

Sebab itulah aku sendiri tidak hairan dengan dendangan lagu hudud selama ini sebab puak2 Pas hanya pandai berceramah, berkempen, berpidato, petah bercakap tetapi untuk melaksanakannya mereka tiada kepandaian. Tak gitu Husam?

01 January 2009

2009 dan nasib rakyat Palestin

Hari ini seluruh dunia termasuk kita di Malaysia sedang bergembira menyambut kedatangan tahun baru 2009. Namun nun di Timur Tengah, ribuan rakyat Palestin sebaliknya sedang berduka nestapa lantaran keganasan demi keganasan puak Israel ke atas bumi mereka termasuk terbaru serangan-serangan udara yang dilakukan mereka mengorbankan ratusan nyawa orang awam.

Apabila terkenangkan nasib anak-anak, wanita dan orang-orang tua Palestin yang turut menjadi mangsa Israel, aku terfikir sejenak wajarkah kita sebagai umat Islam turut sama bersorak gembira menyambut kedatangan 2009 sedangkan saudara seagama kita di Palestin sedang berduka dan menderita?

Bercakap mengenai Palestin, lantas terbentang difikiran mengenai Barack Obama, ya rakyat kulit hitam pertama yang bakal dinobatkan sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS). Obama yang kemenangannya dalam pilihan raya Presiden bulan November lalu disambut dengan perasaan gembira dan berbunga-bunga di seluruh dunia termasuk mereka di Malaysia lantaran dirasakan angin perubahan sedang melanda AS. Ya, warga kulit hitam akhirnya menjadi Presiden selepas lebih 200 tahun.

Apabila perubahan yang dirasakan dalam pemilihan Presiden AS kali ini, sudah pasti kita juga menuntut angin perubahan berlaku dalam penyelesaian isu Palestin. Ya, kita semua maklum selama ini AS adalah sekutu kuat Israel dan mereka menghalalkan serangan puak2 Yahudi itu di bumi Palestin atas nama menghapuskan teroris Islam.

Dan apabila Obama yang pernah tinggal dan bersekolah di Indonesia, negara paling ramai umat Islam di Asia Tenggara menjadi Presiden sudah pasti seluruh dunia mengharapkan Obama mengambil sikap berbeza berbanding lain-lain Presiden AS sebelum ini dalam menangani isu Palestin.

Persoalannya, apakah Obama sedia untuk mengendurkan perasaan benci dan muak umat Islam terhadap pemimpin AS yang selama ini tidak pernah bersikap adil terhadap mereka sebaliknya terus menyokong kekejaman Israel di bumi Palestin ini? Mampukan Hillary Clinton yang dilantik Obama sebagai Setiausaha Negara AS menangani isu Palestin dengan bijak dan adil?

Dan sementara kita menantikan tindakan Obama dalam menangani isu Palestin, rakyat negara itu terus menjadi korban peluru2 dan senjata moden Israel dan mereka hanya mampu mempertahankan diri dengan lontaran batu.

Kita di Malaysia yang masih mampu bersorak girang menyaksikan konsert Ambang Merdeka bersama-sama Perdana Menteri di Dataran Merdeka dan sebahagian besar kita bersorak girang menyambutnya dengan persembahan bunga api dan lain-lain hiburan diharapkan tidak melupai kesusahan yang dialami oleh rakyat Palestin.

Semoga Allah memberi perlindungan kepada rakyat dan bumi Palestin dari menjadi mangsa kekejaman Yahudi. Amin!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...