26 February 2009

Terkejut atau buat-buat terkejut?

Ramai yang terkejut apabila kerajaan umum kenaikan tol mulai 1 Mac. Ahli Parlimen, wakil rakyat, timbalan menteri... Yang tak terkejut cuma Mohd. Zin selaku Menteri. Yang lain termasuk Pak Lah pun katanya terkejut. Tapi yang peliknya buat apa terkejut sedangkan kabinet yang luluskan kenaikan tol. Haloooo... kabinet itu siapa???

Baca berita yang dipetik dari Bernama di bawah:

PATTAYA, 26 Feb (Bernama) — Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata beliau akan meminta Kabinet menimbang semula kenaikan tol di lima lebuh raya yang akan dinaikkan di antara 0.68 sen hingga 50 sen berkuatkuasa 1 Mac ini kerana kenaikan itu tidak sesuai dalam keadaan sekarang.


Perdana Menteri berkata kajian semula itu akan dibincangkan pada mesyuarat mingguan Kabinet esok yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.


“Kajian semula adalah perkara terbaik yang perlu dilakukan. Selepas itu kita akan buat keputusan yang wajar,” katanya kepada wartawan Malaysia yang membuat liputan Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan Asean di sini hari ini.


Abdullah berkata walaupun kenaikan itu selaras dengan terma perjanjian konsesi yang ditandatangani antara pihak kerajaan dan pemegang konsesi lebuh raya berkenaan, kelulusan yang diberikan Kabinet beberapa minggu lepas mungkin tidak sesuai dengan situasi sekarang.


Aku memang tak fahamlah kalau kabinet dah luluskan buat apa tiba2 nak kaji balik. Yang kaji pun kabinet jugak. Kabinet ini siapa? Bukankah Pak Lah yang selalu mempengerusikan mesyuarat kabinet. Tak kan kabinet tak dijelaskan tentang rasionalnya kenaikan tol? Dan kabinet pun dah luluskan. Tapi kenapa kabinet yang sama diminta kaji balik?

Pening aku... memang pening dengan kabinet Pak Lah sekarang ini. Minggu lepas lulus, minggu ini suruh kaji balik. Masalahnya kabinet yang sama, anggota kabinet yang sama, menteri yang sama, PM & TPM yang sama. Apa masalahnya???? Kenapa dulu luluskan sekarang kata kaji balik?? Samalah macamLCCT Labu, menteri kata kabinet dah luluskan, Najib kata tak lulus... adusss... pening pening!!

Weih aku tak faham... Sesiapa boleh tolong jelaskan!!

24 February 2009

Pegawai Jakim, tolong belajar bahasa Inggeris!

Aku terkejut betul... betul-betul terkejut apabila dimaklumkan sebahagian besar pegawai-pegawai di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) tidak mahir berbahasa Inggeris. Huh.. malu cukup malu. Mana nak taruk muka Zahid Hamidi, Menteri yang menjaga hal ehwal agama Islam termasuk Jakim yang kini bergelar doktor falsafah tetapi pegawainya lemah dalam Bahasa Inggeris.

Kisahnya, semalam serombongan pegawai kerajaan dari sebuah negara di Asia Tengah mahu mengetahui bagaimana Malaysia boleh membenarkan amalan perancangan keluarga sedangkan di negaranya yang juga negara Islam tidak dibenarkan berbuat demikian kerana dianggap bertentangan dengan hukum Islam. Mereka ingin tahu nas apa yang dipakai oleh Malaysia membenarkan amalan perancangan keluarga?

Tahu apa jadinya?? Aduh, pegawai Jakim yang ditugaskan memberikan taklimat itu bukan sahaja tergagap-gagap untuk memberi penjelasan lantaran tidak mahir berbahasa Inggeris, dia juga "tidak cukup ilmu" dan gagal memberikan jawapan kepada soalan yang diajukan. Malu... malu...

Lain yang ditanya oleh rombongan itu, lain pula jawapan yang diberikan. Kerana tidak tahu memberi penjelasan dalam bahasa Inggeris terpaksalah pegawai berkenaan melantik penterjemah bidan terjun.

Hahahaha.. aku tergelak besar. Bagaimana Jakim, sebuah agensi yang penting melantik pegawai yang lemah berbahasa Inggeris menerajui pentadbirannya? Patutlah Islam di Malaysia tidak maju-maju kerana pegawai yang ada semuanya lemah. Lemah berbahasa Inggeris dan lemah pengetahuan. Aku diberitahu ini bukan kali pertama berlaku...

Aku percaya rombongan yang datang dari jauh membawa misi yang besar untuk belajar sesuatu dari Malaysia sudah pasti pulang dengan hampa. Soalannya cukup mudah tetapi pegawai terbabit gagal memberikan penjelasan sebab tidak "tahu". Aku tidak pasti sama ada dialah yang terbaik yang ada di Jakim sehingga diberi tanggungjawab besar untuk memberikan taklimat itu. Jika ya, aku percaya Jakim berada dalam krisis yang besar... krisis ketiadaan pegawai berwibawa! Atau mungkin beliau juga bidan terjun, Wallahu'alam.

Nampaknya selepas ini Zahid kena hantar para pegawai Jakim pergi kursus Bahasa Inggeris di mana-mana kelas bahasa Inggeris yang ada. Sebabnya apabila ada rombongan dari negara asing datang atau mereka dihantar ke luar negara tidaklah pegawai yang ada tercungap2 nak bercakap bahasa Inggeris. Mungkin agaknya mereka fikir hal ehwal berkaitan kemajuan Islam tidak perlu mahir berbahasa Inggeris. Cukup jika mahir berbahasa Arab sahaja.

Tetap aku ingatkan bahawa jangan fikir mahir berbahasa Arab sudah layak jadi pegawai Jakim sebab Islam bukan sebatas bahasa Arab. Islam universal. Berjuta orang China beragama Islam dan mereka sebahagian besarnya tidak tahu berbahasa Arab mahupun Inggeris. Orang Islam di Norway juga ramai iaitu 1% daripada komposisi penduduknya. Orang Norway tidak bercakap Arab walaupun kebanyakan yang beragama Islam di sana adalah mereka yang berketurunan Pakistan.

Jadi aku harap selepas ini pegawai2 termasuklah pegawai-pegawai kanan Jakim kena belajar bahasa Inggeris dan jangan lupa tingkatkan ilmu pengetahuan sekali. Jangan sampai peristiwa seperti ini berulang lagi. Dan jangan sampai anda semua memalukan Jakim, Zahid Hamidi dan negara! Aduhh.. malu bang!

Mahathir International Airport? ... Setuju!!

Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) memberikan satu idea bernas hari ini apabila mencadangkan agar nama KLIA ditukarkan kepada Lapangan Terbang Antarabangsa Mahathir. Alasannya, KLIA adalah ilham bekas PM itu.

Wah, walaupun Mubarak dianggotai oleh bekas2 wakil rakyat yang dah pencen atau yang sudah tidak layak jadi wakil rakyat tetapi sempat juga melontarkan idea yang cukup bernas ini.

Sebenarnya nama Tun Mahathir layak diabadikan di mana-mana projek mega ilhamnya yang menjadi mercu tanda kebanggaan negara. Kalau bukan KLIA, mungkin juga menara berkembar Petronas, jambatan Pulau Pinang, Putrajaya, Cyberjaya, jambatan bengkok (Ops..! itupun kalau Najib ada niat nak sambung balik projek yang dibatalkan Pak Lah itu), apa lagi....

Pendek kata aku bersetuju sangatlah nama KLIA ditukarkan kepada nama Mahathir atau kalau di bahasa Inggeriskan menjadi "Mahathir International Airport". Macam juga nama2 airport lain di dunia, menggunakan nama tokoh2 pemimpin mereka. "John F. Kennedy Airport" di AS misalnya.

Tapi mahukah Pak Lah mengabadikan nama Mahathir di mana2 mercu tanda yang dibina oleh bekas PM ini? Aku rasa selagi Pak Lah ada dalam kerajaan selagi itulah ia tidak akan menjadi kenyataan. Bukan setakat mengabadi nama Mahathir, sebut namanya saja macam sakit gegendang telinganya. Itulah elerginya Pak Lah terhadap Tun Mahathir.

Kalau Najib dah jadi PM nanti aku tak tahulah. Mungkin beliau boleh pertimbangkannya tetapi kenalah tunggu Tun meninggal dunia dahulu. Sebabnya seingat aku dahulu ada larangan mengabadikan nama seseorang tokoh atau pemimpin pada nama jalan atau bangunan selagi mereka masih hidup.

Jadi sebagai rakyat Malaysia yang hidup dalam kemewahan dan kesenangan hasil kebijaksanaan Tun Dr. Mahathir Mohamad, aku secara peribadi menyambut baik idea Mubarak itu!

Tapi patut ke Pak Lah dilantik menjadi Menteri Kanan selepas beliau lepaskan jawatan kepada Najib nanti seperti mana dicadangkan oleh seorang wakil rakyat?? ... TTTIIIIIDDDAAAAAAKKKK!!!

23 February 2009

Penceroboh hak peribadi

Utusan Malaysia 23 Feb. 2009:
KUALA LUMPUR, 22 Feb. - Pengerusi DAP Karpal Singh mahu undang-undang lebih tegas terhadap pencerobohan hak peribadi, terutamanya selepas penyebaran gambar bogel Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Bukit Lanjan, Elizabeth Wong.
Beliau berkata, hukuman bagi pencabulan hak peribadi mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 yang memperuntukkan denda tidak melebihi RM100, adalah satu penghinaan kecerdikan mana-mana orang.
"Denda itu tidak pernah dinaikkan meskipun selepas hampir 54 tahun Ordinan Kesalahan-Kesalahan Kecil ini termaktub. Ini amat menghairankan," katanya dalam satu kenyataan di sini.
Pada awalnya, kata beliau, akta itu yang tidak memperuntukkan sebarang hukuman tahanan, tetapi denda tidak melebihi 100 dolar, namun pada tahun 1955, wang sebanyak 100 dolar adalah satu jumlah besar, itu sebabnya ia ditukar kepada RM100.
MESIN TAIP BURUK:
1. Siapa rakam video Lingam dan kemudian edarkan sehingga Pak Lah terjaga dari tidur dan terus arah tubuh suruhanjaya siasatan dan kemudian mengambil hati para hakim yang pernah dipecat dengan membayar saguhati, lantik Zaid Ibrahim sebagai menteri jaga hakim dan kemudian tubuh Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman?

2. Siapa mula tayang dan edarkan gambar seorang wanita diambil gambar bogel di lokap yang kononnya mangsa adalah wanita China di Parlimen sehingga Pak Lah terjaga dari tidur kemudian mengarahkan Azmi Khalid pergi memohon maaf dengan kerajaan China yang akhirnya diketuai mangsa adalah wanita Melayu?
3. Siapa yang edarkan gambar peribadi Saiful Bukhari dengan seorang pegwai Najib yang kononnya Saiful dan Najib nak perangkap Anwar?
4. Siapa rakam dan edarkan gambar separuh bogel Elizabeth Wong sehingga memaksa beliau mahu melepaskan jawatan sebagai ADUN Bukit Lanjan & Exco Kerajaan Negeri?
JAWAPANNYA:
1. Puak2 PKR-lah!
KESIMPULAN:
1. Kerja-kerja mencerboh hak peribadi sebahagian besar dilakukan oleh puak2 PKR khususnya dalam usaha menutup kelemahan Anwar Ibrahim dan menunjukkan penyelewengan UMNO.
2. Mereka yang terlibat dengan pencerobohan hak peribadi di atas perlu dikenakan tindakan lebih berat sepertimana yang dimahukan oleh Karpal.
3. Tetapi yang jelas puak2 Pakatan Rakyat sebaliknya bersorak girang jika ada puak2 BN/UMNO yang "ditelanjangkan" oleh puak2 mereka dan mempertahankan mereka daripada dikenakan hukuman.
4. Cadangan Karpal patut disokong!

Najib muktamadkan tiada LCCT Labu! Dus... punah harapan!


Muktamad! Tiada LCCT Labu! Demikian kata bakal PM, Najib Razak di Phuket berhubung pembinaan LCCT AirAsia di Labu yang diwar-warkan semula beberapa hari ini dengan menyatakan ia belum diputuskan dan masih dalam perbincangan.

Ketegasan Najib ini sudah pasti membuatkan Ong Tee Keat terkujat. Maklumlah semalam dia kata LCCT Labu masih belum dimuktamadkan dan masih dalam perbincangan. Tapi hari ini Najib dengan tegas berkata ia sudah dimuktamadkan. Bermakna juga harapan Tony Fernandes untuk ada airport sendiri (dan mencatat sejarah sebagai syarikat penerbangan pertama di dunia ada airport sendiri) tidak kesampaian.

Keputusan Najib selaku Menteri Kewangan juga akan mematikan harapan banyak pihak yang mengharapkan pulangan dan habuan daripada pembinaan LCCT ini bukan sahaja kepada Sime Darby, Tony bahkan beberapa orang lain.

Inilah yang diinginkan oleh rakyat, seorang pemimpin yang tegas dan membuat keputusan dengan penuh yakin. Aku percaya Pak Lah juga menyesal bertukar portfolio dengan Najib sebab aku percaya kalau Pak Lah masih Menteri Kewangan sudah pasti dia akan meluluskannya.

Cuma aku berharap ketegasan Najib bukan cuma kali ini tetapi berterusan untuk lain-lain perkara yang melibatkan kepentingan rakyat, kini dan akan datang. Aku percaya dengan pemimpin yang memiliki ketegasan dan keberanian seperti ini akan membuatkan BN kembali diyakini rakyat dan ia juga menakutkan musuh2 BN dan kerajaan di samping musuh2 dalam selimut yang selama ini menyelinap dalam kain.

Syabas Najib!

22 February 2009

Orang Perak dah mula marahkan Pak Lah!

Beberapa hari lepas aku nak tulis perihal apakah langkah2 yang (tidak) diambil Pak Lah Badawi untuk menyelesaikan isu perebutan kerusi MB antara Nizar dan Zambry tetapi tulisan aku itu tidak dapat diselesaikan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Hari ini, aku tulis balik apa yang aku nak tulis sebelum ini...

Aku dengar khabar orang Perak khususnya puak2 UMNO dan BN di negeri itu mula "angin satu badan" dengan Pak Lah selaku PM sebab beliau tidak berusaha untuk melakukan sesuatu bagi menghuraikan konflik di Perak. Setakat ini apa yang beliau buat, dia hanya beritahu akan menggantikan Speaker dengan "caranya" tetapi sehingga kini Siva masih berkuasa sebagai Speaker DUN Perak.

Kemudian apabila Siva menggunakan kuasanya menggantungkan Zambry dan semua Exco BN yang baru dilantik, beliau (hanya) menasihatkan Zambry membuat laporan polis. Bab ini memang aku nak tergelak besar dengan kedunguan PM kalian sebab Siva bukannya buat kesalahan yang melanggar undang2 negara. Salah ke Speaker gantung Zambry macam Pandikar Amin Mulia gantung Karpal Singh dan lain2 pembangkang di Parlimen?

Sekarang ini orang-orang Perak sebenarnya bingung dengan keadaan di sana. Kakitangan kerajaan negeri tidak tahu nak ikut siapa, Zambry ke Nizar sebab masing-masing mengaku MB Perak. Zambry kata Sultan Perak dah pilihnya sebagai MB dan Nizar pula kata rakyat yang pilihnya sebagai MB. Tidakkah memeningkan dan nampaknya jalan penyelesaiannya tidak akan berkesudahan sehinggalah PRU-13.

Dan selaku PM dan Presiden parti Pak Lah sehingga kini tidak berbuat apa2 untuk menyelesaikan konflik di Perak. Ada yang menyatakan beliau "sengaja" membiarkan konflik itu berterusan, dah malas nak fikir sebab tahu tugasnya sebagai Presiden UMNO tinggal sebulan lebih sikit lagi. Jadi, lebih baik konflik Perak ini diserahkan di bahu Najib. Kan Najib juga pengerusi badan perhubungan UMNO Perak?

Ada juga yang kata Pak Lah sengaja membiarkan ia sedemikian sebab tugas itu sepatutnya tugas Najib selaku pengerusi UMNO negeri dan jika Najib gagal menyelesaikan masalah di Perak, ada peluanglah Pak Lah nak meneruskan tugasnya sebagai PM sebab dengan alasan Najib tidak berupaya menyelesaikan konflik di Perak. Itulah suara2 dari Perak yang sampai di telinga aku. Betul ke tidak Wallahu'allam...!

Aku sendiri juga tak faham apa yang ada dalam fikiran Pak Lah sekarang. Mungkinkah dia sedang berkira2 sama ada mahu melepas kerusi PM atau sebaliknya. Sebabnya sehingga kini Pak Lah tidak berbuat apa2 di Perak. Aku percaya Zambry sendiri "bingung" untuk menyelesaikan masalah itu. Sudah pasti dalam keadaan sekarang beliau mengharapkan Pak Lah selaku pemimpin tertinggi negara dan parti berbuat sesuatu. Tapi malangnya orang yang diharapkan itu masih lagi lena tidur.

Bayangkan apabila beliau digantung dari DUN oleh Speaker, Pak Lah hanya memberi nasihat bodoh supaya Zambry membuat laporan polis. Sudah pasti ini akan mengeruhkan lagi keadaan dan bukannya menyelesaikan masalah di negeri itu. Tidakkah itu akan meningkatkan lagi simpati rakyat kepada Siva, Nizar dan PR? Kalau simpati rakyat Perak kembali meningkat kepada PR bagaimana BN mahu berhadapan dengan PRK Bukit Gantang? Aku percaya BN akan tewas lagi di Bukit Gantang.

Inilah masalahnya kepada Pak Lah. Perkara penting seperti ini beliau memandang remeh dan membiarkannya sahaja ia berlanjutan tetapi perkara yang tidak begitu penting seperti penubuhan Suruhanjaya Pelantikan Hakim, beliau begitu bersungguh2 sehingga dalam masa beberapa minggu dapat diselesaikan.

Jadi, jika Pak Lah tidak mahu atau gagal mencari jalan penyelesaian di Perak lebih baik beliau cepat2 melepaskan jawatannya. Lepaskanlah jawatan PM sebab ia tidak bergantung kepada pemilihan agung UMNO nanti. Lepaskanlah dan berilah peluang kepada orang lain menyelesaikan kemelut di Perak.

Rakyat Perak mahukan jawapan berhubung kemelut ini dengan segera sebab andai ini berterusan, banyak kerja akan terbengkalai. Ingatlah ekonomi dunia sedang merudum dan jika jawatan MB masih tidak dapat diselesaikan, bagaimana dengan nasib rakyat Perak yang akan berdepan dengan masalah global ini?

Kasihan orang Perak!

Wah! cepatnya SPRM...

Aku begitu kagum dengan kecekapan SPRM dalam menyelesaikan beberapa isu politik masa kini terutama melibatkan MB Selangor. Ya, dalam beberapa hari selepas menerima laporan, sudah mendapat cukup bukti untuk membawa Khalid Ibrahim ke muka pengadilan. Ya, aku sokong SPRM jika terbukti Khalid menyeleweng.

Tetapi aku tertanya2 juga perihal laporan politik wang (atau disebut rasuah politik) yang telah dibuat sejak pemilihan pada mesyuarat bahagian Oktober lalu. Sehingga kini SPRM (sebelum ini dikenali BPR) masih belum mengumumkan sebarang laporan. Benar juga pendapat blogger pembangkang bahawa SPRM cepat dan cekap menyelesaikan kes berkaitan pemimpin mereka tetapi tidak pula di pihak UMNO/BN.

Bukannya aku nak menyokong puak2 pembangkang tetapi sebahagian pandangannya itu ada benarnya. SPRM kenalah bersikap adil dalam menyelesaikan isu berkaitan rasuah. Jangan hanya ia begitu cekap dan pantas apabila melibatkan pihak pembangkang atau mereka yang tidak sebulu dengan pihak tertinggi tetapi lambat atau buat2 diam apabila melibatkan mereka yang berkaitan.

Oleh sebab itulah aku harap selain mengambil tindakan segera ke atas pelaku penyelewengan di pihak pembangkang, SPRM juga patut mengumumkan hasil siasatan mereka berkaitan laporan politik wang.

Jangan sampai nant SPRM terus menerima pelbagai tuduhan yang tidak sedap didengar bukan sahaja dipihak pembangkang tetapi juga kalangan orang UMNO yang tidak mahu melihat parti ini hancur pada masa depan gara-gara cuba menutup kes politik wang dalam parti.

Berlaku adillah!

20 February 2009

Sivakumar & Khalid Ibrahim... sama-sama dungu

KES I: SIVAKUMAR

Sivakumar, speaker DUN Perak yang dilantik masa zaman Nizar Jamaluddin jadi MB. Tetapi selepas Nizar dan semua exco dipecat sepatutnya dia pun tergugur juga jawatannya tetapi sebab arahan itu untuk Nizar dan barisan exconya, maka Sivakumar rasa tidak masih speaker DUN.

Setahu aku yang cetek ilmu ini speaker DUN ini macam pengerusi mesyuaratlah. Dia ada kuasa pada setiap kali mesyuarat. Bukan takat kawal mesyuarat tetapi ada kuasa nak gantung ahli mesyuarat jika langgar peraturan/arahan. Tetapi di luar mesyuarat dia tiada kuasalah.

Jadi bila Sivakumar gantung Dr. Zambry dan exco sebab katanya langgar hak dan peraturan DUN aku nak tergelak besar. Eee... sama ada Siva ni memang dungu atau buat2 dungu untuk raih simpati atau nak tagih kuasa. Sebabnya kalau dah Sultan dah pecak MB dan Exco2nya sekali secara automatik speaker pun kenalah berundur juga. Dahlah tu, buat keputusan pula dengan guna kuasa veto di luar dewan pulak tuh. Kan tak pasal2 Karpal Singh pun ngaku itu arahan bodoh!

KES II: KHALID IBRAHIM

MB Selangor ini bukan calang2 orang. Bekas CEO Guthrie dan korporat terkenal masa zaman Anwar Ibrahim dalam UMNO dulu. Kerana cintakan UMNO sampai masa kempen PRK Ijok dia sempat tolong kempen untuk calon BN lagi. Bila PRU-12, PR berkuasa di Selangor dan dia jadi MB Selangor. Tetapi masa raya haji baru2 ini dia sibuk2 nak bantu orang miskin dan raih jiwa pengundinya. Maka dia gunalah wang kerajaan Selangor untuk beli lembu untuk dikorbankan. Bab itu memang tak salah. Siapa kata salah... Yang salahnya dia guna duit KERAJAAN SELANGOR untuk beli lembu korban untuk PARLIMEN BANDAR TUN RAZAK.

Opss.. Parlimen Bandar Tun Razak tu bukankah di Wilayah Persekutuan? Kenapa guna duit kerajaan Selangor bantu rakyat WP? Itulah dungunya MB Selangor ini sehingga tidak tahu garis sempadan. Tapi itu okey lagilah sebab anggap jeh kerajaan Selangor sedekah lembu kepada warga KL. Tapi bab servis kereta peribadi guna duit kerajaan itu yang dipertikaikan. Yang lawak, Khalid tergagap2 bila jawab bab ini. Dulu kata kereta itu kereta peribadi tapi kemudian cepat2 ngaku itu kereta rasmi. Mana satu bang?

Undurlah Rafidah...

Shahrizat Jalil telah membuat keputusan untuk bertanding kerusi Ketua Wanita UMNO pada Mac ini. Ya, keputusan sudah muktamad bermakna beliau akan menentang ketuanya sekarang Rafidah Aziz untuk jawatan tersebut selepas memperoleh pencalonan yang jauh dari mencukupi, walaupun pada awalnya beliau tidak berhasrat melawan bosnya itu.

Ya, Shahrizat sudah nekad untuk menentang Rafidah pada pemilihan UMNO bulan depan, bermakna satu lagi calon Naib Ketua Wanita, Kamilia akan menang tanpa bertanding kerusi tersebut. Ini juga akan melancarkan peralihan kuasa pergerakan itu.

Tetapi bagi aku Rafidah elok menarik diri daripada bertanding kerusi Ketua Wanita memandangkan beliau juga telah memutuskan untuk mengadakan peralihan kuasa pada Jun tahun ini, tiga bulan selepas pemilihan UMNO. Jadi elok sangatlah Rafidah berundur daripada melawan anak didiknya itu.

Sebabnya jika dia berundur sekarang dan melepaskan jawatan itu kepada Shahrizat membolehkan dua kerusi tertinggi Wanita tiada pertandingan. Jadi tiadalah wujud perpecahan. Bukankah itu yang dibimbangkan Rafidah selama ini sehingga mendorongnya untuk bertanding lagi? Ya, tiada pertandingan tiadalah perkelahian. Wanita akan aman damai dan dapat membuat persiapan lebih mantap menjelang PRK Bukit Gantang dan Bukit Selambau.

Tetapi andai Rafidah yang kini "sudah hilang nama besarnya" sejak tidak lagi menjadi anggota kabinet Pak Lah, ini akan menimbulkan perpecahan sebab sebahagian besar Wanita mahukan Shahrizat mengetuai pergerakan itu sepertimana undi yang diperoleh di peringkat bahagian sebelum ini. Bayangkan dalam pertandingan itu nanti Rafidah tewas kepada Shahrizat sudah pasti satu lagi tamparan kepada Rafidah yang dianggap pemimpin wanita yang disegani di negara ini dan di peringkat dunia.

Ya, andai kalah tentulah lebih memalukan Rafidah dan sudah pasti orang2nya tidak berpuas hati. Tetapi jika beliau berundur dan memberi laluan kepada Shahrizat maka Rafidah akan lebih dikenang sebagai tokoh Wanita UMNO setanding tokoh2 terdahulu. Bayangkan pula jika dia kalah, sudah pasti namanya akan dilupakan oleh wanita2 UMNO sepertimana yang dirasai oleh Siti Zaharah Sulaiman selepa kalah kepada Rafidah dulu.

Undurlah Rafidah, berilah laluan kepada Shahrizat. Jika ini berlaku tiadalah pertandingan untuk dua kerusi Wanita dan tiadalah perpecahan. Undurlah dan namamu akan terpahat dalam sejarah Wanita UMNO Malaysia....!

18 February 2009

Salahkah mufti sokong UMNO?

Puak2 pembangkang termasuk Pas semakin melampau sekarang ini. Mula-mula menderhaka kepada sultan, kini mencerca seorang mufti pula. Aku tak tahu hantu apa yang merasuk di kalangan puak2 Pas sehingga semakin hilang akal. Mungkin kerana mereka sedang diuji oleh Allah SWT atau mereka sedang dalam proses kehancuran angkara kerosakan yang dibawa di muka bumi.

Aku cukup simpati dengan Mufti Perak, DS Harussani Zakaria kerana gara-gara kenyataannya yang membidas puak2 yang menderhaka kepada Sultan, beliau sendiri dicerca dan dimaki-hamun. Wanaauzubillahiminzalikh... Aku tak tau apa nak jadi sekarang ini. Apakah kerana gesaan supaya tidak menderhaka kepada sultan sudah dianggap menyokong UMNO dan mufti tidak boleh berpihak kepada UMNO? Kerana mufti yang menyokong UMNO sangat hina... lebih hina dari babi? Masya-Allah... Bertaubatlah wahai mereka2 yang bersifat sedemikian.

Harussani seorang warak dan bertaraf ulama tetapi dihina dan dicerca sedemikian oleh puak2 Pas. Tetapi Nik Aziz juga seorang yang warak dan juga seorang ulama tidak pernah pula dihina dan dicaci oleh puak2 UMNO walaupun amat-amat jelas beliau adalah pemimpin Pas. Apakah mufti yang menyokong Pas dianggap manusia mulia, paling mulia daripada nabi dan malaikat? Masya-Allah... Manusia semakin sesat hanya kerana politik.

Aku masih ingat lagi bagaimana Harussani disanjung dan dipuji terutama puak2 Pas kerana menentang program hiburan Jom Heboh yang dikatakan melalaikan sehinggakah program itu tidak lagi diadakan di negeri Perak. Ya, Harussani dianggap ulama yang suci ketika itu dan puji-pujian melambung2 diberikan kepadanya.

Tetapi apabila beliau menyentuh dan mempersoalkan puak2 Pas yang menderhaka kepada sultan selepas krisis politik di Perak beliau kini dihina. Apakah kerana itu beliau dianggap menyokong UMNO dan mufti yang menyokong UMNO boleh dihina dan dicerca? Mazhab dan fatwa mana yang dipakai oleh puak2 Pas aku tak tahu.

Kini keadaan pemikiran dan kewarasan puak2 Pas semakin tidak karuan terutama selepas mereka "kehilangan" sebuah negeri yang dipimpin oleh pemimpin Pas (walaupun jelas sebagai boneka DAP). Sungguh-sungguh trajik. Bahkan ketidakwarasannya telah menular pula dikalangan pemimpin mereka yang bertaraf ulama & para ustaz.

Aku percaya ini semua hasil racun pemikiran yang ditanam oleh Anwar Ibrahim yang sememangnya pakar dalam hal2 provokasi, konspirasi dan halusinasi serta "orang2 Anwar" yang yang kini sudah menduduki kerusi kepimpinan Pas. Dan sebab itulah pemikiran puak2 Pas kini semakin bercelaru dan jika tidak dirawat segera, parti Pas yang lahir hampir seusia UMNO (Catatan: Pas adalah pecahan UMNO) akan terkubur suatu hari nanti lantaran terlalu terikut2 rentak PKR.

Kalau aku boleh berpesan dan kalau kata2 aku boleh diikut, aku berharap puak2 Pas segeralah bertaubat dan kembalilah ke pangkal jalan. Perjuanganmu sebelum ini begitu mulia iatu memperjuangkan Islam tetapi kini perjuangan bukan lagi kerana Islam tetapi kerana pangkat, darjat, harta, kedudukan, rumah MB, kereta Camry... Bertaubatlah sebelum puak2 Pas dilaknati Allah! Wana'uzubillahiminzalikh...

17 February 2009

Pak Lah dah terima notis dari Agong

"Beta maklum bahawa Perdana Menteri akan menyerahkan kepimpinan negara kepada Timbalan Perdana Menteri pada bulan depan setelah menerajui negara sejak 31 Oktober 2003.
"Beta berharap peralihan kepimpinan ini akan berjalan lancar agar agenda pembangunan negara dapat diteruskan," - Tuanku Mizan Zainal Abidin ketika merasmikan persidangan Parlimen semalam.
Jadi kepada Pak Lah, faham-fahamlah dengan titah ini. Maknanya YDP Agong sudah pun menyerahkan "notis" kepada beliau untuk pergi dengan cara terhormat mulai Mac ini dan membenarkan Najib mengambil alih kuasa dengan lancar. Ini juga bermakna Pak Lah kenalah pergi. Tidak bolehlah nak menderhaka dengan mengingkari titah tuanku.
Lagipun pengalaman di Terengganu sebelum PRU-12 cukup masak bagi tuanku dan sebab itulah baginda tidak berkenan MB yang dipilih oleh Pak Lah yang menyebabkan 12 ADUN Terengganu "menderhaka" kepada baginda. Tidak, tidak... Pak Lah tidak mungkin mahu menderhaka lagi.
Dan puak2 yang mengaku orang Pak Lah atau KJ dan mereka yang berada di tingkat 4 juga tidak usahlah nak memujuk hati Pak Lah supaya menangguhkan peralihan kuasa ini sebabnya titah sudah dikeluarkan. Jangan pula puak2 ini terikut2 rentak PR di Perak yang sanggup menderhaka kepada sultan semata-mata jawatan MB. Tidak... tidak.
Ya, ya... titah YDP Agong telah didengar rakyat maknanya tidak lagi boleh disembunyikan. Mahu tak mahu Pak Lah terpaksa pergi walaupun dengan berat hati. Ya, pergi... pergi...

Ratu bogel PKR letak jawatan?

Elizabeth Wong tawar letak jawatan sebagai Ahli Exco Kerajaan Negeri Selangor dan Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Lanjan.

Menteri Besar Selangor akan menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bagi menjelaskan isu tawaran peletakan jawatan Elizabeth. - Utusan Malaysia, 18 Feb. 2009.

POS TERDAHULU:

Ratu bogel PKR yang baru dinobatkan Elizabeth Wong dijangka meletakkan jawatannya sebagai ADUN Bukit Lanjan. Pengumuman mengenainya dijangka akan dibuat hari ini. Demikian rakan2 memberitahu.

Jika benar maka satu lagi pilihan raya kecil akan diadakan. Wah, di satu lagi bukit... Bukit Lanjan.

Dan aku percaya jika DUN Bukit Lanjan dikosongkan, SPR dijangka akan membuat keputusan untuk mengadakan PRK serentak dengan dua lagi PRK di Bukit Gantang dan Bukit Selambau bagi menjimatkan kos.

Aku juga cadangkan mana-mana ADUN atau Ahli Parlimen Pakatan Rakyat (PR) yang bercadang untuk meletakkan jawatan boleh dilakukan sekarang supaya SPR boleh mengadakan PRK serentak pada 7 April ini. Mudah...

Ada lagi ke?

16 February 2009

Anwar borek anak-anak buah rintik!

Bapa borek anak rintik. Itulah simpulan bahasa Melayu yang menggambarkan perbuatan bapa akan menjadi ikutan anak2. Jadi bila terdedah satu persatu perilaku buruk pemimpin2 PKR aku teringatlah simpulan bahasa ini. Tapi kena tukar sikit, "Anwar borek anak buah rintik!"

Ya lah kalau dah pemimpin de factonya kaki tak bermoral, sontot bontot orang dan dah dua kali terkantoi sebab meliwat, apa lagilah anak2 buahnya baik di Perak, Kedah dan sekarang kat Selangor pula.

Lepas PRU-12 mula2 kaki sontot Anwar didakwa main bontot dengan Saiful dan sampai la ni kesnya masih belum dibicarakan. Sengaja dilambat2kan agaknya. Biasalah Anwar! Pakar konspirasi dan strategi.

Kemudian dua ADUN PKR di Perak kantoi sebab rasuah termasuk seorang tuh mintak sedekah seks. Akhirnya buat keputusan keluar parti dan jadi ADUN bebas. Kemudian isu Arumugam pula di Bukit Selambau pun orang PKR jugak walaupun dulu menang atas tiket bebas, katanya ada affair dengan bini orang.

Dan sekarang Elizabeth Wong pula kat Selangor dan dia pun Exco dari PKR juga. Yang best masa kecoh kes Chua Soi Lek dulu, dia bukan main lagi duk menghentam. Tulah, kan dah terkena batang hidung sendiri. Kata dulang paku serpih, kata orang dia yang lebih!

Nampaknya tak habis2 puak2 pemimpin PKR dengan skandal seksnya bermula dengan pemimpin tertingginya lah.

Betullah kata orang tua2... bapa borek anak rintik. Tapi lebih aku hairan bagaimana puak2 Pas yang selama ini menganggap yang pangkah Pas boleh masuk syurga sokong puak2 PKR yang semuanya kaki seks ini. Boleh letakkan Anwar sebagai pemimpin suci dan boleh guna tanpa was-was.

Mungkin terdedah satu persatu perihal perangai pemimpin PKR ini adalah kuasa Allah SWT nak menunjukkan kepada orang Islam siapa Anwar dan para pengikutnya. Tapi orang Pas mana nak terima ini semua. Ini semua konspirasi Najib nak jatuhkan kerajaan Selangor...!

Panas... panas... Gambar bogel Exco wanita PR Selangor!





















TERKINI!

Exco Selangor buat laporan polis isu gambar bogel 12:26pm
KUALA LUMPUR 16 Feb. – Exco Kerajaan Negeri Selangor, Elizabeth Wong membuat laporan polis malam tadi berhubung penyebaran gambar bogelnya dalam internet....

POS TERDAHULU:
Wah terkejut besar aku bila membaca Malaysiakini dan beberapa penulis blog yang flash cerita gambar bogel seorang Exco wanita dari negeri PR (Selangor) tersebar. Sudah pasti ramai tertanya2 siapakah gerangannya dan sudah pasti tidak kurang berusaha untuk mendapatkannya.

Setahu aku ada empat wanita sahaja dalam PR Selangor yang jadi Exco, dua Melayu (Islam) dan dua lagi bukan Melayu. Aku tidak berani nak tuduh sesiapa tetapi aku turut bersimpati dengan mangsa. Hem...

Senarai Exco kerajaan Selangor:

1. Tan Sri Datuk Abdul Khalid bin Ibrahim
Dato’ Menteri Besar
Pembangunan Tanah, Kewangan, Majlis Tindakan Ekonomi Negeri, Belia & Sukan

2. Teresa Kok Suh Sim
Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan

3. Datuk Dr. Hassan bin Mohamed Ali
Hal Ehwal Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam

4. Yaakob bin Sapari
Permodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan

5. Rodziah binti Ismail
Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi dan Inovasi

6. Dr. Xavier Jayakumar a/l Arulanandam
Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin

7. Dr. Halimah binti Ali
Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan

8. Iskandar bin Abdul Samad
Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan

9 . Ronnie Liu Tian Khiew
Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan

10. Wong Keat Ping @ Elizabeth Wong
Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar

11. Eam Yong Hian Wah
Pembangunan Kampung Baru dan Penyelesaian Kilang Haram

************

Catatan:
Bloggers BLOW kata kejinya perbuatan aibkan pemimpin wanita Selangor. Fine.. aku setuju. Tapi apa agaknya yang akan ditulis oleh BLOW dan bloggers pro pembangkang lain jika wanita itu pemimpin BN?

Catatan: Aku seorang blogger

Sebenarnya bukan senang untuk menulis blog. Blog "Mesin Taip Buruk" aku ini entah yang ke berapa aku tidak pasti. Aku sudah berjinak-jinak dengan blog sejak beberapa tahun lalu tetapi semuanya terbengkalai. Aku pernah buat blog kehidupan peribadi aku tetapi tidak ke mana, tentang kerjaya aku pun terbengkalai. Aku juga pernah buat blog lawak, pun tidak ke mana sehinggalah idea untuk bercerita soal politik seperti di blog ini.

Itupun bukan yang pertama kerana aku pernah mencubanya tetapi tidak ke mana. Dan ketika aku memulakan blog ini pada Julai tahun lalu, aku sendiri tidak pasti sama ada ia boleh bertahan atau tidak. Ya, blog yang lahir hasil kekecewaan, kemarahan dan semangat yang meluap2.

Pergh... nyata menghasilkan blog bukan satu perkara mudah. Ia memerlukan idea, konsep, komitmen dan pengetahuan. Alhamdulillah blog terakhir (dan satu-satunya yang tinggal) masih boleh bertahan dan aku semakin bersemangat untuk menyampaikan isi hati dan otak fikiran aku di sini. Terima kasih juga kepada mereka yang menyokongnya!

Jadi apabila Kuda Kepang menulis perihal blog2 yang ditulis oleh sesetengah pemimpin aku bersetuju benar dengan pandangannya. Lihatlah sendiri blog2 yang ditulis oleh ahli2 politik bertaraf menteri atau ketua negeri. Aku tidak berani nak membuat penilaian mengenainya sebab aku pun baru kenal erti blog. Tidak seperti Kuda Kepang yang dianggap antara blogger terawal bercakap perihal politik dalam negara. Ya, aku sangat kerdil dalam hal ini.

Dan apabila beliau menulis: "Bab itulah banyak orang besar-besar UMNO dan BN kini membuka blogs dan portal berita masing-masing. Tetapi, kredibiliti blogs mereka sukar untuk dipastikan. Yang pokoknya, blog milik Tun Dr Mahathir Mohamad menerima ratusan ribu pengunjung seminggu, sementara blogs pembesar BN ketinggalan dan tercorot di belakang.", tidak sukar sebenarnya mencari punca. (Tidak perlu aku senaraikan!)

Oleh sebab itulah aku katakan menulis blog bukan perkara mudah dan andai tidak mampu melakukannya (sendiri bukan mengupah seseorang untuk menjaganya), lebih baik jangan ada blog. Gunalah saluran media yang sedia ada. Blog adalah untuk menyampaikan isi hati dan buah fikiran sendiri yang tidak dipaparkan dalam media. Blog adalah untuk mereka yang tiada peluang untuk bertemu wartawan dan menceritakan isi hatinya di media. Blog adalah untuk mereka yang ada fikiran tetapi tiada peluang dan ruang. Dan aku adalah salah seorang daripadanya.

Tetapi kini selepas lapan bulan aku merasakan bahawa aku kini sudah menjadi blogger. Ya, blogger yang tidak goblok!

p/s: MTB tiada hubungan sama sekali dengan penulis yang menggunakan nama pena yang sama di media tempatan suatu ketika dahulu!

15 February 2009

Bukit Gantang: Pas hantar 60 nama??

Wah nampaknya Pas begitu bersiap sedia untuk mempertahankan kerusi Bukit Gantang. Masakan tidak, ketika tanah kubur arwah Roslan Shahrum masih lagi merah, puak2 Pas begitu beriya untuk menghadapi pilihan raya kecil yang akan dibuat 7 April ini. Kalau tidak takkanlah khabarnya Pas sampai hantar 60 nama calon untuk dipilih oleh pucuk pimpinan mereka!

Huh, 60 nama...?? Bukan sikit anak, boleh dibuat satu cawangan. Kalau team bola boleh buat 5 pasukan. Kalau team futsal lagilah. Tidak tahulah pula sama ada nama Nizar tersenarai dalam list 60 nama itu sepertimana yang dimahukan DAP. Tapi apapun tahniah jugalah kepada Pas Bukit Gantang kerana ternyata mereka tidak ketandusan calon untuk diletakkan di sana. Hebat!

Dalam duk puak2 Pas berkira siapa yang patut bertanding di Bukit Gantang, puak2 UMNO tidak kurang juga kesiagaan mereka. Yelah mereka tidak mahu lagi pucuk pimpinan UMNO pandai2 letak calon yang entah dari mana datangnya untuk bertanding di sana macam PRU-12 lepas. Yelah kalau dahulu bolehlah, letak kambing dan tampal logo dacing pun orang akan pangkah dan menang tetapi sejak PRU-12 lepas, ia tidak bolehlah lagi.

Sebab itulah awal2 lagi UMNO Bukit Gantang telah menyerahkan nama-nama orang tempatan untuk disenarai pendek dan dipilih oleh pucuk pimpinan untuk bertanding di kerusi Parlimen itu. Yelah, mana tahu untung2 badan kalau menang ditarik pula masuk kabinet Najib nanti. Dan menjelang PRK Bukit Gantang ini, orang paling famous sekarang tentulah ketua bahagiannya. Masakan tidak hampir setiap hari wajah dan namanya terpampang dalam media massa arus perdana. Hampir2 sepopular Karpal Singh jugaklah!

Tapi aku tak pula tahu sama ada nama Ketua UMNO Bukit Gantang, Datuk Rosli Husin tersenarai dalam list yang dah dihantar kepada Najib selaku ketua perhubungan negeri. Kalau ada tidak mustahillah dia dipilih untuk bertanding di kerusi tersebut. Itupun kalau tiada orang Pak Lah atau orang KJ yang kacau daun nak jugak dicalonkan di sana.

Aku taklah kenal sangat si Rosli Husin ini sebab sebelum ini aku sendiri tidak pernah dengar namanya. Mungkin sebab aku bukan orang Perak dan sebab akan bukannya orang UMNO sebab itu tidak pernah tahu. Tapi sejak akhir2 ini wartawan semua mencarinya untuk mendapatkan berita. Bagus juga lah. Akhirnya ada juga anak jati Bukit Gantang yang menonjol. Taklah pucuk pimpinan pening kepala nak pilih calon sehingga terpaksa ambil orang Gombak letak di sana untuk menjadi calon macam PRU-12 lepas.

Tapi kalau Rosli Husin nak dicalonkan di Parlimen Bukit Gantang, kenalah pangkah betul2 masa pemilihan UMNO nanti sebab yang dipangkah itulah yang akan menentukan peluangnya untuk bertanding di Bukit Gantang.

14 February 2009

Tempelak Karpal: Kenapa Anwar membisu?

Heboh baru-baru ini apabila Karpal Singh yang juga Pengerusi DAP menyalahkan Anwar Ibrahim kerana membawa budaya melompat parti yang akhirnya menyaksikan Perak terlepas dari genggaman PR (sebenarnya DAP). Huh... Anwar ditempelak oleh Karpal?

Apa yang menghairankan, sehingga hari ini Anwar bersikap membisu dan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan untuk menafikan tuduhan yang dibuat oleh Karpal. Kenapa? Apakah kerana tuduhan Karpal itu bukannya tuduhan liar tetapi suatu kenyataan yang berfakta, atau kerana Anwar takutkan Karpal?

Harus diingat bahawa Karpal adalah seorang peguam tersohor dan keupayaannya di mahkamah tidak boleh dipersoalkan. Dan ketika Anwar berhadapan dengan kes mahkamah 10 tahun lalu, Karpal juga adalah salah seorang peguam yang membantunya. Dan sebagai peguam sudah semestinya Karpal tahu apa yang telah dilakukan oleh Anwar, baik dalam soal peribadi sehinggalah dalam parti. Pendek kata rahsia Anwar semenangnya berada dalam genggaman Karpal Singh!

Cuma Karpal cukup licik dan dia menggunakan kelemahan pada Anwar untuk memperkudakan Anwar bagi tujuan politik DAP. Karpal juga tahu di mana kekuatan Anwar dan ia digunakan sebaik mungkin. Tetapi apabila Anwar telah menyebabkan DAP kehilangan negeri Perak, maka Karpal seolah2 hilang sabar dengan kerenah Anwar.

Kita semua tahu hasil PRU-12 menyaksikan DAP berkuasa di Perak walaupun MB-nya adalah Nizar Jamaluddin. Tetapi semua tahu siapa disebalik Nizar yang menjadi tok dalang yang menggerakkan Nizar dalam pentadbiran negeri itu.

Dan apabila negeri itu jatuh ke tangan BN angkara permainan politik Anwar yang nampak cerdik tapi bengap itu menyebabkan DAP kehilangan sebuah negeri. Bayangkan jika Anwar tidak menarik Nasaruddin masuk PKR sudah pasti Tajol Rosli tidak melepaskan jawatan sebagai pengerusi perhubungan UMNO dan mungkin tiga ADUN PR itu tidak keluar dari parti. Ya, Anwarlah puncanya dan semua pemimpin DAP lain baik Kit Siang mahupun Guan Eng tahu tetapi tidak berani untuk membuat tuduhan, bimbang kalau2 Pulau Pinang pula yang jatuh.

Jadi siapa yang tidak melenting dengan hal ini. Sebab itulah andai Karpal begitu marahkan Anwar sehingga mahukan supaya pemimpin de facto PKR itu bertaubat, sudah pastilah Karpal tahu siapa Anwar. Dan kemarahan serta keberanian Karpal kerana dia menyimpan senjata pemusnah Anwar dan dia tahu Anwar tidak akan berani mengapa2kannya.

Dan sehingga kini hampir seminggu "tuduhan" Karpal terhadap Anwar dibuat tiada sebarang kenyataan balas dibuat oleh Anwar. Bayangkan jika yang mengkritik beliau itu orang lain, sudah pasti Anwar akan menggunakan lidahnya untuk menafikan segala tuduhan itu. Tetapi dengan Karpal Anwar tidak mampu berbuat apa2. Ini kerana segala rahsia Anwar berada di tangan Karpal.

Ini bukan sekali Anwar bersikap membisu dengan kritikan Karpal terhadapnya. Sebelum ini Anwar juga mengambil langkah serupa apabila Karpal meminta Anwar membuat ketetapan berhubung isu hudud. Sebabnya? Anwar tidak mahu mencari pasal dengan Karpal kerana jika silap langkah segala rahsia mengenainya akan terbongkar dan habislah "kesuciannya" di mata rakyat.

Itulah yang dibimbangkan Anwar. Jadi selagi dia berdiam diri maka isu tersebut akan lenyap di angin lalu dan kemudian Karpal juga lupa apa yang diucapkan. Maka tersimpanlah rahsia tersebut dan berjayalah Anwar terus meyakinkan pengikut2nya dan pak2 turut dari Pas.

Jadi, aku harap Karpal teruskan usaha mendedahkan "kelemahan" Anwar satu persatu agar semua rakyat baik penyokong DAP, PKR dan Pas serta mereka yang simpati dengan Anwar sedar diri dan tahu siapa lelaki ini sebenarnya. Benarlah kata Karpal, sudah tiba masanya Anwar bertaubat!

Teruskan usahamu wahai Karpal. (Kali ini) aku menyokong tindakan kamu....

13 February 2009

Pemilihan UMNO ditangguh lagi?

Suruhanjaya Pilihan Raya telah menetapkan pilihan raya kecil dua bukit iaitu Bukit Gantang dan Bukit Selambau diadakan serentak 7 April manakala penamaan calon pada 29 Mac. Ya, 29 Mac iaitu sehari selepas berakhirnya pemilihan UMNO yang dijadualkan 24 hingga 28 Mac ini. Bermakna penamaan calon dibuat sehari selepas Najib menjadi Presiden UMNO.

Persoalan, mampukah UMNO selaku parti dominen dalam BN dapat mengatur gerak bagi memastikan PRK kedua2 kawasan itu berjalan lancar sedangkan sebahagian besar pemimpin UMNO berhimpun di PWTC Kuala Lumpur? Tentu sekali sukar.

Justeru tidak mustahil Presiden parti yang masih sah Pak Lah Badawi akan membuat keputusan untuk menangguhkan lagi pemilihan agung UMNO pada satu tarikh selepas PRK kedua-dua bukit tersebut. Sebabnya lagi ditangguh maknanya talian hayat bagi Pak Lah tentunya masih ada, walaupun tidak lama.

Dan sudah pastilah bersorak girang para penurut perintah dan mereka yang mengambil peluang dari kelemahan Pak Lah untuk meraih keuntungan perjuangan peribadi mereka. Tidak kiralah mereka itu saudara-mara terdekat Pak Lah mahupun mereka yang selama ini mengaku orang Pak Lah dan orang KJ. Ya, jika ini keputusan dibuat.

Sudah pastilah jika ini berlaku bermakna cadangan Pak Lah yang khabarnya akan melepaskan jawatan sebagai PM pada 31 Mac dan 1 April pula Najib mengangkat sumpah sebagai PM (walaupun kenyataan ini aku anggap April Fool!) tidak akan menjadi kenyataan.

Alasan yang mungkin diberikan supaya pemilihan UMNO ditangguh agar semua pemimpin UMNO dapat memberi lebih tumpuan terhadap kedua2 pilihan raya kecil itu yang sudah pasti menjadi "nadi survivor" UMNO/BN menjelang PRU-13 nanti.

Apakah pemilihan UMNO akan ditunda atau tidak bergantung kepada Presiden parti yang masih sah iaitu Pak Lah, walaupun perkara ini mungkin tidak pernah terlintas di fikiran para ahli MT memandangkan semuanya sudah ghairah untuk bertanding merebut jawatan masing-masing. Siapa tahu kalau2 ada suara garau dan halus yang menasihatkan Pak Lah supaya tangguhkan perhimpunan agung UMNO, sekurang2nya selepas meluluskan pembinaan LCCT di Labu.

Mungkinkah? Wallahua'lam...!

PRK Bukit Gantang, Bukit Selambau 7 April

TERKINI!

Pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau akan diadakan serentak pada 7 April.

Demikian diumumkan oleh Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof sebentar tadi.

Hari penamaan calon pula akan diadakan pada 29 Mac.

ULASAN MESIN TAIP BURUK:

1. SPR mengambil masa terlalu lama untuk mengadakan pilihan raya di Bukit Segantang dan Bukit Selambau. Bermakna masih ada masa kira-kira 45 hari. Ini membuka peluang kepada pembangkang berkempen lebih lama berbanding BN. Sebabnya pembangkang diketuai Anwar sudah mula mengadakan ceramah bergerak di seluruh Perak dan Kedah sejak tumbangnya Perak di tangan BN. Sedangkan BN khususnya UMNO masih duduk berkira2 peruntukan, menubuhkan jawatankuasa dan melobi untuk kerja2 cetak poster, bendera dan t-shirt.

2. BN akan merasakan lebih kesannya sebab ia diadakan selepas pemilihan agung UMNO. Maknanya ketika puak2 pembangkang mengadakan kempen untuk PRK, puak2 UMNO pula "berkempen" untuk pemihan UMNO.

3. Pemilihan UMNO bakal mewujudkan perpecahan apabila ada yang kalah dan ada yang menang dalam pertandingan merebut jawatan. Dan tidak mustahil ada di kalangan mereka yang kalah memboikot kedua2 PRK itu.

4. PRK berkenaan akan menguji kepimpinan baru UMNO - Najib. Sebabnya mulai tarikh tersebut (28 Mac), UMNO akan dipimpin oleh Najib selaku Presiden baru mengambil alih dari Pak Lah. Dan PRK ini juga akan memberi peluang kepada Timbalan Presiden (Muhyiddin? Ali Rustam? Muhd. Taib???) untuk menerajui jentera pilihan raya di kedua2 kawasan.

5. PRK Bukit Gantang & Bukit Selambau medan ujian untuk melihat sejauh mana penerimaan rakyat terhadap kepimpinan baru UMNO. Ia juga menjadi penanda aras bagi BN untuk menghadapi PRK-13.

11 February 2009

Tiba masa Pas keluar Pakatan

Semalam aku bertemu kawan lama aku masa kami sama-sama bersekolah di sebuah negeri di Pantai Timur dulu. Lama dah. Dia memang penyokong fanatik Pas sejak di bangku sekolah lagi. Malah aku percaya sehingga kini pun dia masih aktif menyokong parti Islam itu. Itupun aku lihat dari gaya pakaian dan janggut panjang yang melekat didagunya.

Lama kami berbual mulai dari cerita-cerita zaman sekolah dahulu sehinggalah perihal keluarga dan kerjaya masing-masing. Seronok kami berbual maklum sudah lama benar tak berjumpa. Dah lebih 20 tahun. Tentu sekali banyak modal nak dibicarakan.

Entah macam mana dalam rancak kami berbual timbul pula isu politik. Aku sebenarnya cuba mengelak dari mengajak bercakap soal politik dengan kawan aku itu sebab fahaman politik kami berbeza. Bimbang pula timbul soal-soal pertentangan idea dan pemikiran.

"Dah tiba masanya Pas keluar Pakatan Rakyat. Selagi Pas bersama DAP & PKR selagi itu Pas bergelumang dengan dosa dan mencemar imej Islam." Tiba-tiba dia mengeluarkan pendapatnya itu tanpa disuruh. Aku bertanya kenapa dia berkata begitu?

"Yalah. Pas adalah parti berteraskan Islam, berimej Islam. Pas tidak sepatutnya bersama-sama DAP & PKR yang penuh dengan kekotoran dalam politik. Pas perlu berdiri sendiri sebagai sebuah parti," kata kawan aku itu.

"Tetapi Pas perlu bergabung dengan DAP & PKR untuk membentuk kerajaan," aku cuba memberi pandangan.

"Ah.. buat apa? Pakatan Rakyat takkan mungkin mennguasai kerajaan Malaysia. Cukuplah Pas perintah Kedah dan Kelantan. Pas boleh berkuasa di Kedah dan Kelantan tanpa perlu bergantung kepada DAP & PKR," katanya tegas.

Lalu aku mencongak jumlah kerusi yang dimenangi Pas di Kedah dan Kelantan berbanding dua lagi sekutunya dalam Pakatan Rakyat. Ya, cukup untuk membentuk kerajaan negeri. Jadi buat apa perlunya kerusi DAP & PKR.

Kawan aku menambah bahawa Anwar Ibrahim boleh menghancurkan Pakatan Rakyat dan Pas sendiri. Pas yang selama ini dianggap suci kerana membawa perjuangan Islam kini sudah tercemar. Dicemar oleh Anwar Ibrahim. Kenapa perlunya Anwar sedangkan Pas sudah ada pemimpin berwibawa seperti Haji Hadi?

Aku mendiamkan diri. Sengaja membiarkan kawan lama aku itu melontarkan pandangannya. Bukan senang hendak melihat bercakap soal politik sedemikian. Dulu masa kami sama-sama di Tingkatan Enam, kami pernah bertikam lidah soal fahaman politik kami yang berbeza ini. Tetapi kami tetap berkawan baik.

"Kau kata macam ni sebab apa yang berlaku di Perak ke?" aku cuba mengajaknya berbual lebih jauh.

"Di Perak dan di seluruh negara. Aku lihat perjuangan Pas kini semakin tidak terarah dan dicemari dengan perkara yang tidak sepatutnya berlaku. Contohnya demonstrasi di Kuala Kangsar tu sebahagian besarnya adalah orang Pas sedangkan bukan amalan kami turun ke jalan-jalan berdemonstrasi. Itu amalan orang PKR, amalan Anwar."

Tegas benar kata2 kawan aku itu. Teringat ketika kami bertekak (berbahas) perihal anak2 orang Pas terima biasiswa kerajaan BN sedangkan mereka menentangnya dulu. Alasannya pada masa itu mereka juga membayar cukai walaupun aku tahu kawan aku itu tak pernah pun bayar cukai. Motornya pun tak ada cukai jalan.

"Wah, kau nih masih lagi fanatik dengan Pas-lah ni? Macam dulu-dulu. Aku ingat kau patut jadi wakil rakyatlah," aku cuba perli kawan aku. "Hemm... masih tapi aku dah semakin tawar dengan perjuangan Pas sejak Pas masuk Pakatan Rakyat. Pas kini semakin tercemar. Aku bimbang Pas juga akan kotor seperti UMNO, DAP & PKR... dan lain2 parti politik yang ada," katanya.

Melihat wajahnya yang redup dan penuh kekecewaan aku mengajaknya berbual soal2 lain yang tiada kaitan dengan politik. Perihal kawan2 lama kami semasa sama-sama di asrama dahulu. Sesekali kali berhilai ketawa mengenang saat2 itu.

Namun jauh dilubuk hati aku tertanya2 berapa ramai lagi mereka yang menyokong perjuangan Pas memikirkan soal2 sepertimana kawan aku fikirkan. Entahlah... mungkin masih ramai yang tidak sedar & alpa.

09 February 2009

Dua bukit bakal jadi rebutan!

Wah hari ini berlaku sejarah di Malaysia apabila dua kerusi kosong sehingga memerlukan pilihan raya kecil diadakan. Yang menariknya kedua-duanya adalah kerusi atas bukit. Satu Bukit Gantang dan satu lagi Bukit Selambau. Jangan tanya aku bukit mana lebih tinggi, Bukit Gantang kah atau Bukit Selambau.

Apa yang pasti Bukit Segantang di Perak dan Bukit Selambau pula di Kedah. Perbezaannya, Bukit Segantang libatkan kerusi Parlimen, Bukit Selambau pula ADUN. Kedua2 kawasan ini dikuasai oleh pembangkang. Bukit Gantang milik Pas, Bukit Selambau PKR. Ada lagi...

Bukit Gantang kosong sebab ahli Parlimennya Roslan Shaharum meninggal dunia hari ini. Ada yang kaitkan ia daulat tuanku Sultan Perak sebab orang Pas derhaka kepada tuanku. Mungkin juga berkat doa orang2 Pas Perak yang hendak sangat pilihan raya selepas Nizar dipecat jadi MB Perak dan negeri jatuh di tangan BN. Maka Roslan seolah2 menjadi korban. Tapi aku tak berani nak iyakan sebab jodoh pertemuan, hidup dan mati di tangan Allah.

Bukit Selambau pulak kosong sebab ADUN-nya V. Arumugam letak jawatan hari ini. Katanya sebab takut disumpah Sultan Kedah selepas orang kampung sudah hantar memo kepada istana perihal beliau yang juga Exco ini ada "main" dengan isteri orang sampai berani bawa ke majlis2 rasmi. Sedangkan isteri yang sah ditinggalkan di rumah.

Sementara itu Bukit Gantang tidak dikecoh2kan sebagai konspirasi Najib nak ambil alih kerajaan Perak sebab wakilnya pun meninggal dunia bukannya meninggalkan parti. Tapi di Bukit Selambau akan menjadi modal puak2 pembangkang konon BN yang desak, tekan dan ugut Arumugam letak jawatan sebab nak ambil alih kerajaan Kedah dari PR (Pas).

Ada lagi?

Banyak lagi persamaan dan perbezaan antara kedua2 bukit ini tapi kalau aku sebutkan semuanya tak selesai2lah berceritanya. Yang pasti kedua-dua bukit ini bakal menjadi gelanggang pilihan raya kecil dalam tempoh 60 hari.

Wah, nampaknya dalam keadaan kegawatan ekonomi sekarang masing2 parti terpaksa mengeluarkan perbelanjaan besar untuk menghadapi kedua-dua pilihan raya ini.

FAKTA PRU-12

N25 BUKIT SELAMBAU
Jumlah Pengundi: 34,977
Peratusan Kaum: M:50.20% C:19.25% I:29.53% L:1.02%

1. V. Arumugam (Bebas) ........... (13,225)
2. S. Krishnan (BN) .............................. (10,863)
Majoriti: 2,362
Jumlah undi: 26,450
Peratus mengundi: 75.62%
Undi rosak: 2,362
Penyandang: Datuk V. Saravanan (BN)
(Majoriti: 7,695 undi)
* Catatan: Arumugam kemudian masuk PKR dan dilantik sebagai Exco!

Bukit Gantang bakal milik BN jika...

Pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang bakal diadakan dalam tempoh 60 hari selepas penyandangnya Roslan Shaharum dari Pas meninggal dunia hari ini. Walaupun masih terlalu awal, namun ramalan aku peluang BN untuk merampas kerusi itu adalah amat cerah.

Antara kelebihan yang dimiliki oleh BN untuk memenangi PRK Bukit Gantang ialah:

1. Peralihan kuasa kerajaan negeri akan memperkukuhkan lagi BN/UMNO Perak.

2. Salah satu DUN di bawah Parlimen Bukit Gantang ialah DUN Changkat Jering di mana wakilnya Mohd. Osman Jailu yang menang atas tiket PKR kini sudah berpaling tadah dan menjadi ADUN Bebas dan menyokong BN.

3. Pada PRK-12 lepas, kemenangan Pas di Bukit Gantang adalah tipis iaitu 1,566 undi.

4. Ada tiga DUN bawah Bukit Gantang iaitu Kuala Sepetang, Changkat Jering dan Trong di mana pada PRU-12 lepas Kuala Sepetang dimenangi wakil PKR dengan majoriti 564 undi, Changkat Jering (dulu PKR kini Bebas yang sokong BN) dan Trong milik BN.

5. Penderhakaan Mohamad Nizar dan pemimpin PR kepada Sultan Perak akan membuatkan pengundi yang tidak sanggup melihat Sultan mereka diderhakai akan menyokong BN

6. Krisis kepimpinan dalam Pakatan Rakyat.

Bagaimanapun, satu kesilapan yang dibuat oleh BN mungkin akan menipiskan peluang untuk memenangi kerusi Bukit Gantang, iaitu pemilihan calon.

Oleh itu BN perlu belajar dari pengalaman di PRU-12, Permatang Pauh dan lebih2 lagi PRK Kuala Terengganu sebab jika masih mengekalkan calon sama pada PRU-12 lepas, maka harapan BN agak sukar tetapi jika memilih calon berdasarkan kehendak akar umbi, peluang adalah cerah.

Jadi, aku harap Pak Lah, Najib dan Dr. Zambry kena duduk sama-sama berbincang dan memilih calon sesuai yang dekat di hati rakyat bukannya dekat di hati Pak Lah. Ingat jangan sampai tragedi Kuala Terengganu berulang!

Sah! Pilihan raya di Perak

Ya, hasrat PR nak adakan pilihan raya di Perak bakal menjadi kenyataan. Tetapi bukan untuk memastikan siapa yang berhak memerintah negeri itu tetapi untuk mencari ahli Parlimen baru bagi kawasan Bukit Gantang.

Sebabnya ahli Parlimen itu dari Pas, Roslan Shaharum meninggal dunia hari ini.

Wah, nampaknya impian Nizar, Anwar dan puak2 PR negeri itu yang beriya2 nak adakan pilihan raya di negeri itu dimakbulkan.

Andai yang meninggal ni ADUN, barulah lebih seru sebab bakal menentukan kedudukan kerajaan di Perak! Inilah bahayanya kalau memerintah dengan majoriti mudah. Mudah tumbang...

Karpal cabar Anwar? Konspirasi...

Aduh... Aku miss story dari Penang yang menyatakan Karpal Singh dah hilang keyakinan terhadap Anwar Ibrahim untuk menerajui PKR. Wah, betulkah khabar ini atau hanya propaganda media pro kerajaan nak lagakan Karpal & Anwar? Apakah ini satu lagi konspirasi Najib?

Tapi apa yang Karpal kata tu memang betul pun. Anwar bukan saja tak layak memimpin PKR malah tak layak jadi rakyat Malaysia pun. UMNO dah lama tau siapa Anwar sebab itulah Tun Mahathir awal2 pecat dia sebelum dia bawa wabak yang boleh menjahanamkan parti dan negara.

Awal2 dia kena tendang dari kerajaan & UMNO dulu ramai orang cerdik pandai yang percaya dengan omongan kosongnya termasuk Chandara Muzaffar, Marina Yusof dan ramai lagilah. Tapi akhirnya mereka sedar siapa Anwar. Sebab itulah satu persatu mereka keluar dari PKR & tidak lagi bersekongkol dengan Anwar.

Tapi puak2 lain terutama Pas memang tidak sedarpun mereka dipergunakan oleh Anwar dan DAP pula mempergunakan Anwar & PKR. Buktinya puak2 penyokong Pas berduyun2 turun Kuala Kangsar Jumaat lepas konon nak halang pelantikan MB Perak dari BN. Tapi batang hidung Anwar dan pemimpin PKR negeri tak nampak. Begitu juga puak2 bukan Melayu yang konon selama ini menyokong PR. Mana pergi Ngeh & Nga??

Dan hari ini Karpal memberikan kenyataan bahawa Anwar tidak layak memimpin PKR. Apakah kerana Karpal sudah sedar siapa Anwar atau dia sedar bahawa Anwar tidak akan membantu DAP mencapai wawasannya untuk membentuk "Malaysian Malaysia" atau kerana sedar Anwar bakal merosakkan PR dan menamatkan harapan PR (DAP) nak kuasai Malaysia pada PRU-13?

Itulah kau Karpal. Aku sangkat ko lawyer hebat cerdik, rupanya bodoh jugak. Dengan Anwar pun kau kena tipu... Keh keh keh. Eloklah korang berdua berkelahi...!!

08 February 2009

Dasar MB haram...

MB Perak "haram", Nizar Jamaluddin masih lagi gila kuasa. Dah dipecat sebagai MB oleh Sultan Perak masih lagi nak buat mesyuarat Exco. Ya, mesyuarat Exco haram di kediamannya. Yang datang cuma 7 orang yang sebahagian besarnya puak2 DAP.

Mereka meluluskan empat perkara dalam mesyuarat Exco itu dan salah satunya ialah memberikan tempoh pajakan tanah perindustrian yang sebelum ini antara 30 hingga 60 tahun dilanjutkan sehingga 99 tahun.

Apa??? Beri tanah lagi? Sudahlah masa jadi MB halal dulu diluluskan pemberian pajak tanah kepada kampung baru yang penduduknya hampir 100 peratus bukan Melayu selama 999 tahun, ini sudah jadi MB haram nak bantu puak itu lagi ke? Tidakkah tanah perindustrian sebahagian besarnya milik bukan Melayu?

Inilah dasar MB boneka, sudah diiktiraf haram masih lagi tak sedar diri dibonekakan oleh Ngeh dan Nga yang kini duk menganga. Dah luluskan semua tu siapa nak taip, siapa nak sign & siapa nak edarkan?

Lu fikirlah sendiri, yeop!

Najib beri amaran awal....

Peralihan kuasa pemerintahan di Perak dari pihak PR kepada BN memberi banyak petanda sebetulnya kepada kedua-dua belah pihak. Bagi puak2 PR ini merupakan satu pengajaran berguna supaya berhati2 dengan tindakan, terutama kepada pemimpin de factonya. Ibarat bidalan orang tua2 "tepuk air di dulang terpercik ke muka sendiri".

Awal2 lagi banyak yang membayangkan pemerintahan PR selepas mencapai kemenangan pada PRU-12 tahun lalu adalah tidak stabil kerana PR memerintah dengan majoriti mudah, itupun gabungan longgar tiga parti PKR, Pas dan DAP. Nah, sepatutnya MB adalah dari DAP kerana mereka majoritinya lebih besar bebanding PKR dan Pas namun atas undang2 batang tubuh negeri Perak maka seorang Melayu beragama Islam sahaja layak menjadi MB. Maka Nizar Jamaluddin yang dipilih. (Kenapa Nizar, tidak wakil rakyat Melayu dari PKR?)

Pun begitu majoriti mudah juga diterima oleh BN di peringkat pusat apabila BN dipisahkan hanya 31 majoriti berbanding kerusi yang dimenangi oleh pihak pembangkang. Dan peluang itu digunakan oleh Anwar untuk menarik sekurang2nya 31 ahli Parlimen BN melompat ke pembangkang bagi membolehkan PR membentuk kerajaan persekutuan (konon) 16 September. Malahan Anwart juga berusaha untuk mengadakan undi tidak percaya terhadap PM. Nyata usaha Anwar gagal.

Dan taktik lompat parti yang dimulakan oleh Anwar di peringkat Pusat sebaliknya berlaku di Perak selepas 11 bulan PR memerintah yang akhirnya menyaksikan senjata yang digunakan oleh mereka makan tuan dan akhirnya BN dapat membentuk kerajaan tanpa disangka-sangka. Malahan perumpamaan yang lebih baik kepada Anwar ialah ibarat "ayam terlepas tangan bau tahi".

Namun suka aku ingatkan bahawa keadaan di Perak tidak akan berakhir seperti hari ini andai Tajol Rosli tidak meletakkan jawatannya sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO negeri. Pergolakan dalam UMNO Perak bermula apabila Datuk Nasaruddin (Bota) melompat masuk PKR yang menyebabkan timbul polemik sehingga mendorong Tajol melepas jawatan itu.

Susulan itu, maka Najib telah dilantik untuk menerajui UMNO negeri itu manakala Zahid Hamidi sebagai timbalannya. Dan dalam tempoh beberapa hari selepas itu senario politik di Perak tiba-tiba berubah. Bukan sahaja dua ADUN PKR dan satu DAP keluar dari parti masing-masing malah Nasaruddin yang telah melompat ke PKR dan telah dicanang oleh Anwar sebagai tindakan terpuji tiba-tiba kembali ke pangkuan UMNO (yang kemudian dinista oleh Anwar).

Apa yang berlaku selepas Najib mengambil alih jawatan dari Tajol sehingga berlaku senario sedemikian? Sebenarnya ramai yang tidak mengetahuinya malah tidak pernah membayangkan bahawa ia berlaku beberapa hari selepas itu.

Tetapi inilah kekuatan yang ada pada Najib, magis Najib yang ditakuti oleh Anwar dan puak2 pembangkang. Oleh sebab itulah dari awal lagi sejak Najib dinamakan sebagai pengganti Pak Lah, Anwar menggunakan pelbagai cara untuk menjatuhkan reputasi Najib mulai dari isu Altantunya hinggalah kepada isu "pembelian" wakil rakyat pembangkang. Ini kerana Anwar yang pernah bergelumang dalam UMNO dan pernah duduk semeja dengan Najib tahu benar kekuatan anak Tun Razak itu.

Sebab itulah apa sahaja senario politik yang menggugat pembangkang dikaitkan dengan Najib. Malah dalam ceramah2 Anwar nama "Najib" tidak lekang dari bibirnya. Ada sahaja point yang digunakan bekas TPM yang dipecat itu untuk memburukkan nama Najib. Dan peralihan kuasa di Perak yang bertukar 360 darjah dalam tempoh sangat singkat membuktikan kebimbangan Anwar tentang kelebihan lelaki bernama Najib Razak.

Jadi mahu tidak mahu semua harus mengakui tentang kelibat Najib yang boleh menggugat pembangkang terutama pada PRU-13 nanti. Bayangkan dalam tempoh beberapa hari Najib boleh mengambil alih Perak, tidak mustahil dalam tempoh 3 tahun yang masih ada, negeri2 yang kini di bawah pembangkang boleh diambil alih semula oleh BN dengan magis yang ada pada Najib. Dan tidak mustahil hal apa yang berlaku di Perak boleh berlaku di Selangor dan siapa tahu Kedah juga!

Inilah amaran yang diberikan oleh Najib kepada Anwar, Kit Siang, Hadi Awang dan seluruh puak2 pembangkang terutama di Pulau Pinang, Kedah, Selangor dan mungkin juga Kelantan di samping negeri2 yang kini dikuasai oleh BN.

Mungkin gendang perang belum dipalu oleh Najib untuk merampas negeri2 itu pada PRU-13 nanti tetapi umpama kata pepatah, keris belum dicabut musuh lari bertempiaran. Begitulah hebatnya Najib.

Dan andainya Pak Lah menyerahkan kerusi Presiden UMNO kepada Najib Disember lalu seperti yang dirancang lebih awal, nescaya jangka hayat PR memerintah di Perak lebih singkat. Jadi aku harap amaran yang diberikan Najib ini juga memberi kesedaran kepada Pak Lah betapa pentingnya penyerahanan kuasanya kepada Najib sama ada sebagai Presiden parti mahupun PM.

Kalau perjuangan Tun Dr. Mahathir belum selesai maka aku boleh katakan perjuangan Najib belumpun bermula, tapi satu kejayaan besar sudah dicapai. Perjuangan Pak Lah pula? He... he... Pak Lah tak pernah berjuang!

07 February 2009

Andai keputusan mahkamah berpihak pada BN!

Aku malas nak update blog aku semalam sebab tak guna nak menulis panjang lebar kat sini. Puak2 yang taksub dengan Anwar & PR bukannya nak faham atau dengar cakap kita. Balik2 BN dan sultan disalahkan. Jadi lebih baik aku diam.

Cuma hari ini aku tertarik dengan kenyataan Nizar yang masih lagi mengaku MB Perak walhal dah kena talak tiga. Tengoklah laporan ni (jangan pula puak2 PR kata ini laporan media BN nak burukkan Nizar):

IPOH 7 Feb. - Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, yang masih menganggap menjawat jawatan Menteri Besar, berkata barisan exco Pakatan Rakyat akan meneruskan tugas seperti biasa sehingga Mahkamah Tinggi memutuskan kedudukan kerajaan negeri itu.

Mohammad Nizar yang mempengerusikan mesyuarat khas exco di kediaman rasmi Menteri Besar Perak berkata Pakatan Rakyat menyerahkan kepada mahkamah untuk menentukan sama ada kerajaan negeri yang ada sekarang sah atau sebaliknya.

“Jadi kita serah sebulat-bulatnya kepada mahkamah untuk menentukan. Kalau mereka teruskan (angkat sumpah exco kerajaan negeri Barisan Nasional) sebelum mahkamah bersidang, maknanya kita akan ada dua menteri besar dan dua kerajaan.

Belum pernah ada dalam dunia begini,” katanya kepada pemberita di kediaman rasmi Menteri Besar Perak di sini hari ini. - Bernama 7 Feb 2009

Soalan :

Apakah tindakan Nizar & para exco PR andai keputusan mahkamah menolak bantahan PR dan mengesahkan kerajaan BN di Perak? Apakah Nizar akan berundur & bubarkan Exconya?

Jawapan yang pasti:

1. Nizar dan puak2 PR akan kata mahkamah berat sebelah, tak demokratik dan tidak mendengar suara rakyat.

2. Nizar dan puak2 PR akan tuduh hakim yang dilantik korup

3. Nizar akan fail rayuan

Alamatnya tak selesai-selesai masalah di Perak. Alah bukan tak tahu Nizar, Anwar dan puak2 PR...

Tapi yang pelik demonstrasi kat Kuala Kangsar semalam sebahagian besar orang Melayu, ada juga orang Indon tapi tak nampak pulak puak2 dapat geran tanah 999 tahun? Apakah mereka sedang bertepuk tangan melihat orang2 Melayu menderhaka kepada sultannya?


05 February 2009

Giliran Nizar, Anwar & Ngeh-Nga menangis...

SAH! Dr. Zambry Kadir dilantik dan diperkenankan oleh Sultan Perak untuk menjadi MB yang baru di bawah pentadbiran BN. Ahaks... nampaknya kali ini giliran puak2 PR pulak yang menangis selepas mereka berjaya menitiskan air mata Tajol Rosli selepas PRU-12 lalu.

UTUSAN ONLINE 5 FEB 2009
SUBANG 5 Feb. – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pangkor, Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir diumumkan Menteri Besar Perak yang baru dan akan mengangkat sumpah jawatan di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar, 3.30 petang esok.

Barisan Exco kerajaan negeri Barisan Nasional (BN) pula akan mengangkat sumpah di istana yang sama pada 10 Februari ini.

Pengumuman mengenainya dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di Pangkalan TUDM di sini malam ini sekembalinya dari menghadap Sultan Perak di Istana Kinta, Ipoh. - Utusan Online 5 Feb 2009 (8/04 PM)

Walaupun ada yang mengatakan BN memalukan, tak bermoral dan tak terhormat merampas negeri Perak tetapi itulah petua Anwar Ibrahim ketika cuba nak merampas kerajaan Malaysia yang kononnya pada 16 September lalu. Kalau tak, takkanlah Tian Chua sampai ke Taiwan nak kejar ahli2 Parlimen BN di sana. Nasib baiklah gagal. Kalau berjaya tentulah dengan cara yang sama berlaku di Perak. Ahaks... nampaknya senjata makan tuan.

BN patut berterima kasih kepada Anwar sebab memberikan idea untuk mengambil alih Perak tetapi sudah pastilah bukan dengan menawarkan wang ringgit dan menjanjikan bulan bintang sepertimana Anwar tawarkan kepada Datuk Nasaruddin sehingga dia pun teruja dan melompat ke PKR sebelum rujuk balik kepada UMNO. Itupun selepas Tajol Rosli letak jawatan sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO negeri.

BN pun patut juga berterima kasih kepada Ku Li, Ibrahim Ali dan ramai lagi pemimpin dan pakar lompat parti di Malaysia ini. Sebelum ini semua lompatan ialah dari UMNO/BN ke parti pembangkang tetapi kali ini puak2 pembangkang pula melompat secara bebas dan ia cukup untuk menguntungkan BN.

Ini kerana hasil lompatan Nasaruddin, Jamaluddin, Mohd Osman dan Hee maka BN dapat kembali berkuasa di Perak selepas tewas tipis pada PRU-12 dulu sehingga menyebabkan Tajol Rosli berkurung dan menangis tak henti2 (tapi tidak pula berniat nak berhenti dari mengetuai UMNO).

Kepada puak2 PR janganlah duk kata BN ambil Perak secara tak bermoral dan menggesa diadakan pilihan raya sebab keputusan ini dibuat oleh Sultan Perak (yang begitu arif perihal undang2, bekas Ketua Hakim Negara) dan lagipun pemimpin de facto yang kalian agung2kan Anwar Ibrahim yang mengajar semua ini. Marahlah Anwar... sebab kalau dia tak tarik Nasaruddin masuk PKR tentu perkara ini (mungkin) tak berlaku.

Jangan fikir Najib main kotor dengan "membeli" ketiga2 ADUN tersebut sebab pemimpin de facto kalian jauh lebih kotor malah permainan politiknya sungguh menjijikkan bukan hari ini sahaja, malah sejak berada dalam UMNO lagi. Lagipun dia juga bapa segala tahi politik wang dalam UMNO dahulu yang bisanya masih terasa hari ini.

Kepada Nizar, tak usahlah menderhaka kepada sultan kelak nanti binasa badan. Ini adalah keputusan tuanku dan bukannya Najib. Takut nanti disumpah jadi katak (boleh melompat lagi) atau dibuang negeri.

Lebih baik duduk diam2 bermuhasabah diri...

Dr. Zamry MB Perak!!

Ramai yang bertanya aku perihal siapa yang bakal menjadi MB Perak jikan BN dapat bentuk kerajaan tanpa melalui pilihan raya di Perak. Ada yang menelefon, ber-SMS dan tak kurang bertanya melalui e-mel. Maklum, ramalan tepat aku tentang Pak Lah lepas kerusi Presiden UMNO menjadi modal kawan2 yang kenal dan yang tak kenal aku untuk aku meramal pula siapa menjadi MB Perak.

Wah, aku dah jadi macam nujum Pak Belalang pulak... mengalahkan Husin Lempoyang lah nampaknya. Maaflah Sin. Bukan aku mintak tapi diorang kasi. Aku terimalah! Macam Nizar jugak, dia tak minta jadi MB Perak tapi dah rezeki dia, terima jelah walaupun dia "tak tahu apa-apa".

Oleh kerana permintaan kawan2, maka aku tiliklah dalam cawan air Nescafe dan nampaklah wajah2 yang bakal jadi MB Perak BN. Dalam ramai2 tu paling jelas si Zahid Hamidi tetapi kerana dia ahli Parlimen dan bukan ADUN maka tak ada harapanlah. Walaupun hatinya turut sama berbunga terutama sejak jadi timbalan pengerusi perhubungan UMNO negeri di bawah Najib.

Maka nak tak nak aku goncang balik cawan berisi Nescafe aku tu. Aku nampaknya bayang2 orang yang paling terang untuk menggantikan anak patung Barbie ciptaan DAP itu. Maka terbayanglah wajah Dr. Zamry Kadir. Ya, walaupun wajahnya tidak begitu terang di dalam cawan Nescafe aku lantaran kulitnya yang sama gelap dengan air yang aku tilik tetapi dialah yang bakal menjadi MB.

Lepas tu mereka semua pakat tanya pula, sah ke tak sah?

Wah, susah aku nak jawab sebab sah tak sah ini macam akad nikah pulak. Nak tahu sah tak sah kenalah tunggu perkenan Sultan Perak dahulu sama ada nak buat pilihan raya negeri atau nak BN ganti terus kerajaan.

Tetapi menurut sumber aku di Putrajaya dan Ipoh, dialah calon favourite untuk menjadi MB. Lagipun dia khabarnya diterima baik di Perak terutama sejak BN menjadi pembangkang selama 11 bulan ini. Dan aku dapat tahu ketika di Tajol Rosli masih menangis, Dr. Zamrylah paling lantang menjadi suara UMNO di Perak.

Jadi, walaupun kulitnya gelap tetapi masa depannya untuk menjadi MB cerah.

04 February 2009

Drama Pasir Selak (Finale Episode)

Suasana di luar istana riuh rendah. Para memanda menteri, hulu balang dan si hidung belang berkumpul di balairong seri menanti titah pembesar negeri Pasir Selak. Di dalam bilik peraduan pembesar negeri itu, Tok Nizar kelihatan resah gelisah. Ke hulu ke hilir tiada tujuan. Mukanya berkerut seribu sambil sesekali memicit kepalanya. Lama dia berlegar2 sendirian lalu dia mencapai telefon lalu mendail satu nombor dan mula bercakap dengan seseorang.

Pembesar : Hello, Nuar... Nuar ke tu?

Penerima panggilan : Memanda Nuar? Kejap.. kejap. Siapa ni?

Pembesar : Aku, Tok Nizar dari Pasir Selak

Penerima panggilan : Oh sekejap saya panggilkan.

Pembesar Pasir Selak masih kelihatan gelisah menunggu telefon disambut Si Nuar.

Si Nuar : Ya, Tok Nizar apa hal?

Tok Nizar : Macam mana ni Nuar, keadaan di Pasir Selak sudah tak keruan. Si Jamal dan Si Seman dah cabut lari. Ah Hee pulak khabarnya dah nak cabut. Aku tak biasa hadapi menda2 macam ni.

Si Nuar : Sabar Nizar... sabar. Bagi aku masa fikirkan sekejap. Tapi aku nak tahu juga confirm ke mereka itu nak cabut lari? Bagaimana dengan surat aku janji yang aku suruh mereka semua sign dulu?

Tok Nizar : Confirm... Panglima perang Pasir Selak memaklumkan mereka sudah berpakat nak masuk BN. Macam mana ni? Kalau mereka bertiga masuk BN habislah kita. Pasir Selak jatuh ke tangan mereka.

Si Nuar : Sekejap-sekejap ada panggilan. Tunggu sekejap Tok...! (kedengaran suara Si Nuar di telefon satu lagi bercakap dengan seseorang. Tinggi nada suaranya...)

Si Nuar : Tok Nizar. Ini tak boleh jadi. Kita kena buat sesuatu dengan segera. Nampaknya segala strategi kita tak menjadi, tak lut. Lebih baik tok buat langkah drastik.

Tok Nizar : Apa dah jadi Nuar?

Si Nuar : Celaka Si Din. Semalam bukan main lagi kata nak join kumpulan kita. Aku dah bawak dia sampai Timur Tengah, alih-alih diorang bagi tahu Si Din nak rujuk balik dengan Ameno.

Tok Nizar : Aduh... Tak boleh jadik. Kalau si Din lari jugak alamat Pasir Selak kena serah kepada mereka. Malu kita Nuar ... malu! Tidakkah ada cara lain?

Si Nuar : Hanya ada satu cara untuk tutup kemaluan kita.

Tok Nizar : Bagaimana?

Si Nuar : Bubar saja kerajaan Pasir Selak. Biar adakan pilihan raya semula. Untung2 kita menang lagi.

Tok Nizar : Habis kalau kita menang aku boleh jadi Pembesar Pasir Selak lagi lah?

Si Nuar : Oh.. Itu tok jangan risau. Kerusi Pembesar Pasir Selak memang untuk tok.

Tok Nizar : Habis macam mana ni?

Si Nuar : Kau ni memang dungu la. Esok pagi-pagi pergi mengadap Sultan. Maklumkan bahawa kerajaan Pasir Selak perlu dibubarkan dan kita nak adakan pilihan raya semula. Biar rakyat tentukan siapa patut perintah Pasir Selak.

Tok Nizar : Baik Nuar... tapi ingat janji kau. Kalau menang kerusi Pembesar Pasir Salak aku punya. Jangan kasi orang lain.

Si Nuar : Janganlah tok risau. Kita boleh menang.

Tok Nizar : Terima kasih.

(Pembesar Nizar meletakkan ganggang telefon lalu merebahkan badan di katil sambil matanya memandang jauh ke lelangit rumah manakala tangannya diletakkan di dahi sehinggalah beliau terlena)

End/

Mari mengira waktu...

Bubar... tak bubar... bubar... tak bubar... bubar... arghhh...

Keadaan kerajaan Perak tidak menentu, DUN mungkin dibubarkan (14.03PM)

IPOH: Kedudukan kerajaan Perak dalam keadaan tidak menentu dengan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, dijangka mengadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah, untuk memohon perkenan bagi membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Satu sidang media yang sepatutnya diadakan pada jam 1 petang tadi ditangguhkan tanpa sebarang penjelasan. - Berita Harian
4 Feb. 2009

Mari belajar matematik: Teori Lompat

Anak-anak, pelajaran hari ini ialah mata pelajaran Matematik (tapi dalam bahasa Malaysia tau!)dan kita akan belajar mengenai Teori Lompat. Sila jawab soalan berikut:

Kedudukan kerusi DUN Perak selepas PRU-12:

BN = 28
DAP = 18
PKR = 7
Pas = 6
Bebas = 0
------------------------------------------------
Jum: BN = 28, PR = 31
------------------------------------------------

Selepas Nasarudin melompat:

BN = 27
DAP = 18
PKR = 8
Pas = 6
Bebas = 0
------------------------------------------------
Jum: BN = 27, PR = 32
------------------------------------------------


Selepas Jamaluddin & Mohd Osman keluar PKR & jadi wakil bebas:

BN = 27
DAP = 18
PKR = 6
Pas = 6
Bebas = 2
------------------------------------------------
Jum: BN = 27, PR = 29, Bebas = 2
------------------------------------------------

(*Pembetulan: BN = 27, PR = 30, Bebas = 2)

Jika Jamaluddin, Mohd Osman dan Yit Fong lompat masuk BN:

BN = 30
DAP = 17
PKR = 6
Pas = 6
Bebas = 0

------------------------------------------------
Jum: BN = 30, PR = 29
------------------------------------------------


Jawapannya:

A = Nizar bubar DUN Perak dan adakan pilihan raya semula
B = PRK di Behrang, Changkat Jering dan Jelapang
C = BN diisytihar memerintah Perak
D = Tiada satupun jawapan di atas

03 February 2009

PKR Perak bergolak kenapa Najib disorak?

Najib kini diserang habis-habisan oleh puak2 PKR dan menjadikannya sebagai kambing hitam ketika parti itu khususnya di Perak sedang bergolak ekoran kes dua budak nakal yang cuba cabut dari parti itu.

Nyata langkah Jamaluddin dan Mohd. Osman yang nak keluar parti PKR telah dijadikan senjata oleh puak2 PKR yang dimastermindkan oleh bapak pembelit negara Anwar Ibrahim. Antara usaha nak jatuhkan Najib:

1. Akuan bersumpah oleh Fauzi Muda konon Najib pernah offer RM50 juta untuk membeli ADUN pembangkang.
2. Kehilangan Jamaludin & Mohd Osman konon diculik oleh puak2 UMNO dikepalai oleh Najib.
3. Kenyataan akhbar oleh ADUN Selambau konon beliau diugut.
4. Penyebaran semula kenyataan yang pernah disiarkan oleh Malaysia Today konon Najib yang membunuh Zakaria Mat Derus
5. Blog2 yang memaparkan konon Najib kini semakin hilang kredibiliti
6. Dan lain-lain...

Kalau kita lihat semua tuduhan dibuat ke atas Najib adalah perlakuan yang pernah dilakukan oleh pemimpin de facto PKR sendiri, Anwar Ibrahim. Malah beliau cukup hebat dalam kerja2 membeli pemimpin.

Buktinya selepas PRU-12 lepas beliau beriya2 konon akan memerintah Malaysia pada 16 September dan menjadi PM dengan anggapan 30 Ahli Parlimen BN akan melompat parti. Ini dilakukan melalui kerja2 membeli ahli2 Parlimen terbabit melibatkan nilai ratusan ribu ringgit. Malah Tian Chua sendiri bersama rombongannya sanggup "mengejar dan menjejaki" ahli2 Parlimen BN sehingga ke Taiwan semata2 nak membeli mereka, tetapi gagal.

Kerja2 membeli orang ini juga pernah dilakukan Anwar ketika beliau mahu bertanding sebagai Timbalan Presiden UMNO dahulu.

Begitu juga dalam soal culik menculik ini. Anwar juga sememangnya cukup hebat. Kalau tidak masakan ada drill penculikan yang pernah dibuat beliau ketika masih berada dalam UMNO dahulu dan heronya adalah Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Perak sekarang.

Dalam soal membelitkan dan mengeluarkan kenyataan palsu juga tidak kurang hebat juga oleh Anwar. Oleh sebab itulah apabila beliau dipecat dari TPM dan kemudian didakwa di mahkamah kerana salah laku seks, beliau menggunakan pelbagai cara untuk memutarbelit kenyataan dan cuba membuat rakyat menjadi keliru. Apabila rakyat sudah keliru, maka mudahlah beliau menusuk jarum fitnah dan hasutan.

Jadi, semua langkah yang dibuat oleh PKR termasuk dalam mengaitkan Najib dengan kes Jamaludin dan Mohd Osman adalah amalan2 yang sering dilakukan oleh pemimpin mereka. Apakah UMNO dan Najib juga mengamalkan perlakuan sedemikian?

Untuk tuduhan Fauzi Muda itu telah dijawab oleh Zainal Abidin Zin hari ini. Tetapi aku yakin puak2 yang taksub dengan Anwar dan puak2 Pas tidak akan mempercayainya malah lebih berpegang kepada kenyataan Fauzi berbanding Zainal. Kenapa? Sebab otak mereka telah dicuci melalui permainan dan kata2 Anwar yang sememangnya ligat dalam bab2 sebegini. (Agaknya belajar dari George Bush & Netahanyu...)

Kini kerja2 berbohong dan membuat kenyataan berbaur fitnah semakin diterima oleh pemimpin Pas yang selama ini konon lebih Islam berbanding orang Islam lain termasuk Nizar. Sebab itulah apabila kenyataan bohong dan fitnah terhadap Najib dilemparkan oleh PKR, Nizar hanya mampu duduk tersengih tanpa boleh berbuat apa2.

Inilah pemimpin yang diinginkan oleh puak2 PR dan penyokongnya. Seorang pemimpin yang boleh dicucuk hidung oleh Ngeh-Nga dan puak2 PKR.

Dalam keadaan sekarang Najib lebih baik berdiam diri daripada melayani semua fitnah yang dilemparkan kepadanya yang dilakukan semata2 untuk melemahkan kedudukannya di mata rakyat Perak. Al maklum kini Najib menerajui UMNO Perak dan bakal menjadi PM tahun ini. Dengan cara melemahkan Najib sahajalah Perak dapat dipertahankan oleh PR melalui pemerintahan boneka Barbienya, Nizar.

Jika Jamaluddin dan Mohd. Osman masuk UMNO...

TERKINI [3/2/09 - 1.30PM]

PUTRAJAYA 3 Feb. – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memutuskan Jamaluddin Mohd. Radzi dan Kapten (B) Mohd. Osman Jailu kekal sebagai ahli Dewan Undangan Negeri Perak.

Sehubungan itu pilihan raya kecil bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Changkat Jering dan Behrang tidak perlu diadakan.

Menurut Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof, keputusan itu dibuat ekoran wujud keraguan terhadap surat peletakan jawatan yang dihantar kedua-dua ADUN tersebut kepada Speaker DUN Perak. - Utusan Online

POS TERDAHULU:

Heboh pasal dua ADUN PKR, Jamaludin dan Mohd Osman keluar dari parti itu masih belum berpenghujung malah kesahihannya juga masih belum menampakkan bayang. Yang ada cuma drama-drama ala telenovela Latin yang meleret-leret tidak berkesudahan.

Jika benarlah kedua2 ADUN ini keluar parti, apakah mereka dengan mudah diterima masuk menyertai UMNO/BN?

Banyak yang berpendapat itulah senarionya. Malah kebimbangan itu amat dirasai oleh Anwar dan puak2 PKR. Sebab itulah Anwar awal2 lagi sudah mengarahkan semua ADUN-nya menandatangani perjanjian taat setia sejurus PRU-12 tahun lalu.

Dan kebimbangan mereka tidak sampai di situ sahaja. Kini pelbagai usaha dilakukan oleh puak2 PKR dan PR di Perak untuk menutup kes dan drama yang berlaku itu. Ini termasuk membuat surat akuan bersumpah bahawa BN mahu membeli ADUN mereka dengan harga RM25 juta. Di Kedah pula, tiba2 muncul kenyataan akhbar menyatakan tentang "kezaliman" BN terhadap ADUN mereka. Semuanya berlaku dalam masa 24 jam ini. Licik...

Di sebalik kebimbangan tersebut, UMNO seolah2 menyambut kedua2 ADUN PKR untuk menyertai parti itu dengan tangan terbuka. Malah nada sambutan selamat datang itu disuarakan sendiri oleh Pak Lah (dengan nada girang) yang membuat pengesahan tentang tindakan Jamaludin dan Mohd. Osman keluar PKR, mendahului Anwar Ibrahim sendiri.

Persoalannya wajarkah kedua2 ADUN ini dibenarkan menyertai UMNO? Harus diingat bahawa kedua-duanya kini bakal didakwa di mahkamah atas kesalahan rasuah yang peluang untuk mereka terlepas amat tipis memandangkan pihak pendakwaraya mempunyai cukup bukti untuk menghukum kedua2nya.

Apakah mereka yang sedang tersepit dik perlakuan mereka itu sewajarnya boleh dimaafkan oleh UMNO dan sedia menerima mereka? Apakah tidak nantinya UMNO akan ditertawakan kerana menerima orang2 yang bakal dihukum ini ke dalam parti itu? Terdesakkah UMNO?

Nescaya hal ini akan dimainkan oleh puak2 PKR khususnya Anwar untuk memperlekehkan UMNO terutamanya Najib. Malah kini sudah ada kedengaran bahawa langkah Jamaludin dan Mohd Osman untuk melompat ke UMNO adalah semata2 membolehkan tuduhan rasuah ke atas mereka dapat dipadamkan dengan mengambil peluang daripada UMNO/BN yang kini "kelihatan" terhimpit oleh polemik politik di Perak selepas Nasarudin melompat ke PKR.

Sebab itulah aku membayangkan penyertaan Jamaludin dan Mohd Osman ke dalam UMNO mungkin boleh menjadi satu liabiliti kepada parti malah kehadiran mereka juga tidak akan membantu UMNO/BN di kedua2 kawasan tersebut, andai pilihan raya kecil diadakan di Changkat Jering dan Behrang. Ini kerana kedua2 ADUN ini tidak mempunyai pengaruh yang besar kepada pengundi dan kemenangan mereka pada PRU-12 dahulu bukan kerana kekuatan kedua2nya melainkan kerana "tsunami" politik yang notabenenya berpunca dari UMNO/BN sendiri.

Bukti jelas bahawa kemasukan puak2 PKR ke dalam UMNO tidak membawa sebarang perubahan kepada keyakinan rakyat kepada UMNO/BN. Keadaan ini dapat dilihat apabila Ezam Mohd. Noor yang selama ini dikatakan mempunyai pengaruh kuat di kalangan pemuda PKR, nyata tidak banyak membantu. Malah kemasukannya lebih menjadi liabiliti kepada UMNO. Hasilnya, pada PRK Permatang Pauh dan Kuala Terengganu, BN tetap menerima kekalahan manakala Ezam pula tidak banyak membantu mempengaruhi pengundi.

Apatah lagi jika surat aku janji mereka itu diterima oleh SPR dan pilihan raya kecil diadakan di Behrang dan Changkat Jering ini sudah pasti menutup peluang Jamaludin dan Mohd Osman untuk bertanding semula. Jadi, jika mereka menyertai UMNO apakah peranan mereka? Apakah sekadar untuk menarik para pengundi mereka mengundi calon BN? Itu belum tentu...

Oleh sebab itu, andai aku boleh memberikan nasihat kepada Najib dan para pemimpin UMNO/BN lain sebaiknya jangan masuk campur perihal rumah tangga orang lain. Biarkan PKR di Perak bergolak dan biarkan mereka mahu keluar atau masuk parti. UMNO hanya perlu memerhati (memandangkan sebelum inipun UMNO Perak juga mengalami perkara sama).

Dan andai kedua2 ADUN tersebut mahu menyertai UMNO sebaiknya difikirkan masak-masak atau tunggu sehingga selepas PRK di Behrang dan Changkat Jering. Itupun andai BN mahu mencuri kemenangan di kedua-dua DUN tersebut kerana aku percaya jika kemenangan mahu diperoleh di Behrang dan Changkat Jering, pilihlah calon yang diinginkan oleh rakyat dan bukannya kerana keakraban dengan pemimpin tertinggi parti. Belajarlah dari PRU-12 dan Kuala Terengganu.

02 February 2009

Awas... Blog hina Islam !!

Satu blog yang menggunakan dwi bahasa Melayu (untuk tajuk sahaja) dan Inggeris telah digunakan oleh pihak2 yang tidak bertanggungjawab untuk menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW melalui tulisan-tulisannya.

Aku percaya pihak yang mewujudkan blog ini sengaja untuk menyesatkan akidah umat Islam serta mahu membangkitkan kemarahan kepada umat Islam terutama di negara ini.

Blog yang menggunakan slogan "Betapa Indahnya Syurga Islam" itu turut mendakwa disertakan dengan ayat2 (konon) dari Al-Quran, Hadis dan sunnah. Kepada seluruh umat Islam dan mereka cintakan keamanan, marilah kita sama-sama melaknati mereka yang menghina Islam melalui laman blog http://syurga-islam.blogspot.com/ ini.

Allahu Akhbar!!

Tembelang PKR main kotor terbongkar

Isu peletakan jawatan Jamaludin dan Mohd. Osman bukan sahaja menonjolkan kegelabahan Mohd. Nizar menghadapi situasi tetapi juga membongkar tembelang Anwar dan PKR bermain kotor dengan para wakil rakyatnya.

Masakan tidak apabila kedua2nya membongkar bahawa mereka dipaksa menandatangi surat aku janji selepas memenangi PRU-12 lepas yang intinya mengelak mereka daripada melompat parti (BN) dan jika ia berlaku, maka gugurlah jawatannya sebagai ADUN. Mudahnya! makna kalau sesiapa dari PKR lompat parti maknanya mereka kena letak jawatan!

Wah, cukup licik permainan Anwar. Nampak sangat beliau takut wakil rakyatnya lari ke BN tetapi BEGITU BERANI memancing ADUN BN untuk melompak ke Pakatan Rakyat (PR). Inilah kelicikan pemimpin de facto PKR yang berkiblatkan Yahudi. Samalah dasar Anwar dengan "Setan"-yahu (Netanyahu), "Iblis" Livni atau Ehud "Berak". Kerja lain tak ada, asyik dah jatuhkan orang lain dengan cara kotor.

Dan nampaknya Anwar sudah mendahului UMNO yang baru bercadang2 nak buat undang2 lompat parti. Rupa2nya PKR dah buat dah di kalangan wakil rakyat mereka. Bijak-bijak. Yang peliknya mereka bukan main lagi menentang cadangan penggubalan undang2 ini. Rupanya mereka dah ada undang2 sendiri.

Begitulah dungunya puak2 PKR ini terpaksa tunduk dengan kehendak Anwar. Dia memaksa wakil2 rakyatnya setia kepada PKR sedangkan dia sendiri tidak pernah setia. Dia tidak setia kepada perjuangannya di universiti apabila masuk UMNO. Dia tidak setia dengan pempimpinnya apabila mencabar Presiden UMNO dahulu. Dia tidak setia dengan isteri apabila ada affair dengan lelaki lain. Dia tidak setia kepada negara apabila memburuk2 negara sendiri di mata dunia. Anwar ya Anwar yang tidak setia tetapi hauskan kekuasaan dan nafsu semata2.

Bagaimana dia boleh mengajar orang lain untuk setia sedangkan dia tidak pernah setia. Dia macam ketam yang cuba mengajar anaknya berjalan betul. Dan seperti biasa, dia akan mencari helah untuk menutup kelemahannya dengan memburuk-burukkan orang lain. Itulah manusia bernama Anwar... Uweekkk!!

BN ambil alih pemerintahan di Perak?

Panas... panas... panas... kecoh satu Malaya hari ini sehingga tengah malam ini perihal pergolakan politik di Perak siapa lagi kalau dipihak Pakatan Rakyat. Kekecohan di pihak UMNO nampaknya sudah reda selepas Tajol Rosli letak jawatan, sebaliknya di pihak PR pula yang bergolak sekarang.

Hari ini kecoh apabila Jamaludin dan Mohd. Osman dikatakan meletakkan jawatan sebab keluar dari PKR dan membolehkan pilihan raya kecil diadakan. Wah, bukan main seronok puak2 PKR termasuk Anwar apabila dua pembawa lumpur PKR itu letak jawatan. Bukan main cakap besar lagi Anwar...

Alih2 laporan media menyatakan kedua ADUN itu nafi letak jawatan tetapi kerana sebab dahulu pernah sign surat akuan taat setia sebab PKR takut diorang keluar parti dan masuk BN. Jadi pucuk pimpinan PKR Perak menggunakan surat akuan tanpa tarikh itu untuk mencantas Jamaluddin dan Mohd. Osman.

Dan yang terbaru, M-Star menyatakan ADUN Jelapang pun nak keluar DAP dan nak sertai MCA (BN). Wah... huru hara negeri Perak dan malam ini juga Mohd. Nizar buat meeting tergempar.

Dan kalau ketiga2 ADUN ini lompat ke BN alamatnya PR terpaksa menyerahkan tampok kekuasaan di Perak kepada BN. Sebab kalau benar tiga ADUN itu sertai BN bermakna BN akan mempunyai 30 kerusi manakala PR 29 (termasuk kerusi free yang diperoleh dari Nasaruddin).

Andai keadaan ini tidak dapat dikawal oleh Nizar dan PR Perak, cara yang terbaik yang boleh dibuat oleh Nizar ialah meminta perkenan untuk membubarkan DUN Perak bagi membolehkan pilihan raya DUN diadakan di seluruh itu. Pada masa itu kita boleh tahu sama ada kemenangan PR di Perak pada PRU-12 lepas betul2 kerana mereka kuat atau kerana wujud masalah dalam UMNO/BN.

Tetapi jika itu tidak diperkenan oleh Sultan maka mahu tidak mahu Nizar perlu membentuk kerajaan campuran dengan BN. Dan jika ini berlaku, pengaruh "Ngeh-Nga" dalam pentadbiran Perak akan lenyap dan DAP akan keluar dari PR. Dengan cara ini Nizar boleh terus menjadi MB Perak manakala wakil BN (UMNO) pula akan menjadi Timbalannya. Begitu juga dengan kerusi Exco perlu dibahagikan sama rata antara PR & BN.

Walau apapun, kita sama-sama tunggu apa yang akan berlaku kepada kerajaan PR di Perak dan kita juga sama2 tunggu keputusan ketiga2 ADUN berkenaan...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...