29 April 2009

Fairus terkorban kerana Mansor?

Jelas dan nyata bahawa permainan drama di Penanti adalah semata-mata untuk menaikkan Mansor Othman, orang kanan Anwar Ibrahim. Jelas dan nyata juga bahawa Fairus telah menjadi korban permainan Anwar. Ya, Fairus yang telah terbukti tidak terlibat rasuah "dipaksa" melepaskan jawatannya semata-mata untuk menaikkan Mansor.

Buktinya malam tadi Mansor Othman telah dinamakan sebagai calon bagi PRK DUN Penanti yang dikosongkan oleh Fairus.

Ini adalah drama yang sering dimainkan oleh PKR yang disutradarakan oleh Anwar cuma bezanya pelakonnya adalah berbeza. Drama yang sama berlaku di Permatang Pauh tahun lalu apabila Wan Azizah berkorban dengan melepaskan jawatannya semata-mata hendak menaikkan Anwar.

Dan kini drama sedemikian berulang lagi. Fairus yang sejak awal-awal dihentam oleh bosnya kerana didakwa tidak menjalankan tugas telah diminta melepaskan jawatan dan beliau terpaksa mencari apa sahaja alasan, yang penting mengundurkan diri. Dan alasan melanjutkan pelajaran adalah satu alasan yang tidak boleh masuk akal, tetapi terpaksa dilakukan semata-mata untuk Mansor.

Sebabnya, Mansor Othman yang sekian lama menjadi orang kanan Anwar sejak di dalam UMNO lagi sudah tidak sabar menanti. Kerana inilah peluang Anwar untuk membalas budi Mansor dan jika menang di Penanti kerusi Timbalan Ketua Menteri I sudah menanti.

Apakah akan ada lagi pelakon-pelakon lain dalam PKR yang akan dikorbankan oleh sutradaranya semata-mata hendak menaikkan watak lain? Mungkin... sebab PKR sememangnya terkenal sebagai pelakon yang mempunyai pelbagai watak sama ada watak protagonis mahupun antagonis.

28 April 2009

Awas kepada pemegang akaun Maybank2U..!!


Beberapa hari ini aku acap kali menerima email dari Maybank (seperti di atas) walaupun beberapa kali aku dah delete, tapi email ini tetap masuk dalam mailbox aku. Aku yakin ia BUKAN dari Maybank tetapi pihak2 tidak bertanggungjawab yang cuba mencuri identiti pemilik akaun Maybank 2 U seperti aku.

Walaupun aku belum membuat laporan kepada Maybank tetapi aku yakin ia adalah satu penipuan dan mengambil peluang dari kealpaan kita. Aku yakin perkara ini tipu sebab alamat yang dibuat kepada pautan ialah http://24-231-244-162.static.aldl.mi.charter.com// dan bukannya ke alamat Maybank.

Oleh sebab itu aku menyeru kepada mereka yang menerima email ini JANGAN LOGIN menggunakan email ini dan HAPUSKAN email tersebut kerana ia boleh menyebabkan anda kehilangan wang dalam akaun anda!!

Kepada pihak Malayan Banking Malaysia Berhad, sila ambil tindakan berhubung email SPAM tersebut!!

(p/s: Tolong sebarkan....!!)

27 April 2009

PRK Penanti & Shafie di Kedah

ISU I : Menanti PRK Penanti
Suruhanjaya Pilihan Raya telah memutuskan pilihan raya kecil Penanti akan diadakan pada 31 Mei manakala penamaan calon dilakukan kira-kira seminggu sebelumnya atau tepatnya 23 Mei. Maknanya kita kena menanti kira-kira sebulan lagi sebelum PRK di Penanti. Maknanya SPR telah menamatkan spekulasi, desakan atau cadangan supaya PRK Penanti ditiadakan.

Yang menjadi cakap-cakap mulut sekarang, apakah BN akan meletakkan calonnya di Penanti? Bancian yang dibuat dalam MTB menyaksikan 50-50... maknanya separuh sokong BN bertanding tapi separuh lagi tidak.

Kalau tanya pendapat aku, dari awal lagi aku memang mahukan BN bertanding di Penanti. Soal kalah atau menang itu belakang kira tetapi seperti aku kata, kalau BN tidak bertanding BN akan dicap sebagai pengecut (sekarang pun dah banyak suara pembangkang yang kutuk BN walaupun keputusan belum dibuat).

Dan kalau bertanding dan kalah lagi, BN juga akan di-boooo oleh puak2 pembangkang untuk tempoh yang lama. Tetapi siapa tahu kalau2 pengundi di sana sudah berubah fikiran dan sokong BN? Siapa tahu Allah mahu menghukum puak2 pembangkang dan memberi kemenangan kepada BN?

Namun aku percaya PRK Penanti akan menyaksikan pertanding lebih dari dua penjuru...!!

(Oops.. khabarnya dah ada yang bercadang nak bertanding sebagai calon Bebas. Silakanlah...!!)


ISU II: Shafie jangan cepat yakin
Shafie Apdal yang diberi tanggungjawab mengetuai UMNO Kedah dengan begitu optimis bahawa Kedah boleh dikembalikan kepada BN pada PRU-13 akan datang. Ini didasarkan kepada pengalaman di Sabah.

Bagi aku kenyataan Shafie itu terlalu cepat dibuat tanpa berfikir bahawa situasi di Kedah dan Sabah adalah berbeza. Shafie perlu sedar Sabah dan Kedah mempunyai latar belakang yang berbeza, pemikiran pengundi yang berbeza. Dan sudah pasti menggunakan pendekatan di Sabah untuk menawan semula Kedah adalah satu strategi yang silap.

Aku harap Shafie jangan terlalu yakin sebaliknya melaksanakan dahulu kerja-kerja parti di Kedah. Turunlah ke padang, jenguklah cawangan-cawangan dan bahagian-bahagian UMNO di setiap pelosok Kedah.

Kemudian laksanakan usaha mengukuhkan cawangan, bahagian dan UMNO negeri agar tidak wujud dengki mendengki, fitnah memfitnah, hentam menghentam sesama sendiri. Kukuhkan hubungan perpaduan antara semua parti komponen di Kedah. Itulah tugas2 yang perlu dilakukan oleh Shafie.

Pada masa yang sama Shafie perlu belajar budaya orang Kedah, kenal hati budi para pengundi dan apa yang mereka mahu serta apa yang mereka tidak mahu. Kemudian laksanakan usaha untuk meraih hati mereka agar kembali ke pangkuan BN. Jagalah hati pengundi di Kedah.

Shafie tidak sewajarkan membuat "lintas langsung" di Kedah dan kemudiannya dengan penuh yakin berkata Kedah boleh ditawan semula oleh BN. Perghh...

Jangan buat kenyataan yang semata-mata nak menyedapkan hati sedangkan realitinya Shafie belum pasti. Jangan dengar cakap2 orang UMNO tetapi turunlah sendiri ke lapangan untuk melihat keadaan sebenar.

Selamat bertugas Shafie!!

24 April 2009

Keputusan MT.. Tiada kejutan besar

Senarai Pengerusi perhubungan UMNO negeri yang diumumkan oleh Najib sebentar tadi tidaklah mengejutkan tetapi banyak juga yang "kecewa" untuk melihat perubahan di beberapa negeri seperti Negeri Sembilan dan Melaka.

Seperti yang aku nyatakan dalam tulisan aku sebelum ini, walaupun ramai yang melihat sebahagian besar Menteri Besar/Ketua Menteri tidak dilantik sebagai Pengerusi perhubungan, tetapi pandangan aku sebaliknya kerana memikirkan kesannya jika pengerusi UMNO negeri dan MB/KM adalah orang yang berbeza.

Sebab itulah aku menjangkakan Najib akan mengekalkan Ali Rustam dan Mat Hassan dan pada masa yang sama melantik MB lain sebagai Pengerusi perhubungan, antaranya Isa Sabu di Perlis yang aku nampak sekaligus menamatkan sengketa antara Isa dan Shahidan.

Beberapa tekaan aku juga tepat termasuk pelantikan Mustapa Mohamed di Kelantan , Dr. Zambry (Perak) selain Ghani Othman dan Musa Aman yang dikekalkan di Johor dan Sabah.

Pun begitu negeri-negeri yang dikuasai pembangkang dan Terengganu nampaknya tidak mengena apabila Najib melantik dirinya mempengerusikan UMNO Selangor yang sebelum ini banyak suara menamakan Noh Omar.

Begitu juga Muhyiddin di Wilayah, Hishamuddin (Terengganu), Zahid Hamidi (Pulau Pinang) dan Shafie Apdal di Kedah.

Cop! "Hah?? Shafie Apdal jaga Kedah? Zahid Hamidi jaga Penang? Apa ni Najib... apa strategi dia ni. Kedah macam takdak orang lain ke? Penang, Tok Zainal kan ada...!!" - Inilah respon pertama seorang kawan aku (orang Kedah) yang menelefon aku sekejap tadi.

Paling mengejut pelantikan Ahmad Maslan jadi Ketua Penerangan dan pengekalan Tengku Adnan sebagai Setiausaha Agung. Nampaknya Mat Maslan ini melonjak betul sejak jadi anak emas Najib ni. Sudah bertanding di Parlimen Pontian, dilantik Timbalan Menteri di JPM sekarang jadi Ketua Penerangan pula. Tahniah!!

SENARAI PENUH AHLI MAJLIS KERJA TERTINGGI UMNO:

Presiden: Datuk Seri Najib Razak

Timbalan Presiden: Tan Sri Muhyiddin Yassin

Naib-naib Presiden:
1. Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi
2. Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
3. Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal

Setiausaha Agung: Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor

Bendahari Agung: Datuk Ahmad Husni Hanadzlah

Ketua Penerangan: Ahmad Maslan

Ahli Majlis Tertinggi:
1. Datuk Seri Mustapa Mohamed
2. Datuk Noh Omar
3. Datuk Seri Musa Aman
4. Datuk Azian Osman
5. Datuk Zainal Abidin Osman
6. Datuk Mohd. Zin Mohamed
7. Datuk Ismail Sabri Yaakob
8. Datuk Lajim Ukin
9. Datuk Shaziman Abu Mansor
10. Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi
11. Datuk Tajuddin Abdul Rahman
12. Datuk Idris Haron
13. Datuk Dr. Abd. Latiff Ahmad
14. Datuk Seri Dr. Jamaluddin Jarjis
15. Datuk Saifuddin Abdullah
16. Datuk Dr. Norraesah Mohamad
17. Datuk Seri Mahdzir Khalid
18. Datuk Ahmad Husni Mohd. Hanadzlah
19. Datuk Hamzah Zainuddin
20. Datuk Bung Mokhtar Radin
21. Datuk Dr. Awang Adek Hussin
22. Datuk Seri Zulhasnan Rafique
23. Datuk Ahmad Shabery Cheek
24. Datuk Seri Idris Jusoh
25. Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim

Dilantik:
1. Datuk Seri Mohd. Ali Rustam
2. Tan Sri Rafidah Aziz
3. Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz
4. Datuk Seri Dr. Rais Yatim
5. Datuk Jamil Khir Baharom
6. Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin
7. Datuk Abdul Ghani Othman
8. Datuk Seri Shahidan Kassim
9. Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir

Wakil Sayap:
1. Datuk Kamilia Ibrahim (Wanita)
2. Datuk Razali Ibrahim (Pemuda)
3. Dr. Wan Norashikin Wan Nordin (Puteri)

22 April 2009

Rombakan besar-besaran UMNO?

Majlis Tertinggi UMNO yang akan bermesyuarat buat kali pertama Jumaat ini bakal menjadi tumpuan seluruh negara. Bukan setakat ahli2 UMNO tapi sudah pasti para pemimpin tertinggi parti baik di peringkat pengurusan bahkan juga negeri-negeri.

Banyak diwar-warkan bahasa sebahagian besar Perhubungan UMNO negeri bakal mendapat ketua yang baru. Bagaimana nasib pemimpin yang kalah pada PAU tempoh hari? Apakah mendapat simpati Najib untuk dilantik sebagai ahli MT?

Bagaimana pun dengan jawatan Setiausaha Agung, Bendahari Agung dan Ketua Penerangan? Apakah dikekalkan atau diganti sesuai dengan usaha Najib selaku Presiden UMNO yang baru yang mahu membuat reformasi ke atas parti?

Inilah persoalan-persoalan yang menjadi perbualan hangat di kalangan orang UMNO tatkala puak2 pembangkang sedang bersiap siaga dan sudah memulakan kempen di Penanti.

Pun begitu, seronok melihat telatah nama-nama yang disebut-sebut untuk dilantik sebagai ahli MT selepas gagal bertanding. Antaranya Syed Hamid yang khabarnya akan menggantikan Tengku Nan sebagai Setiausaha Agung UMNO walaupun ada yang menyatakan Tengku Nan akan dikekalkan.

Begitu juga dengan nasib Mat Taib juga khabarnya tidak akan lagi menjadi juru kempen UMNO selepas prestasinya dikatakan kurang baik sehingga gagal memberikan penerangan sebaik mungkin kepada rakyat berhubung banyak isu yang dibangkitkan selama ini. Ya, Mat Taib juga khabarnya tidak lagi dilantik sebagai Ketua Perhubungan UMNO Selangor.

Noh Omar yang mendapat undi kedua tertinggi pada PAU lalu akan mengetuai UMNO Selangor manakala Khir Toyo pula akan dilantik sebagai ahli MT. Itulah antara khabar yang aku terima menjelang mesyuarat MT Jumaat ini.

Begitu juga nasib Bendahari UMNO. Beberapa nama kini meniti dibibir bagi menggantikan Azim.

Bagi Ketua Perhubungan negeri, khabarnya hanya Sabah dan Johor sahaja akan dikekalkan manakala bagi negeri-negeri lain akan berlaku perubahan pucuk pimpinan. Ini termasuk di negeri-negeri yang sedang berkocak iaitu Terengganu dan Perlis.

Negeri-negeri yang sudah jatuh ke tangan pembangkang juga bakal mendapat ketua yang baru termasuk Pulau Pinang yang sebelum ini diterajui oleh Pak Lah Badawi.

Jika ini berlaku apakah bermakna seorang Menteri Besar atau Ketua Menteri tidak lagi menjadi peneraju UMNO negeri masing-masing? Jika situasi begini tidakkah akan wujud lebih banyak konflik dalaman sepertimana berlaku di Perlis apabila Ketua Perhubungan UMNO dan MB adalah orang yang berbeza?

Atau apakah nama-nama yang disebut menerajui UMNO negeri tersebut akan dilantik pula sebagai MB/KM yang baru? Jika ini berlaku, sekali lagi tidakkah akan wujud sentimen bermasam muka, boikot memboikot dan rasa tidak senang hati termasuk para penyokong masing-masing yang akhirnya memburukkan lagi barah UMNO negeri?

Oleh sebab itulah aku melihat bahawa Najib akan terus mengekalkan tradisi UMNO iaitu membenarkan semua MB/KM menjadi peneraju UMNO di negeri masing-masing sehinggalah PRU-13 kecuali negeri-negeri di bawah pembangkang.

Pun begitu aku melihat bahawa Najib akan tetap mengekalkan Pak Lah selaku Ketua Perhubungan di Pulau Pinang sebagai mengenang jasa dan peranan Pak Lah selaku bekas Presiden parti. Lagipun Pak Lah masih belum melepaskan jawatannya sebagai Ahli Parlimen Kepala Batas & Ketua UMNO Pulau Pinang.

Bagi Perlis dan Terengganu pula, Najib tentunya agak sukar untuk membuat keputusan bagi memastikan mereka yang dilantik sebagai Ketua Perhubungan negeri terbabit boleh diterima oleh kedua-dua pihak. Jalan terbaik bagi kedua-dua negeri ini sama ada melantik Muhyiddin atau beliau sendiri mengetuainya.

Berikut nama-nama Ketua Perhubungan UMNO mengikut negeri yang dijangkakan:

1. Perlis = Isa Sabu
2. Kedah = Muhyiddin
3. Perak = Dr. Zambry/Najib
4. Pulau Pinang = Pak Lah Badawi
5. Selangor = Noh Omar
6. Wilayah = Zul Hasnan
7. N. Sembilan = Mat Hassan
8. Melaka = Ali Rustam
9. Johor = Ghani Othman
10. Pahang = Najib Razak
11. Terengganu = Muhyiddin
12. Kelantan = Mustapha Mohamed
13. Sabah = Musa Aman

20 April 2009

Apa jadi koridor "eko-no-money" Pak Lah?

Masa zaman Pak Lah beliau telah mencetuskan "idea saya" perihal cadangan koridor ekonomi di beberapa wilayah. Tapi aku panggil koridor "eko-no-money" atas sebab-sebab yang akan aku jelaskan di bawah. Projek koridor ini bermula di Johor dengan nama Koridor Ekonomi Selatan Johor (SJER) yang sekarag dipanggil Iskandar Malaysia saja.

Selain itu ada juga Koridor Ekonomi Pantai Timur (ECER), Koridor Utara (NCER), Sabah dan Sarawak (ntah aku lupa nama singkatannya). Atas kertas program pembangunan yang Pak Lah bawa ini sungguh luar biasa. Orang puteh sebut "brillion". Maklum yang merancang pun orang2 brillion lulusan Oxford yang memenuhi Tingkat 4 dahulu.

Masa perasmian SJER tahun 2007 lalu aku ada sama di JB. Bukan apa, cuma jadi pak sibuk. Perasmiannya oleh Sultan Johor. Masa itu aku ingat lagi seluruh negara boleh tengok macam mana Tuanku macam tak setuju beri nama Koridor Pembangunan Iskandar. Dan masa itu juga aku ingat Tuanku murka sebab jambatan tak dibuat untuk ganti Tambak Johor.

Aku ingat lagi macam mana rupa puak-puak Tingkat 4 yang urus majlis itu macam merah padam muka sebab Tuanku tiba-tiba macam tak berkenan guna Iskandar. Dan aku juga boleh nampak air muka Pak Lah berubah bila Tuanku sentuh pasal Tambak Johor. Kemudian aku diberitahu titah Tuanku disiarkan secara langsung di seluruh negara oleh RTM.

Koridor-koridor itu sehingga kini tak nampak pun apa pembangunannya kecuali projek-projek sedia ada yang sudah lama berjalan. Itu sebab projek koridor ini sefaham aku adalah cuma projek "merangkum semua pembangunan sedia ada di kawasan-kawasan dimaksudkan di bawah satu pengurusan dan melaksanakan projek2 baru berdasarkan bidang2 yang ditetapkan mengikut koridor masing-masing". Jadi apa brillionnya?

Dan selepas dua tahun dilancarkan dan Pak Lah pun sudah tidak jadi PM lagi, projek koridor ini tidak ke mana dan tidak membawa apa2 makna kepada rakyat dan negara. Sebab itulah apabila ada orang tanya aku apa akan jadi kepada projek2 koridor ini aku jawab simple jeh "projek tu tak jadi apa-apa pun. Silap-silap Najib batalkan, tak pun pinda balik."

Hari ini Najib berada di JB sebab rasmi minggu amanah saham PNB. Khabarnya Najib ada cadangan untuk buat pindaan pada Iskandar Malaysia. Memang patut pun sebab berdasarkan perancangan SJER itu projek ini macam tak masuk akal dan sukar untuk dicapai. Selain itu ia juga lebih menguntungkan puak2 di seberang Tambak berbanding orang kita sendiri.

Oleh sebab itulah aku rasa elok sangat projek Iskandar dan lain-lain koridor eko-no-money Pak Lah ini dikaji semula bagi memastikan ia lebih realistik dan bukan hanya gah di atas kertas tetapi kenyataannya... alahai! macam ini saja...! Kalau perlu batalkan saja!

19 April 2009

Andai BN tak bertanding di Penanti...

Semalam aku tulis perihal nasib BN kalau bertanding di PRK Penanti (baca!) dan sebelah siangnya Najib menyatakan kemungkinan BN tidak meletakkan calonnya di kubu kuat PKR dalam kawasan Parlimen Permatang Pauh itu.

Lalu 1001 persoalan kemudiannya muncul dalam benak semua pihak baik kalangan pemimpin UMNO setempat, negeri malahan juga di benak fikiran Anwar, Guan Eng dan para pemimpin pembangkang. Apakah ini satu sandiwara Najib?

Seingat aku sejak pilihan raya umum pertama sehingga kini BN belum pernah tidak meletakkan calonnya baik pilihan raya umum mahupun pilihan raya kecil di mana-mana kawasan baik Parlimen mahupun DUN. Dan andai benarlah BN tidak mahu bertanding kali ini, ia akan menjadi sejarah bagi pilihan raya di Malaysia dan sejarah bagi BN.

Pun begitu, aku melihat bahawa kenyataan Najib itu boleh diterjemahkan sebagai satu sandiwara sebagai usaha menguji semua pihak khususnya puak2 pembangkang yang sememangnya sudah lama mempersiapkan diri untuk PRK di Penanti, sejak isu Fairus digembar-gemburkan lagi.

Dengan kenyataan seperti itu sudah pasti ia memberi nafas lega kepada Anwar dan pembangkang dan pada masa yang sama mereka bolehlah bersiap2 mengemas barang dan menurunkan poster kerana sudah pastilah PKR akan menang tanpa bertanding di Penanti (kalau adapun mungkin dari kalangan calon Bebas).

Selepas pembangkang kelihatan sudah mengendurkan kempennya di Penanti, siapa tahu menjelang penamaan calon tiba-tiba keputusan itu berubah dan tiba-tiba BN menamakan calonnya. Siapa tahu?

Kenyataan Najib juga boleh diertikan bahawa beliau sememangnya serius mempertimbangkan untuk tidak meletakkan calonnya memandangkan PRK Penanti adalah drama politik ciptaan PKR sebagai usaha membersihkannya dari seorang wakil rakyat yang bermasalah. Ya, pilihan raya yang hanya semata-mata bertujuan menukar seorang ADUN yang juga Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang dengan orang lain yang "lebih kanan" dan sudah pasti lebih disenangi oleh Anwar.

Walaupun Najib berkata keputusan sama ada bertanding atau tidak di Penanti akan ditentukan akhir bulan ini selepas berbincang dengan semua pemimpin komponen BN, namun kenyataan awal beliau itu sudah cukup memberikan satu polemik kepada politik tanah air, pada masa kini.

Namun, seperti yang aku nyatakan dalam tulisan aku sebelum ini andai BN tidak menyertai PRK Penanti, ia akan dicop oleh puak2 pembangkang sebagai pengecut dan ia akan dijaja dan dicemuh di seluruh cerok kampung dan negeri sehinggalah bertahun-tahun lamanya. Dan andai BN bertanding tetapi kalah (lagi), ia juga akan dicemuh, diejek dan dijaja di seluruh pelosok kampung berbulan-bulan lamanya.

Sebab itulah bagi fikiran aku, lebih baik BN ikut bertanding di Penanti. Siapa tahu kalau-kalau BN boleh menang? Dan andai itu berlaku sudah pasti puak2 pembangkang akan terdiam 1000 bahasa seketika sebelum kembali melolong2 konon SPR bermain kotor, BN pakai pengundi hantu dan 1001 alasan lagi.

18 April 2009

Bertanding kalah, tak bertanding lagi kalah!

Ada orang tanya, patutkah BN meletakkan calonnya atau dengan kata lain bertanding pada pilihan raya kecil Penanti nanti? Sebabnya Penanti adalah kubu kuat PKR dan pada pilihan raya kecil Permatang Pauh tempoh hari, Anwar menerima undi terbanyak dari DUN Peranti. Sebab itulah soalan sedemikian ditanyakan.

Bagi aku sama ada BN bertanding atau tidak, dia tetap dianggap kalah. Kalau BN tidak bertanding pihak pembangkang akan bertepuk tangan gembira dan bersorak girang sambil melaungkan kata-kata bahawa BN adalah pengecut. Ya, BN dianggap pengecut kerana tidak meletakkan calonnya kali ini sedangkan kesemua pilihan raya kecil ataupun besar sebelum ini BN tak pernah terlepas peluang. Perkara ini akan dijaja oleh pembangkang di seluruh negara setaip masa sampailah PRU-13 nanti.

Kita semua tahu apa sahaja yang dilakukan atau tidak dilakukan oleh BN (kerajaan) akan dianggap salah oleh pihak pembangkang. Jadi bagi aku biarlah BN bertanding/meletakkan calonnya dan andai kalah sekalipun ia lebih mulia daripada berundur sebelum berperang.

Lagipun siapa tahu para pengundi di Penanti sudah muak dengan permainan politik pembangkang dan Anwar sendiri sehingga menyusahkan hidup mereka. Maka mereka memilih jalan memberi kemenangan kepada BN pula. Siapa tahu?

Lagipun BN bukan tidak pernah menang di Penanti malahan pada PRU 2004 lalu BN pernah mencipta kemenangan di kawasan yang dikatakan kubu kuat Anwar tersebut.

Walaupun ada yang menganggap PKR akan menang mudah di Penanti, aku percaya jika semua komponen BN bersatu hati dan saling bantu membantu di kalangan jentera masing-masing dengan bersungguh2, ikhlas dan penuh dengan semangat dan keazaman, aku percaya PKR tidak mudah untuk mempertahankan kerusinya.

Cuma apa yang diharapkan pengajaran demi pengajaran sudah ditimba oleh BN dalam menangani kempen2 pihak pembangkang melalui beberapa PRK sebelum ini terutama di Bukit Gantang dan Bukit Selambau.

Dan aku sangat2 mengharapkan BN mencipta kemenangan di kubu kuat PKR ini agar ia boleh menutup kesombongan dan keangkuhan pembangkang dan sekaligus dapat menempelak Anwar dan barisan pembangkang terutama di Pulau Pinang.

16 April 2009

Pilihan raya kecil di Pulau Pinang pulak dah! (updated)

TERKINI!
Khabar terbaru dari Pulau Pinang katanya Fairus telah diminta meletakkan jawatannya sebagai ADUN Penanti walaupun pada awalnya beliau hanya melepaskan jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri. Khabarnya ia adalah satu lagi drama yang diarahkan oleh Anwar dan dalam hal ini (kali ini) Fairus menjadi mangsa permainan tersebut.

Fairus kini terpaksa melepaskan kerusi Penanti bagi memberi laluan kepada Dr. Mansor Osman untuk bertanding dan jika menang dia juga bakal menggantikan Fairus sebagai TKM I. Betulkah ada sandiwara berlaku disebalik peletakan jawatan Fairus??? Aku tak terperanjat!!!

POS TERDAHULU:
Pilihan raya kecil akan dilangsungkan di Pulau Pinang pula selepas ini setelah Fairus, bekas Timbalan Ketua Menteri I meletakkan jawatan sebagai ADUN Penanti hari ini.

Memang wakil-wakil rakyat PKR ini menyusahkan rakyat dan negara. Asyik-asyik letak jawatan, asyik-asyik keluar parti. Inilah parti yang dipimpin oleh Anwar Ibrahim. Apa makna semua ini? Maknanya PKR memang parti bermasalah sama macam pemimpin de-factonya juga, sering timbulkan masalah.

Aku tak taulah atas dasar apa ia masih disokong oleh sesetengah pihak. Dah tiba masanya sokongan anda kepada PKR dikaji semula. Buat parti menyokong parti yang berkilat diluar tapi berkarat di dalam. Cukup masa reputlah ia.

Sejak PRU-12 lepas dah ramai sangat wakil2 rakyat PKR (sekali lagi PKR!!) yang letak jawatan atau keluar parti sebab tak puas hati dengan kepimpinan atau sebab masalah peribadi. Ada diantaranya terpaksa diadakan pilihan raya kecil.

Bayangkan sekali diadakan pilihan raya kecil, berjuta-juta ringgit wang dibelanjakan. Bayangkan sejak PRU lepas sudah 5 PRK diadakan. Bermula dengan Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Gantang, Bukit Selambau, Batang Ai... selepas ini Penanti pulak!

Nasib baik "peletakan jawatan" tiga ADUN Perak yang keluar parti masing-masing tidak sah, kalau tidak tiga lagi PRK diadakan di Perak. Dan Elizabeth Wong pula tarik balik peletakan jawatannya, kalau tidak PRK lagi di Bukit Lanjan!

Sudah sudahlah.... Kami rakyat Malaysia banyak lagi kerja yang mahu dibuat, bekerja untuk memastikan ekonomi diri dan keluarga kukuh ketika ekonomi dunia gawat. Hentikanlah segala ceritera2 politik!

* Huruf tebal - peletakan jawatan oleh wakil rakyat PKR!

Deris, Mat Said jumpa Najib.... Ada apa tu?

Rakan-rakan di Putrajaya menyampaikan berita dua orang kuat UMNO di Terengganu, Deris Jusoh dan Mat Said mengadap PM DS Najib hari ini. Dimaklumkan Deris jumpa Najib sebelah pagi manakala Mat Said pula tengah hari.

Jeng jeng jeng... apakah pertemuan Najib dengan bekas MB dan MB Terengganu sekarang ini berhubung ribut yang sedang melanda di negeri keropok lekor itu sekarang? Banyak yang mengakuinya lantaran heboh isu undi tak percaya kepada Mat Said selaku MB dan isu SMS ugutan yang membawa 10 ADUN BN enggan hadiri sidang DUN.

Walaupun Najib sudah mengarahkan semua ADUN yang boikot sidang DUN menghadirinya semula seperti biasa namun cakap-cakap orang di sana menyatakan kesemua 10 ADUN yang pro Deris masih bermasam muka dengan Mat Said. Malahan main tarik2 muka ini sudah berlangsung sejak selepas PRU-12 lagi tetapi tidak mendapat perhatian media lantaran tiada tindakan penyudah oleh PM pada masa itu.

Dan kini selepas Najib mengambil alih kepimpinan parti dan kerajaan, isu tersebut dibangkitkan semula termasuk mencetuskan khabar konon akan mengadakan undi tidak percaya kepada Mat Said pada sesi sidang DUN pertama selepas PRU-12 kali ini. Walaupun ia tidak berlaku, nyata ribut yang melanda Terengganu kini sedang mendapat perhatian segera Najib.

Walaupun sehingga ini belum ada ketetapan apa yang diputuskan oleh Najib bagi menyelesaikan masalah di Terengganu namun tindakan memanggil Deris dan Mat Said sekurang2nya menampakkan jalan penyelesaian berhubung rasa tidak puas hati sebahagian besar ADUN BN terhadap pelantikan Mat Said sebagai MB sejak setahun lalu.

Apa yang diharapkan masalah yang melanda di Terengganu (dan juga Perlis) iaitu berhubung pelantikan MB yang tidak sehaluan dengan kehendak pucuk pimpinan parti dapat diselesaikan oleh Najib, selepas "tahi" ini gagal dicuci dengan sempurna oleh kepimpinan terdahulu yang hanya menghilangkan baunya sahaja, sedangkan tahinya masih melekat.

Persoalannya, apakah MB Terengganu perlu diserahkan semula kepada Deris manakala MB Perlis diberikan kembali kepada Shahidan?

Soalan ini sebenarnya sukar untuk dijawab memandangkan pelantikan MB perlu mendapat perkenan Raja di kedua-dua negeri. Namun andai Najib mahukan ia berlaku sudah pasti beliau boleh mendapatkan perkenan Tuanku.

Atau Najib bertindak mengekalkan MB sedia ada tetapi memanggil dan menasihati mereka yang tidak berpuas hati agar memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pemimpin mereka demi kebaikan parti, rakyat dan negeri masing-masing.

Seperti yang aku nyatakan sebelum ini, aku yakin Najib mampu menyelesaikan kemelut di Terengganu (dan juga Perlis) ...

Inilah PM yang kita perlukan...

Najib dalam tempoh beberapa minggu menjadi PM telah berjaya menampakkan ketegasannya dalam membuat keputusan bagi menyelesaikan masalah di dalam negara. Inilah PM yang kita mahukan selama ini. Membuat keputusan yang tegas tetapi adil kepada semua pihak tanpa perlu menunggu pihak-pihak tertentu yang membuat ketetapan bagi pihaknya.

Aku membuat penilaian ini berlandaskan keputusan tegas yang dibuat bagi menyelesaikan dua perkara yang berlaku sehari dua ini, iaitu masalah di Terengganu dan juga isu pembubaran MECD.

Perihal polemik 10 wakil rakyat BN di Terengganu ditangani cukup mudah iaitu mengarahkan semua ADUN masuk dewan seperti biasa dan tiada sebab untuk mereka tidak hadir hanya berdasarkan SMS yang mereka terima. Cukup mudah!

Bukan untuk memburukkan sesiapa atau mahu membuat perbandingan, tetapi aku membayangkan andai PM masih lagi Pak Lah, nescaya perkara ini akan berlarutan dan silap haribulan menjadi bertambah buruk. Tapi Najib membuktikan ia tidaklah serumit mana.

Begitu juga dengan cakap-cakap dan kebimbangan orang Melayu tentang nasib agensi2 di bawah MECD selepas kementerian itu dibubarkan, dengan segera diputuskan termasuk perihal kedudukan LPKP.

Keputusan yang segera diambil, tegas dan memuaskan hati semua pihak seperti ini oleh seorang PM sudah lama tidak dirasakan. Yelah, berbeza sebelum ini segala polemik, masalah yang wujud bukan sahaja lambat untuk mendapat maklum balas PM malahan keputusan yang dibuat kadang kala tidak memuaskan dan sering kali berubah-ubah (flip-flop).

Andai cara seperti ini diteruskan oleh Najib sepanjang beliau menjadi PM ini aku percaya beliau mampu mengembalikan semula kegemilangan pemerintahan Tun Dr. Mahathir yang telah dimusnahkan sebelum ini. Pun begitu masih terlalu awal untuk meletakkan Najib setanding Tun Mahathir waima bapanya, Tun Razak namun tanda-tanda ke arah tersebut telah kelihatan (ed.).

Dalam pada itu, aku juga berharap agar Najib dapat mempertimbangkan cadangan supaya pembinaan jambatan bengkok yang sebelum ini dibatalkan dikaji semula. Ia bukan sahaja bagi memenuhi harapan rakyat Johor dan Malaysia keseluruhannya, tetapi juga dapat "menyelesaikan" isu yang tertunggak sebelum ini. Dan harapannya ia dapatlah dikaji dengan segera agar nanti jangan sampai CIQ sudah reput barulah nak mengkajinya.

Kepada PM yang baru, seluruh rakyat di negara ini sedang memberikan harapan yang menggunung agar beliau meletakkan semula keyakinan dan kepercayaan rakyat kepada kerajaan, di kedudukan yang tinggi sepertimana yang dirasakan sepanjang 23 tahun di bawah teraju Tun Mahathir sebelum ini.

Selamat maju jaya, Najib!

14 April 2009

Kenapa MIC nak sangat Kerja Raya?

TERKINI!
[Samy Vellu nafi minta Najib bagi Menteri Kerja Raya kepada MIC...! ]
Ayoyo... Walaupun itu Samy Vellu nafi jugak ini berita, tapi dia kata tetap mahu tuntut tambah itu kerusi menteri sama MIC. Ini macam kalo ada sikit susah sebab itu Samy Vellu kena tengok itu muka dekat cermin dulu. Dey... itu lain2 parti komponen sana summa sedar diri masa PRU-12 dulu mereka tarak perform, sana-sini kalah tarak minta apa-apa. Ini Samy Vellu suuummma kalah, sama itu PRK Bukit Selambau jugak kalah, lagi mahu minta kerusi...


POS TERDAHULU:
Samy Vellu sekarang dah jadi macam Hindraf dah. Tak dapat apa yang dituntut mereka mengugut. Terbaru tok Samy mahukan para wakilnya dalam Kabinet Najib tarik diri dan keluar dari kabinet. Sebabnya sangat bodoh iaitu MIC tak dilantik Menteri Kerja Raya! Itulah khabarnya sepertimana yang diwar-warkan beberapa hari ini. Betul ke tidak tak tahulah...

Kalau betullah, aku pun naik hairan juga kenapa beriya-iya benar tok Samy nakkan kementerian jaga tol ni. Ada orang kata kementerian tu lubok emas. Maklum macam-macam benda boleh dibuat dari buat jalan, buat jambatan, naikkan tol sampai papan2 iklan kat pondok tol pun boleh dibuat.

Dulu aku diberitahu oleh seorang pegawai dalam PLUS katanya iklan2 kat gerbang tol itu milik anak menteri yang jaga tol. Itu dululah... sekarang aku tak pasti.

Jadi sebab itulah gamaknya tok Samy sangat-sangat mahukan Kementerian Kerja Raya diserahkan kepada wakil MIC (kalau tidak dirinya sendiri) tapi sama ada betul atau telaah banyak pihak ini masih belum dipastikan.

Kalau sungguh bagai dikata, aku harap Najib/Muhyiddin tak layan kehendak orang tua yang sudah kemarut ini.

13 April 2009

Ke mana LPKP nak dibawa?

Sejak Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MECD) dimansuhkan oleh PM yang baru, banyak pihak yang merungut dan sudah pasti bimbang kalau-kalau nasib usahawan Melayu tidak terbela. Dan tidak kurang juga berkeluh kesah kerana kementerian yang selama ini menjadi payung orang Melayu dalam pendidikan dan perniagaan kini sudah dikuburkan.

Lalu bagaimana nasib agensi-agensi yang selama ini bernaung di bawah MECD? Mara, Tekun, UniKL, GiatMara, Bank Rakyat, Bank Pembangunan dan tidak kurang penting ialah LPKP - agensi yang bertanggungjawab mengeluarkan permit teksi dan bas awam.

Ong Tee Keat selaku Menteri Pengangkutan awal-awal lagi sudah membuat permohonan untuk mendapatkan LPKP dengan alasan ia bagi melancarkan pengurusan sistem pengangkutan awam di negara ini. Baik, dalam hal ini aku bersetuju!

Tetapi pada masa yang sama aku bimbang jika LPKP di letakkan di bawah kementerian tersebut peluang bumiputera untuk memperoleh permit teksi dan bas sekolah semakin tipis. Bukan aku bersifat rasis dan tidak percayakan kementerian tersebut, tetapi banyak sudah sejarah berlaku apabila hal-hal kebajikan rakyat terutama untuk Melayu, apabila diserahkan kepada kementerian atau menterinya bukan Melayu, orang Melayu terpaksa melukut ditepi gantang.

Nada serupa disuarakan oleh banyak pihak sebelum ini apabila menteri bukan Melayu mengendalikan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang dibawahnya terdapat Jabatan Kebajikan Masyarakat. Aku dapat tahu sejak itu lebih ramai orang bukan Melayu menerima bantuan JKM berbanding Melayu... Betul ke?

Memang betullah sekarang ini zaman sudah berubah malah Amerika Syarikat juga sudah memilih seorang kulit hitam sebagai Presidennya, tetapi seperti aku nyatakan sebelum ini pemikiran rakyat kita masih ditakok lama, masih bersifat mementingkan kaum sendiri masing-masing.

Dalam hal LKPK ini aku berharap agar Najib dapat melakukan sesuatu atau mungkin perlunya rombakan bagi memastikan kepentingan Melayu tidak terabai dan pada masa yang sama sistem dan keselamatan pengangkutan awam dapat dipertingkatkan.

Mungkin dapat aku cadangkan perihal pemberian permit teksi dan bas awam di serahkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, manakala hal-hal berkaitan penguatkuasaan diletakkan di bawah JPJ selaku agensi di bawah Kementerian Pengangkutan.

Boleh ke?

09 April 2009

Senarai penuh kabinet Najib... nama KJ tiada!

Berikut ialah senarai penuh barisan Kabinet baru yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini:

PERDANA MENTERI: Datuk Seri Najib Tun Razak

TIMBALAN PERDANA MENTERI: Tan Sri Muhyiddin Yassin

JABATAN PERDANA MENTERI:
Menteri:
1. Tan Sri Dr Koh Tsu Koon (Hal Ehwal Perpaduan & Pengurusan Prestasi)
2. Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz (Hal Ehwal Perundangan dan Parlimen)
3. Tan Sri Nor Mohamed Yakcop (Unit Perancang Ekonomi)
4. Mejar Jeneral (B) Datuk Jamil Khir Baharom (Hal Ehwal Agama Islam)
Timbalan Menteri:
1. Datuk Liew Vui Keong
2. Datuk Dr. Mashitah Ibrahim
3. Datuk S.K. Devamany
4. Ahmad Maslan
5. T. Murugiah

KEMENTERIAN KEWANGAN:
Menteri: Datuk Seri Najib Tun Razak
Menteri II: Datuk Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah
Timbalan Menteri:
1. Datuk Chor Chee Heung
2. Datuk Dr. Awang Adek Hussin

KEMENTERIAN PELAJARAN:
Menteri:
Tan Sri Muhyiddin Yassin
Timbalan Menteri:
1. Datuk Dr Wee Ka Siong
2. Dr. Mohd Puad Zarkashi

KEMENTERIAN PENGANGKUTAN:
Menteri: Datuk Ong Tee Keat
Timbalan Menteri:
1. Datuk Abdul Rahim Bakri
2. Datuk Robert Lau Hoi Chew

KEMENTERIAN PERUSAHAAN, PERLADANGAN DAN KOMODITI:
Menteri: Tan Sri Bernard Dompok
Timbalan Menteri: Datuk Hamzah Zainudin

KEMENTERIAN DALAM NEGERI:
Menteri: Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
Timbalan Menteri:
1. Datuk Wira Abu Seman Yusop
2. Jelaing anak Mersat

KEMENTERIAN PENERANGAN, KOMUNIKASI, KESENIAN DAN KEBUDAYAAN:
Menteri:
Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim
Timbalan Menteri:
1. Datuk Joseph Salang Gandum
2. Senator Heng Seai Kie

KEMENTERIAN TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR:
Menteri: Datuk Peter Chin Fah Kui
Timbalan Menteri: Noriah Kasnon

KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH:
Menteri: Datuk Seri Shafie Apdal
Timbalan Menteri:
1. Datuk Hassan Malek
2. Datuk Joseph Entulu anak Belaun

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI:
Menteri: Datuk Seri Mohd Khaled Nordin
Timbalan Menteri:
1. Datuk Dr. Hou Kok Chung
2. Datuk Saifuddin Abdullah

KEMENTERIAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI:
Menteri: Datuk Mustapa Mohamed
Timbalan Menteri:
1. Datuk Mukhriz Mahathir
2. Datuk Jacob Dungau Sagan

KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INNOVASI:
Menteri: Datuk Dr. Maximus Ongkili
Timbalan Menteri: Fadillah Yusof

KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR:
Menteri: Datuk Douglas Uggah Embas
Timbalan Menteri: Tan Sri Joseph Kurup

KEMENTERIAN PELANCONGAN:
Menteri: Datuk Ng Yen Yen
Timbalan Menteri: Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib

KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI:
Menteri: Datuk Noh Omar
Timbalan Menteri:
1. Datuk Johari Baharum
2. Datuk Rohani Abdul Karim

KEMENTERIAN PERTAHANAN:
Menteri: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Timbalan Menteri: Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad

KEMENTERIAN KERJA RAYA:
Menteri: Datuk Shaziman Abu Mansor
Timbalan Menteri: Datuk Yong Khoon Seng

KEMENTERIAN KESIHATAN:
Menteri: Datuk Liow Tiong Lai
Timbalan Menteri: Datuk Rosnah Rashid Shirlin

KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN:
Menteri: Datuk Ahmad Shabery Cheek
Timbalan Menteri:
1. Datuk Razali Ibrahim
2. Wee Jeck Seng

KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA:
Menteri: Datuk Dr S.Subramaniam
Timbalan Menteri: Datuk Maznah Mazlan

KEMENTEIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA:
Menteri: Datuk Ismail Sabri Yaakob
Timbalan Menteri: Datuk Tan Lian Hoe

KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN:
Menteri: Datuk Kong Cho Ha
Timbalan Menteri: Datuk Lajim Ukin

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT:
Menteri: Datuk Seri Sharizat Jalil
Timbalan Menteri: Datin Paduka Chew Mei Fun

KEMENTERIAN LUAR:
Menteri: Datuk Anifah Aman
Timbalan Menteri:
1. A. Kohilan Pillay
2. Datuk Lee Chee Leong

KEMENTERIAN WILAYAH PERSEKUTUAN:
Menteri: Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin
Timbalan Menteri: Datuk M. Saravanan

08 April 2009

Siapa kata BN kalah?


Siapa kata BN kalah pada pilihan raya kecil di dua bukit dan satu batang? BN tidak kalah di mana-mana kawasan pada PRK kali ini cuma BN gagal merampas Bukit Gantang dan Bukit Selambau tetapi masih mengekalkan kemenangan di Batang Ai.

Bukit Gantang masih kekal di bawah Pas sepertimana PRU-12 lepas, Bukit Selambau kekal bersama PKR dan Batang Ai juga kekal dengan BN. Jadi semuanya tidak berubah... tiada yang kalah dan tiada yang menang.

Ada yang mengatakan kegagalan BN merampas dua bukit sebagai tamparan kepada Najib tetapi aku tidak melihat ia suatu yang perlu dirisaukan. Perlu diingat Najib baru sahaja mengambil alih negara dari Pak Lah beberapa hari ini. Jadi apa yang boleh dilakukan oleh Najib untuk menagih undi dari rakyat yang selama lima tahun dikecewakan oleh PM terdahulu? Tidak mungkin kemusnahan yang dibuat selama lima tahun dapat dibina semula dalam tempoh 5 hari. Tidak...

Begitu juga kehadiran semula bekas PM, Tun Dr. Mahathir yang turun berkempen pada hari2 akhir juga tidak boleh diberikan harapan yang menggunung dapat menarik kembali pengundi di kedua-dua bukit itu ke pangkuan BN. Ini kerana Tun juga baru sahaja kembali ke pangkuan UMNO selepas keluar dari parti hampir setahun. Namun, sekurang2nya ramai di kalangan penyokong UMNO yang selama ini berpaling tadah (kerana kecewa dengan Pak Lah) sudah kembali semula.

Melihat trend kemenangan pembangkang di Bukit Gantang dan Bukit Selambau kedua-duanya mempunyai sebab yang berbeza. Kemenangan Nizar di Bukit Gantang banyak dibantu sentimen "simpati" kerana peralihan kuasa yang berlaku di negeri Perak menyebabkan beliau kehilangan kerusi MB.

Pada masa yang sama para pengundi Cina memberi sokongan pada kepada Nizar kerana ketika menjadi MB selama 11 bulan, beliau banyak memberikan momokan kepada kaum tersebut termasuk pajakan tanah selama 999 tahun kepada kampung2 baru. Pada masa sama mereka juga masih belum yakin dengan kepimpinan Najib yang baru kurang 1 minggu menjadi PM.

Sebaliknya di Bukit Selambau, sebahagian besar pengundi Melayu dalam keadaan serba salah kerana terlalu ramai calon bebas yang mengganggu fikiran mereka dalam membuat keputusan. Tidak salah dikatakan ramai pengundi Melayu memilih calon bebas (Melayu) memandangkan calon BN & PKR masing2 dari kaum India.

Aku berpendapat kedudukan Samy Vellu yang masih lagi kekal sebagai Presiden MIC turut memberi kesan kepada keputusan di Bukit Selambau. Aku percaya pengundi India masih marah dengan Samy yang ingin berkuasa sehingga akhir hayat dan tiada usaha membuat pembaharuan dalam MIC sedangkan parti2 komponen lain dalam BN termasuk UMNO sudah berubah kepimpinan mereka. Sebab itulah pengundi India memberi sokongan kepada Manikumar berbanding Ganeson.

Namun aku percaya andai peralihan kuasa Pak Lah kepada Najib dilakukan lebih awal, misalnya sejurus selepas PRU-12 atau Disember lalu nescaya keputusan PRK di dua bukit akan berbeza berbanding semalam. Ini kerana dalam tempoh tersebut rakyat mempunyai lebih banyak masa untuk menilai kepimpinan Najib.

Jadi, bolehkah kegagalan BN merampas dua bukit diletakkan di bahu Pak Lah yang enggan melepaskan jawatannya lebih awal? Mungkin....

Barisan kabinet Najib?

TERKINI!
Pengumuman kabinet baru pukul 3 pm esok, 9 April!

Menjelang pengumuman barisan kabinet baru oleh PM baru Najib Razak hari ini, pelbagai spekulasi berhubung barisan kabinet itu telah dibuat oleh beberapa pihak.

MalaysiaKini:
1. Najib - PM
2. Muhyiddin - TPM
3. Hishammuddin - Menteri Pelajaran (+ Kem. Pengajian Tinggi)
4. Mukhriz Mahathir - Menteri Belia & Sukan
5. Ismail Sabri Yaakob - Menteri Pelancongan
6. Azian Osman - Menteri di JPM
7. Razali Ibrahim - Menteri Luar Bandar
8. Ahmad Maslan - Menteri Penerangan
9. Zahid Hamidi - Menteri MITI
10. Shafie Apdal - Menteri Pertahanan
11. Zainal Abidin Osman - Menteri Pertahanan
12. Tajuddin Abdul Rahman - Menteri di JPM
13. Kong Chor Ha - Menteri Perumahan

Editorial Blog:
1. Rais Yatim - Menteri Luar
2. Zahid Hamidi - Menteri Dalam Negeri
3. Hishammuddin - Menteri MITI
4. Shafie Apdal - Menteri Pertahanan
5. Shahrizat Jalil - Menteri Pembangunan Wanita

Noor Hasilah Ismail (Asam Pedas):
1. Muhyiddin - Menteri Pertahanan
2. Hishammuddin - Menteri MITI
3. Zahid Hamidi - Menteri Dalam Negeri
4. Razali Ibrahim - Menteri Kebudayaan & Kesenian
5. Shafie Apdal - Menteri Luar Bandar

Nah, yang ini aku pula aku punya jangkaan (berdasarkan sumber2!)

1. Najib - PM & Menteri Kewangan
2. Muhyiddin - TPM & Menteri Pertahanan
3. Zahid Hamidi - Menteri Penerangan/Menteri Dalam Negeri
4. Hishammuddin - MITI
5. Shafie Apdal - Menteri Luar Bandar
6. Noh Omar - Menteri Dalam Negeri/Menteri Pembangunan Usahawan
7. Mustapha Mohamed - Menteri Pelajaran
8. Razali Ibrahim - Menteri Belia dan Sukan
9. Noriah Kasnon - Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat
10. Husni Hanadzlah - Menteri Kewangan II
11. Ng Yen Yen - Menteri Kesihatan

Apa2 pun baik kita sama-sama tunggu pengumuman oleh Najib yang akan disiarkan secara langsung oleh RTM, hari ini.

07 April 2009

Harapan di dua bukit, satu batang... (updated!)

KEPUTUSAN RASMI:
DUN Batang Ai
1. Malcolm Mussem Lamoh (BN) - 3,907
2. Jawah Gerang (PKR) - 2,053
+ BN menang dengan majoriti 1,854 undi.

Parlimen Bukit Gantang
1. Mohd Nizar Jamaluddin (Pas) - 21,860
2. Ismail Saffian (BN) - 19,071
3. Kamarul Ramizu Idris (Bebas) - 62
+ Pas menang dengan majoriti 2,789

DUN Bukit Selambau
1. R.Loganathan (Bebas) - 31
2. Tan Hock Huat (Bebas) - 78
3. Mohd Radhi Mat Lazim (Bebas) - 25
4. S.Manikumar (PKR) - 12,632
5. Mohd Fadzil Wahab (Bebas) - 83
6. Abdul Rahim Abu (Bebas)- 60
7. L. Sarala (Bebas) - 49
8. Datuk S. Ganesan (BN) - 10,229
9. A.Jayagopal (Bebas) - 35
10. S. Moganakumar (Bebas) - 46
11. Khamis Awang (Bebas) - 29
12. Husaini Yaacob (Bebas) - 257
13. Venason Michael (Bebas) - 32
14. Mejar (B) Anuar Abdul Hamid (Bebas) - 528
15. T. Chandrarajan (Bebas) - 73
+ PKR menang dengan majoriti 2,403

POS TERDAHULU:
Hari ini rakyat di Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai keluar beramai-ramai membuang undi bagi memilih wakil-wakil mereka yang baru di Parlimen dan Dewan Undangan Negeri masing-masing. Sehingga tengah hari ini difahamkan proses pembuangan undi berjalan lancar di semua kawasan walaupun puak2 pembangkang mendakwa menahan bas-bas yang membawa pengundi hantu.

Bila kata pengundi hantu di bawa dengan bas, aku tergelak besar sebab begitu hebatnya puak2 pembangkang dah jadi macam geng2 Seekers yang boleh nampak hantu dalam bas. Memang betul ada bas yang bawa hantu tetapi itu yang ditangkap oleh Harun Din untuk dibuang ke laut, tetapi yang ditahan oleh mereka itu bukankah bas2 yang bawa pengundi hantu tetapi bas rombongan bawa penyokong BN ke kawasan mengundi. Macam juga puak2 pembangkang yang bawa penyokong mereka dari luar.

Dalam sibuknya di dua bukit dan satu batang hari ini, ramai yang bertanyakan aku tentang harapan di ketiga2 PRK itu. Nampaknya kali ini aku sukar untuk memberikan jawapan yang konkrit. Tidak seperti PRK Kuala Terengganu dan Permatang Pauh, dari awal lagi aku sudah dapat menduga. Aku percaya kalian juga berfikiran seperti aku.

Benar... amat sukar untuk meramalkan peluang dan harapan pada PRK kali ini terutama di Bukit Gantang dan Bukit Selambau. Walaupun pada firasat awal aku peluang BN di kedua2 kawasan ini agak tipis tetapi dengan kehadiran Tun Mahathir pada hari terakhir berkempen, aku merasakan peluang itu kembali semula. Ini ditambah pula dengan peralihan kuasa kepada Najib yang dilihat rakyat lebih berwibawa dari sebelum ini. Ya, Najib & Tun Mahathir adalah penentu kemenangan BN di kedua-dua bukit ini.

Di Batang Ai, BN tidak mempunyai banyak masalah untuk menang kerana aku percaya rakyat di sana yang kebanyakannya dari suku Dayak masih setia bersama BN, walaupun calon PKR adalah bekas wakil rakyat mereka di sana. Aku percaya sentimen pengundi di Batang Ai bukan pada calon tetapi pada BN yang telah banyak membawa kemajuan di sana.

Pun begitu sebaiknya kita sama-samalah menantikan proses pengiraan undi dan pengumuman SPR malam ini yang aku percaya akan dinanti2kan oleh seluruh rakyat Malaysia...

06 April 2009

Rindukan suara keramat Tun Dr. Mahathir

Andai aku berada di Perak atau Kedah mahu aku memandu seawal pagi ini untuk menghadiri majlis yang akan dihadiri oleh Tun Dr. Mahathir yang akan turun berkempen bagi calon BN pada hari terakhir hari ini. Rindu benar aku pada suara negarawan yang aku kagumi ini, terutama dalam melontarkan kata2 bagi membuka minda dan jiwa pengundi setiap kali pilihan raya diadakan.

Ya, Tun yang selama ini mendapat sokongan padu rakyat sehingga BN tidak pernah tercicir memperoleh kemenangan majoriti 2/3 dalam mana2 pilihan raya umum sejak menerajui negara hinggalah beliau bersara. Malah ketika PRU 1999 iaitu kemuncak cabaran bagi beliau menghadapi pilihan raya umum ketika Anwar bermaharajalela meracuni fikiran rakyat, BN masih mampu bertahan walaupun kehilangan Terengganu pada masa itu.

Dan hari ini dikhabarkan Tun akan turun ke Bukit Gantang dan Bukit Selambau. Nescaya bukan aku sahaja yang teruja menantikan kehadiran Tun yang sudah kembali semula ke dalam UMNO sejurus selepas Najib mengambil alih jawatan PM dari Pak Lah, malahan ribuan penduduk di kedua-dua kawasan tersebut. Sudah pasti ramai yang menantikan hujahan Tun mengenai PPSMI, ISA, peralihan kuasa di Perak dan pembohongan Anwar dan puak2 pembangkang.

Kehadiran Tun pada hari terakhir berkempen mengingatkan aku ketika beliau masih menjadi pemimpin negara yang beliau akan turun padang pada hari2 terakhir pada setiap kali PRU/pilihan raya kecil terutama di kawasan yang dianggap sengit dan setiap kali beliau turun, setiap kali itu juga peratus sokongan pengundi kepada BN meningkat.

Dan hari ini beliau turun ke Bukit Gantang dan Bukit Selambau bagi menarik pengundi khususnya mereka yang berada di atas pagar, para pengundi yang tidak puas hati dengan pentadbiran kerajaan & UMNO terdahulu dan tidak mustahil juga menarik pengundi2 yang selama ini taksub kepada pembangkang.

Rakyat Malaysia termasuk di Perak dan Kedah sudah sekian lama rindukan ucapan Tun yang selama ini begitu indah tersusun tetapi penuh makna, harapan dan impian malah setiap bait ungkapannya akan diingati. Dan suara itu sudah lama menghilang dan hari ini muncul kembali.

Tun... Selamat kembali. Sesungguhnya sudah lama aku dan seluruh rakyat di luar sana merindui suara keramatmu!

05 April 2009

Tamparan untuk Anwar...

Dua perkara yang ditakuti oleh Anwar Ibrahim selama ini telah berlaku selama dua hari ini, iaitu pelantikan Najib Razak sebagai PM ke-6 selepas mendapat perkenan Yang Dipertuan Agong dan keduanya penyertaan semula Tun Dr. Mahathir Mohamad ke UMNO.

Sudah pasti Anwar tidak akan mengakui atau cuba menyembunyikan kebimbangan ini tetapi sebagai orang yang pernah berada dalam kabinet UMNO bersama kedua2 Tun dan Najib, sudah pasti beliau amat mengenali dan memahami kekuatan masing2.

Sebab itu beliau sanggup melakukan apa sahaja termasuk menyebarkan fitnah dan mengupah media asing untuk membuat laporan tidak jelas terhadap Najib semata-mata untuk memastikan Najib tidak dilantik sebagai PM ke-6. Malah beliau juga menggunakan Zaid Ibrahim yang kemudiannya menggesa Agong agar tidak perkenan pelantikan Najib. Siapa Zaid nak nasihatkan Agong?

Dan pada masa yang sama Anwar memuji2 Abdullah yang telah membebaskannya dari tahanan akibat salah laku seks dan politik, bagi tujuan memastikan Tun terus berada di luar UMNO dan mengkritik Pak Lah. Pada masa yang sama Anwar juga mahukan Pak Lah kekal sebagai PM kerana sedar kelemahan Pak Lah sangat menguntungkan politik Anwar.

Bagaimanapun dengan pelantikan Najib sebagai PM dan kemasukan semula Tun dalam UMNO nyata telah menjejaskan peluang Anwar untuk menjadi PM dan sudah pasti menjejaskan juga peluang PR untuk memenangi PRK di dua bukit, satu batang 7 April ini.

Ini kerana peralihan kuasa kepada Najib sudah pasti mengembalikan keyakinan rakyat kepada BN/UMNO selepas hilang keyakinan kepada Pak Lah sehingga sanggup menggadaikan 4+1 negeri ketika PRU-12 lalu.

Dan kembalinya Tun ke dalam UMNO pula mampu menguatkan semula parti selepas wujud rasa tidak senang dan perpecahan dalam parti sejak Pak Lah menerajui parti dan negara.

Kini aku percaya Anwar yang berada dalam kebimbangan, resah dan tidak tentu hala berikutan perkembangan yang berlaku sehari dua ini pastinya akan mencari akal untuk menunjuk2 bahawa beliau masih lagi mampu bertahan walaupun terpaksa berbohong, memfitnah dan apa sahaja yang terlintas difikirannya.

Itulah Anwar Ibrahim...

03 April 2009

Terima kasih Pak Lah...

Hari ini Pak Lah secara rasminya menyerahkan kerajaan Malaysia kepada Najib Razak dan hari ini jugalah berakhirnya era Pak Lah selaku PM Malaysia. Tiada ungkapan lain yang lebih baik untuk diberikan kepada Pak Lah melainkan ucapan "terima kasih".

Terima kasih Pak Lah kerana akhirnya sudi menyerahkan jawatan walaupun sepatutnya penyerahan ini berlaku lebih awal iaitu sejurus selepas PRU-12.

Terima kasih Pak Lah kerana meninggalkan Seri Perdana walaupun Pak Lah meninggalkan juga legasi Pak Lah sebagai penerus Pak Lah dalam UMNO.

Terima kasih Pak Lah kerana akhirnya akur dengan kehendak rakyat dan sebahagian pemimpin Pak Lah sendiri agar kepimpinan negara diserahkan kepada orang yang lebih berwibawa.

Terima kasih Pak Lah kerana menyerahkan empat negeri kepada pembangkang dan sudah pasti nama Pak Lah bakal tercatat dalam sejarah politik negara.

Terima kasih Pak Lah kerana tidak melaksanakan apa-apa projek mega sepanjang 5 tahun menjadi PM dan sudah pasti ia telah menyelamatkan berjuta-juta ringgit wang rakyat ke kantong2 kroni Tingkat 4.

Terima kasih Pak Lah kerana membebaskan Anwar Ibrahim yang akhirnya "menggigit" Pak Lah sendiri sehingga hampir sahaja merampas kuasa melalui jalan belakang di bawah Projek 16 Septembernya.

Terima kasih Pak Lah kerana membatalkan pembinaan jambatan bengkok yang akhirnya menimbulkan kebencian di kalangan rakyat terutama di Johor tetapi pada masa sama mengembirakan pemimpin2 negara jiran.

Terima kasih Pak Lah kerana memberi muka kepada kaum minoriti terutama Hindraf sehingga mencetuskan rasa tidak senang di kalangan rakyat majoriti.

Terima kasih Pak Lah kerana lambat bertindak terhadap suara & rungutan rakyat sehingga rakyat semakin muak dan bencikan UMNO dan kerajaan BN.

Terima kasih Pak Lah kerana sepanjang 5 tahun menjadi PM, Pak Lah telah berjaya menjadikan puak2 Tingkat 4 orang kaya baru dan menjadi tok dalang dalam pemerintahan Pak Lah.

Terima kasih Pak Lah kerana Pak Lah mengenepikan idea2 dan pandangan orang lain semata-mata lebih percayakan para pemikir dari Tingkat 4 yang konon begitu bijak sebab lulusan Oxford, sepertimana menantumu.

Terima kasih Pak Lah kerana mencetuskan idea pembinaan koridor ekonomi yang aku dan seluruh rakyat tidak faham dan tidak terjangkau difikiran tentang apa yang mahu dilaksanakan.

Terima kasih Pak Lah kerana berjanji untuk tidak akan mengkritik atau campur tangan dalam pentadbiran Najib kerana berpegang kepada peribahasa "ketam tidak boleh mengajar anaknya berjalan lurus".

Terima kasih Pak Lah kerana banyak lagi yang mahu aku sampaikan tetapi cukuplah setakat ini dahulu dan aku harap selepas ini Pak Lah pergilah berehat di rumah Pak Lah di Australia sana membawa bersama anak2 dan isterinya.

Terima kasih Pak Lah kerana tiada lagi kelibat Pak Lah di mana-mana selepas ini dan Pak Lah bolehlah duduk berehat di rumah sambil bermuhasabah diri.

Terima kasih Pak Lah... sampai berjumpa lagi!

02 April 2009

Pasca pemilihan UMNO II

Hari ini Pak Lah telah menghadap Agong meminta perkenan untuk melepaskan jawatan PM kepada Najib dan esok disahkan Najib akan mengangkat sumpah manakala 8 April pula, Najib akan mengumumkan barisan kabinet baru.

Berdasarkan cakap2 di warong Pak Tam, aku dimaklumkan beberapa kementerian bakal menerima menteri baru. Khabarnya hanya enam menteri lama UMNO yang kekal dalam kabinet Najib, siapa tu?

Berdasarkan beberapa petunjuk, berikut senarai menteri dan portfolio kementerian masing-masing :

1. Najib - PM & Menteri Kewangan
2. Muhyiddin - TPM & Menteri Pertahanan
3. Zahid Hamidi - Menteri Penerangan/Menteri Dalam Negeri
4. Hishammuddin - MITI
5. Shafie Apdal - Menteri Luar Bandar
6. Noh Omar - Menteri Dalam Negeri/Menteri Pembangunan Usahawan
7. Mustapha Mohamed - Menteri Pelajaran

Dijangka dilantik sebagai menteri:
1. Razali Ibrahim - Menteri Belia dan Sukan
2. Noriah Kasnon - Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat
3. Husni Hanadzlah - Menteri Kewangan II

Dijangka digugurkan:
1. Azalina Othman Said
2. Syed Hamid Albar
3. Mat Taib
4. Shabery Cheek
...

Sama ada betul atau tidak segala cakap-cakap ini, baik kita sama-sama tunggu 8 April ini!

01 April 2009

April fool... Ali Rustam lepas jawatan

Tidak... tidak... Ini semua cerita April Fool... Tidak, Ali Rustam tidak mungkin lepaskan jawatan sebagai Ketua Menteri Melaka. Ini semua April Fool... Dia sudah kata kedudukannya terletak di tangan Najib dan dia tidak perlu letak jawatan. Ini semua April Fool!

Najib beluam angkat sumpah jadi PM dan barisan kabinetnya hanya dibentuk selepas pilihan raya kecil dua bukit satu batang 7 April ini. Najib belum tentukan kedudukan Ali Rustam. Kalau ada dengar khabar dia melepaskan jawatan itu semua April Fool...

Siapa nak ganti dia di Melaka jika dia berundur? Siapa??? Ah... Tak mungkin ADUN itu tidak. Kalaupun dia ADUN senior di Melaka tak bermakna dia boleh ganti Ali Rustam. Tidak... itu semua April Fool...

Ali Rustam masih kekal Ketua Menteri Melaka dan dia masih dibenarkan memegang jawatan itu walaupun tidak dibenarkan bertanding pada pemilihan UMNO hari itu. Tidak... ini semua April Fool!

Racun Anwar makin tawar

Kalau orang tanya aku siapakah manusia paling bahaya dalam Malaysia ini aku kata Anwar Ibrahim. Bukan sebab dia kaki sontot tetapi kerana dia adalah makhluk perosak dan paling bahaya dia menjadi racun kepada negara.

Ada yang menggelarkan dirinya Si Kitol yang kerjanya menghasut orang Melayu sehingga timbul hasad dengki, fitnah memfitnah dan berpecah belah di kalangan Melayu sehingga memudahkan bangsa asing menjajah negara ketika zaman Kesultanan Melaka dahulu. Si Kitol adalah watak serupa yang dimainkan oleh Anwar zaman ini.

Ya, Anwar pernah meracuni ahli2 UMNO sehingga wujud pecah belah ketika beliau dipecat dari menjadi TPM dahulu sehingga ahli2 UMNO yang setia dengannya bergabung membentuk PKR. Ya, PKR adalah pecahan UMNO yang notabene otak dan pemikiran mereka sama dengan UMNO. Bezanya, UMNO memperjuangkan nasib bangsa Melayu, PKR memperjuangkan Melayu bernama Anwar Ibrahim.

Tetapi sejak Pak Lah mahu menyerahkan tampok Presiden UMNO & PM kepada Najib, Anwar semakin agresif menuang racun dalam otak fikiran rakyat kerana beliau bercita2 untuk mejadi Perdana Menteri, sepertimana cita2 beliau ketika mula2 menyertai UMNO dahulu. Gagal melalui UMNO, beliau mencuba melalui PKR dan usaha tersebut menampakkan ruang selepas keputusan PRU-12. Namun hasrat untuk merampas kuasa melalui jalan belakang 16 September 2008 ternyata gagal.

Kegagalan itu lebih parah apabila kerajaan Perak yang dimenangi puak2 pembangkang terlepas di tangan BN dengan cara yang sama yang diinginkan oleh Anwar. Bezanya kejayaan BN di Perak datang sendiri tanpa ada usaha2 kotor termasuk memujuk wakil2 rakyat sehingga ke luar negara.

Melihat Najib adalah penghalang utama untuk beliau menguasai negara dan menjadi PM maka Anwar menebar racun berbisa untuk ditelan oleh rakyat. Anwar meracuni rakyat dengan isu Altantuya dan rampasan kuasa di Perak sedangkan pada masa sama menutup kes beliau meliwat orang suruhannya sendiri.

Banyak yang melihat keputusan PRU-12 serta dua pilihan raya kecil di Permatang Pauh (memenangkan Anwar) dan Kuala Terengganu adalah hasil racun yang ditanam Anwar di kalangan rakyat sehingga rakyat memilih calon pembangkang berbanding BN. Tetapi ia bukanlah mutlak kerana pada masa yang sama ramai rakyat, ahli UMNO dan penyokong BN yang tidak berpuas hati dengan dasar2 Pak Lah sehingga mereka berpaling tadah. Dan sebab inilah menjadi punca BN kehilangan 4+1 negeri (tidak termasuk Kelantan).

Namun peralihan kuasa Pak Lah kepada Najib baik dalam parti mahupun kerajaan (yang dijangka akan berlaku pada 3 April) telah menjadi penawar kepada racun yang ditanam oleh Anwar kepada rakyat. Kini rakyat semakin yakin dengan BN di bawah Najib dan barisan saf barunya walaupun beberapa pemimpin yang menang pada pemilihan UMNO dipersoalkan.

Ya, peralihan kuasa Pak Lah kepada Najib yang selama ini cuba digagalkan oleh Anwar dengan pelbagai cara termasuk menggunakan media asing & suara Zaid Ibrahim nyata menampakkan titik cerah kepada perpaduan bangsa, khususnya keyakinan semula rakyat BN/UMNO.

Semua ini akan dituangkan pada 3 pilihan raya kecil yang akan berlangsung di Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai 7 April ini. Aku percaya walaupun Anwar dan puak2 pembangkang terus memainkan isu-isu Altantuya mahupun isu2 lapok seperti pengundi hantu, tetapi kini pengundi sudah mampu berfikir jernih lantaran racun yang ditanam oleh Anwar semakin tawar.

Aku percaya jika para pemimpin BN/UMNO terus menjalankan kempen melalui ceramah2 penerangan dan "counter-attack" isu-isu yang dimainkan pembangkang melalui fakta & sejarah, nescaya pengundi di ketiga2 kawasan tersebut akan mampu menilai yang mana intan dan yang mana kaca.

Kini Anwar semakin hilang haluan, usaha menjadi PM akan gagal setelah Najib mengangkat sumpah sebagai PM 3 April ini dan racun2 yang ditanam Anwar di kalangan rakyat, pemimpin dan penyokong Pas akan mula tawar dan tidak berkesan lagi.

Dan aku percaya suatu hari nanti Anwar juga akan pupus, dipupuskan oleh racun2 yang beliau sendiri taburkan untuk membunuh orang lain!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...