29 June 2009

Nik Aziz...

Nik Aziz buat hal lagi. Dulu kata UMNO kafir, UMNO toghut sekarang kata UMNO macam komunis, macam Ayah Pin. Aku malas nak komen banyak pasal Nik Aziz tetapi korang semua boleh menilai sendiri Tok Guru ini.

Puak2 Pas tak payah nak tanya sebab mereka sudah taksub. Apa saja Tok Guru cakap memang benar belaka dan apa orang lain cakap waima mufti sekali pun semuanya tak betul. Biarlah mereka...

Merewang Tok Guru ini biasanya datang tiap kali tiba pilihan raya. Dan dah dekat2 pilihan raya kecil Manek Urai di Kelantan ni, mulalah Tok Guru merewang.

Tak apalah apa dia nak kata kat UMNO.. katalah! Bukannya luak pun. Rasulullah dulu pernah berpesan kepada para sahabat agar jangan membalas kemarahan orang kafir terhadap baginda sebaliknya berdoa agar pintu hati mereka dibuka.

"Sesungguh mereka adalah orang yang tidak mengetahui..."

Sebab Allah akan berada di sisi orang yang sabar dan bukannya jenis kepala angin yang cepat melatah dan naik marah bila sesama Islam ajak berdamai sebaliknya bukan main mesra dengan puak2 yang jelas2 menentang Islam.

28 June 2009

Larang? mmph... kejap je tu!

Indonesia tetap hentikan penghantaran pembantu rumah ke Malaysia? Entah berapa kali sudah aku baca hal-hal macam ni sejak sekian lama. Aku ingat setiap ada kes libatkan bibik di Malaysia, kerajaan Indonesia mulalah keluar kenyataan sedemikian. Balik-balik hentikan "eksport" bibik. Tapi kedatangan bibik-bibik dari seberang ini tidak juga hentinya.

Aku percaya langkah yang dibuat oleh kerajaan Indonesia ini bersifat sementara ditambah pula dengan negara itu sedang berkempen untuk memilih Presiden. Jadi macam-macam kenyataan dibuat kerajaan sana untuk mengambil hati rakyatnya.

Apakah mengambil tindakan menghentikan penghantaran pembantu rumah akan menyebabkan rakyat mereka tidak datang ke sini? Aku percaya tidak. Mereka sedia bergadai harta dan nyawa untuk ke sini demi mencari sesuap nasi kerana mereka boleh tahu hidup mereka sekeluarga boleh berubah jika datang bekerja di Malaysia. Kalau tak dapat datang cara halal mereka masuk cara haram...

Mahukah mereka menjadi bibik di negara sendiri dengan gaji sekitar Rp50,000 (RM20) sebulan sedangkan di sini mereka boleh memperoleh RM350 sebulan gaji asas? Bayangkan setiap tahun berapa banyak bank-bank Indonesia boleh memungut hasil wang yang dihantar para pembantu rumah ke negara mereka? Berapa banyak pula cukai yang dikutip oleh kerajaan mereka?

Takkanlah mereka nak mempersia-siakan keuntungan yang mereka dapat hasil daripada pengeksportan bibik ke sini? Sudah pasti tidak kerana mereka tahu banyak keuntungan yang mereka peroleh berbanding dua tiga kerat bibik yang didera dek majikan tak berhati perut.

Aku percaya larangan penghantaran bibik ke negara ini hanyalah bersifat sementara dan selepas pemilihan Presiden selesai, aku percaya mereka menarik balik larangan ini. Jadi para majikan & ejen-ejen yang bimbang tidak memperoleh bekalan bibik janganlah bimbang sebab tidak lama lagi berduyun2 bibik dari pelosok Indon yang mahu datang ke sini.

Dan kepada pihak2 yang meminta kerajaan ambil amah dari China, hentikanlah cadangan (atau desakan) itu kerana ia tidak membawa apa2 makna. Sebabnya takut nanti amah China dibenarkan dibawa masuk, amah Indon juga sudah dibenarkan. Payah....!!

26 June 2009

Perginya seorang Raja Pop!

Raja Pop Dunia, Michael Jackson disahkan meninggal dunia di sebuah hospital di Los Angeles pagi ini disebabkan jantungnya gagal berfungsi. Penyanyi lagu Beat It & Thriller meninggal dunia dalam usia 50 tahun. Itulah berita gempar seawal pagi ini yang aku dapat tahu.

Aku tak tahu nak cakap apa sebab hidup mati di tangan Allah walaupun beliau seorang raja sekalipun. Cuma yang aku nak tahu Michael ini akan dikebumikan di mana sebab aku pernah terbaca katanya dia telah memeluk Islam.

Jadi kalau benarlah Michael Jackson telah memeluk Islam, sudah tentu beliau akan dikebumikan secara Islam. Dan hal ini mungkin akan menjadi isu yang hangat sebab tentunya keluarga mereka menuntut dia dikebumikan secara Kristian.

Huh.... tak tahulah! Tunggu dan lihat sahaja nanti.

UMNO punya pasallah ni...

Ini kisah benar yang pernah aku alami ketika aku berkunjung ke rumah seorang pakcik aku di satu negeri. Kebetulan aku sampai ke rumahnya sudah senja dan aku harap boleh singgah sembahyang Maghrib di sana. Tapi bila aku menghampiri rumahnya, keadaan agak suram dengan cahaya lilin kelihatan dari dalam rumah.

Bila sampai di pintu, aku sekeluarga disambut pakcik aku. Aku bertanya pakcik aku, kenapa bergelap dan pakai lilin? Black-out ke? Tapi kenapa rumah jiran semuanya terang benderang dengan cahaya lampu?

"Hah!! inilah UMNO... UMNO la punya pasal ni. Memang suka menyusahkan hidup orang. Inilah UMNO, inilah Pak Lah (masa tu zaman Pak Lah jadi PM)...," pakcik aku bersuara. Nadanya cukup emosi. Aku hairan juga apa hubungan UMNO dengan letrik rumahnya?

Aku malas nak tanya lebih pakcik aku sebab aku tau dia memang orang kuat sebelah sana. Jadi aku diamkan sajalah.

Lepas sembahyang maghrib aku tanyalah makcik aku, kenapa tak ada letrik? Makcik aku kata, macam mana nak ada... dah kena potong sebab dah 3 bulan tak bayar bil! Laaa...

Dan aku percaya ada ribuan lagi orang yang berfikiran macam pakcik aku. Semua masalah dalam negara ini adalah kerana UMNO. Pokok pangkalnya UMNO punca segala-galanya. Malah orang mati accident pun sebab UMNO... yelah salah UMNO buat jalan & lebuh raya cantik2. Maka ramai yang memecut akhirnya banyak kemalangan.

Tapi kalau pakcik aku yang tak sekolah tinggi berfikiran macam tu okeylah. Ini orang yang berpendidikan sampai U, jadi pegawai dan gaji besar pun masih berfikiran macam pakcik aku. Kesihan...!

25 June 2009

Aku dan Mufti Perak


Nampaknya pandangan aku dengan Mufti Perak, Datuk Harussani Zakaria senada dalam soal perpaduan Melayu. Lihatlah apa yang dinyatakan oleh beliau sepertimana yang disiarkan dalam Utusan Malaysia hari ini.

Beliau antara lain berkata:
... parti yang mendakwa Islam ini bertindak tidak seperti mana DAP yang tidak bergaduh sesama parti Cina lain malah sanggup pula bersatu demi kejayaan kaum sendiri... - Utusan Malaysia, 25 Jun 2009.

Hal ini aku pernah berikan pandangan aku dalam tulisan aku sebelum ini iaitu di bawah tajuk "Melayu perlukan UMNO dan Pas". Dalam posting aku pada 21 Jun aku nyatakan:
Namun, dalam hal2 tertentu UMNO dan Pas boleh "bekerjasama" terutama apabila ia melibatkan kepentingan Melayu dan agama Islam. Misalnya apabila ada pihak2 tertentu yang mahukan Chin Peng dibenarkan pulang, Pas sebagai parti Melayu kedua terbesar dan berlandaskan Islam bersama-sama UMNO menentang cadangan ini. Begitu juga soal penggunaan nama Allah dan macam-macam isu lain.

Amalan inilah yang dilakukan oleh MCA, Gerakan dan DAP (parti kaum Cina), di mana walaupun mereka membawa ideologi politik berbeza tetapi apabila bercakap soal kaum mereka, mereka membuang perbezaan politik dan sedia bergabung bersama-sama. Lihatlah apabila mereka memperjuangkan soal SJKC malah isu kandang babi sekali pun.
- MTB 21 Jun 2009
Alhamdulillah, sekurang2nya pandangan aku selari dengan pandangan orang bijak pandai seperi Harussani walaupun aku hanyalah seorang penulis blog kecil yang tiada nama dan tiada pengaruh.

24 June 2009

Amah dari China pulak....

Apabila kerajaan Indonesia bercadang nak hentikan penghantaran pembantu rumah ke sini, ada yang cadangkan supaya kita import pula pembantu rumah dari negara China. Pergh... aku tak dapat bayangkan jika ini dibenarkan, sudah pastilah berduyun2 warga China datang ke sini.

Sekarang inipun warga China yang ada di sini sudah berlambak-lambak. Mereka datang atas kapasiti pelancong atau pelajar tetapi sampai di sini macam-macam pekerjaan mereka buat termasuk jadi GRO, pelacur dan lain-lain.

Jumlahnya bertambah dari masa ke semasa. Maklum kalau dulu cuma ada penerbangan ke Beijing dan Shanghai saja, sekarang ini di hampir seluruh pelosok China dapat terbang terus ke KLIA. Tapi bukan aku nak salahkan syarikat penerbangan. Itu baik untuk industri pelancongan tetapi pada masa sama meningkatkan industri "pelacuran" negara. Payah....!

Bayangkan kalau warga China diberi lesen untuk datang sebagai pembantu rumah, aku tak tahu apa nak jadi dengan negara ini. Sudah pasti pihak berkuasa tak cukup kaki dan tangan untuk menangani masalah demi masalah yang ditimbulkan.

Sudahlah masalah limpahan warga Indonesia, Pakistan, Nepal, Bangladesh, Vietnam, India, kulit hitam Afrika sekarang nak dibebankan pula dengan warga China. Masalah... masalah!

Aku harap kerajaan jangan duk layan permintaan dari puak2 ini sebabnya mereka hanya memandang dari sudut jangka pendek tetapi jangka panjangnya ia akan memberi kesan yang sangat tidak elok untuk negara.

Kalau Indonesia hentikan penghantaran bibik ke sini, janganlah sibuk-sibuk cari market dari negara lain. Eloklah macam tu supaya orang kita mula belajar untuk hidup tanpa orang gaji. Selama ini mak bapak kita besarkan kita, sekolahkan kita sehingga kita berjaya tanpa bantuan orang gaji. Semuanya dilakukan sendiri.

Itu satu hal. Yang aku bimbang ialah kalau-kalau tiba-tiba komposisi penduduk negara boleh berubah. Maklum sekarang ini ramai yang nak jadi warganegara Malaysia yang mempunyai kerajaan yang sangat baik hati yang sedia melayani apa sahaja kehendak rakyat dan diberikan apa sahaja yang mahu. Mana ada negara yang macam Malaysia?

Tak ada rumah diberi rumah, tak ada duit diberi duit, tak ada IC diberi IC, tak ada visa diberi visa... silap2 tak ada warganegara pun diberi warganegara. Memang pemurah. Bimbang benar aku.

Masakan tidak kalau nak tambah komposisi kaum India di sini, kita boleh "import" dari India. Bawa mereka ramai2 ke sini dan kemudian buat kenyataan mereka tiada IC dan nanti urusan pemberian IC akan dilakukan. Mereka akhirnya jadi warganegara Malaysia. Nak tambah komposisi kaum Cina, kita juga boleh import dari tanah besar sana. Berapa ramai mau tinggal angkut saja.

Tapi dari mana kita nak import orang Melayu? Mana ada negara yang Melayunya macam Melayu sini? Indon? Afrika? Sri Lanka? Brunei?? Mana... mana ada!

Sedangkan pada masa yang sama Melayu yang ada kat sini yang komposisinya makin berkurangan pula asyik berkelahi. Tak ngam satu sama lain, asyik dengki mendengki, caci maki, berebut jawatan, berebut harta.

Jadi aku harap mana-mana pihak yang mahu "import" lebih ramai warga asing (dengan apa alasan sekalipun) fikirkanlah jangka panjang kesan dari cadangan tersebut. Jangan sampai nanti negara sendiri ditakluk oleh warga asing kerana sikap kita yang terlalu baik.

Belajar dari sejarah kejatuhan empayar Melaka!!

23 June 2009

Siapa tolak siapa?

Bila pakatan pembangkang terdiri daripada Pas, DAP dan PKR menolak idea kerajaan perpaduan timbul tanda tanya dalam benak kepala aku, terutama apabila Hadi Awang turut sama menandatangani surat penolakan tersebut.

Sebabnya siapa sebenarnya yang mencetuskan idea penubuhan kerajaan perpaduan ini? Bukankah di pihak Pas atau Nik Aziz kata individu dalam Pas termasuk Hadi Awang. Jadi persoalannya sekarang siapa yang menolak siapa?

Kalau pakatan tak bersetuju dengan kerajaan perpaduan, okey. Aku pun bukannya seronok sangat dengan kerajaan perpaduan ini. Lagipun seperti kata Najib, BN masih kuat untuk mentadbir negara dan tak perlu pun kerajaan perpaduan ini. Buktinya dalam Parlimen BN masih menguasai majoriti.

Aku pun bersetuju dengan Najib. Buat apa nak gabung-gabung kerajaan dengan puak2 munafik ini sebabnya BN masih gah mentadbir negara. Kita tidak boleh menilai keputusan PRU-12 sebagai tanda kelemahan BN. Betul BN kehilangan beberapa negeri pada pilihan raya lalu tapi harus diingat ia adalah kerana gerakan dalam BN sendiri untuk melemahkan PM pada masa itu, dalam usaha menurunkannya secara terhormat.

Dan puak2 pembangkang tidak sepatutnya mendabik dada konon mereka semakin kuat dan semakin mendapat tempat di hati rakyat. Oh... lupa mereka menang hampir kesemua pilihan raya kecil yang diadakan selepas PRU-12 tapi apakah itu menandakan majoriti rakyat menyokong pembangkang? Belum tentu...

Seperti yang aku katanya sebelum ini jika Pas atau puak2 dalam Pas yang bercadang untuk menubuhkan kerajaan perpaduan semata-mata untuk memperkukuhkan Melayu dan Islam, tidak perlulah mereka bergabung di bawah mana-mana parti kerajaan baik UMNO atau BN. Cukup mereka menyampaikan suara senada dengan UMNO untuk mempertahankan Melayu & Islam jika hal dan hak berkaitan dengannya dicabar.

Sanggupkah puak2 Pas berbuat demikian? Aku percaya mereka tidak akan...!

21 June 2009

Melayu perlukan UMNO dan Pas

Apa yang ada dalam benak fikiran Hadi Awang, Nasharudin Mat Isa dan sekumpulan pemimpin Pas lain mengenai "kerajaan perpaduan" seperti mana mereka cetuskan? Apakah:

A) Kerajaan yang dibarisi para pemimpin BN yang mendapat majoriti dalam PRU-12 lalu dan disertakan juga para pemimpin pembangkang dari Pas (ada cadangan diajak juga PKR dan DAP).

B) Kerajaan yang dibentuk dengan penyertaan Pas sebagai parti komponen dalam BN (yang kini merupakan parti gabungan beberapa parti lain yang mewakili semua kaum).

C) Kerajaan "campuran" BN dan Pakatan Rakyat.

Andai dibuat taksiran secara kasar dengan kerajaan perpaduan (english: unity government), itulah rupanya.

Kalau beginilah bentuk kerajaan perpaduan yang dicetuskan secara peribadi sekumpulan pemimpin dalam Pas, sama ada bentuk A, B atau C aku sama sekali tidak bersetuju. Tapi kalau aku tak bersetuju pun apa yang boleh aku halang?

Sebabnya jika bentuknya seperti A, bermakna ia sama dengan C iaitu kerajaan yang dibarisi oleh wakil2 parti yang bertanding dalam PRU kemudian disatukan di bawah satu kerajaan yang juga dipanggil kerajaan campuran. Kerajaan campuran kalau di sesetengah negara adalah biasa apabila tidak ada mana-mana parti memperoleh majoriti dalam PRU. Macam berlaku di Perak-lah! Boleh dibentuk kerajaan campuran jika mahu.

Jika bentuk seperti ini yang dimahukan, ia akan "melemahkan" kuasa pembangkang atau mungkin melenyapkan terus suara pembangkang terutama dalam Parlimen. Sedangkan dalam pentadbiran negara, kita memerlukan suara pembangkang sebagai pengimbang dan penyemak (check & balance) bagi memperkukuhkan sesuatu dasar yang dibuat.

Harus diingat politik di Malaysia berbeza dengan negara-negara lain kerana latarnya yang mempunyai perbezaan kaum, agama, bangsa dan budaya yang hidup dalam sebuah negara dengan berkongsi dalam segala hal. Aku ingat dalam dunia ini hanya Malaysia dan Singapura sahaja yang mempunyai latar sedemikian.

Jika bentuk B, ia akan mengulangi tahun 1974 dahulu apabila Pas menyertai BN dalam PRU pada masa itu. Hasilnya beberapa pemimpin Pas telah diberikan jawatan dalam kabinet termasuk Allahyarham Datuk Asri Muda yang kalau tidak salah aku memegang portfolio Menteri Luar Bandar.

Bentuk seperti inilah menjadi penyebab Nik Aziz menolak dan menentang kerajaan perpaduan sehingga beliau menempelak pemimpinnya sendiri. Sebabnya Pas merasakan mereka mengalami pengalaman pahit ketika bersama BN. Dan aku percaya jika seperti ini yang dimahukan oleh pencetus gagasan kerajaan perpaduan, ia amat sukar dilakukan.

Bagi aku, orang Melayu masih memerlukan UMNO dan pada masa yang sama memerlukan Pas kerana masing-masing membawa ideologi yang berbeza yang bergerak selari dan tidak mungkin dapat bertemu di satu titik noktah.

Namun, dalam hal2 tertentu UMNO dan Pas boleh "bekerjasama" terutama apabila ia melibatkan kepentingan Melayu dan agama Islam. Misalnya apabila ada pihak2 tertentu yang mahukan Chin Peng dibenarkan pulang, Pas sebagai parti Melayu kedua terbesar dan berlandaskan Islam bersama-sama UMNO menentang cadangan ini. Begitu juga soal penggunaan nama Allah dan macam-macam isu lain.

Amalan inilah yang dilakukan oleh MCA, Gerakan dan DAP (parti kaum Cina), di mana walaupun mereka membawa ideologi politik berbeza tetapi apabila bercakap soal kaum mereka, mereka membuang perbezaan politik dan sedia bergabung bersama-sama. Lihatlah apabila mereka memperjuangkan soal SJKC malah isu kandang babi sekali pun.

Sebab itulah sejak merdeka sehingga kini kita tidak pernah mendengar usaha pembentukan satu parti Cina, cadangan penggabungan DAP dan parti komponen Cina BN. Tidak... tidak pernah sebab kaum Cina mahukan adanya parti pembangkang dalam kerajaan. Maknanya kaum Cina memerlukan MCA dan Gerakan di dalam kerajaan tetapi pada masa sama mahukan DAP sebagai pembangkang.

Bukannya apabila timbul isu yang menyentuh soal Melayu dan Islam oleh kaum lain, Pas menyokong kemahuan mereka semata-mata menjaga hubungan baik dalam pakatan pembangkang sehingga meminggirkan kepentingan Melayu dan Islam.

Inilah makna "kerajaan perpaduan" bagi aku dan bukannya seperti A, B atau C.

Cuma jika mahu mengamalkan politik baru, yang tidak jumud, antara mereka perlulah saling menghormati. Orang Pas menghormati orang yang menyokong UMNO dan sebaliknya. Begitu juga jika ada yang memilih untuk menyokong parti lain, perlu dihormati.

Amalan memaki hamun orang lain yang tidak bersama menyokong parti yang mereka pilih atau membuat tuduhan-tuduhan melampau terhadap parti lain adalah politik lapok yang sudah tidak relevan.

17 June 2009

Bila Tok Guru pun hilang sabar....

"Mung gi lah masok UMNO nung!" Begitulah gamaknya nada suara Tok Guru Nik Aziz yang begitu marahkan Nasharudin Mat Isa kerana bercakap tentang kerajaan perpaduan. Tak sangka pula Nik Aziz bertaraf tok guru dan ulama boleh hilang sabar hanya kerana "kerajaan perpaduan". Teringat aku sabda Rasulullah... "Sesungguhnya sabar itu sebahagian daripada iman".

Aku boleh bayangkan bagaimana muka Nasharudin bila ditempelak dek Tok Guru hanya kerana bercakap mengenai perpaduan Melayu dan umat Islam dan kerajaan perpaduan yang belum tahu hujung pangkalnya. Kesian Nasharudin....

Tapi yang nyata "kemarahan" Tok Guru ini menampakkan dengan jelas sifat sebenar Nik Aziz yang selama ini aku sanjung dia sebagai orang alim yang sabar, tinggi budi pekerti dan bertawadu' tapi semuanya hilang kerana "kerajaan perpaduan".

Dan yang aku naik hairan bagaimana Nik Aziz boleh menuduh kerajaan perpaduan adalah perangkap UMNO untuk memecah-belahkan Pas dan pakatan rakyat sedangkan seingat aku idea kerajaan perpaduan pertama kali keluar dari mula golongan muda Pas yang kemudiannya mendapat sokongan Hadi Awang selaku Presiden.

Nampak sangat Nik Aziz sendiri tidak faham dengan kerajaan perpaduan dan tiada siapa pun menjelaskan apa itu kerajaan perpaduan. Dan aku percaya pemimpin UMNO termasuk Najib pun masih kabur dengan apa yang dimaksudkan dengan kerajaan perpaduan yang lahir dari cetusan hati dan nurani pihak Pas sendiri.

Sebab itulah sebelum sebarang keputusan dibuat baik di pihak Nik Aziz atau Najib, kedua-dua pihak perlu duduk semeja dan berbincang dengan hati yang ikhlas dan lapang dada perihal kerajaan perpaduan ini. Apakah ia sebagai kerajaan bersama, kerajaan bersekutu atau apa.

Tidak guna Nik Aziz dan pihak-pihak tertentu melatah dan melenting apabila bercakap soal kerajaan perpaduan kerana ia masih belum jelas, masih di peringkat cadangan mulut dan masih belum ada hitam putih. Janganlah Nasharuddin pula nak dihalau, jangan... berdosa!

Nik Aziz tidak sepatutnya begitu menggelabah bila bercakap soal kerajaan perpaduan kerana aku percaya bukan niat Nasharuddin, Hadi atau puak-puak yang bersetuju dengannya mahu Pas masuk BN atau membubarkan parti itu, tidak. Aku percaya niat mereka ialah untuk menyatukan semula suara Melayu, suara Islam di bumi ini.

Salahkah Hadi mahu menebus kesilapannya mencetuskan Amanat Hadi dahulu? Salahkan Nasharuddin, pemimpin ulama muda yang mahu melihat umat Melayu dan Islam di Malaysia bersatu? Salahkah mereka sehingga mereka dianggap sampah (edited)??

Aku harap selepas ini Nik Aziz dapat bermunajat dan mintalah petunjuk daripada Allah kerana sesungguhnya Allah itu amat mengetahui.

Apabila sudah kemarut gelaran "dato"

Orang dulu-dulu kalau demam sikit kemarut nak makan buah laici dalam tin. Huh, dapat tu langsung kebah demam. Kalau puak2 pembangkang di Perak pula kemarut nak jadi memerintah negeri, walhal dah pernah pegang negeri setahun tapi sebab tak cermat jaga kawan-kawan akhirnya melepas.

Tapi tak tahu pula aku kalau ramai di kalangan orang kita kemarut nak dapat gelaran. Tak kiralah dato' ke, dato' seri ke, tan sri ke atau apa sahaja. Agaknya sebab itulah ada orang memperdagangkan gelaran sebab ramai yang kemarut nak gelaran. Yelah, kalau nak dapatkan dari sultan-sultan di Malaysia bukan senang, apa lagi kalau dari negeri Johor... mimpi je lah.

Biasanya gelaran diberikan kepada ahli-ahli politik atau mereka yang mempunyai jasa kepada negeri dan negara saja yang diberi gelaran atau pingat atau darjah kebesaran ni. Yelah, kalau tak keliling dunia pun sekurang-kurang dapat pingat perak kat Olimpik pun dah kira layak dapat dato.

Tapi kalau kita ni tak dikenali walaupun banyak jasa, atau kita tak ada jasa apa2 alamatnya mimpilah nak pakai gelar Dato, Dato Seri, Tan Sri dan macam-macam sri lagi. Paling-paling pun diberilah PJK, tapi bukanlah "Perut Jalan Kedepan"!

Oleh sebab ramai yang kemarut nakkan gelaran sebegini maka adalah usaha-usaha untuk memperdagangkan gelaran tersebut. Yang peliknya, mereka sanggup pula bayar berpuluh atau beratus ribu semata-mata nakkan gelaran sedemikian. Kalau tak dapat dalam negara, luar negara pun boleh terutama dari negara-negara jiran.

Kalau dulu aku selalu dengar orang dapat dato dari kerajaan Sulu. Maka ramailah yang turun naik ke Sabah sebab nakkan gelaran dato. Tapi sekarang ini khabarnya ada pula kerajaan di negara-negara jiran yang sediakan darjah kebesaran yang membawa gelaran dato dan dato seri.

Diterima atau tidak oleh kerajaan Malaysia mereka tidak peduli sangat, asalkan depan nama mereka boleh ditaruk Dato' atau Dato' Seri sudah memadai. Yelah, kalau tak dapat projek juta-juta pun dapat tackle artis, model atau pramugari dah cukuplah. Maklum, kalau tak ada gelar sedemikian para selebriti dan "select-pitis" ini tak pandang punya!

Terus terang aku katakan, memang aku ragui gelaran dato dari negara-negara jiran ini bukan sebab aku tak dapat gelaran itu tetapi sebelum ini tidak adapun pemberian gelaran sedemikian. Yelah kerajaan ini sudah wujud beratus-ratus tahun dahulu tetapi kenapa baru setahun dua ini bagi gelaran sedemikian? Jadi, agak musykil jugaklah...

Kalau difikir-fikir, bukan susah nak berikan gelaran seperti ini. Kita dapatkan raja (mana-mana negara yang kedudukan mereka tidaklah dominen dalam negara terbabit), cadangkan mereka memberikan pingat kebesaran tertentu (semolek-molek waktu sambutan ulang tahun) tak kiralah apa sahaja nama nak diberi dan mereka yang diberikan itu akan diberi gelar Dato, Dato Seri atau apa sahaja dan setiap pingat yang diberikan itu akan ditawarkan pulangan berbentuk wang ringgit.

Kemudian, mereka yang mahu mendapatkan gelaran tersebut pula dikenakan bayaran tertentu berdasarkan gelaran yang mereka mahu. Sebagai contoh, gelaran Dato dibayar RM50,000 dan sebahagian daripadanya diberikan kepada pemberi gelar.

Jadi janganlah terkejut kalau selepas ini ada orang kita dapat gelaran dato dari negara-negara Afrika, Bhutan, Nepal atau negara-negara beraja lain sebab ia boleh dicipta asalkan kreatif dan bijak merebut peluang!

15 June 2009

Dan hari ini...

Hari ini sidang Dewan Rakyat bermula untuk penggal kedua selepas PRU-12 dan hari ini banyak perubahan bakal berlaku di dalam dewan Parlimen yang merupakan sidang pertama bagi Najib selepas menjadi PM.

Sudah pastinya kedudukan kerusi Pak Lah akan menjadi perhatian kerana sebelum ini kerusinya di bahagian paling hadapan, kali ini akan bertukar kedudukan sebagai AP Kepala Batas, selepas (dipaksa) melepaskan jawatan sebagai PM.

Dan hari ini juga Nizar mengangkat sumpah sebagai AP Bukit Gantang dan tertanya-tanya juga apakah suaranya akan selantang ketika berada dalam dewan undangan negeri Perak dan apakah Nizar menggunakan Parlimen untuk menuntut pembubaran DUN Perak?

Kedudukan kerusi Muhyiddin juga akan berubah berbanding sebelum ini. Begitu juga kedudukan menteri-menteri baru dan bekas-bekas menteri yang tidak lagi dilantik, sudah tentu akan berubah. Tapi itu semua tidak penting bagi rakyat jelata seperti aku.

Dan yang pasti harapan orang ramai untuk menyaksikan aksi sarkas di Parlimen secara langsung melalui TV tiada lagi mulai hari ini memandangkan menterinya sudah bertukar. Bagus jugalah tiada siaran langsung dari dewan kerana kalau adapun, rakyat akan bertambah muak dan jelak dengan aksi wakil2 rakyat yang dipilih mereka.

Apakan tidak, mereka mahu melihat wakil2 rakyat berbincang tentang perihal berkaitan keperluan rakyat tetapi sebaliknya apa yang disaksikan di TV hanyalah perdebatan penuh emosi, tanpa tatasusila untuk menegakkan perjuangan politik dan pemimpin masing-masing, terutama di pihak pembangkang.

Jadi elok benarlah siaran langsung itu dihentikan sebab kalau penonton mahu menyaksikan aksi sarkas biarlah mereka menyaksikannya melalui siaran Animal Planet di TV berbayar dan bukannya melalui TV kerajaan yang percuma.

Lagipun siaran langsung Parlimen sudah dikategorikan 18SX atau 18SG kerana mempunyai unsur2 kelucahan dan kadang kala aksi ganas yang kedua-duanya tidak layak ditonton oleh mereka yang berusia di bawah 18 tahun.

12 June 2009

Kuan Yew buang tabiat?

Orang tua-tua kata, kalau sesiapa yang datang dan mahu bertemu dengan seberapa ramai saudara mara, rakan taulan dan sesiapa yang dikenali tanpa sebab musabab, itu tandanya orang tersebut sedang "buang tabiat". Dan biasanya buang tabiat ini dikaitkan dengan seseorang itu sudah tidak lama lagi nak meninggalkan kita. Itu kata orang tua-tualah... bukan aku!

Aku pun tertanya-tanya juga apa ke halnya Lee Kuan Yew, bekas PM Singapura yang menjadi mentor sehingga Tunku "terpaksa" melepaskan pulau Temasik itu bertemu dengan pemimpin-pemimpin di Malaysia, baik UMNO, Pas, DAP, PKR... kecuali Tun Dr. Mahathir. Buang tabiat ke?

Ops..

Aku tahu mengenai pertemuan ini sejak beberapa minggu lalu tapi malas nak ulas sebab masih belum disahkan. Tapi semalam bukan main bangga barisan Naib Presiden UMNO yang dapat bertemu dengan Lee Kuan Yew. Hebat sungguh pemimpin ini sebab selain dapat bertemu dengan pemimpin negara ini, bahkan bertemu secara peribadi dengan first-lady. Wah... tak pernah berlaku seorang pemimpin nak bertemu dengan semua orang termasuk si isteri.

Aku ingat lepas ini adalah nama Lee Kuan Yew diabadi sebagai nama sekolah, nama jalan, nama bangunan sebab mengabadikan "jasa-jasa" beliau kepada Malaysia.

Dan pertemuannya dengan pemimpin pembangkang dari Pas, DAP dan PKR dipandang serong dan menjadi kebimbangan banyak pihak. Maklum kita tahu siapa Lee Kuan Yew - pemimpin tertinggi parti PAP (opss... hampir sama namanya dengan DAP).

Tapi aku memandang kunjungan Lee Kuan Yew ke sini dan bertemu dengan para pemimpin parti, kerajaan bahkan si isteri sebab dia buang tabiat.... makna mungkin tak lama lagi dia nak tinggalkan kita selama-lamanya. Manalah tau....

08 June 2009

Antara amanat Hadi dan kerajaan perpaduan

Aku ingat sekitar tahun 1980-an dahulu Haji Hadi Awang pernah mengeluarkan satu amanat yang kemudian dikenali "Amanat Haji Hadi" iaitu antara intipatinya ialah mengkafirkan orang UMNO. Akibatnya wujudnya gejala sembahyang dua imam dan lain-lain perpecahan di kalangan umat Islam.

Hari ini, nada Haji Hadi Awang, iaitu orang yang sama mengeluarkan amanat tersebut telah berbeza, jauh berbeza berbanding dahulu. Jika dengan amanat tersebut Hadi telah menyebabkan perpecahan di kalangan umat Islam, suami-isteri bercerai berai, adik-beradik berkelahi, anak beranak tidak bertegur sapa kini Hadi mengerakkan ke arah kerajaan perpaduan.

Ya, kerajaan perpaduan antara Pas dan UMNO iaitu dua parti Melayu dan Islam paling dominen dalam negara. Dan aku percaya niat Hadi suci dan ikhlas untuk melihat perpaduan di kalangan Melayu dan Islam lantaran pada ketika ini Melayu dan Islam sedang diuji dan dicabar hebat oleh rakan-rakan dari kaum lain.

Sekurang-kurangnya beliau dapat menebus dosanya yang terkhilaf mengeluarkan amanat sehingga merosakkan pemikiran terutama di kalangan puak2 Pas dan secara tidak langsung memecahkan perpaduan Melayu dan Islam.

Aku percaya melalui kerajaan perpaduan atau apa sahaja istilah yang dipakai, ia akan memperkukuhkan kembali Melayu dan Islam di negara ini yang kini telah bercerai-berai lantaran termakan hasutan pemimpin Mat Jenin yang mahu menjadi PM pada 16 September dan angkara kelemahan pemimpin kerajaan BN terdahulu.

Dan andainya Pas dan UMNO dapat duduk semeja dan bersama-sama bangun untuk mempertahankan Melayu dan Islam tatkala ia dicabar dan diperlekehkan, aku percaya kedudukan Melayu tidak lagi berani dipersoal, kedaulatan Raja-raja Melayu tidak lagi diperlekeh, kesucian Islam tidak lagi dicemar dan yang penting keamanan negara dapat dipertingkatkan.

Mungkin Allah telah membukakan pintu hati Hadi sehingga beliau yang sebelum ini menjadi pemecah perpaduan Melayu/Islam kini mencetuskan pula usaha ke arah perpaduan Melayu dan Islam. Dan mungkin Allah juga menggunakan Hadi untuk menamatkan politik si Mat Jenin yang tidak habis-habis memporak-perandakan negara.

Marilah kita sama-sama menyokong dan menggerakkan usaha ke arah perpaduan Melayu dan Islam tanpa mengira fahaman politik demi memastikan Melayu terus menjadi pemerintah di bumi Tanah Melayu sampai akhir zaman.

02 June 2009

Musim bangunan runtuh...

Hai... kat negara kita ni selalu macam tu. Bila ada kejadian besar di satu-satu tempat esok, lusa berlaku juga perkara sama di tempat lain. Ia macam penyakit berjangkit. Terbaru perihal bangunan runtuh.

Beberapa hari lalu bangunan lama Jaya Supermarket di Petaling Jaya yang sedang dirobohkan secara manual runtuh menyebabkan 7 pekerja Indon terkorban. Pihak berkuasa mengambil masa beberapa hari untuk mengeluarkan semua mangsa. Kejadian itu kini dalam siasatan bagi mencari puncanya.

Eh tup-tup... hari ini bangunan Stadium Tuanku Mizan, Gong Badak pula yang runtuh. Kalau bangunan Jaya Supermarket melibatkan bangunan lama yang berusia puluhan tahun, stadium ini pula baru berusia setahun. Ia dibina untuk Sukma tahun lepas, tapi hari ini 70% bumbungnya runtuh.

Hai... nampaknya sekarang ini musim bangunan runtuh. Selepas ini bangunan mana pula yang akan runtuh? Sebab selalunya macam tu. Di sini runtuh, di sana runtuh... Aku tidak mahu menyalahkan sesiapa atas kejadian. Sendiri fikir dan sendiri mau ingat.

Ops... bangunan pejabat aku ni pun dah berusia amat tua. Jangan sampai sini pula runtuh...!!

MTB: Bini aku suka musim "harga runtuh"!

Manohara yang huru-hara

Kecoh seindonesia perihal seorang model yang tidaklah popular mana yang berkahwin dengan anak Sultan Kelantan. Ia bermula apabila si ibu model yang baru berusia 17 tahun ini mendakwa anaknya itu didera oleh si suami dan dilayan tidak baik.

Pendedahan dibuat dalam majalah yang tidaklah sehebat mana. Maka gegak-gempitalah rakyat Indonesia yang marah-marah dengan anak raja ini dan rakyat Malaysia. Macam biasalah rakyat di negara jiran itu mana boleh tengok "orangnya" dilayan buruk di sini waima si penjenayah, apa lagi model.

Lalu tidak lama kemudian keluarlah gambar2 kemesraan antara dua pasangan ini di media Malaysia yang sekali gus menutup dakwaan si ibu. Ingatkan apabila keluar kisah-kisah kemesraan pasangan diraja ini selesailah isu Manohara. Rupanya tidak!

Hari ini kecoh lagi bagaimana Manohara yang dikatakan melarikan diri daripada dakapan suami untuk berjumpa dengan si ibu di Jakarta tatkala mereka menziarahi si ayahanda yang sedang gering di Singapura. Dan peluang itu digunakan oleh pihak sana untuk mendedahkan kepada media perihal kehidupannya di sini.

Lalu aku tertanya-tanya sejauh mana "kejam" si anak raja ini sehingga mendera si isteri yang rupawan itu. Malah si ibu sebelum ini pernah mendakwa si anak disilet (ditoreh) di dada. Pergh, tega nian si suami.

Aku memang tidaklah tahu sangat perihal rumahtangga pasangan diraja ini. Maklum masalah rumah tangga orang tapi kalau sudah heboh dan huru-hara dan melibatkan hubungan dua negara, maka tertarik juga aku untuk masuk campur dalam memberi pendapat.

Banyak kemusykilan berhubung perkahwinan Manohara dan Raja Temenggung Kelantan ini sebenarnya, terutama di pihak wanita. Betullah jodoh pertemuan di tangan Tuhan tapi apa makna bagi si ibu yang merestui anaknya yang masih lagi dalam uniform sekolah untuk berkahwin dengan anak raja ini?

Apakah kerana kedudukan, harta dan derajat yang dibawa si anak raja itu telah mencairkan hati si ibu untuk membenarkan anaknya dikahwini? Sedangkan menurut cerita dari kota Jakarta, si anak pada masa itu sedang berpacaran dengan seorang artis di sana.

Lalu untuk apa mereka dikahwinkan? Aku malas nak menghuraikannya. Terserah pada pandangan anda. Dan andai Manohara di Malaysia cukup mesra tiba-tiba apabila di Jakarta berubah emosi, aku percaya ia lantaran dalam dilema dan bingung dengan apa yang berlaku.

Bayangkan gadis seusia 17 tahun (di Indonesia masih dalam SMA dan di sini Tingkatan 5) berkahwin dengan anak raja yang sudah pasti banyak pantang larang yang perlu dilaluinya. Sudah pasti dia mahu hidup bebas seperti remaja lain tetapi dihalang oleh statusnya. Maka di sini timbul pemberontakan dalam jiwa.

Lalu apabila datang si ibu meracuni fikirannya, sudah pasti akan timbul konflik yang semakin parah. Aku bukan pakar psikologi tetapi aku percaya Manohara sedang mengalami jiwa yang huru-hara konflik diri antara desakan si ibu, gejolak jiwa remaja dan memenuhi kehendak si suami serta larangan2 sebagai menantu Sultan.

Cara terbaik bagi aku ialah membawa kedua-dua pihak duduk semeja dan berunding bagi menyelesaikan masalah mereka. Benar, ini masalah rumah tangga mereka tetapi kini telah melibatkan maruah dua negara. Tuduhan-tuduhan yang dilemparkan dari pihak rakyat Indonesia ke atas si suami boleh menjejaskan nama institusi diraja yang suci ini.

Aku percaya setiap masalah ada jalan penyelesaian cuma antara mahu atau tidak diselesaikan. Ia bukan mudah tetapi ia perlu dimulakan.

Semoga kes Manohara menjadi pengajaran kepada semua pihak.

Baca Juga:

01 June 2009

Menang yang tidak boleh dibanggakan

Ya memang dah dijangka PKR tak ada masalah untuk menang di Penanti. Dr Mansor Othman bolehlah jadi Timbalan Ketua Menteri I yang jawatannya bukanlah berkuasa sangat sebab masih ada Ketua Menteri, Lim Guan Eng dari DAP. Cuma dari segi elaun jeh la yang lebih dari wakil rakyat lain.

Tapi melihat keputusan di Penanti, tiada apa yang boleh dibanggakan oleh Anwar, Mansor, PKR dan pakatan rakyat sebab:

1. Jumlah pengundi hanya 7,100 atau kurang 50%.

2. Mansor menang besar dengan majoriti 5,558 berbanding Fairus hanya 2,219 undi tapi ingat Fairus memperoleh 7,346 undi berbanding Mansor 6,052 sahaja.

3. PKR hanya melawan calon2 ikan bilis iaitu 3 calon Bebas. Tapi salut pada calon wakil Siam, Nai Khan Ari yang dapat hampir 500 undi. Aku percaya, banyak undi untuk Nai datang dari pengundi bukan Melayu.

4. Kemenangan Mansor cuma menggantikan Fairus yang dipaksa meletakkan jawatan bagi membolehkan beliau selaku kawan baik dan pengikut setia Anwar naik jadi TKM I Pulau Pinang. (Lim Guan Eng kata Mansor angkat sumpah Rabu ni, tapi sebelum ni kata dia belum tentukan Mansor jadi TKM... Agaknya dah kena desak dik Anwar barang kali..!)

5. Undi yang diterima oleh Mansor adalah daripada penyokong setia Anwar, PKR dan pakatan di Penanti. Maknanya itulah sahaja jumlah "orang" PKR di sana. Selebihnya mereka yang tidak menyokong PKR. Jadi kalau nak dicongakkan [ jumlah pengundi = 15, 384. Pemberi undi kepada Mansor = 6,052. Jadi jumlah mereka yang tolak PKR & Pakatan = 9,332]. Kesimpulannya, pengaruh PKR & Anwar di Penanti makin pudar.

6. Maknanya kalau BN bertanding, senarionya mungkin seperti berikut: Kalau diambil peratus pengundi PRU-12 (82% X 15,384 = 12,614) pengundi. Kalau Mansor dapat 6,052 + calon2 Bebas dapat 1,048 + undi rosak = 106, maka calon BN mungkin boleh dapat 5,408. Tapi kalau pertemuan satu lawan satu (PKR lawan BN), calon BN boleh dapat
6,562 dan menang majoriti 510 undi. Tapi itu kalau sahaja...!

Apa pun orang Penanti sudah menyampaikan satu lontaran untuk difikirkan oleh Anwar dan puak2 pembangkang, iaitu kalau lepas ini nak suruh mana2 calon mereka letak jawatan lagi, harap mereka berfikir dua kali. Silap percaturan wakil mereka hilang kerusi yang disandang.

Jadi beranikah lagi Anwar nak suruh ADUN2 PKR termasuk di Selangor untuk letak jawatan dan bolehkah pembangkang menang besar di Perak kalau pilihan raya negeri diadakan? Belum tentu sebab rakyat di Penanti sudah menyampaikan pandangan mereka!

Jadi, puak2 pakatan fikir-fikirkanlah....!


PERBANDINGAN KEPUTUSAN PRK PENANTI BERBANDING PRU-12:

Keputusan PRK:

Jumlah pengundi layak: 15,384
Jumlah pengundi: 7,100 (46.15 %)

1. Mansor Othman (PKR) .......................... 6,052
2. Aminah Abdullah (Bebas) .................................. 392
3. Nai Khan Ari a/l Nai Keow (Bebas) ................... 494
4. Kamarul Ramizu Idris (Bebas) .......................... 56

Majoriti 5,558 undi

Undi rosak 106 undi

Keputusan PRU-12:

Jumlah pengundi layak: 15,421
Jumlah pengundi: 12,657 (82.08%

1. Mohamad Fairus Khairuddin (PKR) .... 7,346
2. Datuk Abdul Jalil Abdul Majid (BN) ................. 5,127

Majoriti: 2,219

Undi rosak: 184

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...