Aku tak tahu gelaran apa patut diberikan kepada Nik Aziz, Tok Guru seorang ini. Nak kata dia bodoh alahai tidak pula sampai hati aku nak meletakkan derajatnya serendah itu tetapi daripada apa berlaku sehari dua ini jelas-jelas pula menonjolkan ketidakcerdikannya.
Archives
-
▼
2009
(246)
-
►
November
(19)
- Meh tolak BTN, jom sambut Chin Peng
- Rombakan kabinet Najib selepas Raya Haji? (updated...
- Nik Aziz amal kronisme....
- Selangor haramkan BTN...
- Ariffahmi letak jawatan tak bermakna Nik Aziz bole...
- Perihal calon-calon Kota Seputeh
- Jarno Trulli pemandu 1Malaysia F1 team?
- Anwar berani cabar tapi tak berani mengaku
- Pilihan raya kecil di Kota Seputeh!
- Khalid dah ketakutan... Terpaksa minta bantuan Anw...
- Selangor For Sale?
- Baik jual negara je...!
- Nik Aziz makan rasuah! (Updated!)
- Bai'ah... Pas dah terpelosok
- Sayangkan isteri tinggal-tinggalkan....
- Pas.... Lantik je Aziz Bari jadi Presiden!
- Genap 100 pengikut (Followers)...
- Ada apa dengan Dr. Maza?
- Dr. Maza, Badrul dan kerajaan Selangor (Edited!)
-
►
October
(22)
- Acara lompat melompat di Selangor dah mula dah...
- Sidang DUN Perak... Pembangkang dah kendur?
- Proton! Tolonglah tingkatkan ciri keselamatan
- Cantas mencantas dalam politik...
- Tiada bonus.... Bajet 2010 tidak bermakna?
- Nik Aziz hilang keyakinan terhadap kepimpinan Pas?...
- Akhirnya...
- Tahanan ISA setara Nelson Mandela?
- Najib patut selesaikan krisis MCA
- Sekadar perbandingan (Untuk orang Perak)
- PKR parti anak beranak
- Suara kebangkitan UMNO....
- Najib kejutkan UMNO selepas 5 tahun tidur lena
- Terima kasih Bagan Pinang! [Edited!]
- Bagan Pinang ke Tanjung Pinang?
- Sah! Pas pembohong besar!
- Nasib SPR... menang disanjung, kalah dihamun
- BN ada harapan pertahan Bagan Pinang
- Alahai Azeez...
- Ustaz Gobala patut "dakwah" orang Pas
- Antara "sapu Malaysia" dan gempa
- Nik Aziz doa turun bala, Najib minta sejahtera
-
▼
July
(15)
- Salam Nik Aziz beserta "jahanam"
- Satu dedah seribu menggelabah!
- Mual dengan surat khabar kita...
- Bila pula kerajaan Pas nak laksana hukum Hudud?
- Maaf! Keadilan hanya untuk Beng Hock, bukan untuk ...
- Kisah Pak Lah dan Chua Jui Meng
- Unit media baru Pemuda.... "Better late than never...
- Pas menang, BN pun menang?
- Kalau... (Manek Urai)
- Pembangunan? Nak buat apa??
- Drama "Babi" macam filem Tamil daa...
- Matematik dan Sains kembali ke BM?
- Kelab EPL dibeli.. kelab tempatan gigit jari
- Kampung Buah Pala jadi "buah bala"
- Setahun berlalu...
-
►
November
(19)
About Me
- Mesin Taip Buruk
- Blog ini terus mendapat sambutan dan sehingga kini pengunjung mencapai 2,000 unit visitor seminggu dan hampir 10,000 sebulan (*). Terima kasih kepada para pembaca dan pengikut setia blog ini! (*)Nuffnang.com
Salam Nik Aziz beserta "jahanam"
Satu dedah seribu menggelabah!
Khalid Ibrahim, MB Selangor sepertinya bengang dengan laman blog Truth For Teoh Beng Hock yang mendedahkan penyelewengan yang dilakukan seorang exco kerajaan negerinya dan menganggap penulis blog itu cuba "melempar batu sembunyi tangan" atau cuba menjatuhkan pihak-pihak tertentu.
Label: Pakatan Rakyat, Rasuah, Selangor
Mual dengan surat khabar kita...
Eee... kenapa aku sekarang ini begitu mual untuk membaca surat-surat khabar kita. Entahlah, aku rasa akhbar kini semakin tiada isinya lagi, dah jadi macam buku cerita dongeng dan pujangga. Mana tidaknya, akhbar-akhbar tabloid dengan cerita-cerita sensasi yang tidak benarnya, yang diada-adakan sesuatu yang tiada. Akhbar-akhbar arus perdana pula penuh dengan cerita-cerita perihal isteri Perdana Menteri dan menteri-menterinya. Uwekk...
Bila pula kerajaan Pas nak laksana hukum Hudud?
Seorang model pelancongan dihukum sebat di bawah Enakmen Syariah kerajaan negeri Pahang kerana minum arak. Maknanya kerajaan Pahang yang ditadbir oleh BN dah mula laksanakan hukum Hudud.
Lalu aku tertunggu-tunggu juga kalau-kalau ada mana-mana kerajaan negeri di bawah Pas yang dah mula laksanakan hukum Hudud yang dilaung-laung, dijerit-jerit dan dilalak sepanjang jalan dan tahun sejak sekian lama.
Yalah selama ini mereka tuduh UMNO tidak Islam kerana tak laksana hukum Hudud, tetapi Pas yang sudah perintah Kelantan sejak sekian lama dan Kedah sejak setahun lebih dahulu sehingga kini tidak ada tanda-tanda nak gubal undang2 Syariah yang termaktub di bawah kerajaan negeri dengan hukum Hudud.
Alih-alih kerajaan Pahang yang diperintah oleh BN pula sudah mula laksanakan Hudud. Sebat ke atas pesalah minum arak waima wanita. Itulah yang orang Pas mahu. Tapi walhasil Dr. Lo'lo' dari Dewan Muslimat Pas alih-alih pertikai hukuman tersebut. Aih? Bukankah itu tertakluk di bawah enakmen Syariah dan bukankah itu sebahagian hukum Islam, hukum Hudud?
Takkan nak tunggu pencuri kena hukum potong tangan dan penzina kena rejam dengan batu baru diakui sebagai hukum Hudud? Kalau itulah rupanya, eee... sempitnya pemikiran puak2 Pas ini.
Seperti aku nyatakan dalam pos terdahulu, aku mahu melihat kerajaan Pas di Kelantan dan Kedah menggubal undang-undang Syariah mereka agar memenuhi hukum Hudud terutama bagi pesalah perogol anak sendiri. Tapi sehingga kini tidak ada apa-apa perubahan. Yang ada pemimpin dan penceramah mereka melalak di surau masjid, di mimbar Jumaat atau diceruk-ceruk kampung duk menghentam kerajaan UMNO yang tak laksana hukum Hudud. Tapi mereka sendiri yang ada kuasa berbuat demikian tak laksanakan pun?
Aku tak tahulah kat mana otak puak2 yang taksub dengan pemimpin Pas seperti ini yang hanya nampak kuman di seberang lautan tetapi bangkai gajah di depan mata langsung tak nampak. Aku bukan anti-Pas tapi aku benci dengan para pemimpinnya pandai cakap tapi tak pandai buat... Cait!
Maaf! Keadilan hanya untuk Beng Hock, bukan untuk Saiful Bukhari
Lama juga aku tidak menulis di blog ini. Bukan sebab apa, cuma beberapa hari ini aku mahu menyaksikan gelagat manusia-manusia yang konon menuntut keadilan. Ya keadilan untuk puak2 mereka yang kemudiannya dilabelkan sebagai "Keadilan Rakyat".. Uweekkk...!
Ramai yang menuntut keadilan terhadap kematian Beng Hock. Anak muda yang mayatnya ditemui di tingkat 5 luar bangunan yang menempatkan pejabat SPRM selepas disoal siasat kes melibatkan bosnya... sekali lagi, kes berkaitan bosnya iaitu seorang Exco Kerajaan Negeri yang dikatakan membenarkan kumpulan kongsi gelap menggunakan pejabatnya.
Tuduhan ini bukan dibuat oleh Najib, Muhyiddin, Khir Toyo atau mana-mana pemimpin kerajaan BN tetapi oleh seorang wakil rakyat PKR negeri Selangor sendiri. Jadi, bila SPRM siasat dan dalam duk siasat tiba-tiba berlaku kejadian tersebut.
Lalu puak2 pembangkang lalu menjatuhkan "hukuman" bahawa SPRM perlu bertanggung jawab atas kematian Beng Hock, Najib perlu bertanggungjawab dan kerajaan BN perlu dipertanggungjawabkan. Maka dituntut penubuhan suruhanjaya diraja. Konon mencari keadilan atas kematian Beng Hock.
Pada masa yang sama, pemimpin mereka yang sedang menghadapi tuduhan meliwat Saiful Bukhari Azlan terus berusaha melengah-lengahkan perbicaraan kes hakikinya - meliwat Saiful Bukhari, pembantu beliau sendiri. Pelbagai alasan digunakan termasuk mengemukakan saman-saman yang tak berkaitan, tuntutan pelbagai semata-mata untuk melengah-lengahkan perbicaraan. Oh, lupa... itulah kelebihan beliau!
Lalu di mana keadilan terhadap mangsa liwat Anwar? Kenapa pemimpin mereka membelakangkan keadilan terhadap Saiful dengan melengah-lengahkan perbicaraan tetapi pada masa yang sama menuntut keadilan atas kematian Beng Hock? Adilkah mereka? Adilkah parti yang selama ini memperjuangkan keadilan?
Keadilan terhadap kematian Beng Hock dan Kugan dituntut tetapi keadilan ke atas Saiful Bukhari tiada siapa peduli. Kenapa? Kenapa? Kenapa?
Kenapa mereka begitu emosi dan berdemonstrasi menuntut keadilan terhadap Beng Hock tetapi tidak ke atas Saiful Bukhari? Oh maaf, bagi mereka keadilan hanya untuk puak2 mereka, bukan untuk mereka yang diluar parti mereka. Keadilan di Malaysia hanya untuk Pas, DAP dan PKR dan bukan untuk UMNO/BN. Keadilan hanya untuk kaum bukan Melayu, kaum Melayu apa peduli.
Apa yang dilakukan oleh UMNO/BN semuanya tidak adil, fitnah, konspirasi, bohong, rasuah dan zalim tetapi apa yang dilakukan oleh PR semuanya adil, benar, tulin dan segala macam kebaikan. Saiful Buhari bersumpah dengan nama Allah dia diliwat Anwar... Ah! itu semua bohong, konpirasi Najib nak jatuhkan maruah Anwar. Anwar dipihak yang benar. Dia difitnah...
Berani kerana benar, takut kerana salah! Sekarang ini ternyata Anwar semakin takut (dengan kes liwat Saiful), jadi carilah jalan apa sahaja untuk melambat-lambatkan perbicaraan. Moga-moga kes ini berlarutan dalam tempoh yang cukup lama. Kalau perlu sampai Anwar masuk kubur...
Kisah Pak Lah dan Chua Jui Meng
KISAH I:
Pak Lah Badawi kata kerajaan patut mansuhkan ISA sebab katanya ia dah tak relevan lagi sekarang. Jadi kira Pak Lah cuba jadi penasihat tak rasmi kepada kerajaan Najib lah ni. Tak ke ibarat menjilat ludah sendiri. Yelah, dulu kata kalau dah berhenti tak nak masuk campur urusan kerajaan lagi. Nak berbulan madu dengan Jean dan habiskan masa dengan anak cucu saja.
Tapi yang aku pelik, apa pasal bila dah tak jadi PM baru sibuk-sibuk suruh Najib mansuhkan ISA. Kenapa masa dia jadi PM dahulu tak mansuhkan? Katanya, masa dia jadi PM merangkap Menteri Dalam Negeri dia ada sign banyak surat untuk masukkan orang dalam ISA. Aik.. Kalau dah tak relevan kenapa dulu sign surat tu?
Hemm.. agaknya selepas 100++ hari tak jadi PM ni Pak Lah mula rasa sunyi gamaknya sebab itu mula fikir-fikir apa yang boleh cakap supaya masuk paper. Maklum sekarang ni surat khabar jarang benar duk cerita pasal Pak Lah. Rasanya berita Rosmah lagi banyak dari Pak Lah dalam paper sekarang. Jadi elok sangat Pak Lah timbulkan isu ... emm isu paling hangat tentulah pasal ISA.
Untuk Pak Lah... sudah-sudahlah. Masa hang duk kerusi PM dulu nasihat orang hang tak nak dengaq. Hang duk dengaq puak2 Tingkat 4. La ni hang pula nak nasihat orang. Tak payahlah! Duk diam2 kat rumah main anak cucu. Tak pun pi la hayun batang golf.
KISAH II:
Chua Jui Meng tinggalkan MCA dan masuk PKR. Itulah berita yang dibaca dalam media massa hari ini. Perihal bekas Menteri Kesihatan itu nak masuk PKR dah tersebar sejak minggu lepas. Tapi apa nak hairan. Kita semua tahu dia masuk PKR sebab kecewa kerana gagal memenangi jawatan Presiden MCA tahun lepas. Kalah pula ditangan orang muda - Ong Tee Keat.
Dah lah tak diberi peluang lagi menjadi calon dalam pilihan raya, bertanding di peringkat parti pun kalah. Maknanya orang China (MCA) pun tak terima dia. Nak tak nak kenalah cari talian hayat dan talian hayat yang ada cuba PKR saja. Itu pun dengan harapan Anwar akan memberi ruang untuknya bertanding pada PRU-13 nanti. Betullah dia tak sebut sebagai syarat tapi Anwar kenalah faham.
Hemm... kesihan sungguh penyokong dan pendukung Anwar yang berjuang mati-matian sejak zaman reformasi (1999) dahulu yang setia sehingga hari ini tetapi langsung tak dipandang oleh Anwar tapi pemimpin-pemimpin "scrap" BN pula yang dikutip dan diletakkan di tempat yang tinggi. Kesihan...
Tak apalah Anwar. BN tak ralat pun setakat pemimpin tua macam Jui Meng nak sertai PKR. Ambillah... tapi jangan mimpilah kalau setakat penyertaan pemimpin scrap BN boleh menumbangkan BN pada PRU-13 nanti. Tak ada maknanya...!
Label: Barisan Nasional, ISA, Pak Lah Badawi
Unit media baru Pemuda.... "Better late than never"
Wah, nampaknya sekarang ini puak-puak Pemuda UMNO betul-betul memanfaatkan teknologi. Yelah sejak ada Unit Media Baru ini mereka melawan habis-habisan ke atas puak2 pembangkang yang selama ini tak habis-habis memfitnah, menghasut, membohongi rakyat melalui internet.
Ya, selama ini mereka menggunakan blog-blog, ruang sembang dan apa sahaja ruang di alam siber untuk melancarkan anasir kebencian terhadap UMNO dan kerajaan sehinggakan ramai di kalangan generasi muda terhasut. Yelah, kalau perkara tak betul tetapi setiap kali minda rakyat diasak dengan menyatakan ia betul akhirnya rakyat termakan juga.
Kini di bawah pimpinan baru Pemuda UMNO ini nampaknya mereka sudah pandai memanfaatkan teknologi internet. Blog, Twitter, Facebook, Friendster dan apa sahaja media berbentuk baru digunakan untuk menghebahkan maklumat yang lebih tepat dan benar tentang apa yang selama ini dipusing dan dijadikan senjata oleh pihak pembangkang.
Aku ingat masa kes pertama Anwar Ibrahim mula tercetus pada tahun 1999 dulu, puak-puak pro Anwar membuat "serangan" berhabis-habiskan ke atas kerajaan melalui Internet. Banyak laman-laman web dibina untuk menjadi penyerang melalui alam siber yang akhirnya telah berjaya menarik ramai kalangan muda dan pelajar universiti untuk bersimpati dengannya.
Pada masa itu puak2 Pemuda UMNO tidak berbuat apa2. Seingat aku yang paling lantang mempertahankan serangan puak2 Anwar cuma Kelab Maya UMNO (KMU) dan Astora Jabat melalui Utusan Malaysia. Puak2 ini bukannya dari kalangan Pemuda UMNO tetapi individu yang mempunyai kesedaran tinggi tentang perlunya ada pihak yang mempertahankan keputusan PM pada masa.
Agaknya, puak2 Pemuda masa itu tidak ada masa untuk mempertahankan parti dan kerajaan kerana sibuk untuk mencari wang dan projek. Atau mereka jenis orang yang tidak pandai memanfaatkan ruang dan menyerahkan semata-mata kepada pihak lain sahaja.
Jadi apabila Pemuda UMNO hari ini menubuhkan Unit Media Baru dan menggerakkan usaha melawan dan mempertahankan serangan siber puak2 pembangkang, aku rasa ini adalah tindakan yang amat tepat. Yelah, selama ini ada pemimpin2 UMNO yang menganggap blogger itu goblok, nyata mereka kini sedar bahawa yang goblok-goblok inilah membantu menumbangkan BN di Selangor, Perak, Kedah, Pulau Pinang.
Walaupun agak terlambat tetapi bak kata orang putih "better late than never..."
Pas menang, BN pun menang?
[Dikemas kini...]
Pas menang pilihan raya kecil Manek Urai tetapi pada masa yang sama BN juga boleh mengumumkan memperoleh "kemenangan" selepas calon Pas hanya menang dengan majoriti di bawah 70 undi berbanding PRU-12 lalu.
Ini bermakna rakyat Manek Urai khasnya dan Kelantan amnya sudah mula menerima semula BN. Wah... ini sudah pasti bakal menjadi berita tidak gembira bagi Anwar.
Tunggu keputusan rasmi sekejap lagi!
Keputusan Penuh PRK Manek Urai (14/7/2009):
Jum. Pengundi : 12,293 + 25 (pos)
Peratus keluar : 87%
Keputusan:
1. Mohd. Fauzi Abdullah (Pas) ......... 5,348
2. Tuan Aziz Tuan Mat (BN) ............ 5,283
Majoriti : 65
Undi rosak : 117
----------------------------------------------------------------\
KEPUTUSAN PRU-12
Jumlah Pengundi: 12,292
Peratusan Kaum: M:99.25% C:0.44% I:0.26% L:0.02%
1. Ismail Yaacob (Pas) - (5,746)
2. Mohamed Zulkifli Omar (BN) - (4,394)
Majoriti: 1,352
Jumlah undi: 10,332
Peratus mengundi: 84.05%
Undi rosak: 192
Penyandang: Mohamed Zulkifli Omar (BN) - (Majoriti: 53 undi)
Label: Pilihan raya
Kalau... (Manek Urai)
Kalau Pas menang itu kerana Allah yang memberi kemenangan
Kalau BN menang itu kerana pengundi hantu yang memberi kemenangan
Kalau Pas menang itu kerana BN telah ditolak oleh rakyat
Kalau BN menang itu kerana BN telah merasuah rakyat
Kalau Pas menang semua pengundi masuk syurga
Kalau BN menang yang undi Pas pun belum tentu masuk syurga
Kalau Pas menang yang kafir pun jadi Islam
Kalau BN menang yang Islam dikafirkan
Kalau Pas menang itu kemenangan jihad
Kalau BN menang itu kemenangan jahat
Kalau Pas menang hukum Hudud dilaksanakan
Kalau BN menang pembangunan diutamakan
Kalau Pas menang terabai segala janji
Kalau BN menang tertunai segala janji
Kalau Pas menang Anwar senang
Kalau BN menang Anwar goyang
Kalau Pas menang...
Kalau BN menang...
Label: Pilihan raya
Pembangunan? Nak buat apa??
BN nampaknya mainkan isu tiada pembangunan di Kelantan menjelang PRK Manek Urai esok. Baru-baru ini Ibrahim Ali ada bantai kerajaan Kelantan sebab lebih banyak berceramah daripada bangunkan negeri.
Bagi aku, orang BN tak payahlah cakap pasal pembangunan. Puak2 Pas tidak minat dengan pembangunan. Bagi mereka pembangunan tidak membawa apa2 makna kepada kehidupan mereka. Mereka mahukan Islam, hukum Hudud. Apa sangat pembangunan yang tidak membawa ke syurga itu.
Sebab itulah orang Pas mahukan pemimpin yang pandai berceramah, berpidato, berkhutbah sebab apa yang penting pengisian jiwa dengan ayat-ayat suci Al-Quran. Tak apa mereka tak sekolah tinggi, tak lulus SRP tak kisah yang penting asalkan mereka memakai serban sebesar tempayan, jubah sampai ke kaki dan pandai memutar kata-kata dan kadang2 ayat Quran dan Hadis, itu yang penting. Lebih elok lagi kalau mereka pandai maki-maki orang lain, lagi seronok.
Bukan macam puak2 BN balik2 disuap dengan pembangunan material. Kalau berkempen ceramah balik-balik nak bina itu nak bina ini. Nak buat jambatanlah, basmi orang miskin lah. Arghhh.. itu semua tak membawa ke mati. Buat apa?
Bukankah dengan adanya pembangunan ia akan menjana sektor pekerjaan dan ekonomi setempat? Hish... pekerjaan. Nak buat apa? Dah elok dah dengan jadi nelayan dan petani, nak buat apa lagi pekerjaan? Kan pepatah ada kata ulat dalam batu pun boleh hidup? Budak-budak kalau nak bekerja pergi cari kat KL, JB atau negeri-negeri lain.
Lagipun membangunkan Kelantan bukankah tanggungjawab kerajaan Pusat? Kelantan cuma kutip hasil cukai pintu, cukai import dan cukai tanah. Bab-bab membangun tu kerja kerajaan BN. BN perlu buat bangunan dan kerajaan negeri datang kutip hasil saja. Jadi kalau tak ada pembangunan di Kelantan bukan salah kerajaan Pas yang memerintah negeri tetapi kerajaan Pusatlah! Huh...!
Maaflah BN, orang Manek Urai tidak menerima pemimpin yang membawa pembangunan di kawasan mereka. Mereka mahukan pemimpin yang pandai berkhutbah dan bermain kata-kata. Tak apa kalau mereka mati dalam kemiskinan dan kedaifan, yang penting pemimpin mereka boleh berkhutbah dan berceramah sepanjang masa.
Label: Hudud, Pas, Pilihan raya
Drama "Babi" macam filem Tamil daa...
Dalam filem/drama ada banyak cara untuk ditamatkan. Ia bergantung kepada skrip dan juga pengarahnya. Ada orang beritahu aku kalau filem Tamil, kesudahannya mesti "happy ending". Sebab aku tak minat filem-filem Bollywood jadi aku tak tahu sangatlah hal ini. Jadi aku tanya si pencerita kenapa perlu macam tu?
Orang itu kata kebanyakan penonton wayang di India ialah golongan buruh dan petani yang kebanyakannya menonton wayang sebab nak hilangkan penat bekerja. Sebab itulah filem Tamil perlu ada unsur-unsur air mata, lawak, aksi dan lagu-lagu merdu sebab nak hiburkan penonton mereka. Penamat juga mesti "happy ending" dan biasanya hero akan berkahwin/bertemu semula dengan heroin.
Aku tanya juga, kenapa mesti "happy ending"? Jawab orang tu, kalau "sad ending" tentu penonton tak puas hati dan silap haribulan panggung pun mereka sanggup mereka bakar. Huh... kisahnya.
Jadi bila bercakap perihal filem Tamil ini aku teringat drama sebabak bertajuk "Babi" yang shootingnya di Kedah baru-baru ini. Cuma bezanya pelakonnya bukan hero-hero Tamil tetapi pelakon kungfu DAP dan pelakon pesilat cekup, Pas. Perghh... sekali tengok aksinya memang dahsyat, penuh dengan pertikaman lidah, aksi tolak menolak, tarik menarik. Sampaikan si DAP sanggup keluar gelangganglah. Itu semua hanya kerana kandang babi. Sesuai sangatlah, kena dengan tajuknya.
Dan hari ini, drama sebabak itu sudah ditamatkan. Yang paling best ia berakhir dengan "happy ending". Jadi para penonton terutama mereka yang taksub dengan kedua-dua watak DAP dan Pas ini tidak perlulah sampai bakar panggung atau berbaring di jalan semata-mata mempertahankan hero masing-masing. Jadi penamatnya si kungfu DAP kembali bermesra dengan pesilat Pas dan kini dikhabarkan mereka sedang berdua-dua di dalam kelambu.
Ops.. maaf! Babak yang akhir ini tidak dapat ditayangkan sebab tidak diluluskan Lembaga Penapisan Filem.
Label: Hiburan, Pakatan Rakyat
Matematik dan Sains kembali ke BM?
Khabarnya laporan berhubung kajian PPSMI telah siap dan dikhabarkan juga Muhyiddin Yassin selaku Menteri Pelajaran akan mengumumkan kedudukannya esok iaitu selepas selesai mesyuarat kabinet.
Kelab EPL dibeli.. kelab tempatan gigit jari
Khabarnya orang kedua terkaya di Malaysia bakal memiliki kelab EPL ~ Newcastle United. Wow...! Tahniah. Kalau benarlah berita ini dan kalau berjayalah bidaan tauke Astro & Maxis ini dapatlah Malaysia mempunyai kelab bola sepak yang ternama. Tidaklah asyik bergantung kepada Selangor, Perlis atau Kelantan saja.
Secara peribadi aku menyambut baik usaha konglomerat Malaysia nak beli kelab bola sepak luar negara. Yelah, selain menjadikan salah satu cabang perniagaan mereka mungkin ia membuka peluang pemain Malaysia beraksi dalam kelab di luar negara macam Newcastle United. Tapi ada ke pemain kita yang layak beraksi di EPL? Huh...
Tapi dalam duk kita seronok tengok ada tauke Malaysia nak beli kelab bola sepak luar negara, aku sedih tengok nasib kelab-kelab bola sepak tempatan. Kalau bukan kelab pun, pasukan negeri pun cukup menyayat hati. Adalah dua tiga kelab elite yang boleh dibanggakan tetapi sebahagian besar pasukan bola sepak ini ibarat kais pagi makan pagi, kais petang belum tentu boleh makan.
Sehingga kini ada sahaja pemain-pemain bola kita yang mengeluh sebab gaji tak dibayar, elaun tak dikasi. Nak harap bonus jangan mimpilah. Dengar liga profesional Malaysia gerun dengan para pemain semua bertaraf profesional, makan gaji bulanan dan lain-lain kemudahan. Tapi bila habis musim mereka kelaparan sebab gaji tak dibayar berbulan-bulan. Nak tak nak kelab-kelab ini terpaksa menagih dengan kerajaan (FAM). Kesihan...
Aku tak nak komen pasal prestasi permainan berbanding dengan kelab-kelab dari negara lain waima Vietnam sekalipun sebab kalau sentuh bab ni lagilah tak tahu nak tarok muka. Nak sebut rangking FIFA lagilah. Segan...
Cuma aku membayangkan kalau setiap konglomerat seperti Ananda Krishnan, Vincent Tan, Goh Tong Brothers, Robert Kuok, YTL Brothers, Syed Mokhtar Albukari, Mustapa Kamal (MK Land), Tony Fernandes dan lain-lain menaja satu pasukan negeri/kelab Liga Perdana Malaysia, aku ingat tak adalah para pemain bola kita kelaparan.
Sebabnya aku percaya punca prestasi pasukan kita jatuh tergolek-golek sejak lebih 10 tahun lepas kerana kebanyakan pemain kita kelaparan sebab tak cukup makan dik gaji yang tak berbayar atau bayar tak cukup. Mana nak main baik kalau kepala duk ingat anak bini kat rumah entah makan entah tidak.
Aku rasa elok sangat FAM rombak pasukan liga bola sepak kita. Kalau Sherby kata wujudkan pasukan daerah aku tak adalah sampai tahap tu. Cuma aku nak pasukan negeri-negeri hendaklah diswastakan dan diurus secara profesional. Jangan lagi letak di bawah persatuan bola sepak negeri sebab akan wujud 1001 politik.
Setakat ini yang paling banyak taja ialah TM dan Naza Motor. TM sebab "dipaksa" jadi penaja selepas Dunhill tidak lagi dibenarkan menaja bola tempatan dan Naza pula kini menaja Negeri Sembilan dan Kuala Muda.
Tahniahlah Naza dan TM tapi apa yang aku harapkan ialah kelab-kelab bola sepak ini dimiliki kalau tak sepenuhnya, sebahagian besar oleh konglomerat tempatan (atau asing kalau ada yang sudi). Biar mereka tentukan pemain dan jurulatih dan biar mereka tentukan kelab itu sama ada mahu jatuh atau sebaliknya. Be fully professional-lah!!
Beri peluang para konglomerat kita "memiliki" kelab negeri2 ini dan/atau pasukan kelab lain. Manakala FAM cuma tumpukan perhatian kepada usaha melahirkan pemain pelapis atau untuk untuk menghadapi SUKMA.
Aku percaya jika pendekatan ini diambil, bola sepak negara akan kembali di berada segarisan par yang pernah kita capai sebelum ini, jika tidak mengatasinya sekalipun. Bebaskanlah kelab-kelab bola sepak ini dari belenggu politik "persatuan".
Label: Bola sepak, Sukan
Kampung Buah Pala jadi "buah bala"
Apa gamaknya dalam hati Guan Eng bila penduduk kampung Buah Pala yang tak sampai 1,000 orang duk desak mereka hentikan projek di kampung tersebut? Aku percaya Guan Eng sedang memaki hamun semua orang termasuk media arus perdana yang konon membesar2kan isu ini. Celaka Utusan, celaka NST...
Sudah pasti kemarahan yang meluap2 juga dituju kepada puak2 Hindraf yang kini bagai anjing yang menggigit anak jiran tuannya. Cis... Mereka lupa masa Hindraf berarak di jalanan DAP lah memberi sokongan di belakang selain PKR, tapi kini mereka pula mencari pasal dengan DAP. Cis.. kampung Buah Pala benar-benar memberi bala kepada Guan Eng dan DAP.
Kesihan... Bagaimana gamaknya pakatan pembangkang nak tadbir negara yang berpenduduk 27 juta orang sedangkan nak urus tanah sekangkang kera di Kampung Buah Pala pun bukan main susah sehingga tanpa rasa malu dan aib, Guan Eng menyorong muka kepada kerajaan Pusat alias BN.
Pelik juga, selama ini DAP merupakan jagoh yang memperjuangkan nasib setinggan dan menghalang mana2 pihak (BN) yang cuba merobohkan rumah mereka. Tetapi apabila kena batang hidung sendiri di Kampung Buah Pala, mereka bersembunyi di dalam kelambu, di bawah tilam. Dan pada masa sama mengharapkan orang yang selama ini dilanyak kiri kanan datang membantu.
Ish... kalaulah aku ini Lim Guan Eng, mahu aku tampal muka aku dengan kulit babi sebab malu yang amat sangat. Masakan tidak selama ini dialah paling lantang bercakap. Ditambah dengan sokongan si bapa dan si tempang, BN digasak habis-habisan sehingga dia layak digelar hero kepada kaumnya.
Maka berbondong-bondonglah rakyat Pulau Pinang tak kira Cina, India bahkan Melayupun memberi sokongan kepada parti roket ini. Maka berjayalah mereka menawan Pulau Pinang. Tapi nyata, apabila timbul masalah yang tidaklah berat mana, mereka "meroket" melarikan diri ke langit ketujuh.
Tapi yang peliknya, parti yang sama juga sedang berjuang habis-habisan menentang rakan sebulunya kerajaan Pas di Kedah semata-mata untuk mempertahankan kandang babi. Ya, Kandang babi lebih penting dari Kampung Buah Pala.
Oiii... inilah parti yang kalian sokong dan pangkah beramai2 pada PRU-12 lepas... parti ini juga yang Pas duk pelok dengan mesra kerana katanya parti puak2 ini lebih Islam dari UMNO. Oiii... parti ini jugalah yang mengampu Anwar Ibrahim sebab mereka tahu Anwar boleh menjadi pemecah perpaduan Melayu. Sebab kalau Melayu sudah berpecah mudahlah bagi mereka menjadikan Malaysia "the 2nd Singapore".
Aku pecaya, Guan Eng kini sedang tidak tidur lena. Mengiring kiri tak kena, mengiring kanan tak jadi. Kepala hotaknya ligat memikirkan bagaimana nak selesaikan masalah Kampung Buah Pala. Huh... sial kini buah pala dan jadi buah bala. Gitulah gamaknya dengus Guan Eng di penjuru katil sedang memikirkan nasibnya di Pulau Mutiara. Sedangkan si isteri sedang lena di Kota Laksamana!
Label: Pakatan Rakyat
Setahun berlalu...
[ EDITED! ~ Dengan sedikit penambahan dan penyuntingan. Terima kasih kepada mereka yang sudah memberi komen! ]
Semalam, 3 Julai 2009 genaplah setahun blog "Mesin Taip Buruk" (ada orang kata aku dah tak relevan sbb masih pakai mesin taip, buruk pulak tu! Tak apalah. Nak kata apa, katalah!) berada di alam maya. Tak sangka blog aku mampu bertahan selama setahun walaupun aku bukanlah sesiapa, melainkan hanya seorang marhain yang menulis sebagai luahan isi hati tentang apa sahaja yang berlaku di sekeliling.
Aku bukanlah Tun Dr. Mahathir Mohamad yang mampu menarik sehingga sejuta pengunjung dalam masa 4 bulan. Blog aku sehingga kini belum pun mencapai 50,000 pengunjung pun. Bagai langit dengan bumi, kan? Tak mengapa, sebab bukan itu yang aku cari. Bak kata lagu Ramli Sarip "Aku menulis bukan kerana nama..."
Sempena ulang tahun pertama blog ini, aku nak ucapkan terima kasih kepada para pengikut - 57 orang kesemuanya setakat ini. Juga terima kasih kepada para komentar tetap seperti kluangman, darulehsan, kontraktorwibawa dan lain-lain yang aku tidak sebutkan di sini, atas pandangan, cadangan atau perbahasan anda dalam blog aku. Aku anggap semua pandangan kalian, walaupun kontra dengan aku dan ada yang memaki-hamun tetapi itu semua aku anggap sebagai satu input berguna. Kalau tak berguna kepada aku, mungkin untuk orang lain yang baca blog aku.
Walaupun beberapa hari ini, aku agak jarang menulis disebabkan tahap kesibukan tugas hakiki yang luar biasa, namun aku tidak akan berhenti menulis. Yang aku harapkan sokongan dari kalian semua.
Terima kasih!
Label: Mesin Taip Buruk
