29 August 2009

Beras Nasional.... Hong Kong?

Banyak berita dan cerita yang sedap didengar beberapa hari ini, menjelang sambutan kemerdekaan negara yang ke-52 hujung bulan ini. Bermula isu inkues Beng Hock yang semakin menampakkan tembelang dan temberang, isu pergolakan dalam MCA, perebutan jawatan dalam MIC, perihal itu, perihal ini...

Tapi banyak-banyak berita hari, paling membuat aku terkejut beruk, terkedu dan tak terkata apabila mendapat tahu syarikat beras utama negara Padiberas Nasional Bhd. atau Bernas sebenarnya dimiliki oleh sebuah syarikat dari Hong Kong. Gila..!! Selama ini aku berbangga sebab aku makan beras tempatan di bawah logo Bernas yang aku bangga-banggakan sebab memilih produk tempatan rupanya milik orang asing?

Aku tak makan beras Siam sebab nak sokong industri beras negara, aku tak makan Berasmati dari India sebab aku nak bantu pesawah tempatan tetapi ternyata Bernas yang selama ini aku sangkakan milik kerajaan atau sekurang2nya milik syarikat tempatan rupanya adalah milik orang Hong Kong? Sungguh aku tak boleh terima....

Halooo... Malaysia! Aku sangka kita sudah dibebas dari penjajahan asing selepas mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957... Rupanya selepas 52 tahun kita masih lagi dijajah? Dan yang paling menyedihkan sumber makanan utama negara dikuasai orang asing? Di mana anak-anak Malaysia? Di mana syarikat-syarikat tempatan sehingga membiarkan syarikat asing menguasai Bernas? Di mana... Di mana otak pihak yang memberi kelulusan sehingga membenarkan syarikat asing kuasai industri beras negara?

Sungguh... aku sungguh sakit hati membaca berita tersebut. Dan aku dapat tahu ada syarikat tempatan yang mahu mengambil alih Bernas daripada syarikat Hong Kong tersebut. Alhamdulillah... aku berdoa agar ia dapat dikembalikan ke tangan anak tempatan.

Aku tahu ini bukan kes pertama. Sebelum ini banyak perusahaan atau perkhidmatan yang menjadi tempat kebergantungan rakyat marhain dikuasai oleh orang asing. Banyak.. cukup banyak. Kenapa harus berlaku? Kenapa? Kita sudah merdeka 52 tahun dan kita sudah melahirkan ramai ahli korporat terbilang dan ternama. Di mana mereka? Di mana korporat-korporat yang lahir dari Dasar Ekonomi Baru (DEB) berada?

Sepatutnya merekalah menguasai syarikat-syarikat yang berkepentingan dengan rakyat. Biar tidak begitu menguntungkan tetapi sekurang2nya mereka membalas jasa negara dan jasa rakyat yang membayar cukai demi kemajuan negara dan kemudian projek pembangunan diserah kepada mereka.

Aku harap ketika negara bakal menyambut kemerdekaan ke-52 ini, semua pihak perlu mengambil iktibar dari apa yang berlaku. Bayangkan kalau syarikat asing menguasai industri beras negara, mereka boleh buat apa sahaja untuk menjaga keuntungan mereka, dan mereka peduli apa dengan kesusahan rakyat.

Itulah yang berlaku ketika berlakua kenaikan harga beras yang mendadak setahun lalu. Kini rakyat menanggung sengsara kerana terpaksa membeli beras dengan harga tinggi. Akhirnya siapa yang untung, siapa yang rugi?

26 August 2009

Kartika oh Kartika

Tiba-tiba nama Kartika Sari Dewi menjadi popular malah lebih popular berbanding namanya sebagai model sambilan. Sebelum ini siapa peduli dengan wanita dari kampung di Sungai Siput ini. Tetapi kini namanya meletup bukan sahaja di dada-dada akhbar tempatan tetapi sudah masuk CNN.

Ini semua kerana kesalahannya mengambil minuman keras di sebuah kelab di Kuantan yang kemudian tertangkap ketika operasi Jabatan Agama Islam Pahang dan membawanya ke mahkamah syariah. Akhirnya dia dijatuhkan hukuman rotan (seingat aku asalnya hakim menyebutnya rotan dan bukannya sebat) sebanyak 6 rotan.

Nah, hasil keputusan hakim yang didasarkan enakmen Islam negeri Pahang, maka Kartika Sari Dewi -- yang aku ingatkan dari Indonesia sebab namanya hampir sama seperti nama isteri Sukarno, bekas Presiden Indonesia dan kebetulan nama bapanya pula Shukarnoor. Malah media pada awalnya melaporkan dia berasal dari Singapura -- menjadi wanita pertama di negara ini dirotan sebab minum arak!

Pendekkan cerita selepas dia redha untuk menerima hukuman tersebut dan sepatutnya hukuman dijatuhkan pada 3 Ramadan lalu, alih-alih isu rotan ke atas Kartika menjadi isu selepas hukumannya ditangguhkan. Maka berbunyilah para pemimpin, pejuang wanita memberi pelbagai komen. Maka popularlah Kartika Sari Dewi anak Shukarnoor dari Sungai Siput, Perak!

Pendirian aku tidak memihak kepada sesiapa. Kartika bersalah dan dia mengaku salah sebab minum arak di khalayak ramai dan dia redha dihukum. Tetapi kenapa ada tangan-tangan ghaib yang menghalang sehingga hukumannya ditangguhkan? Kenapa perlu ada alasan-alasan bodoh seperti kata Hishamuddin (Menteri Dalam Negeri) sebab tiada tukang sebat syariah dan itu dan ini...

Kepada para pejuang hak wanita termasuk Shahrizat, aku percaya "sebat" yang dikenakan ke atas Kartika tidaklah sama dengan sebat yang dikenakan ke atas pengedar dadah atau perogol. Tidak... bukan seperti dalam video-video yang sering ditayangkan oleh AADK tiap kali mengadakan pamerannya. Bukan... itu memang sebat.

Aku percaya sebat ke atas Kartika hanyalah setanding "public-canning" yang pernah diamalkan di sekolah-sekolah suatu ketika dahulu atau sekuat sebatan si ayah kepada anak mereka. Bukan begitu?

Pada masa yang sama aku persoalkan juga keputusan hakim syarie terbabit. Kenapa daripada ribuan orang Islam yang minum arak di Pahang hanya Kartika Sari Dewi dikenakan hukuman sedemikian? Bagaimana dengan yang lain? Apakah sebelum ini tiada orang Islam yang ditangkap sebab minum arak? Apakah kerana dia perempuan dan dikategorikan cantik (kalau tidak, masakan boleh jadi model) atau alasan lain?

Jalan penyelesaian kepada kemelut ini, sebenarnya cukup mudah jika semua pihak bersikap terbuka dan tidak terlalu mengikut buku.

Berilah sebatang rotan kepada si ayah (Shukarnoo) dan biarlah dia sendiri yang menghukum rotan anaknya kerana kesalahan tersebut. Kalau perlu buatlah di hadapan Peguam Negara, hakim syarie yang jatuhkan hukuman, Sharizat dan lain-lain yang memporak-perandakan isu ini. Susah sangatkah nak menghukum (memberi pengajaran) kepada seseorang? Huh...! Mentaliti orang kita!!

Sama ada si ayah mahu merotannya sekuat hati atau sekadar menyentuh kulit itu bukan isu kerana isunya ialah Kartika harus dirotan sebab bersalah minum arak. Kalau perkara remeh temeh seperti ketiadaan tukang rotan, sama ada perlu dipenjarakan terlebih dahulu atau sebagainya diambil kira, sampai bila isu ini tidak selesai.

Selepas isu tiada tukang sebat, akan wujud pula nanti persoalan sebesar mana saiz rotan, jenis rotan, kekuatan hayunan merotan, tempat nak merotan... rotan punggung, tangan atau kaki dan lain-lain perkara yang remeh-temeh. Bila mau selesai daaa...!!

Inilah masalah orang kita yang bermentaliti "orang salah mesti dihukum" (atau paling tidak saman... kalau tak mau saman... hulur!). Lebih mengutamakan menghukum daripada mendidik. Dan nak menghukum pula kena tengok buku. Buku cakap macam mana. Kalau tidak ada dalam buku.... ini jadi masalah, jadi konflik sebab masing-masing nak tunjuk kuasa.

Payah!

24 August 2009

DAP tersepit, PKR terhimpit... Salah BN-kah?

Nampaknya DAP semakin tersepit dengan isu salah guna kuasa di Selangor dan kes kematian Teoh Beng Hock. Walaupun pelbagai cara digunakan untuk menunjukkan kesalahan terletak di bahu SPRM berhubung kematian Beng Hock, termasuk penggunaan surat layang, namun ia tidak berhasil.

Hari ini mahkamah diberitahu tiada bukti baru dari surat layang untuk menunjuk SPRM terlibat dengan kematian Beng Hock. Nah... semakin jelas permainan konspirasi oleh DAP di Selangor yang kini berdepan dengan kes-kes siasatan rasuah dan salah guna kuasa semakin menghimpit parti itu tidak menjadi.

Tidak hairanlah andai Kit Siang sendiri tidak senang duduk dengan situasi di Selangor sehingga dia dengan terkebil-kebil menyalahkan BN atas masalah dalaman yang berlaku dalam parti itu. Dengan alasan BN cuba menumbangkan kerajaan pakatan Selangor ala di Perak.... Bull shit!

PKR pula semakin terhimpit oleh isu hilang kepercayaan terhadap pemimpin dan perjuangannya. Terbaru, ADUN Lunas bertindak keluar parti dan menjadi wakil rakyat bebas. Hal yang sama berlaku di Perak awal tahun ini sehingga menyebabkan kerajaan pakatan di negeri itu tumbang dan Perak kembali diperintah BN.

Pun begitu, sudah dijangka apabila hal seperti ini berlaku yang bersalah ialah BN. Kiri atau kanan dan apa sahaja alasan yang diberikan, puak2 pakatan akan tetap salahkan BN. Sebabnya mereka mahu menutup kelemahan mereka lalu menjadikan BN sebagai kambing hitam. Sekurang-kurangnya penyokong mereka di Permatang Pasir tidak "lari" memangkah BN pada pilihan raya esok.

Dalam kita menyambut bulan Ramadan yang mulia sekarang aku amat percayakan kepada ketentuan Allah, pada takdir dan pada Qada dan Qadar. Allah maha adil dan maha saksama. Aku percaya apa yang berlaku ke atas DAP dan PKR sebagai ketentuan Allah untuk menunjukkan siapa diri mereka yang sebenar.

Dan aku juga percaya bahawa Allah jualah yang memenangkan pembangkang di lima negeri pada PRU-12 lalu untuk memberi kesedaran kepada BN/UMNO agar kembali ke landasan perjuangan, dan juga mahu menguji sejauh mana keikhlasan Pas dan PKR dalam membela nasib bangsa.

Nah, sekarang satu persatu Allah tunjukkan... Jadi jangan salahkan BN tetapi salahkan diri sendiri!!

21 August 2009

Ramadan datang lagi

Esok 1 Ramadan bermakna bermulalah hari di mana seluruh umat Islam di seluruh dunia beribadat puasa. Begitu juga umat Islam di Malaysia. Di sesetengah negara sudah bermula hari ini. Tidak mengapa.

Entah mengapa kehadiran Ramadan kali ini tidak seindah tahun-tahun sebelumnya. Sudah dua tahun aku merasai "redupnya" Ramadan. Lantas aku terbayang apa yang sedang dihadapi oleh umat Islam di selatan Thai yang kini tidak lagi hidup aman damai seperti dahulu. Ada sahaja kejadian pembunuhan oleh puak2 yang tidak bertanggungjawab.

Paling sedih umat Islam di selatan Thai adalah orang Melayu... Melayu Pattani. Tapi lihatlah apa yang berlaku. Mereka tidak lagi dapat beribadah dengan aman. Mereka bukan sahaja dibunuh kejam di jalan-jalan malah sampai ke dalam masjid. Pembunuhan demi pembunuhan ke atas umat Islam di selatan Thai berlaku setiap hari. Siapa yang peduli?

Sedih... cukup sedih dengan nasib Melayu dan Islam di selatan Thai. Dan aku membayangkan apakah suatu hari nanti negara kita juga mengalami nasib seperti Melayu di Selatan Thai?

Tidak mustahil! Unsur-unsur sedemikian sudah kelihatan hari ini. Orang bukan Islam semakin galak menjolok sarang tebuan, memperlekeh Melayu dan Islam iaitu kaum majoriti di bumi ini. Tidak... kita tidak boleh salahkan mereka kerana puncanya adalah kerana angkara Melayu dan Islam itu sendiri.

Islam dipersenda oleh pemimpin bergelar ulama, cakap mufti diperlekeh dan tidak diendahkan, kuasa raja dicabar, pengkhianat bangsa disanjung, pemimpin tidak bermoral dipeluk dibelai, bukan Melayu sudah mula berani mempersoal kedudukan dan keistimewaan Melayu, bukan Islam sudah pandai mempersoalkan Islam dan lain-lain.

Lantas jika ini berterusan dan Melayu masih saling bersanggah dan saling menyalahkan antara satu sama lain, aku percaya dalam tempoh yang tidak lama nasib kita akan menjadi seperti rakan-rakan sebangsa dan seagama di selatan Thai. Jika sudah tahap itu, apa lagi yang boleh kita lakukan?

Sempena kedatangan Ramadan yang mulia ini elok kita semua bermuhasabah diri dan merenung dalam diri. Aku bukan menyeru kepada pemimpin di luar sana sebab aku tidak peduli lagi diri mereka yang sudah kemarut kuasa tetapi seruan ini kepada kita-kita semua yang memilih pemimpin dan juga penentu nasib anak bangsa.

Renungkanlah... sampai bila kita sesama bangsa dan agama mahu bersanggah. Jangan sampai kita seperti rakyat Palestin yang menjadi mangsa perbalahan dua kumpulan pejuang yang akhirnya mudah diratah musuh. Jangan... jangan jadikan Pas dan UMNO seteru seperti seterunya kumpulan Fatah dan Hamas.

Kelak nanti nasib kita akan menjadi seperti rakan sebangsa dan seagama kita di selatan Thai. Wanauzubillah...!


"SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA"

19 August 2009

Hahahaa.... akhirnya dapat kuil

Aku nak gelak... aku nak gelak... aku nak ketawa... ha ha ha.... Kau orang nak marahkan aku marahlah. Orang Shah Alam nak bermasam muka dengan aku tidak mengapa tapi aku memang nak gelak, nak ketawa... hahahaha... hohohohooo... Aku nak kata... "Padan muka korang!"

Itulah dah elok kerajaan BN diketuai UMNO perintah negeri Selangor korang semua tak suka. Kerajan koruplah, perosak bangsa, agama dan negaralah. Maka korang semua sepakat nakkan pembaharuan, nakkan perubahan. Nah kau! Inilah perubahan yang korang terima.

Masa BN perintah dulu, banyak masjid2 baru dibina, surau-surau dibina walaupun akhirnya "dirampas" oleh barisan jawatankuasa yang pro-Pas, tetapi tidak mengapa kerana dah jadi tanggungjawab UMNO sebagai pemimpin Islam untuk membina masjid, surau.

Tapi kini dengan diketuai oleh MB beragama Islam, kerajaan negeri nak bina kuil di Shah Alam... dalam kawasan majoriti Melayu. Kah kah kah... padan muka orang Shah Alam.... Padan muka orang Seksyen 23... akhirnya perjuangan mereka memperoleh kuil.

Eloklah sangat.... Orang India kat Shah Alam tak sampai 5 peratus tetapi bakal menerima kuil yang akan tersergam indah di Seksyen 23 dan dikelilingi oleh rumah-rumah penduduk Islam. Kah kah kah... lepas ni eloklah orang Seksyen 23 mengimarahkan kuil baru tu... kah kah kah...!!

Nanti dalam PRU-13 ni marilah kita semua pakat undi pakatan rakyat dan memastikan kerajaan Selangor terus kekal di tangan pakatan. Sebab selepas ini sudah pasti setiap kawasan perumahan di negeri ini bakal dibina kuil-kuil yang tersergam indah tidak kiralah kawasan itu hanya ada 5 orang India tetapi janji pilihan raya perlu ditunaikan.

Dan kalau tidak ada peruntukan untuk membina kuil2 tersebut, kerajaan Selangor bolehlah mendapatkan wang dari Baitulmal kerana jumlah wang Baitulmal kan banyak dan boleh disalurkann untuk pembangunan negeri. Dan kalau wang Baitulmal tidak mencukupi, elok naikkan bayaran zakat fitrah.

Ya, ya... zakat fitrah tahun ini di Selangor naik RM7 sebab nak tampung wang Baitulmal yang kini akan digunakan untuk pembangunan negeri. Mungkin juga kalau mesyuarat exco luluskan, wang Baitulmal juga diguna untuk bina kuil dan tokong. Eh... tak boleh. Orang Islam Selangor tak boleh marah sebab mereka yang pilih kerajaan ini. Buat apa nak marah. Itukan kebijaksanaan kerajaan negeri.

Tak macam kerajaan dulu, bodoh... bengap... bebal. Perasuah, penyangak... Semua harta orang Selangor dirampas. Semua projek-projek disapu. Tidak, tidak.... kerajaan Selangor sekarang cemerlang, gemilang, terbilang.... !! Tahniah! Tak sia-sia korang pilih mereka. Kalau ada yang kata mereka makan rasuah, itu semua tuduhan BN nak jatuhkan kerajaan Selangor.

Ya.. ya... kita perlu pastikan kerajaan Selangor kekal di tangan pakatan agar nanti kita semua bakal menerima habuan2 lain yang mengejutkan! Kejutan... demi kejutan....!!

18 August 2009

Tahniah orang Pas! Anda adalah ahli syurga...

Aku nak ucap tahniah kepada semua yang telah memberi undi kepada Pas kerana anda semua bakal masuk syurga. Tidak seperti kami-kami ini yang hanya menunggu di luar pintu syurga lantaran kami tidak menyokong Pas.

Itulah yang tok guru kata. Kalau sokong Pas kalian akan masuk syurga walaupun kalian kaki perompak, penyamun, penzina, pelancap, perogol, penipu dan segala macam kejahatan yang kalian lakukan tetapi kerana pada hari pengundian kalian memangkah calon Pas maka kalian masuk syurga.

Wah, mudah sekali kita nak masuk syurga. Asalkan pangkah bulan, maka syurgalah jaminannya. Tidak seperti kami-kami ini walaupun beribadah siang malam, berdoa pagi petang, bersujud sepanjang masa dan menjauhi kemungkaran maka kami tidak ada peluang nak masuk syurga hanya kerana kami tidak memangkah calon Pas.

Betul ke syurga itu milik orang Pas sahaja? Betul ke Nik Aziz boleh menentukan siapa masuk syurga, siapa masuk neraka? Macam mana pula orang2 Islam di luar Malaysia yang tidak boleh memangkah Pas sebab tidak layak mengundi di Malaysia? Bagaimana dengan umat Islam zaman Rasulullah sebab mereka tidak kenal dan tidak berpeluang untuk kenal Pas?

Kalau betullah, alangkah malangnya jutaan umat Islam di dunia ini kerana kalian tidak memangkah Pas maka anda semua tidak dapat menikmati syurga. Apa guna berbuat baik, beramal ibadah dan menjauhi kemungkaran andai syurga yang dijamin oleh Allah selama ini tidak dapat dicapai lantaran tidak dapat atau tidak mahu menyokong Pas?

Oh... bertuah sungguh orang-orang Pas. Lepas ini bolehlah orang-orang yang memberi undi kepada Pas melakukan kejahatan yang sejahat2nya sebab jaminan akan masuk syurga telah diberikan.

Tahniah... tapi BULL-SHIT!!

17 August 2009

Harussani disanggah... di mana mufti lain?

Sejak akhir-akhirnya Mufti Perak, Datuk Harussani Zakaria diserang habis-habisan oleh puak2 yang berkepentingan kerana menganggap kenyataan demi pandangan Harussani berbau politik pro-UMNO. Malah pandangan beliau disanggah dan dipijak2 oleh mereka yang konon lebih arif soal agama.

Aku masih ingat bagaimana Harussani suatu ketika dahulu telah mengkritik program Jom Heboh TV3 kerana menganggap ia memberikan kemudaratan kepada umat Islam sehinggakan Jom Heboh diharamkan di bumi Perak. Malah Harussani juga pernah melarang seorang wartawan agama menjejakkan kaki di Perak. Lalu Harussani ketika itu diangkat dan disanjung.

Tetapi kini apabila beliau menyuarakan kebenaran terutama ketika mempertahankan raja-raja Melayu, agama Islam dan bangsa Melayu, beliau telah diletakkan serendah-rendahnya oleh orang yang sama dahulu menjulangnya.

Yang menyedihkan orang itu adalah mereka yang seagama, sebangsa dan sekaum. Begitu durjananya orang Melayu/Islam di negara ini hari ini. Hanya kerana pandangan mufti bertentangan dengan politik mereka, lalu beliau dicap begitu rupa.

Dalam keadaan beliau disanggah, diperlekeh aku tertanya-tanya di mana mufti-mufti negeri-negeri lain? Apakah pandangan mereka bertentangan dengan Harussani atau dengan kata lain menyokong puak2 yang memperlekehkan raja-raja Melayu dan bangsa Melayu? Di mana mereka? Apakah lebih selesa untuk tidak mencampuri urusan politik walaupun apa yang diperkatakan oleh Harussani melibat bangsa dan agama?

Atau apakah mufti-mufti lain sudah selesa dengan makan gaji berpuluh ribu, duduk di pejabat berhawa dingin, berkerusi empuk, berkereta V6 siap dengan pemandu... maka bukan urusan mereka mencampuri perihal berkaitan raja-raja Melayu dan bangsa mereka. Apakah mereka lupa bahawa raja-raja adalah ketua agama Islam bagi setiap negeri? Jadi kenapa apabila ketua mereka diperlekeh mereka hanya membisu?

Sedih... cukup sedih aku melihat Harussani ditekan, disanggah, diperlekeh dan tidak kurang juga yang memaki hamun hanya kerana beliau mempertahankan rajanya manakala rakan-rakan mufti lain hanya duduk memerhati dari anjung pejabat dengan mulut tersumbat dengan nikmat dunia.

Ayuhlah! Apakah mereka hanya berpeluk tubuh melihat bangsa seagama mereka sedang alpa, lalai dan hanyut lantaran ketaksuban mereka terhadap pemimpin dan parti. Atau apakah mereka juga berada sebaris dengan kumpulan orang yang menentang Harussani?

Wanauzubillah!

15 August 2009

Dosa pemimpin Pas kepada rakyat Malaysia

Ada dua dosa besar pemimpin Pas kepada rakyat Malaysia yang paling ketara sekarang ini dan sekaligus menunjukkan kemunafikan mereka:

1) Sekian lama menentang UMNO kerana mendakwa UMNO tidak amal Islam sehingga kegiatan maksiat seperti judi dan arak berleluasa TETAPI bersetuju membenarkan arak dijual di kawasan majoriti Melayu di Selangor.

2) Menentang pelukis kartun Denmark (bukan Islam) kerana menghina Nabi Muhammad S.A.W menerusi karikaturnya TETAPI tidak melarang pemimpin DAP menghina Islam kerana menganggap mereka tidak tahu tentang Islam.

Bullshit!

14 August 2009

Cakap siang, cakap malam

Pepatah Melayu ada berkata "cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar". Aku rasa pepatah ini patut diamati oleh para pemimpin puak pembangkang yang baru sahaja merasakan suasana sebagai kerajaan (pemerintah negeri).

Sama ada mereka lupa atau mereka tidak tahu bahawa pemimpin itu macam juga artis iaitu menjadi idola, ikutan atau orang putih kata "public figure". Maknanya setiap ucapan, kenyataan dan perbuatan pemimpin diperhati oleh rakyat yang mengundi mereka. Maka setiap percakapan dan perbuatan mereka kenalah berhati-hati.

Oleh sebab itulah pemimpin seperti Karpal Singh, Ronnie Liu, Jeff Ooi, Liew Fook atau waima Nik Aziz sekalipun, kalau bercakap perlulah berhati-hati kerana tersilap lidah maka akan membawa kesan tidak baik, bukan sahaja kepada mereka sendiri, parti mereka bahkan kestabilan politik negara.

Ya, mereka boleh nafi. Mereka boleh kata media salah lapor dan mereka boleh tuduh media sengaja membesar-besarkan isu sebab apa yang mereka cakap tidak melambangkan niat hati mereka. Betul... Tapi peribahasa juga menyebut "terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya."

Inilah yang perlu ditekankan oleh mereka agar tidak timbul salah faham, kekeliruan dan sentimen negatif di kalangan pengikut mereka atau orang lain yang mereka tuju. Bercakap cukup mudah dan cukup senang tetapi tersilap menyusun kata buruk padahnya.

Hal sama berlaku ke atas seorang pemimpin UMNO masa pilihan raya Permatang Pauh yang kemudiannya dimainkan oleh media berbahasa Cina yang akhirnya beliau telah digantung keahlian parti.

Justeru, pemimpin dari parti lain, dari kaum lain juga perlu berhatai-hati ketika bercakap, berceramah atau berkhutbah sekalipun kerana terlajak kata boleh binasa. Mereka boleh mengelak dengan apa sahaja alasan. Peguam mereka boleh menyanggah wartawan atau saksi yang dipanggil di mahkamah dengan mengajukan soalan2 berbau teknikal dan istilah undang-undang dan percayalah dengan menggunakan kaedah itu setiap pengakuan saksi akan mudah disanggah yang akhirnya mereka bebas!

Tetapi kami ini... rakyat biasa di bawah sini yang selama ini memberi undi tanpa menilai calonnya Melayu, Islam atau tidak perlu dijaga. Kami memberi undi dengan mengabaikan sentimen kaum. Kami memenangkan mereka tetapi jangan selepas dapat gading bertuah, tanduk tidak berguna lagi. Selepas habis madu sepah dibuang.

Ingatlah sekali kami terluka, bisanya akan sampai ke tulang dan parutnya akan kekal selama-lamanya...

13 August 2009

Pergi tak kembali - Al-Fatihah

Setiap insan pastikan merasa
Saat perpisahan terakhir
Dunia yang fana akan ditinggalkan
Hanya amalan yang akan dibawa

Terdengar sayup surah dibaca
Sayu alunan suara
Cemas di dada lemah tak bermaya
Terbuka hijap di depan mata

Selamat tinggal pada semua
Berpisah kita selamanya
Kita tak sama nasib di sana
Baiklah atau sebaliknya

Amalan dan taqwa jadi bekalan
Sejahtera, bahagia pulang...kesana

Sekujur badan berselimut putih
Rebah bersemadi sendiri
Mengharap kasih anak dan isteri
Apa mungkin pahala dikirim

Terbaring sempit seluas pusara
Soal bicara terus bermula
Sesal dan insaf tak berguna lagi
Hancurlah jasad dimamah bumi

Berpisah sudah segalanya
Yang tinggal hanyalah kanangan
Diiringi doa dan air mata
Yang pergi takkan kembali lagi

Inilah salah satu lagu yang sempat dipopularkan oleh kumpulan nasyid Rabbani dengan penyanyi utamanya Ustaz Asri Ibrahim. Hari ini kita dikejutkan dengan kematian Ustaz Asli dalam usia 40 tahun akibat diserang sakit jantung kira-kira pukul 10.30 pagi.

Aku tidak banyak mengenali Ustaz Asri tetapi aku pernah berpeluang berbual dengan beliau bersama ahli-ahli kumpulan Rabbani dalam satu majlis beberapa tahun lalu. Ya, aku cukup kagum dengan beliau yang bukan sahaja petah menyusun kata yang kemudian dilontarkan dengan nada lemah lembut penuh budi pekerti tetapi juga ramah melayan kami.

Beliau juga tidak meninggi diri biarpun sudah bergelar artis popular dan dikenali ramai. Penah aku bertanya berapakah bayaran yang dikenakan jika aku menjemputnya membuat persembahan? "Berapa pun kami tidak kisah, asalkan ikhlas. Kami pernah terima bayaran RM700... " Itulah antara jawapannya.

Tapi kini beliau telah meninggalkan kita untuk selama-lamanya namun senyuman Ustaz Asri akan terus terpahat dalam hati aku dan seluruh peminatnya.

Benarlah kata bait-bait lagu yang dicipta oleh Allahyarham sendiri... "Berpisah sudah segalanya, yang tinggal hanyalah kenangan, diiringi doa dan air mata, yang pergi takkan kembali lagi...."

Innalillahi wainna ilaihiroji'un...

Jom pakat hina Islam (?)

Kepada sesiapa yang nak hina agama Islam, kutuk orang Islam waima Nabi sekalipun, silakan! Asalkan kamu bukan Islam. Sebab orang bukan Islam dibenarkan untuk menghina Islam. Itulah fatwa terbaru Tok Guru Nik Aziz.

Wah lepas ni seronok betul Jeff Ooi, Siew Fook, Ronnie Liu atau sesiapa sahaja dari puak2 bukan Islam boleh sebebas-bebasnya menghina, mengutuk dan mengeji Islam. Dan kita sebagai orang Islam tidak boleh memarahi mereka sebab Nik Aziz kata itu tidak mengapa sebab mereka bukan Islam dan tidak tahu pasal Islam.

Hoi tok guru. Demo sedar ke apa yang demo cakapkan tu? Tau tak kenyataan demo tu mengundang bahaya kepada negara, kepada agama Islam... Demo boleh cakap apa sahaja selepas ini tetapi kata-kata demo itu sudah menjadi satu LESEN kepada puak2 bukan Islam untuk menghina Islam, orang Islam dan Tok Guru sendiri.

Aduh... aku mahu menangis dan aku mahu menjerit "kemarahan" dengan pernyataan seorang tok guru bertaraf ulama (siapa yang labelkan dia ni ulama?). Kenapalah aku mempunyai seorang tok guru yang berfikiran seperti ini. Aku tidak sanggup dihina, aku tidak sanggup dikeji, aku tidak akan biarkan diriku dinista oleh seorang bukan Islam kerana aku orang Islam.

Ya Allah ya Tuhanku... Engkaulah yang maha agung, maha besar dan maha mengetahui. Ampunilah dosa Tok Guru Nik Aziz dan kembalikanlah beliau ke jalan yang benar!

Negara semakin kacau, pemimpin semakin bercelaru...

10 August 2009

Antara H1N1 dan N11

H1N1:

Wabak H1N1 atau bahasa lebih kasar yang Menteri Kesihatan kita tak bagi pakai, selesema babi kini semakin menular. Sehingga kini sudah hampir 50 orang telah meninggal dunia akibat virus yang diimport dari luar negara itu. Virus yang katanya asal dari babi, burung dan manusia.

Kita selaku orang awam tidak dapat berbuat banyak untuk mengelak dari dijangkiti penyakit babi yang satu ini melainkan mengambil langkah2 minimum termasuk memakai penutup mulut dan hidung (orang kampung panggil topeng...). Paling-paling cuma elak dari mengunjungi tempat ramai orang. Tapi peluang untuk kita mengelak dr jangkitan memang minimum.

Bagi aku, penyebaran wabak ini adalah ujian Allah kepada umatnya. Justeru, cadangan mengadakan sembahyang hajat beramai2 patut disambut oleh semua pihak baik dari pihak Pas mahupun UMNO, asalkan Islam. Kalau dahulu Pas boleh mengumpulkan beribu2 orang mengadakan sembahyang hajat di stadium untuk menjatuhkan pemimpin UMNO dan beribu2 lagi berhimpun secara haram kerana ISA, kenapa kali ini kita semua tidak bersatu hati atas nama umat Islam untuk sama-sama bersembahyang hajat dan memohon doa kepada Allah agar menjauhkan bala wabak H1N1 ini.

Tidak salah kalau aku katakan bagi kaum lain yang menganut agama lain baik Kristian, Buddha mahupun Hindu menggunakan kepercayaan masing-masing. Ini kerana ujian Allah ini bukan sahaja ditujukan kepada umat Islam tetapi juga kaum-kaum lain.

Aku harap untuk tempoh sedetik ini marilah kita lupakan soal perbalahan politik sebaliknya sama-sama memikirkan masalah H1N1 yang kini bukan lagi menjadi masalah pihak2 tertentu tetapi melibatkan semua rakyat di seluruh dunia.

N11 (Permatang Pasir):

PRK Permatang Pasir (N11) sah akan diadakan pada 25 Ogos bersamaan 4 Ramadhan. Jadi sempena bulan puasanya elok parti-parti yang bertanding tidak saling fitnah memfitnah, tuduh menuduh, maki hamun antara satu-sama lain sepanjang kempen berlangsung.

Apa salahnya semua pihak mengamalkan politik matang dan berkempen secara matang iaitu dengan memberi tumpuan kepada gagasan / perjuang yang ingin dibawa dan kelebihan yang dimiliki dan bukannya memburuk2kan pihak lawan sepertimana yang selama ini kita amalkan.

Pilihan raya pada bulan puasa ini juga adalah ujian dari Allah untuk menguji umatnya sejauhmana mampu menahan nafsu mereka dari mengata, mempersenda, memperlekeh bahkan memburuk2kan pihak lain.

Siapa pun calon dari parti mana sekalipun, sudah tiba masa kita berkempen secara berhemah, sopan, matang dan penuh toleransi kerana ini bukan kali pertama kita menghadapi PRK. Ingat, setiap patah perkataan, dan setiap inci perbuatan akan dicatatkan. Lebih2 lagi pada bulan Ramadhan yang mulia.

09 August 2009

Hentikan penjualan arak di 7-Eleven!



Ada yang tanya pendirian aku tentang langkah Hasan Ali desak kerajaan Selangor hentikan penjualan arak (bir) di kawasan majoriti Melayu dan jawapan aku... "Tidak wajar!".

Sebabnya bagi aku kalau nak larang penjualan arak secara terbuka di kedai-kedai serbanika 24 jam (7-Eleven) ia sepatutnya dilaksanakan di seluruh negara. Tak kira di negeri bawah BN mahupun pakatan pembangkang.

Isu penjualan arak di kedai 7-Eleven bukan baru. Seingat aku ada media yang pernah mendedahkan bagaimana budak2 Melayu beruniform sekolah dengan beraninya membeli arak dari kedai berkenaan dan penjualnya pula (Melayu) tidak membantahnya.

Benar! Dengan adanya arak2 yang dijual secara berleluasa di kedai2 7-Eleven di seluruh negara memudahkan orang Melayu atau mereka yang beragama Islam membelinya. Ya, ada yang berani membelinya secara terang-terangan, ada yang malu-malu dan ada juga yang secara sembunyi-sembunyi.

MB Selangor kata kawalan penjualan arak kepada hanya yang bukan Islam akan dikawal sendiri oleh kedai-kedai berkenaan. Tetapi sejauhmana peniaga terbabit ops... maksud aku pekerja kedai tebabit sedia menegah, menegur bahkan melarang jika ada budak2 sekolah Melayu yang membeli arak? (Lihat gambar di atas!)

Jadi bagi aku, penjualan arak di kedai serbanika 7-Eleven perlu dihentikan segera memandangkan kedai tersebut kini sudah bercambah di seluruh pelosok negara baik di bandar-bandar-bandar utama mahupun pekan2 kecil, baik di kawasan majoriti Melayu mahupun bukan Melayu. Tetapi bersediakah menteri yang bertanggungjawab menggubal undang2 melarang penjualan minuman keras di kedai 7-Eleven?

Aku rasa tidak sebabnya menteri (Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan) yang bertanggungjawab ialah seorang bukan Islam manakala pemilik 7-Eleven pula adalah seorang tycoon yang cukup berpengaruh juga bukan beragama Islam.

Nah, kalau Pemuda UMNO nak berdemonstari desak hentikan penjualan arak, lakukanlah di seluruh negara dan bukan setakat di Selangor.

Nota:
~ Arak ialah sejenis minuman yang mengandungi alkohol dan memabukkan, minuman keras (Kamus Bahasa Melayu, DBP)

08 August 2009

Arak di Selangor... Oh! Tak apa

Kerajaan Selangor membenarkan penjualan arak walaupun di kawasan majoriti Melayu/Islam.... Dushhh!!! Hassan Ali terduduk dengan keputusan yang diumumkan oleh MB Selangor itu. Nik Aziz terkunci mulut, Hadi Awang menyorok dalam selimut dan Anwar Ibrahim tersenyum kambing.

Manakala Karpal Singh, Kit Siang, Eli Wong, Teresa Kok, Jenice Lee, Ronnie Liu dan geng-gang DAP bersorak girang. Para penjual arak di Selangor bergembira dan berpesta malam tadi tatkala mendengar keputusan kerajaan negeri Selangor, yang ditadbir oleh pakatan rakyat.

Ke mana pasukan sorak Pas yang selama ini mencari sahaja kesalahan BN/UMNO untuk dihentam, diherdik, dimaki hamun. Mana penulis2 blog yang selama ini mengintai kesilapan UMNO dan BN untuk membantai habis-habisan dalam blog masing2? Mana Hamirdin? Mana Sopi Wahab? Mana Zul Nordin? Mana... mana mereka?

Kenapa tiada seorang pun di kalangan penulis blog pro-Pas mempersoalkan keputusan kerajaan Selangor? Apakah kerana ia diputuskan oleh kerajaan pimpinan pakatan rakyat maka keputusan membenarkan penjualan arak direstui?

Bayangkan kalau keputusan serupa dibuat oleh kerajaan BN? Apa yang akan dijeritkan oleh puak2 Pas? Apa yang akan Nik Aziz, Hadi Awang, Mat Sabu, Hassan Ali bahkan para penyokong setia Pas katakan? Aku percaya silap haribulan mereka membuat berdemonstrasi di depan pejabat MB Selangor kalau tidak menggunakan mimbar Jumaat untuk membelasah kerajaan BN.

Apabila berlaku atas batang hidung sendiri mereka baru berkata, oh... masalah arak dan judi sukar dibendung. Aik? Dah lain pula nadanya? Ke mana perginya perjuangan untuk membina kerajaan Islam? Ke mana perjuangan untuk melaksanakan hukum Hudud?

Alhamdulillah... rupanya kemenangan pembangkang di beberapa negeri pada PRU-12 lalu rupanya ujian dari Allah untuk menguji kebijakpandaian pemimpin mereka terutama pemimpin Pas yang selama ini pandai bercakap dan mengajar kerajaan BN (UMNO) bagaimana mentadbir negeri dan negara. Dan apabila mereka sendiri mentadbir negeri, nyatalah mereka menghadapi masalah serupa malah lebih teruk berbanding di bawah kerajaan BN.

Aku percaya isu arak di Selangor telah benar-benar mencelikkan mata rakyat Selangor khasnya dan Malaysia amnya bahawa pemimpin Pas seperti ayam jantan yang hanya berkokok di dini mengejutkan orang tidur tetapi kemudian lari meninggalkan reban tatkala diserang si musang.

Tahniah Khalid kerana membuat keputusan bijaksana itu. Ops...!! Ada suara-suara dalam Pas kata itu semua konspirasi UMNO nak jatuhkan kerajaan pembangkang di Selangor. Ini semua adalah permainan politik Khir Toyo... Eh..!! Apa kena mengena UMNO dalam isu arak ini? Ada... mereka akan carikan juga kaitannya walaupun sebodoh mana sekalipun.

Biasalah, orang Pas tidak akan mengaku kesalahan mereka sebaliknya lebih senang mencari kesalahan orang lain. Bak kata orang tua-tua... Bodoh sombong!

07 August 2009

Bukan salah Ronnie!

Tidak... tidak... Ronnie Liu tidak bersalah. Bukan.. bukan... bukan salah Ronnie. Dia hanya menjalankan tugas exco membantu dan menjaga kebajikan rakyat. Ronnie tidak patut dipecat dan puak2 Pas tidak patut mendesak Ronnie letak jawatan.

Sepatutnya Ronnie dijulang sebagai wira kerana membantu rakyat. Ronnie ya Ronnie... hero baru abad ini. Dia sepatutnya diangkat sebagai MB Selangor sebab dia seorang pemimpin yang prihatin kepada rakyat. Lagipun kalau mempunyai kuasa MB sudah pasti akan lebih banyak rakyat yang boleh dibela.

Bukan setakat arak-arak yang dirampas disuruh kembalikan tetapi para pelacur Cina yang ditangkap di negeri ini akan diselamatkan diberikan tempat untuk mereka berniaga dengan bebas. Malah kilang Calsbergs di Subang dan Ancor Beer di PJ pastinya diperbesarkan supaya menjadi pembekal utama di rantau Asia malah dunia. Bukankah itu baik untuk ekonomi Selangor? Kalau negeri banyak wang tidak perlu lagi kerajaan Selangor guna duit Baitulmal...!!

Oh Ronnie... terima kasih kepada anda kerana membela nasib rakyat. Sesuai amat dengan perjuangan parti pakatan kamu yang berjuang untuk keadilan rakyat, pakatan rakyat...! Inilah yang diinginkan oleh pemimpin de-facto kalian, Anwar Ibrahim. Eh... kemana dia menghilang tatkala Ronnie diserang rakan setilam dari Pas. Oh Anwar takkan kamu menyorok lagi. Tidak.. tidak, ini bukan kes liwat.. ini kes lain.

Tidak... tidak... bukan Ronnie yang bersalah. Yang bersalah ialah rakyat yang memberi undi kepada Ronnie sehingga beliau menjadi wakil rakyat, kepada DAP, kepada pakatan sehingga mereka boleh memerintah negeri. Oh pengundi... terima kasih kepada anda semua. Ya, Ronnie tidak bersalah.

Kalian berilah undi kalian kepada Ronnie dan puak2 DAP lagi pada PRU-13 nanti supaya mereka boleh mentadbir negeri Selangor lagi. Kalau semua calon DAP menang di Selangor bolehlah Ronnie jadi MB. Persetan dengan Khalid! Dan kalau boleh berikan peluang DAP mentadbir kerajaan pusat. Kalau DAP menang di Pusat, Ronnie ada peluang jadi PM.

Wah kalau Ronnie jadi PM aman makmur negara sebab pihak berkuasa tidak perlu lagi berjaga malam menyerbu rumah2 urut, hotel2 penyedia perkhidmatan seks, kedai2 arak. Tidak perlu lagi sebab itu semua dibenarkan.

Nescaya ekonomi negara juga kukuh sebab semua jenis perniagaan boleh dijalankan. Kalau nak berniaga arak depan pagar masjid pun tidak mengapa. Jenayah berkurangan disebabkan semuanya dibenarkan. Bahkan Ketua Polis Negara boleh bermain golf sepanjang hari sebab tugas polis makin mudah.

Bukan.. bukan... Bukan salah Ronnie. Ronnie tidak bersalah. Yang salah ialah kalian yang mengundinya..!!

05 August 2009

Kuasa seorang exco...

TERKINI! (9.00 mlm)
MB Selangor tak layan desakan Hassan Ali dan puak2 Pas supaya tukar portfolio Ronnie Liu kerana menganggap isu tu kecik. Hehehee.... kan aku dah cakap!

POS TERDAHULU:
Wah baru jadi exco lagaknya macam PM. Semua mau campur tangan. Aku ingat PM pun tak ada macam tuh. Kalau ada kedai jual arak yang diserbu pun mahu masuk campur atas nama kuasa seorang exco aku tak taulah kalau dia jadi menteri atau PM. Silap-silap rumah tangga jiran sebelah pun mahu dia layan.

Inilah padahnya kalau orang seperti ini diberikan sedikit kuasa lalu menggunakannya konon atas nama perikemanusiaan, hak asasi manusia, keadilan atau apa sahaja istilah haram jadah lain demi untuk politik peribadi. Bayangkan orang seperti ini diberi kuasa mentadbir negara, aku percaya bukan setakat Selangor tetapi satu negara jual arak di mana-mana.

Teringat aku masa melawat negara jiran beberapa tahun lalu. Arak boleh dijual dan dibeli di warung-warung kopi ditepi jalan. Boleh sesiapa sahaja beli dan togak. Tak ada masalah. Tapi itu aku tak hairan sebab negara itu tidak ada mufti, tiada JAKIM, tiada ISA dan tiada undang-undang Islam seperti negara kita.

Oh... pasti mereka akan berkata, kenapa negara jiran boleh jual arak tepi jalan dan pelihara babi sedangkan negara itu pun ramai orang Islam, lebih ramai dari Malaysia? Itu cara mereka nak pusing... nak halalkan tindakan mereka. Apa nak sama dengan negara jiran? Kalau fikir negara jiran lebih aman tanpa undang-undang Islam elok sangat mereka ini memohon warganegara sana dan berpindah ke sana. Lagi bagus... Malaysia pun aman!

Dan lebih haru ramai pula puak2 berserban dan berkopiah yang selama ini melalak memperjuangkan negara Islam dan hukum hudud berdiam diri dengan perilaku sahabat setilam mereka. Maklum hati mereka nak kena jaga sebab kalau tak ada depa, tak ada harapan puak2 oh rembulan ini nak jadi exco. Tak apa kalau tak dapat exco kanan atau exco yang orang kata "sumur wang" asalkan dapat jawatan.

Ops.. lupa. Ada orang Pas di Selangor dah terpekik minta MB ganti exco jaga PBT serah pada exco mereka. Sama ada mereka baru sedar atau buat2 bising untuk mengelabui mata rakyat atau ada sebab lain, tak tahulah aku. Tapi aku percaya pekikan Hasan Ali dan puak2 Pas lain hanya sementara saja. Kalau Khalid buat pekak sebab nak jaga exco DAP (takut kena rampas kerusi beb!) akhirnya senyap jugalah mereka.

Apa sangat kuasa puak2 Pas di Selangor. Kalau nak kira kerusi yang dimenangi pada PRU-12 lepas DAP nyata lebih banyak berbanding puak2 mereka. Kalau dalam dewan, berani ke Pas nak bangkit hal2 ini? Mau disergah dik Teresa Kok jeh, semua pakat terkencing dalam seluar belaka.

Buat apa puak2 Pas nak bising-bising pasal Ronnie. Dulu siapa yang undi puak2 ini dan siapa pula setuju bagi kuasa kata dia? Jadi tak payahlah nak terpekik kat opis MB tuh. Sia-sia saja. Baik korang buat macam Nizar kat Perak. Ajar Ronnie tu selawat ke, baca Quran ke. Mana tahu lepas ni boleh lantik jadi mufti.

01 August 2009

Kenapa ISA perlu!

Ramai yang membantah ISA terutama di kalangan puak2 pembangkang. Ada juga di kalangan parti komponen BN seperti Gerakan dan MCA. Kenapa mereka marahkan sangat dengan ISA aku sendiri tidak pasti. Mungkin sebab dipengaruhi pihak2 tertentu yang mempunyai kepentingan politik peribadi.

Mereka menganggap ISA tidak perlu pada zaman sekarang sebab ISA diwujudkan untuk banteras komunis dan sekarang komunis dah berkubur. Betul ke komunis dah benar-benar berkubur? Dan mereka juga kata ISA tidak perlu sebab sekarang sudah banyak undang-undang dan akta lain yang boleh digunakan.

Betul... aku setuju kita sudah gubal banyak undang-undang untuk menjaga ketenteraman dan keselamatan negara. Tetapi mungkin mereka tidak sedar atau tidak tahu bahawa undang-undang yang ada, selain ISA sering dipermainkan oleh para peguam dan sering diperlekehkan.

Kalau tak percaya lihatlah apa yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim. Dia yang dikenakan dakwaan meliwat tetapi dia mempermain-mainkan undang-undang sedia ada sehingga dia boleh menangguh-nangguhkan perjalanan perbicaraannya. Adilkah kepada mangsa iaitu Saiful Bukhari?

Bayangkan kes Anwar boleh dilengah-lengahkan oleh para peguam, apa pula akan berlaku jika ia melibat kes-kes lebih berat yang boleh mengancam keselamatan negara? Ketahuilah, orang yang bersalah sanggup melakukan apa sahaja asalkan mereka dibebaskan dan peguam yang mewakili mereka sanggup melakukan apa sahaja berdasarkan undang-undang yang ada untuk membebaskan anak guam. Asalkan bayarannya lumayan!

Aku tidak boleh lupa ramai penjenayah yang dihadapkan di mahkamah terlepas dari hukuman atau dikenakan hukuman ringan kerana para peguam mereka menggunakan kelemahan dalam undang-undang yang ada. Jadi mereka dibebaskan disebabkan oleh teknikal... bukan kerana mereka benar-benar tidak bersalah.

Jadi dengan adanya ISA sekurang-kurangnya mereka yang terlibat dengan anasir pengganas, gerakan bawah tanah dan gerakan yang boleh memudaratkan perpaduan kaum dalam negara dapat diredam bagi memastikan negara terus aman dan makmur.

Benar aku bersetuju jika ISA dipinda agar ia tidak disalah faham oleh orang ramai dan tidak boleh dijadikan modal oleh puak-puak yang ada kepentingan politik peribadi. Sebagai contoh, kuasa untuk menandatangani dokumen menahan mereka terlibat patut diserah kepada Perdana Menteri dengan perkenan Yang di-Pertuan Agong dan bukan diberikan kuasa kepada Menteri Dalam Negeri.

Begitu juga segi kesalahan perlulah benar-benar yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada perpaduan kaum dan lain-lain seperti yang aku nyatakan sebelum ini.

Sesungguhnya ISA masih diperlukan dan buatlah pindaan ke atasnya. Seperti kata Najib, orang ramai patut memberikan cadangan tentang pindaan bagaimana yang perlu dibuat ke atas ISA dan bukannya berdemonstrasi mendesak ia dihapuskan.

Bukan apa, takut nanti apabila tiada lagi ISA ada pihak-pihak tertentu yang menggunakan kelemahan undang-undang negara untuk berbuat apa sahaja untuk memporak-perandakan negara. Ingat, banyak bangsa & negara di luar sana yang menanti untuk menakluk kekayaan negara dan pada masa sama ada pemimpin di negara ini yang menghulurkan tangan kepada bangsa asing supaya masuk campur dalam urusan negara.

Bayangkan ada ISA mereka berani berbuat apa sahaja, apa lagi kalau tiada ISA. Wanauzubillah!



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...