30 September 2009

Sudah-sudahlah kempen cara lapok...

Nampaknya calon-calon bagi pilihan raya kecil Bagan Pinang sudah diumumkan bermakna tunggu hari penamaan calon sahaja 3 Okt ini untuk mengesahkan pencalonan mereka dan seterusnya bertanding merebut kerusi DUN tersebut.

BN tetap menamakan Isa Samad sebagai calon walaupun banyak suara yang tidak bersetuju memandangkan beliau mempunyai rekod hitam atas kesalahan terlibat dalam politik wang. Pun begitu, keputusan sudah dibuat. Jika benar pencalonan Isa atas kehendak rakyat Bagan Pinang (bukan hanya orang UMNO), baguslah. Sudah pasti kemenangan BN telah ada dalam tangan.

Tapi pada masa yang sama kita patut sama-sama berdoa agar hati para pengundi di Bagan Pinang terbuka untuk menerima Isa yang katanya "sifu" di kawasan tersebut dan menolak calon-calon lain terutama dari Pas yang hanya tahu berceramah dan bercakap melantun-lantun tetapi kecut perut ketika berdepan dengan kawan-kawan dari DAP dan PKR.

Sudah pastilah satu cabaran besar UMNO sedang menunggu di Bagan Pinang untuk menggerakkan usaha "menenggelamkan" isu politik wang oleh calon BN kerana dengan cara ini sahaja memperkukuhkan kesetiaan rakyat Bagan Pinang kepada BN yang sejak sekian lama ditunjukkan pada setiap kali pilihan raya.

Kempen-kempen BN tidak perlu lagi memberi  "rasuah" pembangunan. Tidak perlulah Ahmad Maslan nak menghebahkan Bagan Pinang sebagai anak emas kerajaan, meluluskan projek-projek pembangunan mee segera di sana. Bukan itu yang rakyat inginkan pada masa ini. Mereka mahukan BN memberikan penjelasan tentang kempen-kempen pembangkang yang memburuk-burukkan kerajaan BN, parti UMNO apatah lagi mempunyai calon seperti Isa.

Jentera BN perlulah memangkas isu-isu yang didakwa dan dibawa pembangkang melalui fakta-fakta yang jelas bukannya bercakap soal nilai wang ringgit, dengan angka-angka kejayaan yang sebahagian besar penduduk kampung tidak faham, tidak jelas dan tidak mahu tahu.

Ubahlah cara berkempen dan hentikanlah kempen-kempen untuk membangunkan Bagan Pinang, meluluskan projek-projek jambatan, tiang elektrik waima rumah rakyat sekalipun. Sebabnya pembangunan seperti itu perlu datang secara berterusan setiap kali permohonan dibuat dan bukannya hadir pada setiap kali pilihan raya.

Zaman sudah berubah dan kalau UMNO/BN mahu berubah mengikut zaman, ubahlah cara berkempen. Berfikirlah seperti seorang pembangkang yang tahu apa dan bila dapat dimanfaatkan setiap isu yang ada.

29 September 2009

Isa Samad sah calon BN di Bagan Pinang... (?)

TERKINI:
PORT DICKSON, 29 Sept (Bernama) — Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan Tan Sri Isa Abdul Samad dipilih menjadi calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri kawasan Bagan Pinang. (Updated: 5.27pm)

POSTING ASAL:
Khabar terbaru dari Port Dickson menyatakan BN akan meletakkan Isa Samad sebagai calon pada PRK Bagan Pinang 11 Oktober nanti. Pengumuman mengenainya akan dibuat oleh Muhyiddin pada pukul 4.30 petang ini. Sama ada sahih atau tidak khabar ini kenalah tunggu sekejap lagi.

Kalau benarlah Isa dicalonkan maka jelaslah pucuk pimpinan UMNO tidak mengendahkan saranan pelbagai pihak supaya tidak meletakkan Isa memandangkan beliau mempunyai rekod terlibat politik wang. Dan nampaknya jelaslah usaha UMNO untuk membanteras pemimpin korup hanyalah mainan kata-kata menyejukkan hati ahlinya sedangkan realiti para pemimpin terlibat politik wang sama ada sudah menerima hukuman, dibebaskan atau dikenakan hukuman ringan masih diterima.

Ada seorang pembaca blog aku menghantar satu pesanan supaya aku menerima sesiapa sahaja calon BN yang diletakkan di Bagan Pinang dan memberi sokongan padu bagi memastikan BN menang di sana sekaligus menunjukkan bahawa pakatan pembangkang tidaklah kebal.

Baik... Aku tidak ada kepentingan dengan mana-mana pihak baik calon, parti mahupun kawasan Bagan Pinang sendiri. Aku bukan kontraktor yang mahu menghulurkan fail projek kepada mana-mana pemimpin malah aku bukan ahli UMNO atau mana-mana parti pun untuk menyokong mana-mana calon. Aku juga bukannya boleh mengundi atau tolong kempen pun. Aku cuma menulis untuk kepentingan bangsa, agama dan negara.

Satu soalan yang mahu aku tanyakan, mampukah UMNO/BN menutup mulut pembangkang yang akan memainkan isu pemimpin korup seperti bekas MB Negeri Sembilan ini dalam kempen mereka?

Mampukah UMNO/BN dan para jurukempen, ejen-ejen BN menghalang pengundi di Bagan Pinang daripada mendengar cemuhan jurukempen pembangkang terhadap calon BN dan mampukah mereka memastikan pengundi di Bagan Pinang memilih calon BN walaupun seluruh negara tahu bahawa beliau pernah digantung keahlian kerana terlibat rasuah?

Benar hukuman telah djatuhkan dan Isa tetap setia kepada parti. UMNO mungkin boleh memaafkan Isa tetapi bolehkan rakyat menerima seorang wakil rakyat yang pernah disahkan bersalah dalam politik wang?

Jadi jika benar Isa dicalonkan yang aku nampak BN mungkin melepaskan kerusi DUN Bagan Pinang kepada pembangkang dan puak2 pembangkang sekali lagi merayakan kejayaan dalam pilihan raya kecil. Dan pada masa itu puak2 UMNO Telok Kemang hanya menggigit jari dan para pemimpin UMNO Pusat pula sibuk nak buat post-mortem dan mencari punca kekalahan.

Ingat! Parlimen Telok Kemang telah diberikan kepada pembangkang oleh pengundi pada PRU-12 lalu dan tidak mustahil kali ini Bagan Pinang pula diserahkan kepada pembangkang.

UMNO... UMNO... Masih tak serik-serik!

Baca juga...
1. Keputusan PRU-12 bagi Parlimen Telok Kemang (termasuk DUN Bagan Pinang)
2. Susah sangatkah cari calon Bagan Pinang?

Gilir Ketua Menteri... Melayu pakatan dah rasa bahang?

Pemuda PKR cadang jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang digilirkan antara Melayu dan India. Bukan hanya kepada Cina. Hemm... Ada sesuatu yang tidak kena apabila puak2 pemuda PKR bersuara sedemikian.

Aku tidak pastilah punca cadangan itu diajukan oleh anak-anak muda dalam  PKR tetapi ramai yang dapat mengagak apa yang tidak kena di Pulau Pinang apabila Guan Eng yang mewakili DAP menjadi Ketua Menteri sejak berjaya menumbangkan BN di Pulau Mutiara. Banyak isu dan rasa tidak puas hati timbul terutama di kalangan pemimpin Melayu, baik dari PKR mahupun Pas.

Aku percaya puak2 PKR atau tepatnya Melayu dalam pakatan mula merasakan bahawa dasar Guan Eng selaku pemimpin tertinggi di Pulau Pinang dua kali lima sahaja ketika zaman BN perintah yang diketuai oleh Gerakan. Apa nak hairan kalau perkara ini berlaku sebab Cina tetap Cina, Melayu tetap Melayu dan India tetap India walaupun mereka semua rakyat Malaysia.

Siapa tak kenal DAP yang juga parti anak PAP dari Singapura. Walaupun mereka pernah nak perjuangkan dasar "Malaysian Malaysia" tetapi sebetulnya apa yang diperjuangkan dan dititikberatkan ialah "Malaysian Chinese". Lihatlah isu-isu yang berlaku di Pulau Pinang. Isu Kampung Buah Pala, isu Timbalan Ketua Menteri, isu wakil-wakil Pas dalam kerajaan dan banyak lagi.

Betul ketika zaman Gerakan berkuasa di Pulau Pinang ramai Melayu pulau itu mengeluh sebab kaum mereka berlagak berkuasa atas pulau itu. Banyak kawasan baru dikuasai mereka. Tanah-tanah Melayu diambil secara halus dan berhemah ketika Melayu Pulau Pinang semakin alpa dengan kemewahan dan pembangunan. Tidak hairan jika ramai yang membawa diri ke tanah besar. Sebab itu ada gesaan supaya Pulau Pinang diserahkan kembali kepada UMNO, selaku parti dominan dalam BN.

Tetapi selepas Pulau Pinang jatuh ke tangan pembangkang, DAP yang menang kerusi terbanyak telah dipilih untuk menerajui negeri antara yang terkaya di negara ini. Manakala timbalan ketua menteri yang mewakili kaum (bukan parti) iaitu wakil India dan Melayu dilantik.

Namun semua tahu bahawa Timbalan Ketua Menteri tidak berperanan besar, tiada kuasa sekuat Ketua Menteri.   Mereka hanyalah sekadar boneka dan sebagai syarat konon kuasa pemerintahan di Pulau Pinang berkongsi antara tiga kaum terbesar tetapi realitinya yang berkuasa penuh hanyalah DAP.

Jadi, tidak hairan jika Pemuda PKR mula nampak "sesuatu" di Pulau Pinang sehingga beliau menggesa diadakan pergiliran Ketua Menteri yang sudah pastinya ditentang oleh DAP dan mungkin Anwar sendiri.  Sebabnya jika sistem pergiliran Ketua Menteri di Pulau Pinang dipersetujui maka negeri-negeri lain khususnya Selangor perlu jugalah dibuat sistem pergiliran Menteri Besar.

Selain masalah tersebut, sistem pergiliran KM/MB juga memberi kesan tidak elok kepada pentadbiran, perkembangan dan pembangunan negeri sebab setiap pemimpin punya cara dan dasar pemerintahan sendiri.

Sebab itulah sistem pergiliran Ketua Menteri dan Menteri Besar tidak dilaksanakan oleh BN yang sudah lebih 50 tahun memerintah negara sebab sedar keburukannya melain dahulu dibuat di Sabah. Itupun cuma satu penggal yang kemudiannya dimansuhkan.

Tapi bagi aku kalau pakatan nak buat sistem pergiliran di Pulau Pinang itu, elok sangatlah sebab sekurang-kurang rakyat dapat membezakan corak pemerintahan setiap Ketua Menteri baik Ketua Menteri mewakili Cina, India mahupun Melayu. Dan apabila PRU-13 nanti, rakyat boleh memberi markah kepada pemerintahan pembangkang di Pulau Pinang sama ada lulus atau gagal, sama ada dikekalkan atau diserahkan kembali kepada BN...!!

24 September 2009

Kesihan kau San!

Aku simpati dengan Hassan Ali sebab sekarang ini nampaknya dia tidak boleh membuka mulut. Buka sahaja dihentam, buka sahaja diganyang. Seolah-olah apa sahaja Hassan Ali kata, ia berbaur unsur-unsur UMNO. Baru-baru ini apabila kritik kerajaan Selangor pasal jual arak kat kawasan majoriti Melayu, Hassan dikecam dan diserang oleh rakan2 dalam pakatan termasuk rakan sebangsa dan seagama. Terbaru pasal Selcat pula!

Aku percaya dalam kedua-dua isu Hassan memberikan pandangan yang tulus tetapi ia dipandang serong oleh rakan dalam pakatan malahan dalam partinya sendiri pun. Aku tidak tahulah apa hubungan teguran Hassan terhadap Selcat dengan UMNO tetapi itulah modal puak2 pembangkang ini yang tidak boleh menerima kritikan. Di mana lojiknya teguran Hassan yang tidak senang lihat cara Selcat jalankan siasatan yang dikaitkan konon Hassan sudah dihimpit oleh puak2 UMNO untuk menjatuhkan kerajaan Selangor? Masya-Allah sempitnya pemikiran puak2 mereka ini.

Itulah nasib Pas yang jelas sudah dicampak dan ditendang oleh puak2 DAP dan PKR. Bukan sahaja teguran malahan idea-idea pempimpin Pas yang bijaksana seperti Hassan Ali kini sudah tidak dipakai lagi. Makin jelaslah sekarang ini siapa yang lebih berkuasa di Selangor sedangkan MB-nya pun tidak boleh berbuat apa2 dengan bawahannya. Dua kali limalah dengan Nizar di Perak dulu. Pas dan Melayu hanya boneka sedangkan yang mendalangi pentadbiran mereka adalah orang lain. Apa lagi yang boleh dibuat Hassan untuk "membetulkan" pentadbiran Selangor apabila setiap patah bicaranya disambut dengan maki hamun, celaan dan hinaan oleh rakan-rakan sekerajaannya?

Tapi paling aku kesihan ialah puak2 Pas yang masih mengagung-agungkan pemimpin DAP dan PKR yang konon mempunyai perjuangan yang seiring dengan Pas sedangkan amat jelas Pas dipergunakan oleh DAP dan PKR untuk berkuasa. Selepas menang, Pas dicampak di dalam tong sampah. Itulah yang berlaku ke atas Hassan Ali.

Nasihat aku kepada Hassan Ali, tak payahlah nak jadi jaguh sebab anda tidak mempunyai kuasa dan suara anda tidak didengari oleh rakan-rakan dalam kerajaan Selangor. Betul juga kata mereka, lebih baik Hassan letak jawatan exco dan kalau boleh letak jawatan sebagai ADUN sekali. Buat apa lagi nak perjuang Islam di Selangor sebab puak2 DAP dan PKR memang tidak boleh terima. Mereka selama ini berbaik dengan Pas hanya nak memerintah negeri dan kalau boleh negara bukan sebab menyokong perjuangan Pas.

Kalau nak tegur Selcat pun tidak boleh apa lagi nak menegakkan undang-undang Islam, hukum Hudud. Mimpi sajalah. Elok ADUN2 Pas kat Selangor duduk diam-diam kat rumah. Pergi masjid surau buat ibadat, cukup bulan ambil elaun wakil rakyat. Biarlah puak2 DAP dan PKR yang uruskan negeri. Dan kalau ada hal2 yang tidak betul berlaku diam-diam sajalah.

Ketahuilah, Hassan Ali dan puak2 Pas di Selangor (dan Perak... dan Penang) hanyalah umpama tebu... Habis madu nanti sepah dibuang.

Padan muka kau San...
Padan muka Pas!

23 September 2009

Dato' oh dato'...

KUALA LUMPUR 22 Sept. – Jabatan Peguam Negara diminta memutuskan sama ada ‘pembelian’ gelaran seperti Datuk dari luar negara atau ijazah doktor falsafah (PhD) ‘secara ekspres’ merupakan perbuatan jenayah atau sebaliknya.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, kegiatan membeli gelaran sosial semakin serius dan jika tidak ditangani, akan melahirkan satu generasi ‘ilmuwan palsu’.

Menurutnya, agensi kerajaan yang berkenaan perlu menilai dan merumuskan juga kaedah untuk menghalang perbuatan membeli gelaran sosial yang semakin menjadi-jadi.

Beliau memberitahu, pihak-pihak yang menggunakan gelaran palsu berkenaan harus disiasat dengan segera kerana mereka boleh ditafsir melakukan satu bentuk penipuan kepada masyarakat.

Tambahnya, perbuatan membeli gelaran sosial di negara ini sudah di tahap yang agak keterlaluan dan menjadikan budaya menipu di tahap paling tinggi serta memudaratkan masyarakat. - Utusan Malaysia 22
Sept. 2009
MTB ~ Setuju sangat dengan saranan Rais Yatim supaya mereka yang "beli" gelaran ini dikenakan tindakan undang-undang kerana menipu. Lagipun sebelum ini aku pernah tulis perihal orang kita yang kemarut gelaran sehingga sanggup membelinya. Baca selanjutnya di sini...

22 September 2009

Susah sangatkah cari calon Bagan Pinang?

Aku tak faham kenapa UMNO Bagan Pinang beriya-iya sangat nak calonkan Isa Samad. Beliau bukan sahaja sudah veteran tetapi punya rekod tak elok sebab pernah digantung lima tahun oleh UMNO sebab kantoi politik wang. Betul juga kata Tun Dr. Mahathir, kenapa tidak cari calon lain yang lebih bersih?

Entah! Aku sendiri tidak pasti. Tapi yang pasti sudah semestinyalah Bahagian Teluk Kemang calonkan Isa sebab beliau Ketua Bahagian kat situ. Takkanlah nak calonkan orang lain. Bukan tak biasa dengan orang-orang UMNO ni. Mengampu bos itu lebih penting!

Betul Isa ada tokoh dan berwibawa. Sebagai bekas MB Negeri Sembilan tiada siapa menafikan ketokohan, kewibawaan dan kejayaan beliau memajukan negeri itu. Tetapi kes digantung kerana terlibat politik wang (rasuah) nyata telah memadamkan semua rekod kecemerlangan yang pernah dicipta oleh Isa.

Dan kes itu walaupun telah berlalu dan beliau sudah bebas tetapi ia akan menjadi modal kepada pembangkang untuk memainkan isu tersebut sepanjang kempen pilihan raya nanti. Lihatlah apa yang berlaku di Permatang Pasir, kes peribadi calon telah dijaja oleh pembangkang yang akhirnya menjadi senjata ampuh mereka untuk mencipta kemenangan.

Jangan fikir Bagan Pinang kubu kuat UMNO maka diletakkan calon yang punya kes rasuah politik seperti Isa dianggap "tidak mengapa" kerana zaman sudah berubah dan cara berfikir para pengundi sudah berubah. Lihatlah apa yang berlaku di Kuala Terengganu. Kerana pemilihan calon yang silap, akhirnya Kuala Terengganu terlepas ke tangan Pas.

Dan PRK Manek Urai membuktikan pemilihan calon yang betul akan memberi kelebihan kepada UMNO/BN. Memang betul kita tewas di Manek Urai tetapi dengan perbezaan majoriti yang amat sedikit membuktikan bahawa pemilihan calon yang baik, bersih, diterima rakyat akan diundi oleh pengundi. Sebaliknya calon-calon yang ada rekod tidak baik, ada kes, ada isu akan ditolak oleh pengundi.

Betul Isa diterima oleh pengundi. Tetapi kena lihat pula pengundi yang mana? Okeylah kalau orang UMNO akan memberi undi penuh kepada Isa, bagaimana pula dengan para pengundi atas pagar, pengundi pro-pembangkang, Cina, India dan lain-lain? Apakah dengan undi dari pengundi UMNO cukup untuk memenangkan BN di Bagan Pinang?

Sudah pasti tidak! Sebab itulah, selain memilih calon yang diterima oleh pengundi UMNO, calon juga boleh diterima oleh kalau boleh seluruh pengundi di Bagan Pinang. Calon yang boleh diterima oleh semua pengundi sudah pastilah calon yang bebas isu dan kes sehingga pembangkang ketiadaan modal untuk berkempen.

Ingat pembangkang yang diketuai oleh Anwar Ibrahim akan membuat serangan habis-habisan ke atas calon BN. Bayangkan kalau calonnya Isa Samad, sudah pasti ia mudah diratah oleh Anwar dan konco-konconya sedangkan pada masa sama UMNO/BN masih ketandusan jurukempen yang mampu menangkis serangan yang dibuat oleh pembangkang.

Apa yang UMNO/BN boleh pertahankan Isa jika kes-kes penglibatan rasuah politik Isa diungkit kembali oleh pembangkang. Sudah pasti Isa akan menjadi bahan lawak, gurauan, hinaan, cercaan, celaan, tawa dan penglipurlara oleh jurukempen pembangkang terutama oleh Anwar. Dan ketika itulah para pengundi atas pagar serta pengundi bukan pro-UMNO akan berfikir 100 kali untuk memberi undi kepada Isa Samad.

Jadi, kalau BN mahu melihat Bagan Pinang jatuh ke tangan pembangkang serta menyaksikan BN menerima kekalahan untuk ke sekian kalinya dalam pilihan raya kecil, letaklah Isa Samad!!

16 September 2009

Suka duka nak beraya....

SUKA> Plus bagi diskaun 10% + 10% untuk tol kepada pengguna lebuh rayanya
DUKA> Diskaun hanya untuk perjalanan 12 tengah malam hingga 7 pagi

SUKA> Tol percuma kepada pengguna lebuh raya Karak & Pantai Timur pada 18 & 24/Sept.
DUKA> Hanya mereka yang nak balik Pantai Timur menikmatinya... terutama ke Kuantan dan Terengganu

SUKA> Harga minyak RON 92 digantikan dengan RON 95 dengan mengekalkan harga RM1.80
DUKA> Minyak RON 95 hanya sesuai untuk kereta 2000 CC ke bawah dan kurang pick-up. Kalau nak power sikit guna minyak lama RON 97 yang kini dijual RM2.02 sen.

SUKA> Semua orang di nak balik kampung masing-masing
DUKA> Setiap tahun kemalangan maut meningkat setiap kali menjelang raya

SUKA> Tahun ini giliran beraya kat kampung aku
DUKA> Teringat arwah bapa yang sudah lama meninggalkan kami

SUKA> Suasana politik tenang seketika
DUKA> Dalam duk tenang kita tetap resah dengan perpecahan Melayu dan perselisihan antara kaum sekarang

SUKA> Kakitangan kerajaan dapat duit raya RM500
DUKA> Jumlah yang dapat tak banyak sebab mereka harapkan bonus 2 bulan gaji

SUKA> Kakitangan kerajaan negeri Pulau Pinang dan Selangor pun dapat duit raya RM500
DUKA> Ingatkan kerajaan PR yang lebih hebat bagilah lebih berbanding kerajaan BN yang dianggap tak tahu mengurus ekonomi

SUKA> Negara semakin membangun di bawah kerajaan BN walaupun baru merdeka 50 tahun
DUKA> Semakin ramai orang kita tak bersyukur dengan kemewahan yang dikecapi dan masih anggap BN pemusnah bangsa dan negara

SUKA> ....
DUKA> ...

15 September 2009

16 September datang lagi...

Pejam celik pejam celik esok dah masuk hari ke-16 bagi bulan September. Maknanya sudah setahunlah impian seorang bekas banduan nak jadi PM Malaysia melalui pintu belakang tak tercapai. Walaupun macam-macam cara, macam-macam taktik dan macam-macam strategi dah pasang namun 16 September 2008 berlalu begitu sahaja.

Aku tertanya-tanya juga sama ada esok akan ada perarakan haram ke apa ke untuk meraikan ulang tahun pertama kegagalan mereka menjatuhkan kerajaan BN melalui pintu belakang. Kalau ada bagus juga, bolehlah kita semua pakat gelakkan mereka yang gila kuasa itu. Tak berjaya melalui PRU mereka nak rampas Putrajaya melalui jalan belakang, walhasil... kelabu asap!

Alih-alih Perak pulak yang jatuh ke tangan BN tanpa diduga, tanpa diminta dan terjadilah "Strategi 16 September" di Perak beberapa bulan kemudian hasil lompatan tiga wakil rakyat mereka menjadi wakil rakyat Bebas.

Aku percaya apa yang berlaku adalah atas kehendak Allah dan Allah itu maha berkuasa dan Dia boleh menjatuh hukum kepada hambanya yang angkuh, bongkah dan lupa daratan. Maka jatuhlah Perak ke tangan BN yang sehingga kini masih digilai oleh puak-puak mereka.

Itulah padahnya kepada pemimpin yang sombong, bongkak, takabur, pembohong, penipu, peliwat, pemimpin yang mempermainkan Islam dan kitab suci al-Quran, pemimpin yang bencikan orang Islam lain tetapi sayangkan orang kafir, maka ditunjukkan oleh Allah dengan memberikan negeri Perak kepada BN. Maka terjadilah seperti kata orang tua-tua, yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran.

Selepas setahun berlalu semua itu tinggal angan-angan Mat Jenin. Malah usaha rampasan kuasa melalui pintu belakang semakin dilupakan. Oh... dia boleh kata 16 September tahun-tahun akan datang, mungkin 2012? Apa sahaja alasan yang jelas semuanya tinggal angan-angan...

Kalau 11 September menjadi igauan ngeri rakyat Amerika, aku percaya tarikh 16 September menjadi bahan lawak seluruh rakyat Malaysia melihat tingkat seorang Mat Jenin yang gagal untuk menjadi seorang Perdana Menteri yang akhirnya terpaksa beraksi seperti dalam kandang sarkas untuk menarik perhatian dunia dan rakyat yang semakin melupakannya.

Selamat ulang tahun.... 16 September!

14 September 2009

Samy oh Samy....

Peribahasa Melayu menyebut "marah anak sindir menantu (edited!)". Itulah yang berlaku dalam MIC. Semalam ketika persidangan agung parti itu, pemimpin parti India itu nampaknya mahu menyalahkan bekas PM terhadap masalah yang berlaku di kalangan kaum India hari ini.

Samy Vellu dengan terang-terangan menyalahkan Tun Dr. Mahathir konon kerajaan tidak memberikan bantuan kepada kaum India. Akibatnya ada perwakilan mahukan gambar Tun Dr. Mahathir digantung dengan selipar sebagai tanda kebencian kepada pemimpin tersohor itu.

Nampak jelas permainan Samy menarik penyokong kepada kepimpinan "seumur hidupnya" dalam MIC dengan menyalahkan Tun. Pokoknya masalah yang berlaku di kalangan orang India hari ini bukan salah Samy tapi salah Mahathir. Kalau orang India tidak sukakan MIC bukan kerana Samy yang telah menjadi presiden parti berkurun lamanya, tetapi salah BN.

Orang India bukan benci Samy tapi bencikan BN. Begitulah perumpamaan Samy Vellu untuk menunjukkan bahawa beliau masih releven menjadi presiden MIC. Dan kalau ada sesiapa mahu mencabarnya, awal-awal lagi orang itu akan dipangkas dan dicantas. Itulah Samy.

Pemimpin seperti inilah yang menyumbang kemarahan rakyat kepada BN yang akhirnya menumbangkan BN dalam pilihan raya. Jelas sekali Samy telah ditolak oleh pengundi termasuk di kubu kuatnya di Sungai Siput pada PRU-12 lalu tetapi dia masih menganggap "rakyat" masih mahukannya. Inilah Samy.

Sama juga dengan sesetengah pemimpin UMNO yang masih menganggap dirinya masih diterima rakyat walhal mereka sudah ditolak pada PRU-12. Inilah masalah yang berlaku dalam BN. Harus diingat pengundi hari ini bukan lagi bebal seperti dulu. Pengundi hari ini begitu cerdik malah ada yang lebih cerdik dari pemimpin.

Kalau PRU-12 menyaksikan rakyat menolak BN kerana kepimpinan lemah Pak Lah, tidak mustahil pada PRU-13 nanti rakyat masih menolak BN kerana adanya pemimpin-pemimpin yang tidak sedar diri dan mahu menongkat langit seperti Samy Vellu.

10 September 2009

Itulah rakyat Indonesia...

Kecoh bila ada segelintir rakyat Indonesia adakan "sweeping malaysia" sebab bantah konon Malaysia curi tarian Indonesia dalam satu promosi iklan di negara itu baru-baru ini. Kumpulan ini membawa buluh runcing dan menahan kenderaan yang lalu-lalang dan diminta kartu tanda penduduk (semacam IC kat sini). Tujuan nak cari orang Malaysia untuk dihalau ke luar.

Isu provokasi melampau orang Indonesia terhadap Malaysia memang menyakitkan hati lebih-lebih lagi media di sana banyak main peranan menyimbah minyak ke atas api. Akhirnya meluap-luaplah kemarahan orang mereka. Walhal isunya nampak kecil kan?

Tapi dalam pada itu aku memang salut dengan rakyat mereka. Disebabkan tarian mereka sanggup angkat senjata untuk melawan dan mempertahankan budaya mereka. Itu belum cerita tanah air mereka lagi.

Kita kat sini? Bukan setakat budaya, tanah air kena rampas pun masih lagi tidak sedar diri, masih alpa dan masih seronok dengan kehidupan dan pembangunan negara. Kita hilang Pulau Batu Putih, apa kita buat? Ada negara jiran ceroboh pulau kita, apa kita buat? Orang asing kuasai tanah-tanah strategik di negara kita, apa kita buat?

Ada orang perkecil bangsa Melayu apa orang Melayu buat? Ada orang persoal azan, apa kita buat? Ada orang perleceh dan perlekeh Raja-raja Melayu, apa kita buat?

Kita tidak buat apa-apa. Kita hanya memandang dan paling ironi ada yang menyokong segala pencerobohan kedaulatan agama, bangsa dan negara kita. Kita membiarkan diri kini dilembukan oleh puak2 yang menyembah lembu, kita membiarkan diri kita disekeh dan diperlekeh malah ada di kalangan kita sendiri menyambut baik apabila kita diperlekeh.

Itulah rakyat Indonesia yang cintakan negara mereka melebihi segala-galanya tetapi kita, ada anak bangsa kita sendiri sanggup menggadaikan negara dan tanah air semata-mata untuk kepentingan sendiri, kepentingan peribadi. Apa yang kita buat? Kita menyokong pula pengkhianat seperti ini.

Jadi, kalau orang Indonesia bangkit untuk mengganyang Malaysia jangan salahkan mereka kerana itulah rakyat Indonesia yang begitu cinta dan sayangkan negara, bangsa dan agama. Tetapi kita di sini perlu mengambil semangat mereka untuk sama-sama membina semangat mempertahankan agama, bangsa dan negara kita.

09 September 2009

Penyatuan Melayu... Tak payahlah nak pujuk lagi!

Henti sajalah niat nak ajak puak-puak Pas bersatu walaupun atas nama bangsa Melayu dan Islam sebab memang pemimpin-pemimpin Pas ini jenis bongkak, angkuh, keras hati, keras kepala dan pentingkan diri sendiri.

Betul kata Nik Aziz, hanya orang Pas saja boleh masuk syurga dan orang UMNO tidak. Inilah tandanya pemimpin parti Islam (konon!) bongkak dan pentingkan diri sendiri. Kalau betul mereka boleh masuk syurga, maka mereka sahajalah yang boleh masuk... orang lain yang tak sehaluan dengannya tak boleh. Ini macam kronisme jugaklah.

Sedangkan dalam Islam jelas menyatakan betapa pentingnya persatuan. Contoh paling ketara bagaimana Rasulullah menyatukan kaum Aus dan Khazraj di Madinah yang akhirnya menjadi sebuah bangsa (Arab) yang kuat. Tapi pemimpin Pas yang konon perjuang Islam tak macam tu. Mereka mengamalkan dasar "perpecahan". Kalau bangsa berpecah, umat berpecah maka seronoklah mereka.

Orang Pas dengan partinya, orang UMNO dengan partinya. Tak pedulilah kalau bangsa Melayu berpecah-belah. Tak pedulilah orang Islam di Malaysia ini berpecah-belah. Tak kisahlah kalau bangsa lain mengotak-katik bangsa Melayu yang majoriti menghuni negara ini. Yang penting dalam pilihan raya mereka menang. Mereka fikir bangsa tak penting, yang penting parti. Kepartian mengatasi kebangsaan.

Wah bukan main seronok kalau mereka menang dalam satu-satu pilihan raya. Tapi pada masa yang sama bangsa lain pun seronok malah lebih seronok lagi lihat bangsa Melayu dan Islam berpecah belah kerana politik. Bukan apa, kalau sudah berpecah senang nak perintah. Macam amalan pihak Britih semasa nak menakluki Tanah Melayu dahulu.

Bangsa lain paling gembira melihat Melayu sama Melayu mengata antara satu sama lain. Pas kata UMNO tak betul dan orang UMNO pula kata Pas tak betul. Mereka saling tuduh menuduh, fitnah memfitnah. Ahh.. alangkah bahagianya hidup ini. Bergaduhlah kalian sedangkan aku sudah menguasai ekonomi, sudah menguasai pendidikan dan selepas ini politik pula aku kuasai. Tetapi pemimpin Pas peduli apa.

Jadi puak2 UMNO tak payahlah nak sebut-sebut lagi soal perpaduan Melayu dan Islam dengan puak Pas. Keangkuhan mereka semakin tinggi sejak berkawan baik dengan Anwar dan puak2 dalam DAP. Mereka angkuh, sombong, bongkak dan pentingkan diri sendiri.

Tapi aku tetap berpegang kepada kuasa Allah yang maha kaya, adil dan saksama. Nescaya kejayaan yang mereka peroleh hari ini (selepas PRU-12) tidak akan berpanjangan kerana sikap mereka itu. Akhirnya nanti mereka akan tertewas jua. Kalaupun bukan tewas kepada UMNO, mereka dan kita semua akan tewas kepada bangsa lain.

Sedih... amat menyedihkan!

06 September 2009

Selepas melayu... lembu pula!

Sebelum ini perkataan "melayu" dianggap suatu yang haram disebut sebab kalau sebut melayu sahaja ia akan menjurus kepada perkauman. Media yang memperjuangkan nasib Melayu dianggap rasis. UMNO yang merupakan parti Melayu dianggap rasis. Pokoknya segala perkara berkaitan melayu akan dianggap rasis oleh pihak lain. Payah...

Mereka kalau boleh mahu memadamkan perkataan melayu dan diganti dengan Malaysia. Bahasa Melayu mahu diganti dengan bahasa Malaysia, bangsa Melayu mahu diganti bangsa Malaysia, Keretapi Tanah Melayu diganti KTM Berhad. Pokoknya kalau ada perkataan Melayu di mana-mana pihak di sebelah sana akan sakit mata, sakit telinga dan tidak kurang yang sakit hati.

Tidak boleh. "Melayu" tidak boleh digunakan sebab ia bersifat perkauman. Nanti apa kata orang lain? Bukankah Malaysia ini ada banyak pelbagai kaum?

Satu lagi perkataan yang haram disebut ialah "lembu". Sebabnya kalau sebut "lembu" ia adalah satu penghinaan terhadap agama lain. Agaknya selepas ini elok binatang tersebut disebut sapi sahaja supaya tak nampak lembunya.

Dan selepas ini lembu yang menghalang jalan tak boleh dihalau kerana ia boleh menimbulkan kemarahan kerana menghina. Siapa yang langgar lembu lagilah. Selepas ini daging lembu pun tidak boleh dijual sebab menghina.

Kalau ada sesiapa yang melanggar arahan dengan menyebut "lembu" satu demonstarsi besar-besaran akan diadakan bermula dari depan MASJID JAMEK Kuala Lumpur sebagai tanda bantahan menggunakan perkataan "lembu".

Hek.. eh! Apa pasal berarak pakai lilin dari Masjid Jamek time-time orang sibuk berbuka puasa pulak? Kenapa tak berarak dari Batu Cave jeh? Entah.... agaknya mereka makan kacang cap Mengelembu kot?

Tahniah penduduk Seksyen 23

Aku nak ucap tahniah kepada penduduk Seksyen 23 Shah Alam kerana perjuangan mereka telah mencapai kemenangan. Suara-suara lantang mereka menuntut hak dan penjelasan akhirnya membuatkan Khalid Ibrahim mengalah. Maka pembinaan kuil di kawasan mereka ditangguhkan. Titik!

Aku bersetuju dengan suara-suara orang Seksyen 23 yang menganggap kerajaan Selangor bawah Khalid lembab menangani masalah rakyat. Sama ada mereka lebih utamakan kepentingan puak2 minoriti yang memberi kemenangan kepada pembangkang memerintah negeri atau semenangnya Khalid bukanlah orang yang layak untuk jadi MB.

Ya Khalid Ibrahim bukan hebat sangat untuk menjadi MB Selangor. Maklum dulunya beliau hanya bertugas menguruskan syarikat kelapa sawit. Itupun ketika zaman Anwar Ibrahim berada dalam kerajaan BN. Dan ladang2 ini termasuk di sekitar Shah Alam itu kebanyakannya diduduki oleh kaum India. Sebab itulah gamaknya Khalid lebih mengutamakan orang India yang dua tiga kerat di Shah Alam berbanding kaum Melayu yang menjadi majoriti.

Apa pun isu kuil di Seksyen 23 menampakkan dengan jelas kelemahan pentadbiran Khalid dan pakatan pembangkang. Yelah, dulu masa BN memerintah mereka mencari apa saja kelemahan dan kesalahan waima kesilapan itu tidaklah besar mana. Tetapi apabila tiba giliran mereka memerintah negeri, tunggang-terbalik jadinya.

Kalau sudah terang lagi bersuluh buruknya corak pemerintahan kerajaan Selangor, buat apa lagi pengundi2 di negeri ini memberi kemenangan kepada mereka pada PRU-13 nanti. Sekarang kita sudah dapat melihat perbezaan dan boleh menilai yang mana intan dan yang mana kaca.

Aku tak kata pemerintahan BN sempurna tetapi berbanding dengan pembangkang BN nyata lebih berpengalaman mentadbir negeri, kesepaduan antara parti komponen dan yang utama parti Melayu mendominasi kerajaan.

Oleh sebab itulah apa sahaja keputusan BN selama ini lebih mengutamakan kaum majoriti berbanding manoriti. Sebabnya, itulah yang tercatat dalam Perlembagaan negara. Bahasa Melayu bahasa rasmi dan agama Islam agama rasmi. Semua kaum perlu patuh kepadanya!

Kalau tak boleh terima perlembagaan tersebut, dipersilakan meninggalkan negara ini.....!!

01 September 2009

Mudahnya jadi rakyat Malaysia?

Aku tertarik dengan laporan berita ini...
PUTRAJAYA 28 Ogos - Kementerian Dalam Negeri (KDN) memberi jaminan akan menyelesaikan kesemua 32,900 permohonan rakyat asing untuk menjadi warganegara Malaysia yang tertangguh sebelum hujung tahun ini.

Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Seri Mahmood Adam berkata, sehingga kini lebih 50 peratus daripada jumlah tersebut sudah pun siap. - Utusan Malaysia, 29 Ogos 2009.
Dan aku tertanya-tanya, dari mana saja mereka ini? Begitu ramai sekali yang memohon menjadi warganegara kita. Bayangkan jika permohonan hampir 33,000 orang ini diluluskan sudah pasti jumlah rakyat negara kita akan bertambah.

Tertanya-tanya juga aku, apakah fenomena ini baik untuk negara atau sebaliknya? Bayangkan kebanyakan negara maju begitu liat untuk memberikan taraf warganegara kepada orang asing melainkan mereka benar-benar boleh memberi keuntungan kepada negara terbabit. Sebaliknya Malaysia begitu bangga sebab telah meluluskan berpuluh-puluh ribu permohonan untuk menjadi rakyat Malaysia.

Singapura memberi taraf warganegara kepada ramai ahli sukan, golongan profesional dan bintang filem asing. Ini bagi membolehkan Singapura berdaya saing dan maju dalam bidang berkaitan hasil sumbangan warga asing yang diberi kerakyatan ini.

Malaysia pula aku tidak pasti. Setakat ini setahu aku cuma Yuan Yu Fang, pelumba jalan kaki asal China yang diberi kerakyatan negara ini untuk bersaing di Sukan Komanwel 1998 dulu. Seorang lagi Mohd. Hidayat Hamidon (Indonesia - angkat berat). Kalau tak salah aku, dulu pemain golf terkemuka dunia dan pernah menjadi pesaing utama Tiger Wood, Vijay Singh yang isterinya orang Malaysia pernah mohon kerakyatan Malaysia tetapi ditolak! Akhirnya dia memilih jadi warganegara Fiji.

Lain-lain pemohon setahu aku adalah para pendatang asing yang lama menetap di sini. Latar belakangnya tidak diketahui. Apakah mereka ini adalah sebahagian pendatang asing yang bekerja di ladang, buruh binaan, berniaga secara haram di pasar-pasar? Lalu tertanya-tanya aku, apa yang boleh mereka sumbangkan untuk negara?

Aku bukan apa, cuma memikirkan begitu mudahnya orang asing diberi kerakyatan sedangkan mereka tidak kenal Rukun Negara dan tidak tahu pun menyanyikan lagu Negaraku. Sebab sekali mereka memperoleh kerakyatan, segala kemudahan kepada rakyat mereka turut menikmatinya.

Bayangkan kalau warganegara cuma bayar RM2 untuk mendapat khidmat kesihatan di hospital kerajaan sebaliknya warga asing dikenakan bayaran beratus-ratus, siapa tidak mahu jadi warganegara Malaysia? Itu belum lagi kemudahan buku teks percuma kepada anak-anak!

Harga minyak naik...Merdeka!!

Yeah...!! Nampaknya merdeka tahun ini tidak sesepi tahun lalu. Tahun ini banyak perkara yang membakar semangat bangsa untuk meraikan kemerdekaan negara. Paling utama ialah kenaikan harga minyak! Yeah...!! Merdeka! Merdeka!

Terima kasih kerajaan kerana menghadiahkan kenaikan harga minyak sempena sambutan kemerdekaan negara ke-52. Walaupun kenaikannya tidaklah tinggi mana tetapi ia cukup memberi makna kepada seluruh rakyat.

Sebabnya bila minyak naik maka harga barang pun naik. Yeah! Merdeka... merdeka!! Alangkah seronoknya meraikan kemerdekaan tahun ini apabila ia disambut sorak gembira oleh para peniaga, pemborong dan pembekal beras, gula, minyak, tepung, ayam, ikan, sayuran dan lain-lain sebab dapatlah mereka menaikkan harga barang.

Tambahan pula sekarang ini bulan puasa maka orang Islam tidak boleh marah-marah kalau harga barang naik. Nanti kurang pahala puasa. Orang berpuasa kena banyak bersabar. Yeah... merdeka.... merdeka. Alangkah seronoknya apabila semakin ramai yang memerlukan barang keperluan tersebut menjelang Hari Raya nanti dan walaupun setinggi mana harga, ia masih diperlukan. Kalau tidak beraya tanpa kuih tart, almond london, tanpa baulu, tanpa satay. Yeah... merdeka!

Terima kasih kerajaan... terima kasih. Walaupun kenaikan harga minyak itu sudah dimaklumkan sebelum ini tetapi dalam bulan2 puasa dan dekat Raya seperti ini kenaikannya lebih memberi makna. Yeah...! Merdeka!

Marilah kita raikan kemerdekaan negara ke-52 ini dengan rasa penuh kesyukuran kerana harga minyak kembali naik, harga barang akan naik.... beras, tepung, gula, gandum, minyak masak bakal habis di pasaran dan kerajaan kena naikkan harganya terlebih dahulu sebelum bekalan pulih. Yeah...! Merdeka!!

HARGA BARU MINYAK:
---------------------------------------------------
RON 92 (merah) ....... harga lama @ RM1.75 .... harga baru @ tiada #Dihentikan!
RON 95 (kuning) ....... harga lama @ tiada ......... harga baru @ RM1.80 #Baru!
RON 97 (hijau) ........... harga lama @ RM1.80 .... harga baru @ RM2.05 #Naik gred!
Premium (biru) ......... harga lama @ RM1.95 .... harga baru @ tiada #Diganti!

Jika RON95 (RM1.80) menggantikan RON95 (RM1.75) bermakna kenaikan = 5 sen
Jika RON97 (RM1.80) dijadikan Premium (RM1.95) bermakna kenaikan = 15 sen + 10 sen

Sekali imbas macam tiada kenaikan... kan? Tapi realitinya ada!! Cuma sekarang jika pengguna mahukan harga minyak yang sama harga mereka boleh pilih RON95 (penggantian RON92 yang dulunya tidak laku!). Kalau tetap mahu guna RON97, pengguna kena bayar lebih berbanding sebelum ini...

So, siapa kata harga minyak kekal?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...