29 October 2009

Acara lompat melompat di Selangor dah mula dah...

Ni dia tulisan aku Mei lepas pasal ura-ura wakil rakyat pakatan di Selangor nak lompat parti. Nah, selepas 5 bulan ADUN Pelabuhan Klang dah mulakan lompatannya. Walaupun tak masuk UMNO tetapi Badrul Hisham menyatakan pendiriannya sebagai ADUN Bebas yang pro-BN. 

Dush...!! Kena kau Anwar, Khalid! Nah kau. Usaha PKR nak adakan pilihan raya kecil kat Pelabuhan Klang tak menjadi. Khalid suruh Badrul letak jawatan sebagai ADUN tetapi dia tak mahu. Lebih baik dia keluar parti dan jadi ADUN Bebas. 

Maka hilanglah satu kerusi pakatan dan PKR di Selangor dalam DUN dan bertambah satu sokongan untuk BN. Ops... Itu baru satu. Lepas ini ada lagi. Paling disebut-sebut seorang orang kuat PKR negeri pun nak ikut jejak Badrul.

Ikut khabar yang aku dengar Mei lepas, sekurang-kurangnya 6 ADUN pakatan nak cabut dari parti masing-masing. Aku tak dinyatakan dari parti mana PKR, Pas atau DAP. Mungkin ketiga-tiganya. Apakah  Hassan Ali pun akan cabut dan mengisytiarkan dirinya ADUN Bebas? Wallahua'lam!

Apa pun situasi kerajaan pakatan di Selangor berkecamuk dan tunggu masa untuk hancur berderai. Kekecamukan kerajaan Selangor bukan sahaja disebabkan isu rasuah wakil rakyat DAP yang menyebabkan terbunuhnya Beng Hock (saksi utama kes) tetapi juga sumbangan kekalutan Pas dan kebobrokan PKR negeri.

Nasiblah kau rakyat Selangor. Kau orang juga yang nakkan pembangkang memerintah negeri. Konon nak perubahan. Nah kau... berubah total tapi berubah ke arah kehancuran...!!

28 October 2009

Sidang DUN Perak... Pembangkang dah kendur?

Aku diberitahu seorang rakan di Ipoh yang menyatakan sidang DUN Perak hari ini berlangsung aman. Tiada rusuhan di luar bangunan SUK. Dalam dewan pula puak2 ADUN pembangkang hanya berteriak dan menjerit serta membuat bising. Tiada tindakan agresif.

Hek eh... terkejut juga dengan apa yang aku dengar ini sebabnya sebelum ini khabarnya akan diadakan perarakan dari SUK ke Hotel Heritage untuk diadakan sidang DUN sendiri di sana. Konon Anwar, Kit Siang, Hadi Awang pun akan ikut serta. Tetapi apabila diberitahu para penyokong mereka tidak sampai 100 orang berkumpul, maka tertanya-tanya juga aku ke mana sudah hilangnya semangat mereka yang selama ini duk perjuang tuntut balik kerajaan. Apakah mereka sudah kendur atau sudah mengalah?

Oh... kawan aku kata kat dalam dewan puak2 pembangkang mengadakan sidang DUN sendiri ketika sidang sebenar berhenti rehat. Terkekeh-kekeh aku ketawa sebab terkenangkan inti pau. Dalam pau ada inti kacang, maknanya dalam sidang DUN ada sidang DUN pulak. Kalau dulu di Terengganu (hasil ketaksuban kepada Pas) wujud sembahyang dua imam tapi di Perak kerana taksub kepada DAP, wujud dua speaker dan dua sidang dewan. Nak gelak!

Kalau apa yang dikatakan oleh kawan aku itu betul, baguslah sebab sidang DUN yang merupakan satu tempat penting yang membuat dasar kerajaan negeri tidak dicemari aksi-aksi sarkas dan beruk zoo, maka molek sangatlah. Kalau tidak malu benar bumi Perak yang sekian lama cukup gah di persada dunia, tempat ditemui "Perak-man" mempunyai wakil-wakil rakyat yang beraksi macam sarkas dalam dewan mulia itu.

Aku harap puak2 pembangkang terimalah kenyataan bahawa rakyat Perak kini semakin menerima kerajaan bawah pimpinan BN diketuai Dr. Zambry. Lagipun rakyat dah muak dengan aksi wakil2 pembangkang yang tak habis-habis membawa isu yang sudah diputuskan oleh mahkamah. Nak persoal apa lagi kalau mahkamah dah putuskan.

Sepatutnya mereka kini membuat persiapan untuk memastikan mereka dapat merampas kembali Perak. Tak kisahlah kalau mereka nak beli wakil rakyat BN (nasiblah kalau ada yang sanggup dibeli) atau nak tunggu PRU-13. Buat apa nak kejar barang yang diterlepas. Lagipun mereka kalah pun akibat senjata sendiri dan bukannya musuh mereka yang buat. Senjata makan tuanlah tu. Terimalah hakikat.

Tapi aku percaya itu semua kehendak Allah. Andai perjuangan Nizar Jamaluddin dan puak2 Pas suci seperti perjuangan mereka sebelum ini, Insya-Allah akan membantu. Kemenangan pembangkang di Perak adalah rezeki dari Allah dan dari-Nya jugalah pemerintahan mereka ditarik balik. Bukankah lebih baik Nizar dan puak2 Pas bermuhasabah diri mencari kesilapan diri sehingga Allah menarik balik kemenangan mereka?

Ops.. orang Pas marah cakap pasal Allah, pasal agama ni sebab bagi mereka orang lain tak layak bercakap mengenainya melainkan pemimpin mereka. Maklum para ahli syurga. Tapi aku peduli apa!!

27 October 2009

Proton! Tolonglah tingkatkan ciri keselamatan

Sedih betul dengan beberapa kejadian kemalangan maut yang berlaku dalam tempoh seminggu dua ini melibatkan kereta buatan Malaysia. Pertamanya di Kota Bharu melibatkan Proton Persona yang menyebabkan 4 rentung apabila kereta mereka terbakar selepas terlibat kemalangan. Salah seorangnya pelakon.

Beberapa hari kemudian empat sekeluarga pula mati akibat kemalangan di Kemanan, Terengganu apabila kereta Proton Iswara Aeroback yang mereka naik berlanggar dengan dua kereta lain menyebabkan kereta mereka terbakar. Empat lagi cedera parah.

Semalam, empat lagi mati di Putrajaya. Kali ini melibatkan kereta Perodua Kancil yang dilanggar oleh pemandu Proton Waja.

Betul ia adalah tragedi dan kemalangan memang tidak berbau. Semua orang boleh salahkan pemandu yang cuai tetapi tahukah kita sejauh mana ciri-ciri keselamatan yang ada dalam kereta yang kita pandu dan naiki hari-hari, terutama kereta keluaran Proton?

Aku sentuh soal kereta Proton sebab ia paling ramai dimiliki di negara ini dan setahu aku (walaupun tidak ada statistik lengkap), kereta Protonlah paling banyak terlibat dengan kemalangan maut. Sebabnya kereta Proton tidak memiliki ciri-ciri keselamatan!

Tidak percaya lihatlah dalam kereta Proton masing-masing. Apa ciri-ciri keselamatan yang ada jika berlaku kemalangan? Ada airbag? ABS? atau lain-lain?

Inilah masalah dengan kereta nasional keluaran tempatan. Sudahlah harganya sangat tinggi ciri-ciri keselamatan seperti airbags dan ABS tidak ada. Kalau mahu boleh, dapatkan model aksesori penuh, tetapi harganya bertambah mahallah. Nak murah, boleh... tapi tak adalah airbag dan ABS.

Jadi maknnya nyawa pemandu dan penumpang sebenarnya banyak bergantung kepada murah atau mahal keretanya. Kalau murah, tak ada ciri keselamatan. Jadi kalau kemalangan tahap kematian lebih tinggi. Kalau kereta mahal (aksesori penuh) tahap kemalangan maut lebih kecil.

Bagi aku, selepas berpuluh tahun menghasilkan kereta dan dengan pasaran kenderaan dari negara-negara seperti Korea dan China yang kini bersaing, Proton perlu berubah dengan menghasilkan kenderaan yang lebih berkualiti, lebih tinggi tahap keselamatan dan dijual dengan harga yang berpatutan.

Selain semua model perlu dilengkap dengan airbag dan brek ABS secara mandatori, bahan-bahan binaan kenderaan juga perlu lebih kukuh agar tahap kerosakan tidak terlalu teruk jika berlaku hentaman kuat dan pada masa yang sama memastikan bahan-bahan yang digunakan di dalam kenderaan bukan bahan yang boleh mempercepatkan berlaku kebakaran.

Beberapa kejadian kereta terbakar ketika berlaku kemalangan menjadi persoalan dalam benak kepala aku. Apakah penyebab mudahnya berlaku kebakaran atau begitu pantas api merebak ke seluruh kenderaan sehingga mangsa tidak sempat untuk menyelamatkan diri.

Inilah antara perkara-perkara yang perlu Proton utamakan bagi memastikan kadar kemalangan maut di negara ini dapat dikurangkan. Proton jangan hanya memikirkan soal keuntungan semata-mata. Tidak guna Proton peroleh keuntungan dengan menggadaikan nyawa ramai pengguna kenderaannya.

Aku bukanlah pakar dalam hal ini tetapi pengalaman memilik kereta Proton dan kereta import  jelas menyedarkan aku betapa perkara-perkara ini tidak pernah dipedulikan oleh pengurusan Proton, kerajaan dan pengguna sendiri.

Nyawa kita sangat berharga. Jadi, hargailah ia...!!

24 October 2009

Cantas mencantas dalam politik...

Mati-mati selama ini aku ingat budaya cantas mencantas hanya berlaku dalam UMNO dan parti-parti komponen BN sahaja, rupa-rupanya ia penyakit global yang boleh berlaku dalam mana-mana parti waima parti yang ahli-ahlinya bakal masuk syurga sekalipun. Oh... Begitu rupanya!

Betullah, cantas mencantas ini pun berlaku dalam MIC (Samy Vellu vs Subramaniam), MCA (Tee Keat vs Soi Lek), PPP (Kayveas vs Murugiah) tetapi juga dalam parti-parti yang berpakat rupanya. Oh patutlah kecoh je dalam PKR Sabah rupanya Jeffery Kitingan kena cantas, Zaid yang baru kenal huruf P.K.R pun kena cantas dik Azmin. Cantas bang... cantas. Eloklah sebab Anwar ni memang pakar mencantas dan memangkas sejak dalam UMNO lagi dah. Orang UMNO dah tau sangatlah....!

Sekarang ni cantas mencantas pun berlaku dalam Parti Ahli Syurga. Paling dahsyat yang nak mencantas itu ialah orang yang dilantik oleh puak2 yang dia nak cantas. Mursyidul Am Pas yang dipilih oleh ahli Majlis Syura nak mencantas puak2 yang melantiknya. Ek eh...! Macam mana tu? Nasib baik Mursyidul Am tak ada kuasa veto boleh pecat Presiden, kalau tidak dah lama dah kena "kick" si Hadi tu.

Aku sokong saja kalau Pas nak buat EGM, nak pecat Hadi Awang, Nasaruddin Mat Isa, Haron Taib, Hassan Ali emmm siapa lagi ye? Pecat... pecat mereka. Gantikan mereka dengan Husam Musa dan puak2 Erdogan. Kalau perlu lantik saja Anwar jadi Presiden Pas. Lagipun dia cuma penasihat PKR sahaja sekarang ni. Entah jadi ahli PKR entahkan tidak... Kalau tak pun lantiklah Presiden Kelab Penyokong Pas tu. Bukankah kelab itu akan dijadikan sayap parti? Bolehkan Pas cipta sejarah memiliki Presiden bukan Islam.

Dan bagi Hadi, Nasaruddin, Haron Taib, Hassan Ali jangan risau. Agak2 tak boleh pergi dalam Pas masuk je UMNO. Kata nak perjuangkan Islam. Masuklah UMNO dan jadikan UMNO sebagai platform perjuangan. Kalau sebelum ni Pas boleh "Islamkan DAP" kenapa tak boleh UMNO? Jangan risau, masuk UMNO tetap boleh masuk syurga selagi iman dan takwa masih di dada.

Hehe... aku cakap saja!

Tiada bonus.... Bajet 2010 tidak bermakna?

Tidak ada makna PM merangkap Menteri Kewangan, Najib Razak membentangkan Bajet 2010 di Parlimen hampir 3 jam berdiri tanpa henti kerana ia tidak dihargai sama sekali di kalangan kakitangan kerajaan. Ini gara-gara tiada pemberian bonus diumumkan oleh Najib.

Ya, orang ramai terutama kakitangan awam dan peniaga serta peruncit tertunggu-tunggu sejak pukul 2 petang di hadapan TV, radio serta laman-laman web yang menyiarkan siaran langsung Bajet 2010 dari Parlimen sehinggalah di penghujung ucapan Najib memaklumkan pemberian bayaran khas RM500 yang sebelum ini hanya diberikan kepada kakitangan sokongan, diperluaskan kepada semua kakitangan termasuk pegawai Gred 41 hingga 52.

Dan serentak itu juga kakitangan awam baik di Putrajaya atau di seluruh negara menangguhkan untuk pulang ke rumah walaupun waktu pejabat sudah berlalu semata-mata untuk mengetahui berapa bulan bonus yang akan diberikan begitu kecewa. Ramai yang menarik muka dan tidak kurang juga yang menendang kerusi, meja dan pintu kerana tidak berpuas hati dengan Bajet 2010.

Bagi mereka setiap kali pembentangan Bajet, apa yang penting ialah pemberian bonus. Kalau ada bonus waima sebulan gaji sekali pun maka laungan "Hidup UMNO... Hidup BN... Hidup Najib" akan kedengaran tapi andai tiada bonus seperti tahun ini, maka ada suara-suara yang melaungkan "kerajaan zalim"! juga kedengaran walaupun agak halus kedengaran di dalam anak tekak. Inilah mentaliti kakitangan kerajaan di negara kita.

Jadi tiada gunalah Najib mengumumkan pelbagai insentif kepada rakyat di semua lapisan masyarakat andai pemberian bonus tidak ditunaikan. Maka tidak berserilah Bajet tahun ini. Aku percaya edaran surat khabar esok juga tidaklah luar biasa kerana tidak ramai yang ghairah hendak membeli akhbar. Sebabnya tiada bonus!

Untuk Bajet 2011 aku cadangkan Najib tidak perlulah membentangkan bajet panjang lebar kerana tiada siapa yang peduli. Apa yang mereka ingin tahu ialah bonus... bonus... bonus...!! Jadi Bajet akan datang tak usahlah fikirkan peruntukan kepada lain-lain kemudahan sebaliknya berilah mereka bonus. Kerana itulah yang rakyat mahukan dan kerana itu jugalah kakitangan kerajaan memangkah BN dalam pilihan raya.

Sedih... sungguh sedih dengan mentaliti kakitangan awam kita walhal pemberian wang RM500 seorang sudah memadai dalam keadaan ekonomi dunia termasuk negara yang masih tidak menentu. Mereka sepatutnya bersyukur kerana pemberian itu adalah jauh lebih baik berbanding mereka yang bekerja di sektor swasta yang bukan sahaja belum tentu memperoleh wang saguhati, jauh sekali bonus. Malah silap haribulan diberikan notis pemberhentian kerja.

Untuk kakitangan awam, bersyukurlah dengan pemberian tersebut kerana kalian baru sahaja menikmati faedah kenaikan gaji tahun lalu dan nikmatilah faedah-faedah lain yang disediakan dalam bajet ini. Jangan kerana tiada bonus kalian berpaling tadah.

Bersyukurlah!!

23 October 2009

Nik Aziz hilang keyakinan terhadap kepimpinan Pas?

Dalam duk sibuk seluruh rakyat Malaysia tertumpu kepada pembentangan Bajet 2010 oleh Najib Razak hari ini, alih-alih Mursyidul Am Pas Nik Aziz Nik Mat mengeluarkan satu kenyataan yang penuh tanda tanya tentang apa yang berlaku dalam kepimpinan Pas masa kini.

Ini berikutan cadangan Nik Aziz agar parti itu mengadakan Mesyuarat Agung Khas (EGM) dan katanya kerana Pas kini berdepan dengan isu kepimpinan dan beliau merasakan perlukan perubahan dilakukan terhadap pemain penting dalam kerusi kepimpinan Pas Pusat. Lihat di sini!

Dush...!! Aku membayangkan bahawa Nik Aziz kini sudah semakin hilang keyakinan dan hilang kepercayaan terhadap Hadi Awang dan Nasharuddin Mat Isa yang memenangi jawatan masing-masing selaku Presiden dan Timbalan Presiden Pas dalam muktamar baru-baru ini. Sebab itulah beliau mengeluarkan kenyataan tersebut dalam blognya itu.

Apakah yang telah dilakukan oleh Hadi dan barisan kepimpinan Pas Pusat sehingga Nik Aziz, seorang Mursyidul Am yang memegang jawatan itu atas pelantikan membuat "teguran" sedemikian? Apakah kerana Hadi bersikap berdiam diri dalam isu-isu tertentu yang diperjuangkan oleh Nik Aziz dan Anwar serta barisan pakatan yang disanjung Tok Guru? Atau apakah kerana Hadi dan barisan kepimpinan Pas mengambil sikap terbuka untuk berbincang bagi penyatuan Melayu/Islam bersama UMNO maka Nik Aziz melenting sedemikian rupa?

Biar apapun alasannya, jelas sekali Nik Aziz kini tidak lagi sehati dan sehaluan dengan pucuk pimpinan Pas sehingga beliau menggesa diadakan EGM untuk membuat perubahan pada pucuk pimpinan parti. Apakah ini juga akibat "julukan" Anwar yang mahukan orang-orangnya dalam Pas menerajui parti itu? Andai itulah sebabnya sehingga Tok Guru bersuara sedemikian alangkah malangnya nasib Pas.

Kita tahu Anwar tidak akan mampu menjadi Perdana Menteri hanya melalui perjuangan PKR kerana beliau tahu PKR tidak akan ke mana. Nak mengharapkan DAP, Anwar tahu DAP hanya mempergunakan dirinya untuk kepentingan agenda politik Malaysian Malaysia. Nak masuk semula UMNO memang tiada harapan kerana UMNO sudah berpatah arang berkerat rotan dengannya.

Maka jalan terbaik ialah menggunakan Pas. Pun begitu ia mengalami kesukaran andai Pas terus dipimpin oleh orang seperti Hadi Awang atau Nasaruddin yang mula melihat pentingnya perpaduan Melayu dan Islam selepas mereka mencetuskan kerajaan perpaduan sebelum ini. Tambahan pula pada muktamar lalu, orang-orang tajaan Anwar (Erdogan) telah ditumbangkan oleh kumpulan ulama.

Melihat Nik Aziz mudah dikawal, maka aku percaya Anwar menggunakan Tok Guru sebagai saluran untuk menjatuhkan Hadi Awang dan Nasaruddin agar digantikan dengan pemimpin Erdorgan tajaannya. Perkara ini tidak mustahil kerana Anwar sendiri pernah menggunakan strategi yang sama ketika beliau menjatuhkan arwah Tun Ghafar Baba dahulu untuk menjadi Timbalan Presiden UMNO.

Dan cadangan Nik Aziz yang mahu EGM diadakan bagi membuat perubahan pada kepimpinan Pas kini jelas sekali menyelusuri strategi yang telah dilakukan oleh Anwar. Jadi tidak mustahil Nik Aziz kini sudah dikuasai oleh Anwar untuk ditunggangi bagi memastikan "orang-orangnya" menguasai pucuk pimpinan Pas.

22 October 2009

Akhirnya...

Akhirnya Najib memanggil Tee Keat dan Soi Lek dan akhirnya pelan damai krisis MCA dibuat dan sekaligus menyelesaikan krisis dalam parti itu yang berlarutan agak lama sebelum ini. Susah sangatkah Najib nak memanggil mereka dan membantu menyelesaikan sengketa mereka?

Melihat apa yang berlaku hari ini jelas ia tidaklah sukar walaupun sebelum ini kedua-dua pemimpin tersebut begitu keras hati sehingga memaksa diadakan EGM. Pun ia tidak juga menyelesaikan masalah malah menjadi lebih kompleks.

Dalam pos aku pada 20 Oktober, aku menyarankan Najib (eh... siapa aku nak beri saranan kepada PM?) menyelesaikan sengketa dalam MCA dengan memanggil kedua-dua pemimpin berkenaan. Dapatkan permasalahan mereka dan sediakan pelan damai. Dan hari ini, dua hari selepas tulisan aku dikeluarkan mereka telah mengumumkan pelan damai mereka. Khabarnya kedua-duanya telah dipanggil Najib semalam, sehari selepas tulisan aku.

Walaupun agak lama Najib mengambil masa untuk memanggil kedua-duanya tapi tidak mengapa kerana ia masih belum terlambat. Dan pelan damai yang dikemukakan oleh MCA untuk menyelesaikan krisis dalamannya selepas bertemu Najib cukup memberikan satu lagi kejayaan kepada Najib dan menamatkan pandangan negatif orang ramai terhadap beliau sebelum ini.

Tahniah Najib!

Tahanan ISA setara Nelson Mandela?

Minta maaflah kalau aku kata makin hari pemimpin pembangkang makin menonjol kedunguannya. Terbaru mereka desak para tahanan ISA diberikan pingat kebesaran. Aku faham mereka nak mamat-mamat macam puak2 Hindraf tu diberikan pingat atas "keberanian" mereka. Paling kelakar Dr. Lo'lak meletakkan tahanan ISA setara Nelson Mandela.

Katanya: "Nelson Mandela pernah dipenjarakan tetapi akhirnya menjadi seorang pemimpin negara." Tak ke dungu namanya tu? Sia-sia belajar tinggi-tinggi dan dah jadi doktor tapi bengapnya menjadi-jadi. Tidakkah Nelson Mandela dipenjara kerana menentang dasar Aparteid iaitu dasar penindasan orang kulit putih Afrika terhadap pribumi kulit hitam.

Apa mereka ingat puak2 Hindraf yang setakat berdemonstrasi di jalan sebab membawa fitnah konon berlaku penghapusan etnik itu diibaratkan Nelson Mandela ke? Weih... Kau ni bengap ke apa?

Kok ye pun nak sangat dapat gelaran, baiklah kau pergi berenang merentas Selat Inggeris tu sorang-sorang. Nanti kalau dah berjaya dan balik nanti bolehlah mana-mana sultan bagi Datuk kat korang. Tak pun bertanding sukan di peringkat Olimpik atau dunia, berjaya bolehlah bagi gelaran.

Atau kalau kepingin sangat nak gelaran, pergilah beli gelaran Datuk ke Datuk Seri ke waima Tun sekalipun kat Sultan Sulu tak pun nun Sultan Solo sana. Mereka banyak pingat dan gelaran nak kasi. Bayar je. Apa susah.

Ni mintak beri gelaran sebab menderhaka kepada sultan, memporak-perandakan negara apa ke hal? Hilang akal ke? Memang patut pun puak2 ini digelar perompak. Merompak keamanan dan keharmonian rakyat Malaysia. Ya.. ya... perompak! Perompak!

Tajuk berita esok: "Ketua kumpulan perompak dapat gelaran Datuk atas jasa-jasanya merompak secara bersenjata di sekitar Lembah Klang. Datuk XXX yang ditemui tidak menyangka dia diberikan gelaran itu sebab dia hanya sempat merompak tiga buah bank dan membunuh dua pengawal keselamatan sepanjang menjadi perompak...."

Kah... kah... kah...!!

20 October 2009

Najib patut selesaikan krisis MCA

TERKINI:
PM tamatkan krisis MCA
Okt 22, 09 12:34pm


Dua tokoh MCA yang bertelagah, Datuk Seri Ong Tee Keat dan Datuk Seri Chua Soi Lek dipercayai telah menerima pelan damai selepas kedua-duanya mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam.


Hasil pertemuan tersebut ialah Ong akan mengekalkan jawatan presiden, manakala Chua kembali menjadi menyandang jawatan timbalan presiden. (Malaysiakini, 22 Okt. 2009)


POS TERDAHULU:

Krisis dalam MCA tak kunjung selesai. Walaupun pelbagai usaha telah dibuat di peringkat parti termasuk keputusan EGM yang memutuskan menolak kedua-dua pemimpin iaitu Ong Tee Keat  dan Chua Soi Lek yang bertelagah namun krisis dalam parti itu masih berterusan.

Pada masa yang sama Najib selaku Pengerusi BN masih lagi mengambil sikap "tidak akan masuk campur" dalam urusan MCA walhal semua tahu krisis yang berlaku dalam setiap parti komponen bukan sahaja memberi kesan negatif kepada parti berkenaan tetapi juga BN. Betul masalah MCA adalah urusan parti itu tetapi ibarat orang lama berkata "cubit peha kiri, peha kanan terasa sakit".

Dalam hal ini aku melihat krisis berpanjangan hanya boleh direda (kalau tidak dapat diselesai) oleh Najib. Najib patut memanggil kedua-dua pemimpin MCA itu dan menyusun pelan damai kedua-dua pihak bagi memastikan krisis berkenaan tidak berterusan. Ini kerana pihak perwakilan yang mewakili ahli sudah pun dibuat tetapi gagal menamatkan krisis tersebut. Jadi jalan terbaik ialah campur tangan Pengerusi BN sebagai pendamai.

Krisis dalam MCA bukanlah kali pertama berlaku. Seingat aku sebelum ini masa zaman Ling Leong Sik sebagai Presiden dulu pun wujud perebutan jawatan antara Team A dan Team B. Namun sengketa antara team itu tidak sampai berlarutan seperti yang berlaku hari ini. Mungkin sebab ketenangan yang dimiliki Leong Sik atau sebab kebijaksanaan Dr. Mahathir selaku Pengerusi BN pada masa itu.

Aku diberitahu Dr. Mahathir sering mengambil pendekatan sedemikian iaitu jika ada berlaku sengketa dalam mana-mana parti komponen, beliau akan memanggil mereka yang terbabit, dapatkan punca permasalahan dan kemudian memberikan jalan penyelesaian. Itu aku diberitahulah!

Mungkin juga, sebab setahu aku Dr. Mahathir jenis pemimpin yang gemar menyelesaikan masalah parti dan pentadbiran secara diam-diam sehinggakan media-media gagal menghidunya. Kalau adapun ia dapat dilindungi dengan baik. Buktinya, tiada sebuah media pun pada masa itu dapat menghidu bahawa beliau mahu memecat Anwar Ibrahim selaku Timbalan Perdana Menteri walaupun khabarnya media menyedari wujudnya sengketa antara Mahathir dan Anwar sehinggalah beliau membuat pengumuman rasmi.

Seorang rakan aku memberitahu: "Mahathir seorang yang pandai cover line dan suka selesai masalah diam-diam. Dia tak suka bising-bising. Kalau nak tegur menterinya atau bawahan, dia tegur secara tertutup. Tak macam PM sebelum ini (Pak Lah), tak setuju dengan timbalannya, dia boleh sound masa sidang akhbar... Bukankah timbul konflik."

Aku rasa Najib juga perlu mengambil sikap serupa dalam soal MCA. Bukan mahu masuk campur tetapi sebagai Pengerusi BN, Najib kena panggil para pemimpin MCA terbabit dan cari punca permasalahan dan kemudian kemukakan jalan penyelesaian. Beliau tidak boleh membiarkan isu MCA ini terus berlarutan ketika PRU-13 semakin hari semakin hampir.

Kalau Najib berani buat perubahan dalam UMNO, Najib juga perlu berani membuat perubahan dalam BN dan parti-parti komponen perlu mematuhi keputusan Pengerusi BN. Kalau mereka anggap nasihat atau pandangan Pengerusi BN sebagai "masuk campur" urusan dalam parti mereka, buat apa mereka bergabung di bawah panji BN? Lebih baik berada di luar BN.

Aku percaya andai Najib berjaya membantu menyelesaikan masalah MCA, beliau bakal mendapat satu lagi "selling-point" dan sekaligus meningkatkan kedudukan selaku Presiden UMNO dan Pengerusi BN yang berwibawa di mata rakyat.

19 October 2009

Sekadar perbandingan (Untuk orang Perak)

  

Berikut aku petik dari blog Cucu Tok Selampit mengenai pelancaran Gagasan 1Malaysia oleh PM yang diadakan di Ipoh, malam tadi.

Antara yang ditulis blogger ini:
Pepatah English mengatakan "pictures speak a thousand words". Lihatlah pelancaran 1Malaysia Bersama Rakyat peringkat Perak di Stadium Perak, Ipoh malam tadi. Kehadiran ribuan rakyat Perak ke majlis bersejarah yang gilang gemilang ini pasti menggusaran Nizar "The Puppet" Jamaluddin dan kroni-kroninya.
Dan berikut aku petik pula blog Misbahul Munir mengenai sambutan jamuan Aidilfitri Pas Perak yang diadakan di Batu Gajah semalam.

Antara yang ditulis Misbahul Munir dalam blognya bertajuk "Jamuan Eidul Fitri Pas Perak - Kehadiran Luar Jangka":

Majlis Jamuan Eidul Fitri PAS Perak yang diadakan di Arena Square, Batu Gajah dihadiri ribuan rakyat dari seluruh Perak. Saya sendiri tidak dapat mengagak berapa jumlah kehadiran, mengikut anggaran para wartawan dan blogger yang turut meraikan majlis tersebut, kehadiran menjangkau hampir 10 ribu orang.
Dan berikut petikan salah satu komen pembaca blog Misbahul:
norhalim mh said...
Meraikan jamuan kpd rakyat tanpa mengira bangsa, agama dan latar belakang sangat dituntut dalam Islam, kerana Islam itu sesuai untuk semua golongan, bertepatanlah dgn moto "PAS FOR ALL" .
Jika dilihat dpd sambutan yg diterima dalam majlis tsbt, menunjukkan rakyat Perak cukup senang dgn kehadiran PAS yg terbukti pernah mmberi perkhidmatan terbaik brsama Kerajaan Pakatan Rakyat hampir 1 tahun sebelum dirampas kudeta najib & gerombolannya. Walaupun tempoh yg cukup singkat diberikan kuasa memerintah telah gunakan amanah itu sebaik2nya berbanding lebih 50 thn ubn mendapat mandat memerintah Perak,
Syabas diucapkan kepada YAB MB DSri Ir Nizar, barisan EXCO, ADUN2 PR, Ketua2 Kg lantikan Rakyat dan seluruhnya yg menyokong.
Kami para blogger dan rakyat M'sia berikrar memberikan sepenuhnya sokongan kpd Kerajan Pakatan Rakyat Perak mengambilalih semula tampuk pemerintahan Kerajaan Negeri Perak secara Demokrasi! Hancur! Hancur, Hancur, BN, Jahanam! Jahanam, Jahanam BN, HIDUP! HIDUP!, HIDUP RAKYAT!
Dan aku tertarik dengan komen yang diberikan oleh Norhalim MH dalam blog Misbahul itu terutama bahagian yang aku garis (lihat di atas). Jadi, di sini aku minta puak2 Pas senaraikan LIMA (5) KHIDMAT TERBAIK Pas sepanjang memerintah Perak yang disenangi oleh rakyat Perak! Tak banyak... 5 cukup!

Tapi aku rasa tak perlulah aku senaraikan KHIDMAT TERBAIK kerajaan UMNO/BN sepanjang lebih 50 tahun perintah Perak. Sebabnya senarainya sangat panjang dan membuatkan kamu semua jenuh untuk membacanya. Tapi cukup sahaja kalau aku katakan (kepada orang di Perak) lihatlah sekeliling kamu.

Lihatlah apa yang ada di Lenggong, Pengkalan Hulu, Batu Gajah, Sungai Siput, Larut, Kuala Kangsar, Tanjung Malim, Lumut, Manjung, Teluk Intan, Bagan Serai, Taiping, dsb. Lihatlah dan bandingkan dengan 50 tahun, eh lama sangat... 5 tahun lalu. Apakah itu jasa pembangkang yang memerintah tak sampai setahun atau jasa UMNO/BN?

PKR parti anak beranak

Kesihan sungguh aku pada Zaid Ibrahim mengenangkan beliau seorang peguam produk keluaran ITM yang sukses  telah diperdungukan oleh Anwar. Beliau meninggalkan UMNO dengan 1,001 harapan mendapat tempat dalam PKR tetapi harapan itu tinggal harapan dan kini menampakkan penghijrahannya adalah sia-sia.

Memang benarlah tanggapan selama ini bahawa tindakan bekas Menteri di JPM itu masuk PKR kerana telah termakan pujuk rayu Anwar yang memang pakar dalam pujuk memujuk lelaki (dan perempuan). Tak tahulah apa yang dijanjikan oleh Anwar sehingga Zaid bercerai talak tiga dengan UMNO. Tentulah dijanjikan bulan dan bintang. Ramai yang sudah tahu bahawa Anwar memang pakar memujuk rayu kalau tidak dengan kata-kata, janji-janji manis, paling-paling dengn USD!

Kalau tidak masakan orang bijak pandai seperti Dr. Chandra Muzaffar  pun boleh termakan pujukannya. Walhasil Chandra pun telah dicantas oleh kumpulan anak beranak tersebut menyebabkan dia keluar dari parti itu. Mangsa lain Ezam Mohd Noor.

Zaid... Zaid...! Kesihan kat kau. Itulah masa dalam UMNO dulu kamu sombong, bongkak, cakap orang tak nak dengar konon engkaulah paling pandai dalam UMNO, lebih pandai dari Presiden UMNO (pada masa tu). Kau tak tau ke yang PKR tu parti anak beranak? Kamu-kamu semua hanyalah jadi balaci yang diberi tugas untuk membolehkan cita-cita peribadinya tercapai... cita-cita nak jadi PM.

Kau tengok macam mana Raja Petra yang jadi balaci Anwar sebagai tukang karut cerita-cerita bohong dan fitnah. Bila kena saman dan diminta datang ke mahkamah dia cabut lari, menyorok entah ke mana. Kamu pun jadi macam tu jugaklah Zaid oooiii. Jadi keldai tunggangan Anwar. Lepas dia dapat apa yang dihajat, nanti dia sembelihlah kau. Zaid... Zaid...!

Kau ni memang butalah dan percaya sangat dengan (konon) perjuangan parti anak beranak itu walhal asal muasalah penubuhan parti tu pun dah tahu tak bawa apa-apa faedah kepada rakyat. Parti itu ditubuh sebab nak bebaskan Anwar dari penjara. Dah bebas nak jadi PM pula. Yelah, dah banyak dah wang kawan-kawan Yahudi, Barat yang dah dirembat, disalur untuk pastikan dia jadi PM, alih-alih tak juga tercapai. Sebab tulah dia perlukan orang macam kau Zaid oooi. Supaya cepat sikit dia jadi PM.

Apa kau memang tak tau ke siapa Azmin di mata Anwar? Dialah insan paling istimewa dalam hidupnya selain Azizah dan dot dot dot... Takkan itupun kau tak tahu walhal kau peguam hebat punya syarikat guaman terbesar... Apa namanya? Oh... Zaid & Co.

Jadi sama ada Zaid, Jeffery Kitingan, Chua Jui Meng atau sesiapa lagi yang melompat ke parti anak beranak itu jangan mimpilah untuk mendapat tempat sepertimana mereka peroleh ketika berada dalam UMNO/BN sebab sudah semestinya keutamaan diberikan kepada anak beranaknya serta kawan-kawan yang selama ini begitu bijak  "cover line" Anwar.

Kau tengoklah macam mana berlaku cantas mencantas dalam parti itu. Ah biasalah tuh. Masa Anwar dalam UMNO dulu pun selalu juga cantas-cantas orang. Apa nak hairan kalau kau kena cantas Zaid oooi... Lagipun Azmin kena jaga. Kau lupa ke macam mana Anwar dikaitkan dengan keluarga Azmin dulu?

Nak tau lebih banyak siapa Azmin dalam "keluarga" Anwar Ibrahim elok jengok-jengok blog ini dan ini....

Zaid, Zaid... selamatlah kau kat dalam parti anak beranak tu... ya selamat tinggal!!

17 October 2009

Suara kebangkitan UMNO....

Suara kebangkitan UMNO bergema di PWTC semalam. Walaupun hanya melibatkan lebih 2,400 perwakilan tetapi melalui siaran TV yang dipancarkan secara langsung di seluruh negara menyebabkan semangat di PWTC turut mengalir di setiap jiwa ahli-ahli UMNO di luar sana.

Bahkan suara kebangkitan UMNO bukan sahaja menggoncang jiwa raga ahli-ahlinya malah turut menyebabkan puak2 pembangkang tergamam. Khabarnya Anwar terkancing gigi mendengar laungan Hidup UMNO! bahkan Karpal Singh pun terpelosok di bawah kerusi roda, Nik Aziz terkencing dalam kain pelikat, Manoharam demam sehingga hampir tidak dapat sambut Deepavali. Lim Kit Siang bersama anak menantu tak keluar rumah.

Dan khabar terbaru Zaid Ibrahim terpaksa mengambil cuti dari PKR kerana gema suara Hidup UMNO! Hidup Melayu! 1Malaysia! terngiang-ngiang ditelinganya. Maklum selama ini itulah laungannya setiap kali hadir di PWTC ketika masih menjadi ahli UMNO dulu.

Itulah kesan suara kebangkitan UMNO semalam. Sungguh bukan aku yang kata, tetapi mereka yang ada di dalam dewan, di depan TV baik di rumah, di kedai kopi bahkan di pejabat-pejabat kerajaan dan swasta yang mengikuti perjalanan persidangan itu.

Aku percaya suara kebangkitan UMNO bakal disambut pula oleh suara kebangkitan MCA, MIC, Gerakan dan lain-lain parti komponen dalam BN. Dan kebangkitan itu juga bakal turut dirasai oleh rakyat termasuk di negeri-negeri di bawah pakatan yang tidak sepakat itu.

Hidup UMNO!!

16 October 2009

Najib kejutkan UMNO selepas 5 tahun tidur lena

Kalau boleh ukur suhu pemimpin UMNO ketika ini aku percaya ia mencapai tahap 100 darjah Celcius. Bukan kerana bahang membakar mereka tetapi semangat berkobar-kobar sejurus diasak ucapan penuh berapi daripada Presiden UMNO di Dewan Merdeka PWTC petang tadi.

Maklum sudah lama mereka tidak digasak dengan ucapan bersemangat sebegitu rupa daripada seorang Presiden mereka. Yelah, selama lima tahun di bawah Presiden sebelum ini mereka tidur lena sehingga UMNO sebagai parti tunjang Melayu hanya tidak berbuat apa-apa ketika kita digasak oleh pihak lain.

Namun sebaik Najib memulakan ucapan dasarnya sehinggalah ke ucapan penggulungan petang tadi telah membuatkan para pemimpin dan ahli UMNO yang sekian lama tidur telah terjaga dari lenanya. Bahkan mereka bangkit dengan semangat yang berkobar-kobar.

Dan aku percaya bukan sahaja para perwakilan yang hadir di dewan tersebut terjaga dari tidur malah ahli-ahli UMNO di semua peringkat juga telah mula bangkit. Aku percaya andainya ada pilihan raya kecil dalam tempoh terdekat ini, sudah pastilah ahli-ahli UMNO berjuang habis-habisan dan penuh semangat.

Aku tidak berada di PWTC sepanjang perhimpunan berlangsung, cuma memantaunya dari laporan media dan siaran langsung di TV. Tetapi seorang sahabat aku bercerita, semangatnya kini membuak-buak sejurus keluar dari dewan selepas mendengar amanat dari Najib.

"Kau bayangkan kalau ada orang duk perlekehkan UMNO dan orang Melayu depan aku masa ni, mahu aku lanyak dia habis-habisan. Bersemangat sungguh. Dah lama benar aku tak rasai semangat seperti ini.... Eeeee!!" Kata sahabat aku menerusi Blackberrynya sejurus dia keluar dari PWTC petang tadi. Aku hanya tersenyum.

Bahkan mak mertua aku di kampung sana yang mengikuti perjalanan perhimpunan melalui TV juga menyatakan perasaan gembiranya sebab akhirnya semangat UMNO kembali mengalir. Dia yang sempat aku telefon malam ini kedengaran sayu dan hiba. Yelah selepas sekian lama UMNO dan orang Melayu ditekan oleh digasak disetiap rusuk, hari ini UMNO kembali bangkit mempertahankan parti dan orang Melayu.

Memang kata-kata sahabat aku itu ada benarnya. Sudah lama benar perwakilan UMNO tidak disuntik dengan ucapan yang boleh membangkitkan semangat dan motivasi kepada mereka. Sebabnya selama ini ucapan-ucapan Presiden (sebelum ini) tidak bermaya, tidak terfokus dan membuatkan mereka terlena di kerusi. Akhirnya mereka pulang ke kawasan masing-masing dengan longlai dan akhirnya meneruskan tidur mereka.

Aku percaya hari ini lebih 2,000 perwakilan yang terdiri para pemimpin di peringkat bahagian dan cawangan akan pulang ke kawasan masing-masing dengan semangat berkobar-kobar untuk mengembalikan semula kekuatan UMNO dan bekerja untuk rakyat.

Cuma yang aku dan seluruh rakyat harapkan momentum itu akan berterusan sehingga PRU-13 dan seterusnya bagi memastikan kelangsungan parti penunjang bangsa dan negara itu terus hidup subur di sanubari dari generasi ke generasi.

12 October 2009

Terima kasih Bagan Pinang! [Edited!]

Aku nak ucap tahniah kepada Isa Samad dan BN kerana berjaya pertahankan Bagan Pinang dari jatuh ke tangan pembangkang. Dan pada masa yang sama aku nak ucap terima kasih kepada Bagan Pinang kerana memberikan satu pengajaran bermakna kepada BN dan juga UMNO.

Sememangnya PRK Bagan Pinang telah memberi petunjuk yang berguna kepada BN amnya dan UMNO khususnya dalam menghadapi setiap pilihan raya baik kecil mahupun umum akan datang. Tapi ironiknya, ia muncul selepas 9 sembilan pilihan raya kecil dan selepas 7 daripadanya tewas di tangan pembangkang. Tapi ia belum terlambat!

Salah satu petunjuk paling nyata yang perlu diberi perhatian oleh pucuk pimpinan parti ialah CALON. Ya, pemilihan calon adalah kunci utama penentu kemenangan kepada parti. Seperti yang kita lihat daripada sembilan pilihan raya kecil, calon-calon yang dimahukan rakyat telah memberikan kemenangan atau paling mengurangkan majoriti kemenangan lawan.

Di Manek Urai, calon yang diletakkan oleh BN boleh diterima rakyat yang akhirnya BN membuat kejutan dengan menurunkan majoriti sehingga 600 undi sahaja walaupun kita tahu Manek Urai adalah lubuk kawah Pas.

Di Bagan Pinang, Isa Samad merupakan calon "kontroversi" kerana pernah terjebak dengan politik wang dan sudahpun menerima  hukuman. Namun ternyata rakyat tidak mempedulikan sama sekali isu-isu peribadi sebaliknya mereka mahukan calon yang benar-benar dekat dengan rakyat dan yang penting mendapat restu dari akar umbi semua parti komponen. (Lihat tulisan aku sebelum ini...)

Ini berbeza pada pilihan raya kecil Kuala Terengganu, misalnya di mana calon BN pada masa itu Datuk Wan Farid adalah calon yang tidak disenangi oleh rakyat bahkan di peringkat akar umbi parti. Pemilihannya banyak dilihat kerana hubungan rapatnya dengan menantu Presiden parti pada masa itu. Akhirnya, BN menerima padah apabila kecundang di tangan lawan.

Pilihan raya umum 2008 yang menyaksikan BN terpaksa melepaskan lima negeri iaitu Pulau Pinang, Perak, Kedah, Selangor dan Wilayah Persekutuan selain mengalami kekalahan teruk di negeri-negeri lain adalah berpunca dari pemilihan calon yang semberono dan menjurus kepada "orang Pak Lah" dan "orang KJ".

Mungkin kerana begitu yakin hasil kemenangan besar BN pada PRU-11 tahun 2004, maka pucuk pimpinan BN telah tersilap percaturan dengan menganggap BN masih kuat empat tahun selepas itu sehingga menganggap "letak batang pisang boleh menang" yang akhirnya memakan diri sendiri.

Bagan Pinang juga menyaksikan para penyokong BN khususnya UMNO tidak lagi hanya duduk diam setiap kali dilanyak, dihentam, diherdik, dimaki hamun, diserang dengan provokasi-provokasi melampau penyokong pembangkang. Malah mereka semakin berani melawan. Andai SPR dan pihak polis menganggap Bagan Pinang sebagai PRK paling ganas aku percaya ia berpunca daripada sikap penyokong BN yang tidak lagi hanya terdiam setiap kali diserang penyokong pembangkang.

Walaupun ia memberi kesan tidak baik kepada keamanan tetapi untuk jangka masa panjang ia sebenarkan melontarkan amaran kepada penyokong pembangkang bahawa mereka tidak lagi berdiam diri setiap kali diserang dengan pelbagai provokasi melampau pembangkang.  Mereka tidak mahu lagi lebih banyak menjaga tatasusila berkempen dan mereka kini sudah pandai melawan balas.

Malah kempen-kempen BN juga kini lebih menjurus mempertahankan diri daripada fitnah dan hasutan pembangkang berbanding "menabur janji" pembangunan seperti sebelum ini.

Apakah Bagan Pinang melambangkan kebangkitan BN selepas kecundang dalam 7 PRK dan terlepas 5+1 negeri pada PRU-12 lalu?

Oh! Belum tentu. BN tidak sepatutnya cepat berpuas hati dengan kemenangan di Bagan Pinang. Benar para pengundi di sana memilih BN tetapi apa yang lebih penting ialah para pengundi di seluruh negara. Ujian sebenar BN sama ada rakyat sudah menerima gagasan 1Malaysia, kembali memberi sokongan kepada BN atau sebaliknya hanya boleh diketahui pada PRU-13 nanti.

Bagan Pinang tidak mewakili seluruh rakyat. Bagan Pinang hanya untuk Bagan Pinang. Jadi, jangan cepat meletakkan diri bahawa BN kini sudah semakin diterima. Ingat bagaimana BN hampir menang di Manek Urai dan kemudiannya mengalami kekalahan teruk di Permatang Pasir. Inilah bukti bahawa PRK tidak boleh menjadi kayu pengukur. Tidak relevan...!!

11 October 2009

Bagan Pinang ke Tanjung Pinang?

Beberapa hari lalu aku hubungi seorang kawan. Bila aku telefon di rumah isterinya kata dia tak ada. Sedang berkempen di Bagan Pinang. Eh tertanya-tanya juga aku sebab sepanjang aku di Bagan Pinang tak nampak pula kelibatnya. Takkan berkempen di kem lain kut?

Puas juga aku menelefon Blackberrynya tapi gagal. Pelik, takkan berkempen sampai tutup handphone. Pada masa yang sama mata aku melilau juga kut-kut terlintas bayangnya di Bagan Pinang tetapi, tak ada pula. Hemmm...

Alih-alih malam tadi aku terima panggilan dari kawan aku ini. Terkejut juga aku. Cepat-cepatlah aku tanya mana dia lepak kat Bagan Pinang? Puas aku cari tapi tak ada....

"Mana kau tau aku ada kat Bagan Pinang?" tanya kawan aku tu.

"Bini kau cakap... Aku telefon dia kata kau pergi Bagan Pinang," aku cakap kat dia.

Lepas tu aku dengar dia gelak-gelak kecil....

"Syyy.... aku pergi Tanjung Pinanglah, bukan Bagan Pinang!!"

"Lerr.... Kau tipu bini kau yea!"

"Nak hidup..."

09 October 2009

Sah! Pas pembohong besar!

Inilah rupa mangsa "serangan" oleh 100 orang (ada yang kata 200) Pemuda UMNO yang menjadi kekecohan di Bagan Pinang! Terima kasih kepada Unspinners..

Baca laporan ini...

PORT DICKSON 9 Okt. - Polis meminta Naib Presiden Pas, Salehuddin Ayub serta penulis portal berita Malaysian Insider dan Harakah Daily tampil memberi keterangan berhubung dakwaan yang mengelirukan kononnya penyokong parti itu dikasari dan diserang oleh ahli UMNO hingga mendatangkan kecederaan. (Selanjutnya...)

dan kemudian, yang ini....

PORT DICKSON 9 Okt. - Pakatan pembangkang melalui Pas gagal mengemukakan salinan polis berhubung dakwaan penyokongnya ditetak dan dipukul hingga cedera seorang ahli Pergerakan Pemuda UMNO dalam insiden yang kononnya membabitkan 'pedang samurai' kelmarin. (Selanjutnya...)

Dan paling best, semua blog-blog propembangkang yang siarkan gambar dan cerita itu semalam dah tarik balik tulisan tersebut hari ini... Maknanya apa tu?

MAKNANYA.... mereka sengaja mereka-reka cerita untuk mencetuskan kemarahan di kalangan penyokong mereka dan konon nak cetuskan jihad ke atas Pemuda UMNO. Dan pada masa yang sama mereka semuanya pengecut!

Bagi aku ini sudah tahap melampau dan aku harap pihak polis mengambil tindakan setegas-tegasnya terhadap Salehuddin atau mereka yang mencetuskan provokasi melampau ini yang kalau gagal ditangani dengan segera boleh mencetuskan peristiwa berdarah SESAMA MELAYU & ISLAM!!!

Ini juga satu lagi petanda bahawa Pas telah nampak bayang-bayang kekalahan di Bagan Pinang sehinggakan mereka mencari ikhtiar untuk bermain kotor!

p/s: Psss... Darulehsan, hang tanak mintak bukti video ke?

Nasib SPR... menang disanjung, kalah dihamun

Begitulah nasib Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), badan yang bertanggungjawab mengendalikan pilihan raya di negara ini. Setiap kali ada pilihan raya baik kecil mahupun umum, badan itu menjadi "punching-bag" di kalangan puak2 pembangkang. Mau tidaknya setiap kali kalah atau kelihatan akan kalah, maka SPR-lah yang menjadi bahan serangan.

Begitu juga di Bagan Pinang ini. Gamaknya puak2 pembangkang sudah mula nampak bayang-bayang kekalahan mereka, maka mereka mencari SPR untuk disalahkan. Maknanya kalau mereka kalah nanti bukan kerana pengundi tak sokong pembangkang tetapi kerana "mainan" SPR.

Aku nak tanya, kalau sistem amalan sekarang tak betul, SPR main kotor agak-agaknya pembangkang boleh ke perintah lima negeri sekarang? Agak-agak boleh ke Pas perintah Kelantan bertahun-tahun, agak2 SPR "sudi" ke nak serahkan Pulau Pinang kepada DAP? Agak-agaklah...

Aku percaya kalaulah SPR ni memang badan yang betul2 pro-kerajaan tak ada peluang pembangkang nak menang di Selangor, Perak, Pulau Pinang, Kedah, KL dan juga Kelantan punya. Dan aku juga yakin kalau SPR itu tidak bersikap adil, tak ada peluang pembangkang nak menang 8 pilihan raya kecil. Tak ada chance Anwar nak menang di Permatang Pauh, tak ada harapan Nizar nak jadi ahli Parlimen. Awal-awal lagi SPR dah pancung....!

Betullah kebanyakan pegawai SPR ada yang menyokong kerajaan, undi BN tapi harus diingat ramai juga yang sokong pembangkang. Tetapi itu fahaman politik masing-masing. Apabila bertugas sudah mestinya mereka bersifat profesional dan tidak menyebelahi mana-mana pihak ketika membuat keputusan.

Ini tidak, setiap kali nampak bayangan kalah atau memang kalah mulalah nak cari salah SPR. Konon semua SPR buat tak betul, tak adil, berat sebelah. Tetapi kalau mereka menang, wah bukan main puji lagi SPR teluslah, bersihlah... Ciss! bukankah SPR sama ada kala mereka menang atau kalah adalah SPR yang sama? Pegawai yang sama? Bukankah sistem yang dipakai juga adalah sistem yang sama?

Tapi aku percaya, mereka yang mempertikaikan SPR ini adalah puak2 yang dangkal fikiran dan mencari 1,001 alasan untuk menunjukkan bahawa mereka "dikalahkan" oleh pihak ketiga walhal yang menentukan menang atau kalah adalah para pengundi. Pengundi yang memangkah kertas undi.

Dulu tiap kali kalah, pembangkang akan memberi alasan kemenangan BN kerana sokongan pengundi hantu. Tapi sekarang pengundi hantu dah tak timbul lagi. Agaknya semuany sudah ditangkap oleh Ustaz Harun Din dan dicampak ke laut, maka tak ada lagi isu pengundi hantu. Yang ada undi pos pulak. Tapi bila nampak alasan undi pos tak kuat, buat cerita SPR pulak.

Kalau beginilah pemikiran puak2 mereka, aku percaya harapan mereka untuk menduduki Putrajaya tak ada langsung. Sebabnya bukan kerana SPR, tetapi kerana rakyat menolak mereka yang mempunyai barisan pemimpin yang jumud, dangkal dan pengecut!

07 October 2009

BN ada harapan pertahan Bagan Pinang

Ramai yang bertanya aku peluang BN di Bagan Pinang tetapi aku mengambil sikap berdiam diri. Tulisan aku sebelum ini pernah membuat andaian BN mungkin boleh tewas selepas memilih Isa Samad sebagai calon. Ini bertolak daripada sentimen rakyat terhadap isu politik wang yang pernah dihadapi oleh Isa.

Pun begitu selepas hari penamaan calon dan hampir seminggu kempen berlangsung ada khabar gembira sampai ke telinga aku bahawa BN mempunyai harapan cerah untuk mempertahankan kerusi Bagan Pinang. Cuma yang menjadi tumpuan ialah majoriti yang bakal dimenangi sama ada meningkat atau sebaliknya.

Ada beberapa perkara menarik yang aku lihat khabar ini ada benarnya dan mempunyai alasan terutama dari segi bentuk kempen BN yang dilaksanakan di Bagan Pinang. Paling jelas ialah tiada lagi kempen lapok seperti janji-janji untuk membangunkan kawasan tersebut. Mungkin sebabnya Bagan Pinang sudah membangun memandangkan ia sekian lama berada di bawah pentadbiran kerajaan BN.

Sebaliknya pembangkang pula yang beriya-iya mahukan Port Dickson dijadikan bandar pelancongan memandangkan kerajaan telah menamakan PD sebagai Bandar Tentera Darat. Tapi hairan juga sebab setahu aku selama ini PD dan Teluk Kemang memang sudah dikenali sebagai kawasan pelancongan.

Ini boleh dilihat dari jumlah hotel dari berbintang sehinggalah hotel bajet yang ada di sepanjang pantai dari bandar PD hinggalah ke Tanjung Tuan. Rasa aku tidak cukup jari kaki dan tangan untuk mengiranya. Itu belum lagi dilihat kesesakan jalan raya, bilik-bilik hotel yang penuh, kedai-kedai makan yang padat pada hujung minggu, cuti umum dan cuti persekolahan. Ertinya, selama ini PD sememangnya sudah dimajukan sebagai bandar pelancongan oleh BN, jadi mahu apa lagi mereka ini?

Pengaruh Isa selaku bekas MB Negeri Sembilan dan juga bekas menteri serta pemimpin veteran yang bertanggungjawab memajukan PD sehingga terkenal pada hari ini juga menjadi pilihan kalangan pengundi di Bagan Pinang. Ertinya, kes politik wang yang sudah Isa hadapi hukuman nyata tidak menjadi sebab untuk mereka menolak calon BN.

Sejarah politik negara telah membuktikan bahawa pengundi akan tetap memilih calon yang digemari mereka biarpun calon tersebut pernah berhadapan dengan kes-kes jenayah sekalipun. Buktinya di Permatang Pauh, Anwar Ibrahim tetap menang besar biarpun sedang berhadapan dengan kes liwat dengan Saiful Bukhari Azlan dan pernah menjadi banduan  di Penjara Sungai Buloh.

Malah pada PRU-12 lalu, rakyat tetap memilih calon yang pada masa itu masih merengkok dalam tahanan ISA sebagai wakil rakyat mereka sedangkan mereka tahu jika menang sekalipun, calon yang dipilih tidak dapat berkhidmat untuk mereka. Tetapi ia diterima kerana itulah yang pengundi mahukan.

Jadi, seperti pengundi di Permatang Pasir dan Kota Alam Shah, para pengundi Bagan Pinang juga nyata tidak pernah mempersoalkan "dosa" yang pernah dilakukan Isa. Lagi pun kesalahan Isa di peringkat parti dan bukannya melibatkan kes sivil apatah lagi bergelar banduan.

Inilah antara kekuatan yang ada pada calon dan BN yang aku rasa akan menjadi sebab jika benar khabar gembira yang menyatakan para pengundi baik Melayu mahupun bukan Melayu di Bagan Pinang bakal memilih Isa sebagai wakilnya.

Justeru, aku harapkan khabar ini menjadi kenyataan pada hari pembuangan undi Sabtu ini dan menafikan sama sekali andaian awal aku sebelum ini.

06 October 2009

Alahai Azeez...

Alahai Azeez... baru kena cepuk sikit dah terlantar kat hospital dengan leher berlilit bengkong. Aku tak taulah mungkin mamat yang pukul dia ni ada ilmu batin yang tinggi sampaikan kena sikit macam tu Azeez dah terlantar masuk hospital. Itu agaknya baru tangan kiri, kalau tangan kanan agaknya terus masuk kubur!

Setahu aku Azeez orangnya hebat. Telah membawa kumpulan mat rempit ke Kutub Utara walaupun setahu aku yang pergi budak-budak yang belajar MLVK kat satu kolej kursus pemotoran kat belakang stesen bas Kajang.  Tapi takkanlah kena cepuk sikit dik orang kat Bagan Pinang sampai muntah2 dan masuk wad.

Kok ya pun nak mensensasikan cerita keganasan puak2 Pas ni biarlah berpada-pada. Jangan sampai orang tengok pun naik meluat. Taulah isu kena pukul ini telah menaikkan saham Azeez di mata bos-bos parti selepas katanya cuba melindungi Mail Sabri. Itu baru Mail Sabri, kalau  Najib atau Muhyiddin, aku ingat kat situ juga dia menggelepar dan pengsan. Yang penting saham naik.

Azeez bukanlah kecik orangnya. Berbadan hitam, bertubuh sasa. Maklum keturunan mamak. Kalau takat kena penumbuk Mike Tyson yang dah pencen itu pun aku rasa tak ada bekasnya. Inikan pula penangan mamat yang aku rasa penumbuknya tak adalah seberat alu lesung batu. Jadi tak payahlah nak jaja cerita dengan gambarnya yang terlentang di katil hospital dengan leher berbekung. Tak payah.

Sebabnya banyak lagi hal nak selesaikan kat Bagan Pinang tu. Banyak juga isu yang dijaja pembangkang nak kena tangkis dan tepis. Maklum kalau dibiarkan mahu sesat semua penduduk Bagan Pinang. Mahu tidak sesat kalau Pas bawak "Ustaz" Gobalakrishnan berceramah.

Jadi, bila aku tengok Azeez berkeadaan macam tu kat surat-surat khabar teringat gambar Anwar Ibrahim 10 tahun dulu. Begitulah lebih kurang. Ini sudah jadi macam cerita Tamillah, sekali kena "dush...." berbukit-bukit tergolek.

Azeez, Azeez... 10 persen!

Ustaz Gobala patut "dakwah" orang Pas

Hairan sungguh dengan puak2 Pas ni. Kata-kata seorang mufti tak didengar sebaliknya apabila seorang kafir baca ayat Al-Quran mereka pakat mengangguk-angguk tanda setuju. Pelik-pelik... Patutlah Ayah Pin boleh hidup bebas sepanjang Pas perintah Terengganu dulu.

Betullah Salahuddin, kalau orang kafir nak baca Quran memang tak salah. Memang ramai orang kafir kaji Quran dan mereka membacanya. Tak kurang yang dapat hidayat lalu peluk Islam. Tapi mereka baca untuk mengkaji sejauh mana kebenaran Quran.

Tapi ini Hindu Gobala baca Quran bukan nak kaji kebenarannya tetapi nak menunjuk-nunjuk dan nak ambil hati orang Islam. Dia juga nak bagitahu yang orang Islam ni tidak betul, tak ikut Quran. Dahlah petik ayat yang ditujukan kepada orang kafir. Apa maknanya? Maknanya dia tak tau apa-apa pun cuma tahu baca dan tau cakap.

Yang lagi pelik, para ustaz, para imam, bilal dan tok siak yang dengar Ustaz Gobala petik ayat Quran mereka pakat duk diam. Tak kurang juga yang kat belakang berkopiah putih duk terhangguk-hangguk tanda setuju gamaknya.

Kenapa mereka tak menjerit melolong marah sepertimana mereka menjering melolong marahkan Mufti Perak yang menasihati orang Melayu supaya tidak menghina raja atau marahkan Ustaz Ridhuan Tee . Apakah darjat Gobala Hindu ini lebih tinggi dari seorang mufti?

Dan aku pelik bagaimana orang Melayu Pas ni boleh bersetuju saja dengan apa yang dilakukan oleh si Hindu ini. Sudahlah dahulu menggerakkan Hindraf dan memekik melolong kata orang Melayu lakukan pembersihan etnik di Malaysia, banyak kuil diroboh dan desak negara Tamil Nadu masuk campur.

Dai Tambi.... Aku dan ramai Melayu lain (kecuali puak2 Pas lah) tidak lupa fitnah dan tuduhan yang Hindraf buat sebelum ini yang jelas-jelas sangat menyinggung perasaan kami sebagai kaum majoriti di Malaysia dan sebagai pemilik Semenanjung Tanah Melayu ini.  Tak usahlah nak berdakwah dengan kami dengan sekadar membaca sepatah ayat Quran tidak akan mampu menyucikan apa yang telah saudara dan puak2 Hindraf lakukan selama ini.

Silalah berdakwah kepada puak2 Pas itu sebab mereka memang mereka perlukan "dakwah" saudara. Bagi mereka orang lain semuanya tidak betul melainkan Nik Aziz, Anwar, Ngeh, Kit Siang dan puak2 kafir seperti saudara sahaja.

Silalah... silalah.... Kalau boleh dakwah sekali Nik Aziz!

04 October 2009

Antara "sapu Malaysia" dan gempa

Ada orang tanya aku, wajarkah Malaysia menghantar bantuan besar-besaran ke Padang yang dilanda gempa bumi sedangkan pada masa media di Indonesia memainkan isu sentimen anti-Malaysia ekoran "kesilapan" penggunaan tarian pendik sehingga ada yang bertindak membakar bendera Malaysia dan mengadakan usaha "sweeping Malaysia"?

Hemm... Memang susah aku nak jawab. Dari satu sisi memang kita cukup tersinggung dengan sesetengah pihak khususnya pihak media Indonesia yang sengaja memperbesarkan isu tarian pendik dan batik sehingga menimbulkan kebencian yang tidak sedikit di kalangan rakyat mereka di sana.

Namun di satu sisi kita juga simpati dengan nasib yang menimpa beribu-ribu mangsa gempa di Padang yang mungkin ada di antara mereka tidak bersetuju dengan sentimen benci Malaysia yang digerakkan oleh media di sana. Simpati atas dasar kemanusiaan dan sebagai saudara serumpun.

Apatah lagi Padang begitu sinonim dengan Malaysia kerana Padang adalah "ibunda" kepada Negeri Sembilan. Tidak mustahil ada di antara orang Padang dan orang Malaysia masih mempunyai pertalian persaudaraan. Jadi amat tidak sanggup bagi kita untuk membiarkan mereka sengsara angkara bencana alam yang tertimpa ke atas mereka.

Cuma aku harapkan agar mereka yang selama ini membenci Malaysia hanya kerana "perebutan" warisan seni dan budaya  -- yang sebetulnya tidak dapat dielakkan memandangkan kedua-dua negara adalah serumpun -- sedar, insaf dan tidak lagi membenci Malaysia.

Pada masa yang sama aku kagum dengan sikap orang kita yang masih lagi boleh bersabar dengan perlakuan jiran-jiran kita terhadap kita dan apabila mereka ditimpa bencana, kitalah orang pertama yang menolong mereka.

Tetapi tertanya juga aku, apakah mereka sedar tentang hal itu atau masih terus bersikap angkuh dengan bangsanya sedangkan realitinya mereka masih lagi hanyut dalam kemiskinan angkara miskin pemikiran, miskin minda dan miskin kesedaran.

Bacaan Lain:

03 October 2009

Nik Aziz doa turun bala, Najib minta sejahtera

Nik Aziz khabarnya memohon doa kepada Allah agar diturunkan bala kepada kerajaan jika tuntutan royalti minyak Kelantan tidak dipenuhi. Huh... Dahsyat tok guru seorang ini. Konon nabi pun pernah berdoa agar diturunkan bala. Betul tu... Tapi nabi berdoa bukan kerana mereka tuntut royalti minyak atau kekayaan dunia, tetapi kerana kedegilan orang Arab.

Aku makin tak faham dengan tok guru seorang ini. Sedang beberapa negara jiran seperti Indonesia, Filipina dan Vietnam dilanda bencana gempa dan taufan, sepatutnya tok guru sebagai (konon) orang "paling dekat" dengan Allah berdoa minta dijauhkan bala dan malapetaka, tetapi sebaliknya dia berdoa supaya diturunkan bala pula. Masya-Allah.

Sebaliknya Najib yang didoakan supaya ditimpa bala memohon para jemaah haji yang akan menunaikan haji di Mekah ramai-ramai berdoa di depan kaabah supaya Malaysia diselamatkan dari segala bala bencana dan mala petaka. Alhamdulillah... Sebagai seorang pemimpin sepatutnya inilah yang perlu didoakan dan bukannya menurunkan bala kepada orang lain.

Entahlah... memang aku semakin tidak faham dengan tok guru seorang ini. Semakin nyanyukkah dia atau semakin sesat? Sejak berkawan dengan si kafir dan si peliwat dalam pakatan ini tok guru semakin meracau. Entah, sesekali aku terfikir apakah tok guru pun sudah sesat seperti "rasul" Melayu.

Kalau si Kahar "rasul" Melayu pun sedar dia salah dan merayu pengikutnya bertaubat tetapi tok guru seorang ini tetap berdegil dan menganggap dialah tok guru yang maksum. Dia dan puak2 Pas sahaja yang bakal menghuni syurga sedangkan orang Islam tidak layak masuk syurga kerana mereka tidak sokong Pas.

Ini sepanjang kempen pilihan raya Bagan Pinang apa pula "fatwa" yang akan keluar dari mulut tok guru ini. Aku percaya ia akan terbit juga dari mulut tok guru. Paling tidak menghalalkan perlakuan ganas pengikut Pas ketika penamaan calon hari ini, atau entah apa lagi aku sendiri tidak pasti.

Kita pakat tunggu dan lihat sajalah...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...