28 November 2009

Meh tolak BTN, jom sambut Chin Peng

Meh kita pakat tolak BTN sebab agensi itu menjadi perosak bangsa. Dah berapa ramai anak-anak kita yang balik kursus BTN menjadi begitu benci kepada bangsa lain. Berapa ramai anak-anak kita yang balik kursus BTN yang bencikan mak bapak yang pro-pembangkang.

Lihatlah rakyat negeri Selangor sekarang, berapa ramai yang telah menyokong BN kerana pengaruh BTN tetapi entah kenapa pembangkang masih lagi menang di Selangor. Mungkin kerana SPR salah kira sehingga undi2 masih menyokong pembangkang sehingga dapat perintah negeri Selangor. Tetapi BTN perlu diharamkan juga.

Lihatlah anak-anak kita yang balik kursus BTN. Tetapi membenci rakan-rakan kaum lain dan tidak kurang yang sampai menyimpan dendam kesumat. Anak-anak kita yang sebelum ini begitu beriman semakin rosak akhlak, anak-anak yang sebelum ini cemerlang belajara menjadi semakin lemah kerana mengikuti kursus BTN.

Oh... Chin Peng mahu pulang! Ya, bekas pemimpin PKR untuk mahu pulang. Jom kita pakat sambut beliau. Kalau dia dibawa pulang, kita sambut dengan karpet merah dan ditaburi bunga-bunga. Bukankah Chin Peng dahulu seorang "hero" membebaskan negara dari penjajah?

Bukankah Chin Peng dulu yang menjadi ketua komunis yang memerintah negara selama beberapa minggu sehinggakan begitu ramai tentera dan orang awam yang terbunuh kerana mempertahankan negara? Kita patut sambut kepulangan Chin Peng. Sebab itu kita patut meraikan kepulangannya.

Say No to BTN, Say Yes To Chin Peng!

Inilah puak2 mereka mahu sekarang. Inilah yang diinginkan oleh Lim Kit Siang dan para pemimpin bukan Melayu di luar sana mahukan yang kemudian disambut oleh para pemimpin Melayu dalam pembangkang.

Tahniah kepada pemimpin2 yang memperjuangkan penutupan BTN tetapi mahukan Chin Peng pulang.

27 November 2009

Rombakan kabinet Najib selepas Raya Haji? (updated!)

TERKINI:

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menafikan bahawa beliau akan melakukan rombakan kabinet buat kali kedua pada akhir tahun ini. Katanya, kabinet yang ada kini masih baru dan hanya berusia tujuh bulan sejak beliau dilantik menjadi Perdana Menteri. - Bernama, 5 Dis. 2009


POS ASAL:
Berita tentang kemungkinan akan berlaku rombakan dalam barisan kabinet Najib hujung tahun ini telah diperkatakan sejak beberapa minggu lalu dan suaranya semakin kuat kedengaran sejak akhir-akhirnya.

Malah ketika sedang melapah lembu korban tadi pagi, ada rakan-rakan setaman perumahan aku yang mula memberi pandangan siapa yang digugurkan, siapa yang dilantik dan siapa yang berganti portfolio. Malah khabarnya Najib akan membuat rombakan kabinet selepas Hari Raya Haji ini, iaitu selepas beliau kembali ke tanah air dari tugasan di luar negara.

Dalam hal ini aku tak berani nak komen sama ada apa yang mereka katakan itu betul atau tidak. Tapi aku ada dengar khabar yang menyatakan ramai Timbalan Menteri yang tidak mencapai KPI yang diharapkan dan mungkin akan digugurkan. Begitu juga dua tiga kerat Menteri. Walaupun aku ada beberapa nama yang disebut tetapi tidaklah aku sanggup untuk mendedahkannya di sini. Takut tidak betul, aku disaman dan kalau betul malu pula mereka yang terbabit.

Tapi aku percaya mereka yang berkenaan sudah dapat menduganya. Maklum sendiri mahu ingat siapa yang buat kerja dan siapa yang tidak, siapa yang sering turun padang dan siapa yang menghabiskan masa di pejabat. Takkan diri sendiri tak tahu atau mereka pura-pura tidak tahu.

Khabarnya ada beberapa bekas timbalan menteri ketika zaman Pak Lah yang tidak disenaraikan ketika pelantikan kabinet baru selepas PAU baru lalu, berkemungkinan akan dilantik semula. Mereka memenangi jawatan AMT UMNO tetapi tidak mendapat tempat dalam barisan kabinet Najib.  Khabarnya, kali ini mereka sekali lagi diberi peluang. Sama ada sebagai timbalan menteri atau menteri penuh belum dapat dipastikan.

Ada suara-suara dari Putrajaya memaklumkan aku, andai rombakan kabinet dilakukan oleh Najib nanti, Muhyiddin tidak akan lagi memegang jawatan sebagai Menteri Pelajaran selepas berjaya menyelesaikan isu PPSMI. Khabarnya Menteri Pelajaran akan diserahkan kepada salah seorang menteri senior lain.

Berkemungkinan Muhyiddin akan menerajui Kementerian Dalam Negeri manakala Hishamuddin akan bertukar ke kementerian lain. Begitu juga dengan beberapa menteri senior, juga akan bertukar kementerian. Itulah suara-suara yang aku dengar dari Putrajaya.

Khabarnya Najib juga akan membuat rombakan kabinet berdasarkan perkembangan terbaru dalam MCA dan PPP yang sehingga kini masih lagi "berkocak".

Jadi, sama ada benar atau tidak akan berlaku perubahan kabinet dan apa yang disuarakan oleh burung-burung dari Putrajaya itu betul atau sebaliknya, sama-samalah kita tunggu.

26 November 2009

Nik Aziz amal kronisme....

Nik Aziz, Tok Guru dan juga MB Kelantan rupa-rupanya sekian lama mengamalkan kronisme dalam pentadbirannya.  Bukan aku kata tetapi blogger pro-Pas si Kickdefella yang kata dalam blognya. Begini bunyinya...

"Pembongkaran penyelewengan Abdul Ariffahmi Abd. Rahman, menantu Nik Abdul Aziz membuka mata masyarakat terhadap pembinaan sebuah dinasti oleh keluarga Tuan Guru yang menjadi tonggak PAS Kelantan. Perlahan-lahan satu persatu mula terselak. Lambat laun maklumat terperinci berhubung Sekolah Darul Anuar, Tanah Wakaf Pulau Melaka dan Stesen Minyak berdekatan akan turut hangat diperkatakan." (Selanjutnya...)

Agaknya kalau si Kickdefella tak kena "kick" oleh Ariffahmi yang juga menantu Nik Aziz dari PMBK, amalan kronisme oleh Tok Guru ini tidaklah diketahui umum. Tapi macam biasalah orang Pas mana nak mengaku semua ini. Silap2 mereka dakwa Kickdefella dah dibayar oleh UMNO untuk dedah tembelang Tok Guru. Tak pun mereka halalkan saja apa yang Nik Aziz buat.

Kalaulah ada MB negeri bawah BN yang lantik anak menantu dalam pentadbiran kerajaan mereka, nescaya puak2 Pas akan menjaja ke seluruh negara tentang "dosa" pemimpin BN tersebut tetapi kalau ia libatkan orang mereka, mereka sapu bawah karpet.

Yang bestnya ada puak2 Pas kaitkan peletakan jawatan Ariffahmi dari PMBK sebagai pengorbanan anak kepada bapa sepertimana pengorbanan Nabi Ismail A.S untuk bapanya, Nabi Ibrahim A.S. Fuh... Dahsyat sungguh pengorbanan antara bapa mertua dan menantu ini. Tapi orang jahil macam aku pun tahu pengorbanan Nabi Ismail adalah kerana perintah Allah. Yang Ariffahmi ni letak jawatan adalah untuk dunia (untuk lepaskan jawatan CEO PMBK), selepas didesak oleh Pas Pusat setelah mereka  "sakit telinga" diserang oleh media.

Aku pun pelik dengan puak2 ini. Apa sahaja yang dilakukan oleh Nik Aziz dikaitkan dengan para Nabi dan Rasul. Nik Aziz sendiri mengaku tekanan yang dihadapi berhubung isu PMBK pun macam apa yang berlaku ke atas Rasulullah. Masya-Allah, Rasulullah menghadapi tekanan dari puak2 yang memfitah Siti Aishah tetapi Nik Aziz tertekan kerana ramai yang persoal beliau lantik menantu jadi CEO PMBK.  Takkan itu pun nak disamakan dengan Nabi Muhammad.

Tak apalah Tok Guru. Janganlah bergundah-gulana hanya kerana duniawi. Kan lebih baik Tok Guru lepaskan semua jawatan yang berkaitan duniawi dan memberi tumpuan kepada akhirat. Maklum, umur pun dah banyak. Kalau Tok Guru asyik duk fikir masalah dunia, takut nanti Tok Guru makin gundah-gulana.

Letaklah semua jawatan dalam kerajaan dan politik. Lagipun dari awal lagi memang Tok Guru tak layak jadi MB pun. Tugas MB sesuai benar dengan orang macam Husam - muda, berfikiran jauh, agresif, banyak masa. Tok Guru habiskanlah sisa-sisa usia dengan beribadah dan mengajar anak-anak bangsa tentang agama.

Dah tiba masanya Tok Guru berhenti!

25 November 2009

Selangor haramkan BTN...

Aku nak ucap tahniah kepada kerajaan Selangor sebab mengharamkan kakitangan bawah kerajaan negeri hadiri kursus BTN. Sebabnya BTN rasis! Elok sangatlah sebab inilah yang mereka (pemimpin pembangkang bukan Melayu) hendak. Sebabnya mereka yakin dengan  tiadanya semangat kemelayuan yang tertanam dalam jiwa orang Melayu, maka mudahlah mereka memperkotak-katikkan orang Melayu.

Melayu sudah banyak berkorban untuk mereka. Melayu sudah mengorbankan kampung halaman hanya untuk mereka membina ladang ternakan babi, Melayu sudah memberi kawasan untuk mereka membina kuil waima di sebelah masjid dan kini Melayu diminta mengorbankan pula semangat kemelayuannya semata-mata untuk memenuhi agenda bangsa lain.

Tapi, pada masa yang sama aku naik pelik sebab mereka tidak pula melarang anak-anak kaum lain pergi sekolah jenis kebangsaan Cina dan sekolah jenis kebangsaan Tamil. Bukankah itu juga dianggap rasis? Kalau kata orang bukan Melayu boleh belajar di sekolah jenis kebangsaan, kira berapa kerat yang ada? Aku ingat dalam satu sekolah tak sampai 10 orang. Tapi mereka tidak pula persoalkannya malah mereka tidak dianggap rasis.

Akhbar-akhbar berbahasa Inggeris dan Cina secara terang-terangan dan besar-besaran menulis tentang perjuangan Chin Peng. Apakah mereka telah meletakkan Chin Peng sebagai hero? Yang peliknya juga, kerajaan Selangor tidak pula mengharamkan akhbar-akhbar bukan Melayu yang bermain dengan sentimen bangsa mereka. Apakah hanya menyentuh soal Melayu dianggap rasis tetapi kalau libatkan bangsa lain, itu bukan rasis?

Bull shit... Kalau macam nilah, elok Selangor bahkan negara diserahkan kepada mereka sebab itulah yang mereka inginkan. Mereka sudah menguasai ekonomi sejak sebelum merdeka, mereka juga sudah menguasai bidang pendidikan dengan para profesional seperti doktor, jurutera, peguam sudah dikuasai mereka. Cuma politik sahaja masih dikuasai Melayu.

Jadi, bagi mereka inilah masanya mereka cuba pula memecah-belahkan Melayu dengan harapan Melayu menjadi lemah dalam politik. Dengan cara itu mudahlah mereka dapat kuasai politik negara. Usaha mereka sudah berjaya di Perak tetapi Allah masih sayangkan negeri itu sehinggakan Perak terlepas dari tangan mereka dan kembali ke pangkuan Melayu.

Kepada bangsa Melayu yang menganggap bangsa itu tidak penting, eloklah beri sokongan kepada kaum-kaum lain untuk menjadi MB atau PM sekalipun. Tetapi ingat, jika mereka akhirnya terpaksa melukut di tepi gantang kemudian hari jangan salahkan orang lain tetapi salahkanlah diri sendiri.

p/s: Minggu depan pergi kursus BTN...

Ariffahmi letak jawatan tak bermakna Nik Aziz boleh cuci tangan!

Menantu MB Kelantan, Ariffahmi dah letak jawatan sebagai CEO Perbadanan Kemajuan Menteri Besar (PKMB) selepas didesak oleh Pas Pusat. Ia susuhan heboh berlaku penyelewengan dalam PKMB dan kemudian disusuli dengan pergeseran antara Ariffahmi dan Syed Azidi (Kickfedella).

Nik Aziz kata beliau lega selepas menantunya letak jawatan. Tapi beliau lupa bahawa sama ada Ariffahmi letak jawatan atau tidak yang pasti Nik Aziz juga mengamalkan kronisme dalam pentadbirannya. Betul Nik Aziz boleh kata masa pelantikan ia dipersetujui oleh semua Exco termasuk penasihat undang-undang negeri tetapi Nik Aziz lupa bahawa orang Melayu memang jenis manusia yang tidak suka melawan bos secara berdepan. Agak2 kalau ada yang tidak setuju apakah mereka berani membuat bantahan secara berdepan lebih-lebih lagi di depannya itu adalah MB, orang yang paling berkuasa untuk membuat sebarang keputusan berhubung kedudukan mereka dalam pentadbiran negeri.

Jadi Nik Aziz tidak boleh mencuci tangan begitu sahaja sebaik menantunya meletakkan jawatan sebaliknya beliau patut meminta maaf kepada rakyat Kelantan dan seluruh rakyat negara ini kerana sebelum ini beliau turut sama menuduh kerajaan BN mengamalkan rasuah dan kronisme sedangkan beliau sendiri dua kali lima. Sebab itulah pepatah orang tua-tua - kata dulang paku serpih mengata orang dia yang lebih - patut dihayati oleh Nik Aziz dan puak2 Pas yang lain.

Pun begitu aku percaya puak2 Pas tidak akan mengakui bahawa amalan kronisme yang terang-terangan berlaku dalam kerajaan Pas Kelantan kerana bagi mereka apa yang dilakukan oleh Tok Guru benar belaka waima melantik menantunya sendiri sebagai CEO perbadanan MB. Apa yang Pas lakukan waima sebesar mana dosanya dianggap tidak mengapa, tetapi sejuta kebaikan yang dilakukan UMNO akan dianggap sebagai tipu muslihat oleh puak2 mereka.

Inilah mereka...!!

24 November 2009

Perihal calon-calon Kota Seputeh

Malam tadi, baru aku nak menghirup sop kambing di sebuah restoran mamak di sekitar Ampang tiba-tiba Blackberry aku berdering. Kedengaran suara rakan aku di hujung talian bertanyakan tentang calon-calon bagi PRK Kota Seputeh. Tak jadi aku nak menghirup sop. Kebetulan masih panas, jadi biarlah aku melayan perbualan rakan aku sementara menanti sop aku sejuk.

Rakan aku itu merupakan AJK Pemuda cawangan dan AJK cawangan di di kawasan Kota Seputeh. Maknanya orang kampung Abu Hassan Sarip-lah tu.  Beliau begitu rancak memberikan pandangan kemungkinan-kemungkinan calon yang bakal UMNO letakkan di Kota Seputeh. Aku membiarkan dia meluahkan buah fikirannya tanpa membantah atau mencelah.

Katanya, Abu Hassan punya pengaruh kuat sebab dia Ketua Bahagian dan katanya, kalau dia tidak dipiliha semula susah juga. Walaupun dah empat penggal menjadi ADUN Kota Seputeh tetapi pengaruhnya cukup kuat di kawasan jelapang padi itu.

Tapi kali ini aku mencelah dan mempertahankan pandangan aku sebelum ini bahawa Abu Hassan tidak wajar dicalonkan sebab gara-gara beliaulah Kota Seputeh perlu diadakan pilihan raya. Bahkan Muhyiddin juga telah menempelak beliau kerana tidak menghadiri sidang DUN dua kali berturut-turut tanpa sebab sehinggalah kerusi itu terpaksa dikosongkan.

Lalu beliau menamakan pula Naib Ketua Bahagian tetapi katanya, beliau tidak begitu kuat dan telah kalah pada pilihan raya lalu. Tetapi andai Abu Hassan bukan pilihan, mungkin nama Naib Ketua Bahagian ini naik.

"Ketua Pemuda pun okey juga. Dia orang baru. Pengaruhnya di Kota Seputeh tidak tahulah. Sebab dia orang baru. Kalau tak pun Datuk Maznah Hamid. Dia orang lama, Ketua Wanita bahagian dan sudah dikenali." Itu kata rakan aku.

Ah.... Susah-susah sangat elok letak saja Mukhriz, kata beliau. Rakan aku kata, dia calon kuat untuk diletakkan di Kota Seputeh. Walaupun sibuk sebagai timbalan menteri tetapi beliau sudah membina hubungan baik dengan rakyat di Jerlun sejak menjadi Ahli Parlimen di sana.

Lagipun katanya, pengaruh Tun boleh membantu kemenangan BN di Kota Seputeh sepertimana kemenangan di peringkat Parlimen pada PRU-12 lalu.

Itulah antara luahan pendapat rakan aku. Lama juga sehinggakan sop aku yang tadinya panas dan mula sejuk.

Aku tidak memberikan apa-apa reaksi atas pandangan rakan aku itu. Diam dan kemudian mencapai sekeping roti lalu dicicah sop dan disuap ke mulut.

18 November 2009

Jarno Trulli pemandu 1Malaysia F1 team?

Aku tak tahu sama ada berita ini sudah diketahui umum atau sebaliknya. Kalau sudah tidak mengapa tetapi kalau belum aku nak memecahkan berita bahawa pemandu veteran Jarno Trulli akan menjadi pemandu utama pasukan 1Malaysia F1 team.

Bagaimanapun pemilihan pemandu yang musim ini memandu untuk pasukan Toyota itu akan diumumkan oleh Tony Fernandes. Pemandu kedua pula berkemungkinan besar Fairuz Fauzi yang telah mencipta beberapa kejayaan dalam perlumbaan Formula 3 di peringkat antarabangsa.

Itulah yang aku dapat tahu dari sumber-sumber dari luar negara.
Tahniah kepada Tony Fernandes yang telah mencetuskan idea penubuhan pasukan F1 sendiri. Walaupun penubuhan pasukan F1 Malaysia dipandang sinis oleh banyak pihak aku harap ia tidak menjejaskan usaha baik kalian. Sekurang-kurangnya kita sudah menandingi India dan Amerika yang juga telah menubuhkan pasukan F1 mereka.

Pedulikan apa orang nak kata, janji apa yang dilakukan memberi tujuan baik kepada negara dan seluruh rakyat Malaysia. Contohi sikap Tun Dr. Mahathir. Beliau tetap melaksanakan apa yang beliau fikirkan baik untuk negara dan rakyat dan tidak mempedulikan bangkangan, hentaman dan cemuhan orang.

Walaupun ramai yang menghentam beliau kerana membina jambatan Pulau Pinang tetapi puak2 yang menghentam itulah yang sering menggunakan jambatan tersebut, begitu juga projek Putrajaya, sekarang ini mereka berebut2 untuk mendiaminya. Dan kerana penganjuran perlumbaan F1 jugalah seluruh dunia kini mengenai Sepang (mat saleh sebut "Sipeng").

Tahniah bro Tony!

17 November 2009

Anwar berani cabar tapi tak berani mengaku

Anwar Ibrahim semalam bukan main lantang mencabar kerajaan BN mendedahkan simpanan wang berbilion yang beliau simpan dalam bank termasuk di luar negara. Cabaran di buat dalam Parlimen dan didengari oleh semua Ahli Parlimen baik kerajaan mahupun pembangkang.

Bagi aku kalau kerajaan ada bukti dan boleh dedah kebenaran itu pun tak berguna sebab Anwar memang berani cabar sesiapa sahaja untuk mendedahkan pasal dirinya tetapi sebenarnya dia ni pengecut dan tak berani nak mengaku.

Aku percaya kalau kerajaan dapat buktikan kebenarannya Anwar bermati-matian tidak akan mengaku. Silap2 dia salahkan Najib atau Ketua Polis Negara atau Ketua Hakim Negara dan silap2 disalahkan Gabenor Bank Negara dan dia tetapi mengaku bahawa dialah orang paling bersih, suci dan bermutu. Dah sah-sah Saiful Bukhari yang menjadi mangsa bersumpah dia diliwat, pun Anwar tak mengaku dan nak salahkan Najib, inikan pula soal akaun bank.

Sudah-sudahlah Anwar. Sekarang ini tak perlulah kerajaan mendedahkan kepincangan yang telah saudara lakukan kerana ia bakal terdedahnya sendiri satu persatu. Tuhan itu maha adil dan sesungguhnya Allah akan berpihak kepada mereka yang zalim. Sekarang ini telah terlihat satu persatu "wajah sebenar" Anwar.

Selepas isu meliwat kali kedua, Anwar kini berdepan pula dengan isu pendedahan pembelian saham oleh anak emasnya, Azmin dan isterinya yang juga ehem.. ehem.. Anwar ketika beliau masih menjadi TPM & Menteri Kewangan. Mana nak lari, bro! Azmin nak saman balik si pengadu. Bagi aku eloklah Azmin saman sebab bila dia saman, maka satu persatu dokumen yang berkaitan akan dibawa keluar. Silakan... silakan!

Siapa2 yang belum kenal Anwar (walaupun mukanya penuh dengan tahi) elok baca blog-blog Parpukari atau X-pkr ini. Banyak rahsia Anwar didedahkan satu persatu.

16 November 2009

Pilihan raya kecil di Kota Seputeh!

TERKINI:
"Kita hormati keputusan mahkamah dan kita telahpun maklumkan anggota DUN tersebut supaya hormati keputusan itu tapi dalam pada itu kita tegaskan bahawa kita akan merayu kepada pihak mahkamah supaya kes itu didengar semula,”  - DS Shafie Apdal, Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah/Naib Presiden UMNO dalam Bernama Online, 17.11.2009

Agak-agak apa respon pemimpin dan penyokong pembangkang jika kes ini melibatkan wakil rakyat mereka?

POS TERDAHULU:
Ini berita baru aku terima! Pilihan raya kecil bakal diadakan di Kedah tidak lama lagi berikutan keputusan mahkamah mengesahkan kerusi DUN Kota Seputeh dikosongkan berikutan kegagalan wakilnya, Datuk Abu Hassan Sarif hadiri sidang DUN dua kali berturut-turut.

Wow! Nampaknya usaha puak2 pembangkang terutama di Kedah nak adakan pesta pilihan raya kecil di negeri itu bakal tercapai. Setakat ini aku belum dapat pastikan sama ada Abu Hassan akan membuat rayuan memandangkan SPR sebelum ini mengesahkan beliau masih wakil rakyat kawasan itu.

Apa pun keputusan mahkamah, aku percaya Abu Hassan dan para pemimpin BN bersikap matang dan tidak cepat mempertikaikan keputusan yang telah dibuat oleh yang arif dalam undang-undang. Tidaklah macam puak2 sana, bukan takat keputusan mahkamah, keputusan sultan pun diorang sanggah kalau membabitkan pihak mereka.

Pun begitu, andai pilihan raya kecil perlu diadakan Abu Hassan patut disalahkan. Ini kerana sebagai ADUN beliau sepatutnya tahu peraturan dan undang-undang persidangan. Nampaknya kerana sikap sambil lewa beliau kini rakyat terpaksa membuat pemilihan wakilnya yang baru.

Tahu sajalah setiap kali pilihan raya kecil diadakan, berjuta-juta wang diperlukan untuk menampung kos. Itu belum lagi perbelanjaan oleh parti-parti yang bertanding.

Dan aku harap Abu Hassan tidak dicalonkan semula untuk bertanding di Kota Seputeh nanti sebagai hukuman oleh parti atas sikap beliau.

15 November 2009

Khalid dah ketakutan... Terpaksa minta bantuan Anwar!

Nampaknya Khalid Ibrahim dah ketakutan dengan perang psikologi yang dimainkan Najib yang melancarkan usaha merampas kembali Selangor ke tangan BN pada PRU-13 nanti. Atas ketakutan itulah maka Khalid terpaksa meminta bantuan Anwar dengan upah RM1.

Walaupun dengan upah sebanyak itu Anwar dilantik sebagai penasihat ekonomi negeri tetapi pada dasarnya Anwar diminta menjadi perancang untuk mempertahankan Selangor dari jatuh ke tangan BN. Maklumlah siapa yang nak lepaskan negeri yang kaya-raya dengan hasil hutan, cukai industri dan pelabuhan ini.

Maka sebab itulah apabila ditanya pelantikan beliau sebagai penasihat ekonomi, Anwar tak memberikan alasan ekonomi beliau menerima tawaran itu sebaliknya atas dasar mahu memperkuatkan pakatan pembangkang Selangor dan memastikan Selangor terus kekal di bawah pemerintahan pembangkang.

Jadi betullah kata Rais Yatim pelantikan Anwar sebagai penasihat ekonomi hanyalah gimik semata-mata walhal Anwar mahu menjadi penasihat negeri Selangor. Biasalah Anwar mana nak jawatan yang lebih rendah. Dia cuma mahu jawatan yang tertinggi. Kalau dalam parti dia tidak mahu sama dengan Hadi Awang atau Lim Kit Siang sebagai presiden parti, tetapi Penasihat. Kalau boleh dia nak jadi Agong tetapi tak boleh sebab dia bukan keturunan raja.

Di Selangor, oleh kerana sudah termaktub Khalid sebagai MB (sebab Anwar tak bertanding pada PRU-12 dan kalau bertanding dia takkan keluar dari Permatang Pauh) maka Anwar tidaklah boleh jadi MB Selangor. Lagipun apa kelas jadi MB, Anwar nak jadi Perdana Menteri-lah, nak duduk Putrajaya.

Sekarang ini Anwar secara rasmi akan menjadi tok dalang pemerintahan kerajaan pembangkang di Selangor dengan Khalid Ibrahim sebagai bonekanya. Maka segala keputusan yang dibuat selepas ini adalah buah fikiran Anwar sebagai penasihat dan Khalid akan melaksanakannya.

Kepada rakyat Selangor, bersiap sedialah  memandangkan Anwar punya rekod buruk ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri dulu, termasuk amalan kronisme, nepotisme malah politik wang dalam UMNO/kerajaan BN, hampir semuanya digerakkan oleh beliau. Kita masih ingat banyak syarikat korporat yang tumbuh bagai cendawan di zaman beliau menjadi Menteri Kewangan dan TPM tetapi kemudian serta-merta mati selepas pemecatannya. Antaranya Abrar Finance!

Kita tengok siapa yang bakal menerajui syarikat-syarikat milik kerajaan Selangor selepas ini!

14 November 2009

Selangor For Sale?

Selangor For Sale! Itulah pertama yang terlintas dalam benak fikiran aku bila dapat tahu Anwar Ibrahim dilantik sebagai penasihat ekonomi negeri Selangor, berkuat-kuasa serta merta. Bukan terkejut dengan pelantikan itu tetapi macam-macam bermain dalam fikiran. 

Mungkin Selangor ambil semangat Kemboja yang lantik bekas PM Thailand, Thatsin sebagai penasihat ekonomi negara itu maka Selangor pun nak lantik juga penasihat ekonomi, siapa lagi kalau bukan de facto mereka si Anwar.

 "I believe that he can help the state government”s development agenda and his qualification is unquestionable,” - kata Khalid Ibrahim berhubung pelantikan Anwar itu. 

Lantas aku tertanya-tanya juga di mana hebatnya Anwar pasal ekonomi ini? Bukankah kerana dialah Malaysia hampir-hampir tergadai kepada IMF ketika krisis ekonomi tahun 1997 dulu kalau bukan langkah segera Dr. Mahathir membuat keputusan menolak bantuan IMF? Kalau ikutkan nasihat 'bijaksana' Anwar, dia mahukan Malaysia meminjam dengan IMF bagi mengatasi krisis ekonomi tetapi nyata Mahathir mempunyai pendekatan yang berbeza dan lebih berkesan. 

Lagi pun setahu aku Anwar cuma belajar Sastera Melayu sahaja masa kat Universiti Malaya dulu, bukannya lulusan ekonomi pun. Dia bukannya pandai sangat pasal ekonomi, kecuali belajar dari buku. Itupun orang lain yang bacakan buku-buku untuknya. Dia tukang dengar saja. Cuma kelebihannya ialah, dia pandai cakap... Pandai cakap belum tentu pandai buat!

Dia nampak pandai dalam ekonomi sebab berkawan dengan pakar-pakar ekonomi berbangsa Yahudi yang bernaung di bawah pertubuhan-pertubuhan kewangan dunia. Kalau tidak, haram dia tak tau apa-apa pun. 

Jadi Selangor tak usah bimbang kalau mengalami masalah ekonomi sebab nantinya penasihat ekonomi negeri Selangor akan mencadangkan cara mudah untuk selesaikan masalah. Serahkan negeri kepada rakan-rakannya di luar negara sana. Nantinya dia akan ke Amerika Syarikat dan menggantungkan papan tanda berbunyi "Selangor For Sale!".

13 November 2009

Baik jual negara je...!

DAP tak puas hati sebab kerajaan tak mahu jual pasir kat Singapura. Ngeh nak pasir-pasir yang dibawa arus banjir dijual kat negara jiran sebab katanya boleh dapat untung. Siapa untung tak taulah. Aku ingat dialah yang untung sebab dia akan jadi taukeh pasir dari Perak.

Dahlah masa diorang perintah Perak sekejap habis tanah-tanah kampung baru dibahagikan kepada puak2 mereka dengan berleluasa ini pasir pun disuruh jual kat sekutunya DAP... "ciPAP". Cait... bayangkan kalau DAP perintah negara, bukan setakat pasir silap2 negara pun diorang lego kat negara jiran.

Memang terang lagi bersuluhlah ke arah mana nak di halanya dasar DAP ni. Mereka hanya tau nak untung tetapi tak sedar diuntung. Mereka hanya tau nak jual pasir kepada negara jiran sebab nak dapat untung tetapi taukah mereka pasir-pasir itu digunakan untuk "memperluaskan" negara mereka yang akhirnya menyulitkan negara kita.

Mereka tidak mahu berkompromi soal pembinaan jambatan sehinggakan mereka berkerat rotan mengenainya jadi buat apa Malaysia terhegeh-hegeh nak bagi pasir mudah-mudah kat mereka? Tidak cukupkah "penguasaan" mereka terhadap beberapa kawasan di Selat Tebrau, pulau-pulau di Johor dan beberapa tanah di negeri itu.

Cukuplah mereka "menguasai" Pulau Batu Putih yang akhirnya menjadi milik mereka. Cukuplah mereka meletakkan orang-orang mereka di Pulau Pisang, di kawasan tangki air simpanan milik negara mereka di Kota Tinggi & Johor Bahru. Cukuplah mereka bebas keluar masuk ke Malaysia, memandu kereta mereka di lebuh raya kita yang diumpamakan litar F1, memiliki rumah dan hartanah dan bangunan-bangunan strategik di Johor, Melaka dan KL. Cukuplah memberi muka kepada mereka sedangkan hati mereka menyimpan sejuta dendam kesumat.

Pasir oh pasir... Kerana pasir jugalah Pak Lah batal bina jambatan bengkok. Janganlah ungkit pasal pasir lagi. Cukuplah apa yang mereka ambil dari kita sebelum ini dan janganlah diberikan waima sebutir pasir kepada mereka.

Jangan... jangan...!

12 November 2009

Nik Aziz makan rasuah! (Updated!)

TERKINI:
KOTA BHARU 12 Nov. - Menteri Besar, Datuk  Abdul Aziz Nik Mat  hari ini membatalkan hasratnya  menunaikan ibadat haji ekoran  berita penajaannya  ke Mekah disiarkan pihak media . Berita tersebut  diumumkan semasa beliau menyampaikan kuliah  mingguan di sini hari ini. - Utusan Online, 13 November 2009.

Alhamdulillah... Terima kasih kepada pihak media kerana dengan pendedahan tersebut telah menyedarkan Nik Aziz bahawa menerima pemberian berupa tajaan termasuk ke Mekah boleh dikategorikan rasuah lebih2 lagi pemberinya adalah orang yang telah banyak mendapat kekayaan dari tandatangan Nik Aziz selaku MB. Aku doakan hasrat beliau untuk menunaikan fardhu haji akan tertunai pada tahun2 akan datang, dengan hasil duit titik peluh sendiri.


POS ASAL:
Orang Pas nak marah aku marahlah tapi aku nak juga cakap juga... Nik Aziz makan rasuah. Nik Aziz pergi Mekah orang sponsor. Apa lagi namanya tu kalau bukan rasuah. 

Weih, Nik Aziz... siapa yang nak kasi duit mudah-mudah suruh pergi Mekah kalau bukan ada udang disebalik mee. Apatah lagi yang ditaja itu seorang bertatus Menteri Besar, orang yang boleh membuat keputusan. Nik Aziz boleh luluskan projek, Nik Aziz boleh luluskan balak, Nik Aziz boleh luluskan tanah jadi penaja Nik Aziz pergi Mekah telah cuba membeli jiwanya.

Sekarang dia boleh kata tajaannya ikhlas tetapi kalau dihulurkan "surat permohonan" selepas ini apakah Nik Aziz boleh menepisnya? Nanti akan berkatalah hatinya, dah kasi pergi Mekah free takan inipun tak boleh tolong? Maka nak tak nak tergadailah budi Nik Aziz kepada si penajanya ke Mekah.

Oh tak apa sebab mereka taja Nik Aziz, seorang Tok Guru Pas. Ini bukan rasuah. Lainlah yang ditajanya orang UMNO, itu rasuahlah. Maklum segala yang haram boleh jadi halal ditangan Pas tetapi yang halal boleh jadi haram bila kena pada UMNO. Gitulah....

Eloklah, mula2 ditaja ke Mekah selepas ini mungkin ke Eropah, Amerik, Jepun, China, Bangkok, Medan, Jakarta, Bandung, Moscow dan paling-paling koman ke Hyattyai janji "masyuuuuukkkkkkkkkkk..............!!!"

11 November 2009

Bai'ah... Pas dah terpelosok

Isu ba'ah benar2 membuatkan Pas terpelosok di bawah lumpur sebab di belasah kaw-kaw oleh kawan dan lawan. Memang patut Khalid Samad menyesal sebab memecahkan telor busuk partinya sendiri sehinggakan ia menjadi senjata makan tuan.

Tapi macam biasalah, Pas tidak akan mengaku salah. Mereka tetap benar dan sebenar-benarnya. Yang salah ialah UMNO sebab menjadi dalang sehingga isu ini pecah dan yang salah ialah media arus perdana yang menggembar-gemburkan isu bai'ah. Nik Aziz tak mengaku, Hadi Awang masih terdiam, Hassan Ali pun masih mengunci mulut, takut gamaknya.

Tapi macam mana tu, Dewan Muslimah dah mengaku dan seperti biasa menyokong apa sahaja parti lakukan walaupun sedar bai'ah talak ke atas isteri jelas-jelas meletakkan wanita Pas dan istreri-isteri wakil rakyat mereka sebagai barang cagaran. Sokong ya sokong. Konon sebagai bukti kesetiaan mereka kepada parti dan isteri.

Ek eh... Apa hubungan UMNO dengan pengakuan wakil rakyat mereka sendiri yang mengaku berbai'ah talak isteri? Takkan isu bai'ah pun nak dikaitkan dengan UMNO? Lah, salahkan media pulak hebohkan benda ni. Yalah nak tunggu Harakah mana diorang nak tulis benda2 buruk pasal Pas, yang buruk2 pasal UMNO maulah mereka tulis. Media arus perdana pun macam tu jugak tapi bukan buruk Pas saja mereka tulis, UMNO & parti lain pun mereka bantai juga kalau tak betul.

Inilah "political thinking" pemimpin Pas yang susah nak aku terima. Aku memang menyokong perjuangan mereka nak menegakkan negara Islam tapi nampaknya kini perjuangan mereka sudah makin jauh terpesong dan susah dah nak balik ke laluan asal.

Kalaulah pemimpin Pas terdahulu macam arwah Ustaz Burhanuddin Helmi tau keadaan parti ini sudah melencong jauh tentu dia sendiri akan sedih. Sedih cukup sedih dengan pemikiran para pemimpin mereka hari ini yang terpelajar tetapi kurang ajar, yang terdidik tapi tak cerdik, beragama tapi menyalahgunakan agama.

Isu bai'ah adalah satu lagi bukti kepesongan Pas dalam memperjuangkan agama. Aku percaya kalau perjuangan Pas ikhlas untuk menegakkan Islam sudah pasti Allah akan membantu mereka. Tapi lihatlah, sehingga hari ini Pas masih kekal seperti ini sejak dahulu. Diberi sedikit kemenangan kemudian menjadi riak dan takabur.

Betul kata orang kalau UMNO itu perasuah, perosak agama, bangsa dan negara kenapa UMNO boleh memerintah negara ini selama 50 tahun? Kenapa Allah memberi kemenangan demi kemenangan kepada perosak agama dan bangsa ini sedangkan Pas yang sekian lama memperjuangkan Islam tidak diberikan kemenangan?

Bukankah Allah itu maha adil, maha bijaksana?
Takut aku nak tanya soalan ni kat Nik Aziz sebab takut Tok Guru jawab: "Habis tu, Tuhan orang UMNO....." Dushhh..!! Wanauzubillah!

09 November 2009

Sayangkan isteri tinggal-tinggalkan....

"Sayangkan anak tangan-tangankan, sayangkan isteri tinggal-tinggalkan." Itulah pepatah orang tua-tua dahulu yang kemudian diadaptasi semula oleh puak2 Pas bagi mengelak wakil-wakil rakyat mereka tinggal-tinggalkan parti. Maka jadilah sayangkan isteri jangan tinggalkan parti!


Aku tersengih saja bila heboh pasal pengakuan Khalid Samad (Ahli Parlimen Shah Alam) yang mengaku kena buat ikrar taat setia (bai'ah) dengan mencagarkan talak bagi memastikan wakil2 rakyat Pas tak lompat parti. Sebabnya aku percaya puak2 pembangkang baik Pas mahupun PKR sanggup buat apa sahaja asalkan dapat mempertahankan kuasanya terutama di Selangor.

Jadi sekarang sudah terjawablah kenapa wakil-wakil rakyat Pas tak berani nak lompat parti. Rupa-rupanya mereka semua sayangkan bini. Tak macam wakil2 rakyat PKR yang tak ada ikrar semacam itu, maka mereka melompatlah sesuka hati. Sekarang ini pun dah ramai pemimpin PKR yang lompat jadi wakil rakyat Bebas. Tak taulah selepas 23 November nanti bila perbicaraan Anwar liwat Saiful bermula, makin berduyun mereka tinggalkan parti.

Aku nasihatkan Anwar buat cara Pas. Panggil wakil2 rakyat PKR buat ikrar janji tidak akan melompat parti dan jadikan isteri-isteri mereka sebagai cagaran. Pasti mereka akan senak perut, lebih2 lagi bagi Azmin walaupun tau Azmin takkan lompat sebab "sayangkan isteri" dan takut isterinya dicuri lagi!

Bagi mereka yang fikir dah bosan dengan isteri sekarang tetapi nak tinggalkan atau nak cari lain tetapi tidak berani (takut anunya kena potong 18 barang kali) maka bolehlah meninggalkan parti dan sekaligus meninggalkan isterinya. Lepas itu bolehlah cari isteri baru yang lebih solid, lebih muda dan bergetah. Yelah, dah berstatus YB tentulah lebih mudah nak cari daun baru.

Untuk isteri-isteri wakil rakyat Pas yang kini sedang gundah gulana takut-takut suami masing-masing keluar parti (dan terjatuh talak 3) bolehlah mulakan cari calon-calon cina buta. Manalah tahu dengan suasana dalaman parti yang semakin membara dan bergelora ini, macam-macam boleh berlaku.

Jadi aku cadangkan sesiapa yang nak jadi cina buta bolehlah mula mendaftar di markas Pas berdekatan, ya!

08 November 2009

Pas.... Lantik je Aziz Bari jadi Presiden!

Pelik sungguh dengan puak2 Pas ini sebabnya hanya kerana desakan Nik Aziz supaya beberapa parasit dalam Pas diambil tindakan, maka dibuat seminar. Dalam seminar itu dipanggillah seorang prosefor yang aku pun baru dengar namanya sejak dua menjak ini, terutama selepas dia bantai Hadi Awang yang kemudian disambut oleh Nik Aziz sehingga terbitlah cadangan memecat parasit dalam parti Islam tu.

Apa yang peliknya kenapa Pas perlu mendengar cakap seorang profesor dan menafikan suara akar umbi, suara perwakilan dan pemimpin mereka sendiri? Aku tidak pasti di mana kedudukan Nik Aziz, Hadi Awang, Harun Taib dll sehinggakan Pas memerlukan Aziz Bari untuk menyelesaikan isu dalaman parti itu.

Dalam hal ini aku tabik kat UMNO sebab mereka melaksanakan perubahan hasil dari pandangan akar umbi sehinggakan mereka sedia membuat pindana ke atas perlembagaan parti dalam perhimpunan agung mereka. Ertinya UMNO berubah hasil pandangan akar umbi dalam parti tetapi Pas memerlukan hanya seorang profesor cabuk untuk membuat perubahan dalam satu seminar. Hebat!

(Catatan: Hasil seminar tidak diterima oleh ROS sebagai keputusan yang sah sebab ROS hanya menerima keputusan mesyuarat agung/luar biasa berdasarkan perlembagaan parti)

Bagi aku seminar Pas hari ini hanyalah satu program sia-sia oleh Pas dan ia hanya sekadar satu program bagi membolehkan Pas menyediakan pentas bagi orang luar seperti Aziz Bari untuk menghentam pemimpin Pas sendiri di gelanggang sendiri. Dush... dush... dush... Aziz Bari hentam satu persatu. Tapi yang peliknya orang Pas hanya mengangguk-angguk setuju. Kesihan sungguh dengan nasib parti Islam satu ini.

Nyata Pas kini diuruskan oleh tangan ketiga yang bernama Aziz Bari. Apa sahaja yang disuarakan oleh Aziz Bari akan diterima oleh Nik Aziz dan barisan kepimpinan Pas. Pokoknya Aziz Bari umpama tangan ajaib yang boleh mengubati barah yang sedang bernanah dalam Pas. Hebat sungguh Aziz Bari, dan orang seperti ini tiada dalam Pas.

Jadi aku rasa elok sangatlah Hadi berenti jadi Presiden dan elok lantik saja Aziz Bari jadi Presiden baru Pas. Ada orang kata Aziz Bari adalah "remote control" Anwar Ibrahim untuk kawal Pas. Anwar tukang tekan butang remote untuk pilih siapa yang patut jadi Presiden Pas, siapa tak patut. Wallahua'llam!

Tapi betullah, siapa Aziz Bari ni?

07 November 2009

Genap 100 pengikut (Followers)...

Blog ini kini genap mempunyai 100 pengikut (followers) sehingga hari ini. Satu sisi aku gembira kerana semakin ramai yang mengikuti tulisan-tulisan penulis blog kecil seperti aku yang tidak seberapa ini. Tapi pada satu sisi aku juga khawatir jika apa yang aku sajikan disini tidak memenuhi kehendak pengikut setia blog aku.

Pada masa yang sama aku juga agak terkilan dengan beberapa individu yang mengambil jalan mudah untuk menjadi seorang blogger iaitu mengambil tulisan-tulisan dari blog aku dan kemudian ditampal di blog mereka. Bukan izin yang aku harapkan tetapi sekurang-kurangnya berilah kredit yang ketara. Bukan apa, takut nanti kehilangan kebertanggungjawaban.

Bayangkan tulisan aku dalam blog ini diambil kemudian disiarkan dalam blog penulis lain dan kemudian tulisan aku itu dikritik, hentam atau adapandangan berbeza dengan pembaca blog tersebut sedangkan aku tidak mengetahuinya. Jadi bagaimana aku dapat membalas komentar-komentar sedemikian? Adilkah bagi aku sebagai penulisnya tidak diberi peluang untuk mempertahankan diri hanya kerana ia diluar pengetahuan aku?

Lainlah kalau aku yang tulis dalam blog ini, kemudian ada yang memberikan pandangan berbeza maka mudahlah bagi aku untuk menjawabnya kembali.

Terus terang aku katakan, ketika aku membuat keputusan untuk berblog dahulu, aku mengambil sikap terbuka. Maknanya aku sedia menerima apa sahaja kritikan, pandangan atau kutukan terhadap tulisan aku dan aku tetap siarkan dalam ruangan komen tanpa memilih hanya berbau "pro" semata-mata. Aku juga terbuka untuk membiarkan orang lain memetik tulisan blog aku dan dimuatkan dalam blog mereka tetapi aku mengharapkan mereka lebih bertanggungjawab.

Petik boleh tapi berilah pautan ke blog asal agar pembaca mereka tahu dari mana sumber tulisan tersebut dan bukannya memetik bulat-bulat dan kemudian memberikan kredit yang antara nampak dan tidak nampak, seolah-olah mahu menyembunyikan penulis asalnya.

Kepada blogger-blogger sedemikian aku nasihatkan jika tidak mampu menulis blog sendiri jangan jadi blogger. Jika tiada idea untuk ditulis, jangan tulis. Jangan jadi blogger penciplak kerana jelas ia amat tidak bertanggungjawab.

p/s: Sekadar luahan perasaan!

04 November 2009

Ada apa dengan Dr. Maza?

Aku sebelum ini tidak kenal pun siapa Dr Mohd Asri Zainul Abidin sehinggalah komen-komen beliau berhubung suasana politik negara keluar dalam surat-surat khabar ketika beliau masih lagi menjadi Mufti Perlis. Dan aku merasakan beliau adalah satu mufti paling muda pada masa itu.

Komen-komen beliau kepada situasi politik semasa menampakkan beliau yang juga dikenali Dr. Maza, lebih cenderung kepada pro-kerajaan. Tidak hairan namanya pernah disebut-sebut untuk dicalonkan di PRK Permatang Pasir (kalau tak salah!) tetapi khabarnya beliau sendiri menolak.

Kemudian selepas tidak lagi bergelar mufti dan melanjutkan pelajaran ke luar negara, Dr. Maza terus menulis di dalam kolumnya dalam sebuah akhbar tempatan. Aku percaya tulisan-tulisannya banyak mempengaruhi kehidupan masyarakat. Aku acap kali juga membaca tulisan-tulisannya tetapi masih gagal "mengenali" beliau.

Sehinggalah beliau ditahan oleh JAIS kerana dikatakan berceramah tanpa tauliah dari jabatan agama negeri itu, maka pelbagai isu berkaitan Dr. Maza terkeluar satu persatu seolah-olah gunung berapi pendam yang menunggu masa untuk meletus. Dan penahana Dr. Maza telah meletuskan laharnya.

Selain dituduh penyebar fahaman Wahabi, Dr. Maza juga dikatakan memalsukan ijazahnya serta ditentang habis-habisan sejak namanya disebut-sebut untuk menerajui Yadim. Antara yang menentang ialah Persatuan Peguam Syarii Malaysia. Apa hubungan persatuan peguam ini dengan Yadim aku sendiri tidak pasti.

Dalam hal ini aku tidak berani hendak menyalahkan sesiapa. Aku tidak begitu kenal dengan Dr. Maza dan aku sendiri keliru dengan pelbagai tuduhan yang dilemparkan ke atas beliau sedangkan selama ini beliau adalah seorang mufti yang menjadi penasihat agama bagi negeri Perlis.

Dan aku percaya, aku tidak keseorangan mengalami kekeliruan ini. Aku percaya ramai yang di luar sana juga kini keliru khususnya rakyat negeri Perlis yang sekian lama menyanjung tinggi Dr. Maza selaku mufti negeri. Tapi persoalannya sampai bilakah aku dan mereka di luar sana membiarkan kekeliruan ini berlarutan?

Aku amat faham bahawa Dr. Maza adalah seorang tokoh agama dan bekas mufti berusia muda dan nescaya beliau mempunyai pendekatan berbeza dalam hal-hal tertentu berkaitan Islam dan pada masa yang sama kumpulan yang ekstrem dengan pendekatan "lama". Maka sebab itulah wujud perbezaan ketara yang akhirnya mereka saling tuduh menuduh antara satu sama lain.

Dalam hal ini, aku mengharapkan agar Majlis Ulama Malaysia mengambil langkah segera bagi memastikan kemelut Dr. Maza dengan pihak2 tertentu diselesaikan dengan baik tanpa sebarang sengketa terbuka. Ini kerana ia boleh memberikan kesan negatif kepada Islam dan ulama di negara ini.

02 November 2009

Dr. Maza, Badrul dan kerajaan Selangor (Edited!)

Suasana di Selangor kini semakin panas. Memang panas. Sebelum ini pun sudah panas tetapi sekarang ini lagi panas. Panasnya membahang sehingga ke seluruh negara. Macam-macam kontroversi timbul sekarang ini di Selangor. Apakah ini petunjuk bahawa Selangor bakal kembali ke pangkuan BN?

Sudahlah sebelum ini ia panas dengan isu Teoh Beng Hock yang dikaitkan dengan amalan rasuah di kalangan ADUN-ADUN DAP Selangor, kemudian isu arak dan Hassan Ali yang juga Pesuruhjaya Pas Selangor sehinggakan ada gerakan di peringkat tertinggi parti untuk menjatuhkannya dan juga isu kuil di Shah Alam.

Terbaru ialah ADUN Pelabuhan Klang, Badrul Hisham yang bertindak keluar dari PKR dan menjadi wakil rakyat Bebas yang pro-BN serta malam tadi JAIS pula bertindak menahan Dr. Maza, bekas Mufti Perlis. Ini semua ada kaitan dengan kepimpinan Khalid Ibrahim selaku MB Selangor.

Jangan pula puak2 mereka menuduh apa yang berlaku di Selangor satu persatu sehingga semalam adalah permainan politik BN/UMNO pula. Kerajaan Pusat atau UMNO negeri tiada kena mengena dengan konflik politik dan pentadbiran kerajaan Selangor. Tiada sama sekali. Buat apa kerajaan Pusat dan UMNO negeri nak masuk campur urusan kerajaan Selangor? Bukankah mereka selama ini mendakwa pentadbiran kerajaan BN semuanya (sekali lagi... semuanya) tidak betul.

Berita terbaru menyatakan JAIS mengambil tindakan ke atas Dr. Maza bukan kerana dikaitkan dengan fahaman Wahabi tetapi Dr. Maza tidak ada tauliah dari JAIS untuk berceramah di negeri itu. Dush!! Apa ke jadah punya alasan. Kalau macam tu aku nak tanya JAIS apakah Nik Aziz, Hadi Awang, Mat Sabu, Mahfuz atau penceramah bebas lain  ada tauliah JAIS ke sehingga mereka bebas berceramah di negeri Selangor sedangkan Dr. Maza yang mempunyai kelayakan akademik Islam dan bekas mufti dianggap tidak layak kerana tiada tauliah?

Aku nak tanya juga apakah JAIS mempunyai senarai lengkap para penceramah agama yang mendapat tauliah dan mereka yang tidak mendapat tauliah?

Patutlah masalah arak, judi dan maksiat di Selangor terus berleluasa malah lebih parah sekarang sebabnya kerana puak2 dalam JAIS berfikiran masih di bawah tahap bawah tempurung. Patut jugalah JAIS mengambil masa bertahun-tahun nak tahan "Rasul Melayu" dan patut jugalah amalan ajaran sesat paling banyak berkembang di Selangor. Sebabnya kerana JAIS yang yang "daif".

Sudahlah Exco-exco Islam Selangor tunduk dengan pemimpin kafir dalam kerajaan sehinggakan terpaksa mengalah dalam bab-bab melibatkan kepentingan Islam macam arak dan kuil, ditambah pula dengan puak2 dalam JAIS yang dangkal fikiran atau mungkin juga sudah menjadi lembu yang dicucuk hidung dan menurut perintah "seseorang" ?

Jadi buat Khalid, anda tanggunglah segala kemelut di negeri Selangor dan anda jugalah menjawab kepada rakyat apa yang telah anda lakukan kepada Dr. Maza. Ingat jangan menuduh ia angkara UMNO atau kerajaan Pusat. Kalau Khalid benar-benar MB kerajaan rakyat, Khalid perlu mengambil tindakan tegas terhadap isu Dr. Maza. Kalau beliau tidak puas hati kepada Badrul Hisham kerana dianggap tidak buat kerja, nah sekarang rakyat Selangor dan seluruh Malaysia mahu melihat sejauh mana Khalid sendiri bekerja!

Tapi aku percaya kes terbaru melibatkan Dr. Maza ini akan menyebabkan penyakit gagap Khalid makin parah. Kesian kau...!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...