Apa beza salah laku Anwar dan Chua Soi Lek?

Ada seorang mamat bengap ni tanya apa beza tuduhan salah laku Anwar dan Chua Soi Lek (CSL)?  Kenapa tiada dakwaan ke atas Presiden MCA yang baru dilantik itu sedangkan sah-sah dia terlibat skandal seks dengan seorang wanita melalui video yang tersebar tidak lama dulu. Kenapa Anwar sahaja didakwa kerana dikatakan meliwat Saiful Bukhari?

Keh... keh... keh... Tergelak terguling-guling aku bila soalan ini ditanyakan kepada Peguam Negara sedangkan yang bertanya itu ialah seorang peguam jugak.  Baca di sini...

Aku ingat orang kampung yang tak sekolah undang-undang dan tak skolah tinggi pun boleh jawab bagi pihak Peguam Negara-lah. Soalan mamat ini nampak sangat ketidakcerdikannya atau sengaja mengemukakan soalan bodoh semata-mata mengharapkan tuduhan ke atas Anwar digugurkan.

Berikut jawapan orang kampung tak sekolah pasal soalan ini:

1) Anwar didakwa sebab pasangannya (mangsa) Saiful Bukhari membuat laporan polis, dan polis kena buka kertas siasatan dan apabila siasatan selesai maka diserahkan kepada Peguam Negara dan pejabat Peguam Negara mendapati ada kes maka Anwar didakwa (tapi tak ditangkap masuk lokap, kena tahanan reman macam orang lain).

Sedangkan pasangan CSL ialah seorang wanita dewasa dan dia atau si isteri CSL tidak membuat sebarang laporan polis. Yang buat laporan ialah pihak ketiga yang tidak ada kena mengena dan Peguam Negara menganggap ia bukan satu kes jenayah melainkan hubungan "suka sama suka".

2) Salah laku Anwar sebab dia liwat Saiful Bukhari, seorang lelaki dan perlakuan meliwat salah di sisi undang-undang negara. Liwat bini sendiri pun boleh didakwa (kalau ada aduan) inikan pula liwat seorang budak lelaki pembancuh kopi.

Sedangkan CSL tidak melakukan seks anal (liwat) ke atas pasangannya tetapi dikatakan melakukan seks oral yang menurut peguam tu kesalahannya macam liwat jugak. Pergh... Akta mana tak taulah mamat ni ambil. Lagipun macam laa mamat ni tak pernah beroral seks dengan pasangannya. Aku yakinlah mamat peguam ni pun selalu juga amal "oral seks" dengan pasangannya.

3) Anwar adalah seorang lelaki beragama Islam sedangkan CSL bukan beragama Islam.

Jadi, aku ingat mamat peguam ini sambung balik sekolah mulai sekolah rendah sebab dah jadi peguam pun masih lagi tak pandai-pandai. Mau kencing pun tengok tempatla tambi....

Piiiiraaaahhh............!!!
Apa beza salah laku Anwar dan Chua Soi Lek? Apa beza salah laku Anwar dan Chua Soi Lek? Reviewed by mesin taip buruk on 3/31/2010 02:08:00 PM Rating: 5
Powered by Blogger.