23 March 2010

Pilihan raya di Perlis?

TERKINI:
24/3/2010 - Najib sahkan Yap Sun Onn membatalkan hasrat untuk meletakkan jawatan sebagai ADUN Titi Tinggi sebaliknya mahu terus berbakti sebagai ADUN serta kekal bersama BN.

POS TERDAHULU:
Apakah pilihan raya kecil bakal diadakan di Perlis ekoran tindakan ADUN Titi Tinggi, Yap Sun Onn yang menghantar notis peletakan jawatan kepada Speaker DUN semalam? Di atas kertas, kemungkinan itu ada jika Speaker menerima peletakan jawatan itu.

Namun dari sumber rakan-rakan di Perlis dimaklumkan Speaker telah menolak permohonan peletakan jawatan Sun Onn yang khabarnya ada kaitan dengan "rasa tidak puas hati kepada seseorang" sehingga menyebabkan beliau bertindak sedemikian.

MB Perlis, Isa Sabu juga khabarnya menggelabah dengan perkembangan di negeri itu yang tidak semena-mena menjadi panas. Isa akan memujuk Sun Onn agar OFF cadangan berhenti jadi wakil rakyat dan khabarnya para pemimpin MCA Pusat juga akan cuba merayu kepada Onn agar tidak meneruskan hasratnya meletakkan jawatan, walaupun mereka juga sibuk berkempen nak bertanding pada pemilihan MCA 28 Mac ini.

Apakah isu peletakan jawatan ADUN Titi Tinggi ini mengesahkan lagi bahawa suasana politik di Perlis tidaklah setenang seperti yang disangka sejak PRU-12 lalu yang berlarutan sehingga kini, seperti mana yang berlaku di Terengganu. Riak ketika selepas PRU-12 yang berkocak dan boleh menjadi gelombang, dan silap-silap menjadi tsunami.... Wow!!

Sebabnya Perlis & Terengganu ada persamaan terutama berhubung pemilihan MB mereka. MB Perlis yang asalnya kekal milik Shahidan Kassim tetapi telah dicantas oleh Pak Lah dan digantikan dengan Isa Sabu. Di Terengganu, Idris Jusoh yang dinamakan oleh Pak Lah untuk kekal menjadi MB Terengganu, tetapi dicantas oleh pihak istana untuk digantikan dengan Mat Said. Ada persamaan bukan?

Pergh... Apa pun alasannya adalah menjadi tanggungjawab Isa Sabu untuk memastikan tidak berlaku pilihan raya kecil di Perlis dan beliau perlu berbuat sesuatu bagi memastikan kekerohan yang berlaku di negeri itu, dapat dijernihkan dengan kadar segera.

Yalah... Dalam orang duk tunggu kut-kut ada mana-mana wakil rakyat PKR di negeri Selangor yang bakal mengosongkan kerusi, alih-alih semua mata terpancar ke negeri Perlis pula. Bukankah ia mengejutkan.

Share this

2 Responses to "Pilihan raya di Perlis?"

  1. Najib dah modal beliun, million..apa apa lion lagi untuk 1Malaysia... takkan sekor cina sengkek kat Perlis letak jawatan pun dah gelabah puyoh... UMNO macam tak konpiden je..

    Inilah juga peluang PERKASA letak calonnya mewakili bebas untuk membungkus UMNO an PKR..

    Lepas ni kita tengok..serangan peribadi ke atas Ibrahim Ali akan datang bertalu talu..

    Tetapi jangan lupa, batu batu yang dibaling kepada Braim terkena pula satu 'orang tua' di belakangnya..kalau orang tua tu berbunyi lagi...

    ReplyDelete
  2. Ala apek tu acah je tu sbb dia tak dapat sesuatu yg dia nak. Dah dapat diam la....

    ReplyDelete

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.