26 March 2010

Samy Vellu dah start dah....

Belum apa2 Samy Vellu dah "chop" kerusi Parlimen Hulu Selangor diserahkan kepada MIC pada pilihan raya kecil nanti. Pergh... Samy... Samy.... Allahyarham Datuk Zainal baru saja dikebumikan. Kok ye pun nak mintak kerusi, sabarlah dulu. Lagipun Najib selaku Pengerusi BN & Ketua Perhubungan UMNO Selangor pun tak kata apa-apa lagi.

Aku faham kalau Samy ghairah sangat nak letak (balik) Palanivel kat Hulu Selangor sebab dia memang nak tunjukkan bahawa MIC masih diterima rakyat. Lagipun Palanivel ni kawan "sebulu" Samy. Tak macam Subramaniam ke siapa ke yang pernah cabar kedudukan Samy sebagai Presiden sepanjang hayat MIC.

Walhal Hulu Selangor majoritinya Melayu dan kalau ada bukan Melayu pun, jumlah pengundi Cina mengatasi India. Jadi kenapalah Samy sibuk2 sangat. Lagipun pengundi dah tolak Palanivel pada PRU-12 lepas. Kalau tak, takan Parlimen je kalah sedangkan semua 3 DUN bawah Parlimen Hulu Selangor dimenangi BN.

Pada masa yang sama UMNO Hulu Selangor pun sibuk mahukan kerusi P94 diserahkan kepada UMNO. Dengan alasan pengundi di sana mahukan pemimpin Melayu mewakili mereka. Sebab itulah, katanya, keputusan PRU-12 lalu agak pelik apabila PKR menang di Parlimen sedangkan DUN semua kalah.

Itu alasan UMNO di sanalah. Mungkin ada kebenarannya juga. Tetapi aku lihat kemenangan PKR di P94 lalu sebab Allahyarham Datuk Zainal Abidin Ahmad. Beliau cukup disegani oleh rakyat negeri Selangor. Selain seorang ahli politik veteran, beliau juga pernah menjadi Timbalan Menteri Besar (kalau tak salah) sejak Mohd. Taib, Abu Hassan Omar hinggalah Khir Toyo.

Itu sewaktu beliau masih bersama UMNO. Tetapi 2005 dia lompat masuk PKR ~ orang lihat ada hubungan dengan kekecewaan dia tidak dipilih bertanding pada PRU tahun 2004. Seingat aku dia lama jadi ADUN Dusun Tua (sejak 1990), Hulu Langat sebelum meninggalkan UMNO.

Apa pun aku harap semua pihak menerima secara terbuka siapa sahaja yang dipilih oleh Najib untuk bertanding di Hulu Selangor, baik wakil MIC, UMNO atau MCA sekalipun. Apa yang penting BN merampas kembali kerusi P94 yang aku nampak tidak menghadapi banyak masalah apabila dilihat situasi dalam PKR, rekod pentadbiran kerajaan pembangkang di Selangor sepanjang 2 tahun ini dan kes mahkamah Anwar.

Apa yang penting semua pihak jangan gelojoh!

Share this

0 Comment to "Samy Vellu dah start dah...."

Post a Comment

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.