30 March 2010

Sidang DUN Perak... Nampak kecoh tapi sebenarnya takde pun

Puak-puak pembangkang di Perak termasuk para blogger mereka di luar negeri itu cuba menggambarkan bahawa sidang DUN Perak yang berlangsung hari ini kecoh dan menunjukkan pihak kerajaan BN bertindak kejam ke atas mereka.

Bagi menggambarkan kekecohan itu, puak-puak pembangkang diketuai oleh bekas MB badut, Nizar Jamaluddin dan bekas speaker gila kuasa, Sivakumar sengaja membangkitkan hal-hal kecil konon berlaku ketidakadilan di pihak BN yang kini menjadi kerajaan yang sah di Perak.

Antara isu yang dibangkitkan ialah pihak wartawan tidak dibenarkan berada di dalam galeri persidangan dan "dikurung" di dalam bilik khas yang berkaca gelap. Eh... sejak bila pula pembangkang begitu simpati dengan wartawan sedangkan selama ini mereka sering cap wartawan sebagai anjing kerajaan terutama wartawan media arus perdana.

Setahu  aku mana-mana sidang DUN pun termasuk di Parlimen, wartawan diberikan bilik khas supaya mereka tidak mengganggu perjalanan persidangan. Sebabnya tahulah, wartawan bukan jenis boleh duduk diam. Mundar-mandir dan berbual-bual, sudah pasti timbulkan gangguan. Lagipun pengalaman sidang DUN Perak sebelum ini, tindakan jurugambar dan wartawan yang menyerbu ADUN-ADUN (terutama puak pembangkang) benar-benar mengganggu perjalanan sidang DUN. Mereka seronoklah sebab boleh masuk paper/TV. Itulah yang mereka mahu supaya rakyat Perak nampak "drama lakonan" mereka dalam dewan tu.

Mereka juga mempersoalkan kehadiran pihak polis yang mengawal di luar bangunan Darul Ridzwan dan kawalan ketat di pintu masuk dewan.  Tapi tertanya juga kalau tak ada polis, apakah mereka boleh beri jaminan bahawa tiada sebarang "gangguan" berlaku terhadap perjalanan dewan? Lagipun polis tak ganggu pun mereka, kenapa mereka bersikap prejudis kepada pihak polis? Lagi satu, kalau apa2 berlaku ke atas mereka, nanti polis juga disalahkan sebab tak kawal mereka. Ish... memang cari pasal.

Walau apapun perjalanan sidang DUN Perak hari ini berjalan lancar dan boleh dikatakan aman tenteram. Cuma puak2 pembangkang dan bloggersnya cuba menggambarkan keadaan sebaliknya terutama selepas sidang tersebut ditangguhkan.

Ini semua "tuduhan" bagi menggambarkan kekejaman kerajaan BN Perak dibawah pimpin Dr. Zambry. Apa lagi, mahu menagih simpati rakyatlah tu.

Share this

0 Comment to "Sidang DUN Perak... Nampak kecoh tapi sebenarnya takde pun"

Post a Comment

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.