02 April 2010

Antara bahan kempen di Hulu Selangor... Satu pandangan!

Pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor ditetapkan Ahad 25 April dan penamaan calon 17 April. Maknanya ada lebih kurang seminggu untuk tempoh berkempen di Hulu Selangor.

Muhyiddin yang mengetuai jentera pilihan raya Hulu Selangor berkata ada banyak bahan yang boleh digunakan di Hulu Selangor manakala puak2 pembangkang juga begitu optimis mengekalkan kerusi Hulu Selangor yang dimenangi oleh Allahyarham Dr. Zainal Abidin Ahmad.

Berikut antara bahan2 yang akan dijadikan modal kempen bagi kedua-dua pihak:

BARISAN NASIONAL
1. Isu utama: Tanah milik YBK yang dicadang dijadikan tapak kampus UiTM tetapi dirampas oleh kerajaan Selangor (alasan tak bayar cukai tanah). Ia merupakan isu setempat dan amat penting bagi menunjukkan "ketidakadilan" kerajaan pembangkang di Selangor. Isu ini menjadi kemarahan penduduk setempat terutama di Serendah.

2. Isu ramai orang kuat Anwar termasuk beberapa wakil rakyat PKR yang hilang kepercayaan terhadap pucuk pimpinan parti dan mereka keluar dari parti menjadi wakil rakyat Bebas. Kalau pemimpin mereka sendiri hilang kepercayaan kepada parti, bagaimana rakyat boleh memberi kepercayaan kepada parti berkenaan untuk mewakili mereka dan membela nasib mereka?

3. Isu kelemahan pentadbiran kerajaan Selangor di bawah pembangkang yang diketuai oleh Khalid Ibrahim. BN boleh menonjolkan beberapa kelemahan kepimpinan kerajaan Selangor kepada pengundi sama ada isu tanah, isu pembinaan ladang babi di Sepang dll.

4. Isu penjualan arak dan pembinaan kuil di Shah Alam. Isu ini boleh dimainkan bagi menunjukkan kepada pengundi Hulu Selangor tentang adanya "tangan-tangan" yang lebih berkuasa dalam membuat keputusan di negeri itu.

5. Isu kalimah Allah - Isu nasional tetapi boleh dimainkan terutama di kawasan majoriti pengundi Melayu.

6. Sikap biadap wakil-wakil rakyat pembangkang baik dalam DUN mahupun Parlimen. Mereka bukannya membawa masalah rakyat kawasan masing-masing untuk dibincang dan dibahaskan tetapi lebih kepada usaha "menyerang" kerajaan dan mempertahankan ketua pemimpin mereka. Jadi bayangkan kalau Ahli Parlimen Hulu Selangor dari kalangan mereka, maka banyak masalah di Parlimen itu terabai, sepertimana di Permatang Pauh.

7. Isu kes liwat Anwar TIDAK akan disentuh oleh BN kerana ia merupakan isu peribadi dan masih dalam perbicaraan. Bagaimanapun ia boleh disentuh dalam bentuk implisit (berkias).

8. Dan lain-lain.....


PEMBANGKANG:
1. Isu Apco. Ini adalah modal terbaru puak2 pembangkang untuk dijaja di Hulu Selangor bagi menggambarkan bahawa kerajaan BN bersekongkol dengan puak2 Yahudi.

2. Isu liwat Anwar. Mereka akan gunakan isu ini untuk menunjukkan sikap BN yang suka memfitnah untuk menjatuhkan musuh politik mereka terutama Anwar Ibrahim.

3. Isu rasuah akan terus dimainkan pembangkang bagi menunjukkan kerajaan BN begitu korup dan tidak boleh dipercayai.

4. Isu peribadi. Mereka akan cari kelemahan calon BN yang akan bertanding untuk dijadikan modal untuk membuat serangan peribadi.

5. Emmm... apa lagi ye? Dah tak ada kot!

Share this

1 Response to "Antara bahan kempen di Hulu Selangor... Satu pandangan!"

  1. Kita harap rakyat di Hulu Selangor taklah bodoh lagi utk mengundi Pakatan Rakyat!

    ReplyDelete

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.