10 April 2010

Anwar bengang Najib jumpa Obama?

Aku percaya Anwar akan bengang bila dapat tahu Najib akan mengadakan pertemuan dengan Barack Obama kat Washinton DC esok. Maklum sejak Obama angkat sumpah jadi Presiden US, Anwar tak berpeluang nak jumpa Obama dan nak bagi tau dia kena fitnah liwat kepada Obama, nak cerita macam mana hubungan Najib dengan Altantunya atau nak maklumkan bahawa dia sepatutnya jadi PM Malaysia, bukan Najib.

Tapi sayang sehingga kini Anwar tidak dapat bertemu Obama. Sudahlah dulu si Musa Aman tu dah pecah tembelang pasal Anwar kat Setiausaha Negara US, Hillary Clinton, ini Najib pula adakan pertemuan dengan Obama. Mesti si Obama tu tanya pasal Anwar sebab namanya meniti di bibir kalangan kongres US yang puratanya puak2 Yahudi tu dan sudah pasti Najib cakap siapa Anwar tu.

Tambah pula Najib dah siap bawak dua orang saksi utama iaitu bekas orang kanan Anwar lagi, si Zaharin dan Zul Noordin. Mesti Obama tanya kedua2 orang kuat Anwar tu darjah penipuan bekas bos mereka tu dan maka akan ketahuilah si Obama siapa sebenarnya CIFU Anwar Ibrahim. Pergh... maka merudumlah saham Anwar di mata Barack Obama.

Dan bagi menunjukkan bahawa dia lebih hebat dari Najib, maka akan keluarlah esok berita Anwar adakan pertemuan dengan si polan-si polan yang kat US tu, kalau tak lebih hebat dari Obama, setara dengan Presiden US berkulit hitam itulah. Biasalah Anwar, mana boleh kalah... Apa lagi kalau kalah dengan Najib!

Atau dia akan keluarkan lagi cerita-cerita bohong selepas berjaya membohongi pengikutnya dengan kisah dongeng Apco. Tambah pula PRK Hulu Selangor yang sudah membayangkan akan terlepas ditangan BN, maka Anwar mahu tidak mahu perlu "mencipta isu" dan isu-isu itu menjurus kepada kelemahan dan keburukan Najib, agar cerita ini sampai ke telingan Obama lebih dahulu sebelum kedua-duanya bertemu.

Apa yang pasti dia kini tersenyum bangga sebab isu Apco nyata telah berjaya membuatkan puak2 pengikut totok PKR dan penyokong2 Pas yang tarak hotak percaya dan sekaligus berjaya menutup pembohongan beliau yang didedahkan oleh Zahrain dan Zul Noordin.

Nyata pertemuan Najib-Obama bukan sahaja membuatkan Anwar jadi bengang malah turut menyebabkan dia jadi bangang... Kesian!

Share this

2 Responses to "Anwar bengang Najib jumpa Obama?"

  1. Menjelang tarikh penamaan calon pilihan raya kecil Hulu Selangor apa yang dilakukan oleh UMNOAPCO-BN semua macam tak kena.

    Presiden 1Malaysia sudah mengistiharkan bahawa calon BN adalah dari MIC. UMNOAPCO Hulu Selangor kembali berlembut untuk bagi laluan MIC bertanding tetapi dengan syarat bukan calon MIC sebelum ini Datuk G Palanivel.

    Tetapi MIC bahagian Hulu Selangor kata mereka hanya mencalonkan 1Calon sahaja untuk 1MIC Hulu Selangor, mereka tetap mahu G Palanivel.

    Palanivel malam tadi pula merayu-rayu diberi peluang kedua katanya kalau tak suka PRU 13 boleh buang.

    Keputusan MIC menyebabkan UmnoApco Hulu Selangor menolak kompromi yang dibuat sebelum ini.

    Jika begitu keadaannya maka UmnoApco kembali menuntut agar calon mereka bertanding.

    UmnoApco Hulu Selangor hanya ada satu nama sahaja sempena mengambil semangat 1Malaysia iatu tak lain dan tak bukan Tan Sri Muhd. Md. Taib.

    Semua ini menyebabkan TPM 1Malaysia pening-pening ketika PM 1Malaysia bersama rombongan dan dua YB Lompat berjumpa Barrack Obama di Amerika untuk mendapat restu.Wallahualam.

    MTB,
    sodomy without penetration,
    jet without engine,
    submarine without diving capability,
    murder without motive,
    clinic 1 Malaysia without doctor.

    Yang lagi peliknya, tak boleh bukti dalam mahkamah, tangkap dan kurung bawah ISA, ( bukan Israel Security Agency) dimana salah seorang bekas boss dia tu jadi orang kuat APCO yang Malaysia ambil jadi penasihat depa, tapi Internal security act.

    Apa yang jadi masalah lani, ambil syarikat yang orang Yahudi jadi tekong dan bawa balik masuk kelambu tak apa, tapi bila sebut One Malaysia adalah idea One Israel , pasal depa tak boleh nafi, maka akan dirujuk ketua pembangkang ke JK Hak dan Kebebebasan Dewan, kata depa fakta tak betul.

    ReplyDelete
  2. Alaa... Anwar dah lama berkawan baik dgn puak2 Yahudi dan pemimpin2 yg berjuang utk Yahudi selama ini, kenapa korang tak bising? Tanyala Anwar macam mana dia boleh cium mulut dgn Al-Gore dan byk lagi org kuat Israel tu? Ptuihhh... Anwar kata dulang paku serpih, kata orang dia lagi laa lebih...!!

    Soal Apco, OneIsrael dah penat Najib atau org gomen bagi kenyataan & fakta. Apco sendiri dah nafikan, tapi mana korang percaya. Anwar juga korang nampak, sebab apa kata Anwar BETUL semuanya dan dah anggap mcm wahyu Nabi. Orang lain semua salah. Pokoknya tak ada manusia dalam dunia ini yg maksum melainkan Anwar semata2... Kalau sebut Anwar korang mintak bukti, tp kalau korang duk belasah Najib tak ada pula tunjuk bukti. Ptuiiih... sekali lagi!

    ReplyDelete

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.