23 April 2010

BN bakal menang dengan lebih 2,000 majoriti?

Inilah maklumat yang aku peroleh dari sumber-sumber bahawa BN dijangka akan memperoleh kemenangan dengan majoriti lebih 2,000 undi. Jumlah itu jauh lebih tinggi berbanding kemenangan Allahyarham Datuk Zainal Abidin Ahmad (PKR) ke atas Palanivel pada PRU-12 lalu.

Menurut sumber itu majoriti yang bakal diperoleh BN itu berdasarkan kajian yang dibuat sebelum hari penamaan calon dan dijangkakan jumlah majoriti lebih besar akan dikutip oleh calon BN, Kamalanathan selepas PKR meletakkan Zaid Ibrahim sebagai calon memandangkan "rekod" Zaid tidaklah begitu baik di mata rakyat Hulu Selangor.

Zaid dikatakan akan ditolak oleh para pengundi Hulu Selangor kerana beliau bukan anak tempatan malah bukan anak negeri Selangor pun. Lebih parah lagi Zaid merupakan anak Kelantan iaitu sebuah negeri yang mempunyai sentimen kenegerian yang begitu kuat. Tambahan pula keperibadian Zaid sudah dikenali sejak dahulu bahawa beliau merupakan seorang pemimpin berfikiran sangat terbuka termasuk menentang keras hukum Hudud, menyokong tindakan wanita murtad dan menentang penggunaan ISA.

Kemenangan lebih kukuh BN diperkuatkan lagi apabila dua calon Bebas yang disebut-sebut boleh menjadi "pengacau daun" telah menarik diri di saat-saat akhir membolehkan BN berdepan dengan PKR satu lawan satu, sekaligus membuka peluang pengundi atas pagar untuk menetapkan keputusannya. Dan berdasarkan sumber tersebut, pengundi atas pagar dijangka akan memilih  Kamalanathan berbanding Zaid.

Malah rekod pentadbiran kerajaan negeri selama dua tahun di bawah pembangkang juga sedikit sebanyak mengurangkan keyakinan pengundi kepada Zaid. Ini terutamanya pengundi-pengundi di sekitar Bukit Beruntung, Serendah dan Batang Kali.

Untuk rekod, kita lihat jumlah majoriti yang dimenangi BN pada PRU sejak 1990 hingga 2004 (termasuk majoriti kekalahan BN pada PRU-12 lepas) di bawah:


Kalau dilihat rekod pencapaian BN lalu, aku percaya BN bukan sekadar memperoleh majoriti lebih 2,000 undi malah melebih 10,000 jika jumlah mereka yang keluar mengundi melebih 75 peratus dan jumlah undi rosak yang tidak begitu tinggi.

Share this

7 Responses to "BN bakal menang dengan lebih 2,000 majoriti?"

  1. Memanglah...pd PRU 2008 dulu pun semua ramal BN menang besar juga.

    ReplyDelete
  2. kalau menang bn pun aku tak heran sebab bn rasuah politik. yg aku pelik kalau pkr yg menang.

    ReplyDelete
  3. Darulehsan: Kenapa ye Selangor, Penang, Kedah, Perak & Kelantan masa PRU-12 dulu BN kalah ye? Sebab BN x kasi rasuah ke atau pakatan yg bagi lagi banyak....

    Udahlah. Modal lama la bro rasuah2 ni... Zaid Ibrahim dulu kena gantung keahlian UMNO sebab politik wang bro. Zaid pun kaki pelahap juga... Nuar Berahim jangan ceritalah...

    ReplyDelete
  4. pru 12 dulu bn kalah sebab pengundi dah pandai dan dah masak dgn taktik merayu undi bn. bukan sebab pr ada bagi rasuah. ko tak tengok ke kat tv3 najib umum rasuah politik. kalau bn kalah aku confirm bn tak akan tunaikan janji yg dibuat. contoh manek urai, mana jambatan? kat kota baru mana jambatan? jgn ceritalah

    ReplyDelete
  5. tahniah BN. cuba lagi PKR. tak lari dari jangkaan awal aku, PKR kalah. tapi hairan sekali, dengan segala jentera kerajaan turun melawan jentera PR + liputan media arus perdana yg hampir 100 % menyebelahi BN + kempen direct kepada BN.....BN hanya dapat majoriti 1700 lebih sahaja?sepatutnya paling koman lebih 6 ribu undi. inikan target tpm.
    bayangkan la, jika pertandingan yg adil, liputan media yg samarata di televisyen dan akhbar, setiap calon dibenarkan mengutarakan visi dan misi masing2, siapa anda jangka boleh menang?

    Sedikit analisis

    2008 - Dr Zainal - 23 177
    2010 - Datuk Zaid - 23 272

    So Zaid kalah malam ni dengan bermaruah...

    ReplyDelete
  6. Hidup BN... Hidup BN... Kita sudah rampas Hulu Selangor. Lepas ni kita rampas negeri Selangor pulak... Lalalalalaa.a.a....

    ReplyDelete
  7. BN menang main rasuah.??pooodaahh..!!!..aku rasa darul ehsan ni puak M.Samy Velu.
    Ingat pilihan raya boleh main rasuah2 ke.

    ReplyDelete

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.