28 April 2010

Cina Hulu Selangor tolak BN, bagaimana dengan Sibu?

Nampaknya keputusan pilihan raya kecil Hulu Selangor menyaksikan BN kehilangan sokongan dari pengundi Cina. Sehingga kini sebab musabab kaum Cina di Kuala Kubu Baru, Rasa, Batang Berjuntai, Ulu Yam Lama dan beberapa kawasan lain memberikan undi mereka kepada Zaid Ibrahim, calon Melayu dari PKR belum diketahui.

Ada yang menelaah bahawa puncanya ialah krisis kepimpinan MCA yang menyebabkan orang Cina hilang keyakinan terhadap parti komponen BN tersebut. Tapi pihak MCA dan Gerakan pula menyalahkan Perkasa, NGO  "totok" Melayu  yang diketuai oleh wakil rakyat Bebas yang turut sama berkempen bagai nak rak di Hulu Selangor.

Namun ada juga yang menyatakan Zaid adalah calon "proksi" DAP dan parti itu telah memainkan sentimen agar memilih Zaid walaupun dia seorang Melayu. Ada juga pihak yang menyalahkan pembangkang yang mengheret sama isu kematian Teoh Beng Hock sehinggakan wujud "kebencian" di kalangan pengundi terhadap kerajaan BN.

Apa pun alasan dan puncanya, nyata orang-orang Cina di Hulu Selangor - yang cukup dikenali sebagai kawasan hitam ketika zaman komunis dan darurat dahulu - telah menolak BN dan calonnya sehinggakan PKR berjaya mengekalkan jumlah undian walaupun secara majoritinya kemenangan kepada BN.

Dan 16 Mei ini (nasib baik tak buat 13 Mei) penduduk Sibu pula bakal memilih Ahli Parlimen yang baru selepas penyandangnya Robert Lau Hoi Chew meninggal dunia akibat barah.

Persoalannya apakah para pengundi Sibu yang majoritinya penduduk Cina akan membuat keputusan yang sama dengan orang Cina di Hulu Selangor? Persoalan ini sukar dijawab memandangkan Parlimen Sibu sendiri acap kali bertukar tangan antara BN dan pembangkang terutama DAP.

Aku percaya DAP akan berusaha semaksimum mungkin bagi memastikan Sibu akan jatuh ke tangan DAP selepas usaha di Hulu Selangor melalui calon proksinya gagal. Jadi tidak hairanlah parti itu meletakkan Pengerusi DAP Sarawak, Wong Ho Leng sebagai calon bagi menentang calon BN, Robert Lau Jr. Sedangkan semua tahu bahawa Ho Leng juga adalah ADUN Bukit Assek.

Jadi, kalau sesiapa yang tanya kenapa DAP letak Ho Leng, sudah pastilah jawapannya ialah DAP mahu memastikan mereka menang di Sibu, bukan sahaja untuk merampas kembali Parlimen itu dari tangan BN tetapi juga untuk menambah kerusi ahli Parlimennya memandangkan jumlah kerusi pembangkang semakin berkurangan lantaran tindakan wakil rakyat PKR, sekutu DAP yang meletakkan jawatan serta menebus kekecewaan DAP di Hulu Selangor.

Apa pun benarlah pandangan banyak pihak bahawa Sibu bakal menjadi medan kesetiaan orang Cina terhadap kerajaan BN yang telah membawa kemakmuran di negara ini termasuk di Sarawak sehinggakan orang-orang Cina bebas berniaga dan begitu ramai yang sudah menjadi jutawan.

Share this

5 Responses to "Cina Hulu Selangor tolak BN, bagaimana dengan Sibu?"

  1. Tuan.
    Sejak bila Cina sokong UMNO/MELAYU jika tak ada kepentinggan. Jika calun Cina BN mungkin le. Cuba letak Cina BN lawan Cina PR .. UMNO?melayu saja sokong Cina BN.
    Letak calun Cina/India dikawasan Melayu MESTI menang. Cuba letak Melayu d kawasan Cina....Itu pun tak berani !!. Nak menang Jangan harap le...

    Itu pun Melayu tak sedar Pemimpin Melayu sibok dengan 1Malaysia..

    ReplyDelete
  2. Shahaniq: Betul, kalau tak ada kepentingan buat apa sokong. Bukan dalam BN saja, tp dalam pembangkang pun. Agak2 kalau letak calon Pas kat Ipoh Utara, pembangkang boleh menang tak? Tapi kalau Lim Kit Siang bertanding kat DUN Melur, orang Pas Kelantan pun akan sokong Kit Siang.

    Betul ramai Melayu yang tak sedar diri baik Melayu UMNO, Pas mahupun PKR. Tapi jangan salahkan 1Malaysia. Ia adalah slogan untuk meniup semangat perpaduan di antara semua kaum. Bukan utk memberikan hak sama rata antara kaum. Beza tu....

    ReplyDelete
  3. ala melayu memang bodoh, tak pun mudah diperbodohkan. kalau tidak masakan selepas 52 tahun merdeka kita masih bercakar sesama sendiri. Org dah kedepan dengan harta betimbun dan ilmu menggunung. kita apa ada? kita menang sorak je...

    ReplyDelete
  4. Buat ape laungkan 1Malaysia sedangkan MELAYU rugi. Mana dia Pemimpim UMNO kata Pejuang Bangsa dengan dicatit dalam pelembagaan UMNO begitu juga dalam Fasal 153 pelembagaan Persekutuan. Dah TAKUT nak cakap pasal HAK Melayu. Ambil contoh Selangor. Kebanyakan Pemimpim UNMO Bahagian pun sekolah tinggi dan tak ada sijil macam mana nak memperjuangkan HAK Melayu. Yang ada pun isi temolok sendiri. Macam Khir Toyo tu. Sekarang Dtk NOR ok juga tapi Tapi nak minta maaf juga cakap pasal melayu. Orang2 Khir Toyo banyak di bahagian2 di Selangor. Sekarang ni suruh/sokong Pekasa buat apa. Nak cakap pasal PAS/PKR mereka ni tak bolih harap nak perjuang MELAYU. Kementerian MECD - MELAYU di tutup takut pada MCA. Tapi MCA tak laku untuk mendapat undi untuk BN. Orang MELAYU sekarang ini tak nampak UMNO tolong melayu, melainkan Barisan AJK UNMO bahagian aje itu pun mesti masuk kem yang BETUL.

    Sikap kebanyakan Pemimpin UNMO dah tak nampak lagi perjuang melayu melainkan cuma nak kekal dengan kuasa aje. Cina tak sokong pun beri 3juta. Ni melayu dah beri undi sampai sekarang pun tak dengar rancangan nak beri ape. Sekolah Ugama/ Surau / Jalan Kampung / Pinjaman sekolah dan perniagaan / Klinik semua ini perlu di beri bantuan dan tingkatkan kedudukan mereka TAPI masih tak dengar lagi ada rancangan untuk mereka.

    ReplyDelete
  5. Ape ape pun orang melayu dah kecewa dengan UMNO. Bukan mereka suka sangat dengan PKR/PAS tambahan pula dengan DAP. Sahingga kini Pemimpim UMNO Pusat tak buat apa apa untuk Melayu di akar umbi cuma lepaskan pada UNMO bahagian dan cawangan. Orang melayu dah bosan/meluat/meyampah dengan Cawangan /Bahagian perangai mereka tak berubah. Sombong, belagak asyik suruh budak suruhan dan dengar cakap budak2 tu sahingga akar umbi buat aduan dan rintihan tak selesai. Ketua dan Timbalan Ketua /Pemuda /Wanita semua ada team masing2. Kita minta pertolongan salah team dah kena black list.

    Kesimpulannya jika pemiimpimpusat tak berubah UMNO akan hancur dalam PRU akan datang.

    ReplyDelete

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.