26 April 2010

Di sebalik keputusan PRK Hulu Selangor

Tahniah P. Kamalanathan sebab menang dengan majoriti 1725 undi (RBF kata nombor ong sebab penamaan calon 17 hb, buang undi 25... cantekkk!). Di sebalik keputusan PRK P094 itu ada beberapa perkara yang menarik perhatian aku:

1) Nampaknya doa Nik Aziz dan puak2 yang minta kemenangan kepada Zaid Ibrahim tak dimakbulkan. Mungkin sebab mulut Nik Aziz dah makin busuk dengan pembohongan atau mulut Zaid yang berbau alkohol

2) Sebaliknya Allah telah selamatkan Hulu Selangor daripada mendapat seorang pemimpin seperti Zaid. Lebih baik Hulu Selangor dipimpin oleh seorang bukan Islam seperti Kamalanathan daripada dipimpin seorang Islam yang dah tak rupa Islam.

3) Samy Vellu perlu letak jawatan sebelum pemilihan akan datang sebab itulah janji beliau kepada pucuk pimpinan BN ketika mahukan wakil MIC diletakkan di Hulu Selangor. Permintaan itu sudah ditunaikan dan MIC kembali ke Hulu Selangor tetapi Samy Vellu kenalah tunaikan janjinya pula.

4) MCA perlu bekerja lebih gigih untuk meyakinkan  pengundi2 Cina jika mahu melihat BN kembali memerintah Selangor. Keputusan di Hulu Selangor membuktikan kaum Cina masih belum memaafkan BN. Mungkin kerana masalah dalaman MCA sebelum ini menyebabkan pengundi Cina banyak menyokong pembangkang.

5) MIC juga tidak boleh mendabik dada sebab walaupun jumlah sokongan kaum India bertambah kali ini tetapi jelas masih banyak yang tidak menyokong BN. Mungkin persaraan Samy Vellu akan mengembalikan keyakinan kaum India kepada BN.

6) Sungai Buaya menjadi penyumbang utama kemenangan BN. Ada yang kaitkan dengan pemberian pampasan kepada bekas peneroka Felda Sungai Buaya berjumlah RM50,000 seorang yang diumumkan PM menjadi penyebab sebahagian besar memangkah calon BN.

7) Pengundi di Bukit Sentosa yang bumbung rumah mereka sudah diperbaiki oleh kerajaan BN hasil lawatan PM ketika pelancaran Juara Rakyat sebelum ini nyata masih marahkan BN sehingga undi dari Bukit Sentosa tidak menyebelahi BN.

8) Pengundi Taman Bunga Raya banyak memberikan undi kepada calon BN. Mungkin hasil kehadiran PM, TPM dan Tun Mahathir malam tadi menyuntik jiwa mereka sehingga memilih calon BN. Jumlah yang hadiri majlis Bersama Pemimpin di taman itu malam tadi mencecah 10,000 orang sehingga berlaku kesesakan yang teruk.

9) Tindakan pihak pembangkang yang menggunakan kematian Teoh Beng Hock untuk meraih undi perlu dipersoalkan memandangkan kes kematian TBH masih dibicarakan di mahkamah koroner.

10) 13 pilihan raya kecil yang dikendalikan SPR sejak PRU-12 dua tahun lalu memberi pengalaman yang bermakna kepada suruhanjaya itu sehinggakan berjaya menguruskan PRK Hulu Selangor dengan baik.

Dan yang pasti Zaid dan pembangkang akan terus menyalahkan BN dan SPR atas kekalahan mereka di Hulu Selangor. Ketika mereka menang di 11 PRK lain tak pulak mereka salahkan BN atau SPR.

Share this

0 Comment to "Di sebalik keputusan PRK Hulu Selangor"

Post a Comment

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.