15 April 2010

Dilema Muhyiddin... Antara Samy dan pengundi Hulu Selangor

TERKINI..!
Ketua Penerangan MIC, P. Kamalanathan diumum sebagai calon BN pada PRK Hulu Selangor. Pengumuman dibuat oleh Muhyiddin di Bukit Sentosa sebentar tadi. Tahniah... Lepas ni nak tengok siapa pecat siapa!

Kepada Mugilan, jangan kecewa sebab anda masih muda. Peluang masih terbuka pada pilihan raya akan datang. Kepada Palanivel, jangan pula terjun lombong kat Bukit Sentosa pula atau pelahap samsu haram. Kang tak pasal2 wartawan kena kerja extra. Samy Vellu, just one word.... PIIIRAAAHHH....!!

POS ASAL:
Memang kurang ajar kalau betul Samy Vellu nak pecat mana-mana calon MIC lain selain Palanivel jika mereka bertanding di Hulu Selangor. Itu yang dimaklumkan hasil mesyuarat tergempar pengurusan MIC malam tadi.  Sedangkan Muhyiddin dijangka akan umumkan nama calon BN itu petang ini.

Pergh... Ternyata dalam beberapa jam menjelang pengumuman tersebut Samy Vellu, Presiden seumur hidup MIC (walaupun MIC dah nak mati) terus memberi tekanan kepada Muhyiddin dan Najib. Walaupun nama calon belum diumumkan tetapi Samy dah mengugut mana2 calon lain selain yang ditentukan oleh beliau iaitu Palanivel. Mreka yang terpilih akan dipecat.

Inilah Samy Vellu sebenarnya. Kalau nak tahu kenapa politik kaum India di Malaysia ini berpecah belah, inilah "syaitannya". Samy tak pernah insaf dan tak pernah sedar diri. Walaupun MIC dah ditolak oleh rakyat, termasuk dirinya sendiri yang selama ini berkubu kuat di Sungai Siput, beliau tetap berdegil dan keras kepala.

Bukankah beliau sendiri yang mahukan calon MIC diletakkan di Hulu Selangor dan permintaan itu sudah dipersetujui oleh Najib walaupun Najib tahu beliau sudah melukakan hati orang Melayu di sana yang mahukan calon UMNO. Tetapi demi semangat "BN" Najib ketepi suara rakyat dan bersetuju calon MIC diletakkan di situ.

Kini Samy bertindak angkuh dengan mengugut calon favourite pengundi dan orang Melayu - V. Mugilan. Sebabnya Mugilan bukan pilihan Samy tetapi sebaliknya beliau mahu meletakkan Palanivel, yang sudah menjadi Ahli Parlimen Hulu Selangor selama 3 penggal sehinggalah ditolak pengundi pada PRU-12 lalu.

Aku percaya menjelang pengumuman calon BN kira-kira pukul 3 petang ini, Muhyiddin kini berada dalam dilema sama ada mahu mengikut kehendak pengundi dan orang Melayu yang merupakan majoriti pengundi di sana atau akur dengan "politik peribadi" Samy Vellu.

Tapi kalau aku jadi Muhyiddin, aku memilih untuk mencalonkan Mugilan - calon pilihan pengundi Hulu Selangor daripada memilih Palanivel yang sudah ditolak oleh pengundi di sana. Kemenangan BN di Hulu Selangor jauh lebih penting daripada survivor politik Samy dan Palanivel.

Biar Samy pecat Mugilan sebab Najib dan Muhyiddin boleh memecat keanggotaan MIC dalam BN, jika mereka mahu. Lagipun Samy bukan "sami" apa lagi "tuhan".... Piirah!!!

Share this

0 Comment to "Dilema Muhyiddin... Antara Samy dan pengundi Hulu Selangor"

Post a Comment

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.