08 April 2010

Hidung Palanival dah kembang kuncup!

Tetiba hidung Palanival yang mancung tak mancung itu kembang kuncup. Apa tidaknya... Najib dah umumkan calon untuk PRK Hulu Selangor milik MIC. UMNO ke MCA ke takde chance. Dengan keputusan pucuk pimpinan tertinggi BN itu, Palanival yang juga orang no. 2 MIC dan bakal pengganti Presiden Seumur Hidupnya, Samy Vellu itu ada harapan untuk bertanding lagi di Hulu Selangor.

Dia begitu yakin akan dipilih oleh Najib untuk bertanding semula di Hulu Selangor selepas tewas di tangan Datuk Zainal Abidin Ahmad (PKR) pada PRU-12 lalu. Dia yakin benar sebab sudah tiga penggal di menang di Hulu Selangor sebelum dirampas Datuk Zainal. Jadi tak hairan kalau hidungnya kembang kuncup sehari dua ini.

Keyakinan tinggi bahawa dia akan dicalonkan semula amat ketara ketika menghadiri satu majlis di sekitar Bukit Beruntung baru-baru ini. Dengan nada suara penuh berbunga-bunga dia berjanji (kepada satu pertubuhan NGO) untuk memberikan lebih banyak bantuan jika dia menang pada PRK Hulu Selangor.
"Puan-puan jangan risau. Hari ini saya bagi sedikit sumbangan. Kalau saya menang nanti, lagi banyak saya kasi..."

Itulah lebih kurang janji Palanival di hadapan kira-kira 30 orang di dewan sebuah resort di Bukit Beruntung baru-baru ini, seperti diberitahu seorang rakan baik aku. Rakan aku itu turut sama pada majlis tersebut.

Bahkan rakan aku memaklumkan pada hari itu sahaja sebanyak 17 majlis dihadiri Palanival. Wah begitu sibuk sekali nama yang dicalonkan oleh Samy untuk bertanding di Hulu Selangor melobikan diri kepada pengundi, walaupun nama calon BN hanya diumumkan  oleh Muhyiddin 15 April ini, dua hari sebelum hari penamaan calon.

Kepada Datuk G. Palanival, sudah-sudahlah melobi dan berkempen kelak nanti ketika Muhyiddin mengumumkan nama calon BN, saudara akan terjun lombong atau togak samsu haram kerana kecewa tidak dipilih lagi.

Yang pasti Hulu Selangor sudah menolak G. Palanival sejak PRU-12 lalu...!

Share this

7 Responses to "Hidung Palanival dah kembang kuncup!"

  1. Rahsia kenapa calon MIC dipilih di Hulu Selangor akhirnya dibongkar......sila klik disini

    ReplyDelete
  2. Kita kena ingat kejayaan UMNO memerintah Malaysia selama lebih 50 tahun adalah atas kesepakatan parti2 komponen yg bergabung di bawah Perikatan/BN. Benar PRU-12 menyaksikan MIC kalah teruk tp tdk bermakna mereka perlu dihukum atas kekalahan tersebut. Ingat PRU thn 1999 lalu, UMNO kalah teruk akibat isu pemecatan Anwar. Tanpa kejayaan parti2 komponen (MCA, MIC) mungkin BN hilang kuasa di Malaysia. Malah Najib sendiri hampir tewas pada masa itu.

    Hulu Selangor perlu ditangani dengan bijak oleh Najib dan aku percaya dalam hal ini Najib sudah membuat keputusan yg bijak dgn meletakkan calon MIC dan sudah pasti calonnya nanti adalah yg boleh diterima semua kaum di Hulu Selangor.

    ReplyDelete
  3. Tambahan: Kekalahan BN pada PRU-12 lalu mungkin kerana pengundi menolak Palanival tetapi tidak bermakna mereka menolak MIC (BN).

    ReplyDelete
  4. Akur sahaja dengan keputusan pimpinan mereka sendiri. Inilah sifat ahli Umno takut untuk menongkah arus menegakkan kebenaran dan kemahuan mereka kepada pimpinan. Mereka hanyalah 'Yes Man' mengikut sahaja apa yang diputuskan oleh pimpinan. Seolah-olah keputusan pimpinan mereka sama taraf dengan wahyu Allah. Malah lebih teruk lagi kadang-kadang wahyu Allah mereka berani sanggah tetapi keputusan pimpinan mereka tidak berani untuk sanggah walaupun bertentangan dengan Islam.Mungkin pimpinan Umno Hulu Selangor sudah termakan pujuk ..................Media hari ini melaporkan bahawa Umno Bahagian Hulu Selangor menyokong penuh keputusan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Najib Razak bahawa calon MIC akan bertanding mewakili BN pada pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor, 25 April ini. Saya sedang menanti komen dari Pengerusi 'Perkasam' tentang keputusan Najib memilih MIC mewakili BN di Hulu Selangor.

    ReplyDelete
  5. Darulehsan: bukankah puak2 Pas termasuk Tok Guru juga meletakkan Anwar macam Nabi. Apa sahaja kata Anwar disokong, dipuja dan dipuji walaupun jelas2 dia tu penipu besar... Malah Tok Guru sendiri letakkan dirinya macam Tuhan, boleh tentukan siapa masuk syurga, siapa masuk neraka. Siapa kena laknat siapa tak... Tapi malang, sehingga hari ini satupun doa Tok Guru tak termakhbul sebaliknya dirinya pula yg terima aib oleh Kickdefella. Kenapa ya? Agaknya mulut Tok Guru dah masam... kah kah kah!!!

    ReplyDelete
  6. nik aziz tidak pernah meletakkan anwar macam nabi. kebanyakan statement nik aziz dimanipulasi oleh media pro bn. tok guru juga tidak pernah meletakkan dirinya macam tuhan.
    adakah anda tidak tahu bahawa balasan dari tuhan itu ada yg tunai dan ada yg hutang?. walaubagaimanapun saya hormati pandangan anda.

    ReplyDelete
  7. Darulehsan: Mana tak macam nabi, semua Anwar cakap dia dengar dan patuh mcm cakap Anwar tu wahyu Nabi jeh. Statement dimanipulasi oleh media BN? Macam mana kenyataan2 yang dibuat blogger Kickdefilla?

    Betul, balasan Allah ada yang tunai ada yang hutang dan balasan Allah kepada Nik Aziz dah ada yg dibayar tunai... Begitu juga kepada Anwar Ibrahim! Tunggu je lah!

    ReplyDelete

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.