03 April 2010

Hulu Selangor... Tarok batang pisang pun boleh menang!!!

Kecoh di kalangan puak UMN/BN perihal calun BN di Hulu Selangor. Sesetengah mereka nakkan calun dari UMNO (Melayu) dengan alasan pengundi Hulu Selangor nakkan wakil rakyat Melayu. Sebab itu PRU-12 Datuk Zainal Abidin menang sebab dia Melayu walaupun semua ADUN disapu bersih calon BN.

Setengahnya pula mempertahankan tradisi amalan BN iaitu Hulu Selangor memang khas untuk wakil dari parti komponen baik MCA mahupun MIC walaupun sedar kawasan tersebut majoritinya pengundi Melayu.

Bagi aku taruk siapa sahaja BN akan memperoleh kemenangan. Ini keyakinan aku. Dalam situasi pembangkang terutama PKR yang menghadapi masalah dalaman parti di tambah dengan prestasi pemerintahan pembangkang di Selangor manakala cara kepimpinan Najib, aku yakin pengundi di Hulu Selangor memberi sokongan padu kepada BN. Pendek kata kalau BN taruk batang pisang dan tampang dacing pun, orang Hulu Selangor akan pangkah BN.

Ini disandarkan kepada PRU-12 lalu. Kemenangan PKR di Parlimen Hulu Selangor adalah kerana kekuatan calonnya iaitu Allahyarham Datuk Zainal Abidin dan bukannya kerana kekuatan PKR atau pembangkang. Kalau benar PKR menerima sokongan kuat di Hulu Selangor, masakan ketiga-tiga ADUN dikuasai BN. Jadi pada PRK kali ini sudah pasti keadaan PRU-12 tidak berlaku lagi dan pengundi Hulu Selangor akan memberi undian majoriti kepada siapa sahaja calon BN, baik Melayu, India mahupun Cina.

Sejarah pilihan raya lalu membuktikan bahawa orang Hulu Selangor tidak kisah siapa yang mewakili mereka, asalkan BN dan wakil rakyatnya ikhlas berbakti kepada rakyat. Apakah jaminan kalau calon UMNO, wakil rakyat tersebut benar-benar berbakti kepada rakyat dan apakah ada petanda kalau bukan Melayu dicalonkan, mereka tidak menjalankan tugas mereka kepada rakyat? Tiada bukti!

Tetapi fakta jelas bahawa kerusi itu pernah diwakili UMNO, MCA dan terakhir MIC. Palaneval sendiri telah memenangi kerusi itu selama 3 penggal. Jadi kekalahan beliau pada PRU-12 tidak boleh dijadikan kesimpulan bahawa orang Hulu Selangor mahukan wakil Melayu (UMNO) sedangkan pada PRU sebelum ini Hulu Selangor terus catat kemenangan kepada BN.

Kekalahan BN di Parlimen Hulu Selangor (ketika ketiga2 DUN dikuasai BN) jelas disebabkan oleh tsunami politik pada masa itu di samping (sekali lagi) kekuatan calon PKR iaitu arwah Datuk Zainal Abidin yang pernah memegang jawatan Exco kanan dan juga Timbalan Menteri Besar ketika berada di dalam UMNO.

Jadi, hentikanlah perdebatan mengenai calon BN. Apa yang pasti semua pihak perlu bekerja keras memastikan calon yang diletakkan nanti memperoleh kemenangan sekaligus merampas kerusi tersebut, waima batang pisang sekali pun.

Share this

1 Response to "Hulu Selangor... Tarok batang pisang pun boleh menang!!!"

  1. Jika BN tidak meletakkan calon Melayu dari UMNO, wajar kemenangan diberi kepada calon PAS/PKR atau proksi PERKASA.

    Melayu di Hulu Selangor sekali lagi akan memberi 'pengajaran' kepada UMNO.

    ReplyDelete

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.