05 April 2010

Pandangan pengundi Hulu Selangor

Berikut pandangan dua pengundi di Hulu Selangor berhubung calon BN pada pilihan raya kecil Parlimen kawasan itu 25 April ini (penamaan calon 17 April) ketika aku menghadiri satu majlis di Bukit Beruntung, semalam. Aku anggap pandangan yang aku terima ketika berbual dengan mereka (secara berasingan) adalah satu pandangan ikhlas.

PANDANGAN I: 
(Seorang lelaki. Mengaku sebagai pencen askar. Berusia sekitar 50-an)

Beliau berkata, para pengundi Melayu di Hulu Selangor mahukan seorang wakil rakyat (Parlimen) dari kaum Melayu selepas sekian lama diwakili oleh bukan Melayu. Katanya, ini kerana kawasan itu majoriti penduduknya adalah Melayu. Kekalahan Datuk G. Palanival pada PRU-12 lalu di tangan Allahyarham Datuk Zainal Abidin Ahmad kerana pengundi telah menolak wakil Parlimen bukan Melayu.

Bukti jelas, katanya, apabila semua kerusi DUN dimenangi oleh calon BN tetapi di peringkat Parlimen kemenangan diberikan kepada pembangkang (PKR) iaitu Datuk Zainal Abidin, bekas Timbalan MB ketika berada dalam UMNO sebelum itu.

Katanya, ugutan jika calon MIC dipilih kemungkinan orang UMNO di Hulu Selangor akan memboikot PRK itu telah kedengaran. Perkara ini perlu  mendapat perhatian pucuk pimpinan. Apatah lagi jika Palanival dipilih semula memandangkan "rekod" beliau di kawasan itu tidaklah memuaskan hati pengundi sepanjang tiga penggal menjadi Ahli Parlimen Hulu Selangor sebelum ditewaskan pada PRU-12 lalu.

PANDANGAN II:
(Seorang wanita. Berusia awal 40-an. Bekerjaya dan aktif dalam pertubuhan bukan kerajaan, termasuk Perkasa.)

Katanya, memang secara majoritinya Melayu paling ramai di Parlimen Hulu Selangor iaitu sekitar 59 peratus tetapi harus diingat Melayu di kawasan tersebut berpecah kepada tiga kumpulan iaitu penyokong UMNO, Pas dan PKR. Undi bergantung kepada bukan Melayu - Cina dan India. Jadi, pucuk pimpinan perlu juga memikirkan perkara tersebut.

Meletakkan calon Melayu belum menjamin kemenangan kerana ia banyak bergantung kepada calon itu sendiri. Dan meletakkan calon bukan Melayu (MIC) pun belum tentu menjanjikan kekalahan. Jadi, baginya siapa sahaja yang diletakkan perlu mendapat sokongan dan restu peringkat akar umbi. Kalau MIC sekalipun biarlah dia orang baru yang masih "bersih" dan tidak mempunyai rekod buruk dan diterima oleh semua pengundi di Hulu Selangor.

Itu pandangan  dua pengundi berhubung calon yang bakal diletakkan oleh BN di Hulu Selangor. Berapa ramai yang setuju dengan pangangan mereka tidaklah diketahui. Yang jelas, senarai calon baik dari MIC mahupun UMNO (atau mungkin dari MCA jugak?) sudah diterima oleh pucuk pimpinan. Muhyiddin memaklumkan nama calon hanya akan diumumkan pada 15 April ini, dua hari sebelum penamaan calon.

Jadi, sebaiknya kita tunggu sajalah!

Share this

3 Responses to "Pandangan pengundi Hulu Selangor"

  1. calon sememangnya faktor utama di hulu selangor.

    saya selaku pengundi di hulu selangor sendiri mengakui bahawa calon melayu adalah pilihan utama saya.

    kalau pucuk pimpinan BN masih pekakkan telinga terhadap suara rakyat hulu selangor yang mahukan calon melayu, saya mengerti bahawa BN sememangnya tidak mahukan undi saya.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum,
    Saya berbeza sedikit dengan pandangan ke 2. Membuat calculation dengan perkiraan rambang "Letak Melayu belum tentu Menang etc" begitu amat dangkal sekali. Mana boleh begitu. Ini bukan pasal kemenangan semata-mata tapi MARUAH dan MARTABAT. Jika kalah sekalipun tak mengapa, kerana sekurang2nya kita telah cuba menunaikan hasrat rakyat majoriti maka UMNO akan dipuja rakyat. Saya adalah org luar yg menginap di Kuala Kubu Hulu Selangor, MAKA ingin saya bertanya...sebesar2 HULU SELANGOR, apakah BN Hulu Selangor KETANDUSAN CALON MELAYU YG BOLEH DITERIMA OLEH PELBAGAI KAUM?. Kesian saya melihat org Melayu di sini...terhegeh2 minta di calonkan. Dan apakah yang dibanggakan sangat dengan sistem kuota jika MIC sudah hilang dari kamus hidup org India di sini, lantaran KELEMAHAN PALANI sebelum ini dalam membela nasib sekaumnya?. Jadi...mahu yang bagaimana lagi?.....
    Ikhlas dari pemastautin sementara Kuala Kubu.

    ReplyDelete
  3. najib kata jangan bangkitkan soal calon. terima saja sapa yg dipilih. fikirkan parti jgn fikirkan calon katanya. korang fikir fikirkanla.

    ReplyDelete

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.