13 April 2010

Pencalonan Zaid Ibrahim bakal besarkan majoriti kemenangan BN!

Zaid Ibrahim disahkan akan jadi calon PKR di Hulu Selangor. Keputusan dibuat dalam mesyuarat yang diadakan di rumah CIFU Anwar pagi ini. Itu kata blogger totok sibontot Anwar, Hishamuddin Rais-lah. Wah, semalam aku baca Zaid hanya dicalonkan jika BN letak Palanivel tapi belum sempat BN umumkan calonnya, alih-alih nama Zaid dah disahkan. Tapi eloklah Zaid jadi calon, makin besarlah majoriti kemenangan BN nanti.
Anwar dan puak2 PKR mungkin melihat Zaid boleh mempertahankan kerusi Hulu Selangor berdasarkan rekod beliau sebagai bekas menteri jaga undang-udang ketika zaman Pak Lah dahulu. Tapi mereka agaknya lupa bahawa pelantikan Zaid sebagai menteri bukan kerana dia memenangi kerusi Parlimen mana-mana kawasan pun. Malah dia tidak dicalonkan pun dan pernah pula terlibat dengan politik wang sehingga digantung keahlian UMNO. Zaid jadi menteri sebab dilantik oleh Pak Lah kelabu asap, itu sahaja.

Dari segi rekod pencapaian sepanjang jadi menteri, Zaid tidaklah elok sangat apa lagi kalau nak ambil kira apa yang beliau telah lakukan untuk rakyat sepanjang jadi menteri memang tak ada langsung. Beliau lebih banyak terpekik terlolong perihal isu Lingam dan kisah lama tentang pemecatan hakim yang akhirnya Pak Lah sambut dan hakim2 itu diberikan graduiti dalam jumlah yang cukup besar.

Malah ramai orang Melayu yang marahkan Zaid apabila dia mempersoalkan tentang ISA dan hak istimewa Melayu. Dan aku percaya orang Melayu di Hulu Selangor masih tidak lupa kenyataan-kenyataan bekas menteri BN ini ketika dalam kerajaan. Apakah pemimpin seperti ini mahu diangkat lagi oleh pengundi di Hulu Selangor?

Bagi orang UMNO pula, Zaid mempunyai rekod "tidak molek" apabila pernah digantung keahlian kerana didapati bersalah terlibat rasuah ketika bertanding merebut kerusi Ketua Bahagian UMNO Kota Bharu suatu ketika dahulu. Akibatnya, dia bukan sahaja digantung keahlian sekaligus jawatannya tidak sah.

Seingat aku puak2 pembangkang bukan main lagi membuat serangan ke atas Ali Rustam yang dikatakan terlibat politik wang. Bertalu-talu serangan dibuat oleh mereka yang diketuai oleh Anwar. Modalnya ialah pemimpin UMNO semua rasuah. Dan sekarang PKR sendiri mahu meletakkan calon yang pernah terlibat dalam rasuah untuk mewakili Parlimen Hulu Selangor? Cantekkkk.....

Aku percaya pemilihan Zaid dibuat kerana PKR sudah kekontangan calon untuk diletakkan di Hulu Selangor dan pada masa yang sama mereka cuba "mengangkat" Zaid untuk membolehkan beliau berada dalam barisan kepimpinan PKR  bagi menggantikan pejuang2 reformasi dan kawan2 baik Anwar yang telah meninggalkan parti dan Anwar satu persatu.

Tapi aku percaya lebih elok anak Kelantan itu bertanding di Hulu Selangor kerana aku percaya beliau akan ditolak oleh pengundi-pengundi di sana terutama orang Melayu dan harapan untuk calon BN (MIC) memenangi dengan majoriti yang lebih besar lebih cerah.

Selamat date ko Ulu Selango diucapkan kpd Zaid Ibrahim. Tapi lepah pengiraan undi, silo balek semula ke Kelate sebab orang Hulu Selangor tidak perlukan khidmat perasuah mace Zaid jadi wakil mereka.

Share this

0 Comment to "Pencalonan Zaid Ibrahim bakal besarkan majoriti kemenangan BN!"

Post a Comment

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.