10 April 2010

Ringgit mata wang paling kukuh di Asia? Wow.....

TAMBAHAN:
Ops... Ternyata kenyataan asal aku menyatakan tiada secuit berita tentang prestasi matawang ringgit ini tak tepat sebab aku dah baca laporan Utusan Malaysia hari ini. Baca di sini... Cuma cara penyampaiannya berbeza. Media tempatan patut highlight-kan laporan ini agar rakyat sedar...

POSTING ASAL:
Aku terkejut baca posting terbaru blogger yg juga wartawan Singapura yang menyatakan matawang Malaysia iaitu RINGGIT sebagai matawang paling kukuh di Asia sepanjang Q1 tahun ini. Baca di sini... Dan persoalan yang bermain difikirannya dan juga kepala hotak aku, kenapa perkara ini tidak dilaporkan oleh media tempatan?

Wah, kenapalah Menteri Kewangan baik pertama mahupun kedua, atau Gabenor Bank Negara atau mana-mana bijak pandai ekonomi tak memaklumkan perkara ini kepada media tempatan? Atau apakah mereka sendiri tidak mengetahuinya? Kenapa ia mendapat perhatian media di negeri Temasek tetapi secuit berita pun tak ada dalam surat khabar Malaysia?

Inilah jadinya kalau surat khabar di Malaysia ini lebih seronok bercerita tentang politik, soal artis kahwin cerai atau perihal aktiviti isteri-isteri menteri sehinggakan isu yang besar dan sudah pasti menaikkan nama negara itu terlepas pandang (atau tidak dipandang?).

Aku percaya kalau media tempatan memainkan isu ini, ia sekaligus menjadi modal kempen bagi BN di Hulu Selangor dan Sibu. Sebabnya, laporan tersebut akan menafikan dakwaan Anwar dan puak2 pembangkang konon ekonomi negara merosot teruk. Tapi sayang ia tidak dilaporkan di sini, seperti kata wartawan Singapura ini. Terima kasih sedara!

Aku pun tumpang baca laporan The Straits Times dan aku poskan semula artikel tersebut:

SHOWING MORE MUSCLE
Ringgit leads against S$

By Robin Chan
ASIAN holidays have been looking markedly less attractive in recent weeks as the Malaysian ringgit leads an extended rally of regional currencies against the Singapore dollar.
Since the beginning of the year, the local currency has seen its value shrink 6 per cent against the ringgit, and 3 per cent against the Indonesian rupiah and the Thai baht.
Regional currencies were further boosted yesterday after a New York Times report that Beijing was very close to announcing a 'small but immediate' revaluation of the yuan and would then let it fluctuate more widely.
A stronger yuan would make exports from the region less expensive than those from China, and would give central banks the leeway to let their currencies climb without fear of losing out to China.
According to analysts, the ringgit has been the best-performing Asian currency so far this year. It reached a high of 2.294 against the local currency yesterday - the strongest the ringgit has been since March 2008.
The rupiah has also been gaining since November 2008, hitting a 19-month high of 6,473 against the Singdollar on Tuesday, before a slight retreat yesterday to 6,510.

Ops... Tolong ya. Ini bukan laporan Utusan Meloya atau Berita Hairan ya. Ini adalah laporan akhbar Singapura yang kerajaan Malaysia atau UMNO atau BN tak ada share pun dalam syarikat mereka.

Share this

4 Responses to "Ringgit mata wang paling kukuh di Asia? Wow....."

  1. abangxxx said;
    Sebenarnya berita yang selari dengan pengumuman ini sudah disiarkan berkali-kali. Hanya ia perlu dihidangkan dengan sebegitu rupa sehingga tidak memberi persepsi negatif terhadap barangan kita yang kita jual diluar negara. Maknanya, kalau Zeti mendabik dada dan kata mata wang kita paling kuat, mat saleh akan tafsir harga barangan kita sebagai mahal.
    saya: abangxxx-daroblog.blogspot.com
    kita juga ada di: groundreport.com
    newsvine.com
    shvoong.com
    authorsden.com
    kita adalah mattsgood diTwitter.com

    ReplyDelete
  2. Betul kata abgxxx, macam jugak mantan PM Tun Mahathir yang tidak tergesa-gesa mengumumkan Malaysia menuju ke arah negara maju, nanti susah nak buat pinjaman dan dapat bantuan dari antarabangsa....

    ReplyDelete
  3. tima kasih abang triple-X...!

    ReplyDelete
  4. ye je ringgit mata wang paling kukuh.apesal tak masuk kat TV3..ahha....

    ReplyDelete

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.