Strategi baru kempen BN di Hulu Selangor berjaya!

Aku nampak PRK Hulu Selangor, cara kempen BN sangat berbeza berbanding PRK atau PRU sebelum ini. Tiada lagi taburan janji-janji pembangunan yang melampau manakala kaedah kempen pula telah selari dengan kaedah pembangkang termasuk membuat serangan peribadi terhadap calon. Hal ini pernah aku suarakan ketika PRK Bagan Pinang tempoh hari. Baca di sini...

Walaupun pembangkang tidak gemar dengan cara BN menerusi blogger-blogger jalanan yang pro-BN menyerang Zaid melalui "serangan peribadi calon" tetapi mereka perlu terimanya memandangkan kaedah inilah yang sering dimainkan oleh puak2 pembangkang dalam kempen mereka. Anwar sering menyerang peribadi pemimpin BN khususnya Najib sehinggakan beliau sanggup mengada-adakan cerita jika tiada isu yang mahu dijadikan senjata.

Nyata BN tidak lagi bersikap difensif terhadap kempen2 pembangkang sebaliknya turut membuat serangan balas. Malah segala tuduhan, tohmahan dan cercaan yang dilemparkan oleh pembangkang termasuk isu Apco telah dijawab oleh pihak BN melalui ceramah-ceramah para pemimpin dan para blogger. Inilah yang rakyat mahukan selama ini iaitu mahu mengetahui apakah benar segala tohmahan yang dibuat pembangkang dalam kempen mereka yang selama ini sering diabaikan oleh jurukempen BN kerana lebih terfokus kepada usaha memberikan "rasuah" pembangunan.

Apa yang pasti tiada lagi projek-projek mee segera, janji-janji muluk kepada pengundi yang dibawa BN di Hulu Selangor. Sebaliknya mereka menggunakan pendekatan offensif yang  membuatkan puak2 pembangkang tidak mampu lagi menepis. Zaid sendiri terpaksa mengaku salah setiap pendedahan yang dibuat oleh blogger berhubung isu arak dan lumba kuda.

Tahniah Muhyiddin, Noh Omar, Ahmad Maslan dan barisan pemimpin BN yang sama-sama menggerakkan kempen cara baru ini sehingga membuatkan pembangkang terpaksa menggunakan segala senjata untuk menepis dan mempertahankan diri - keadaan yang dialami oleh BN sebelum ini.

Aku percaya jika strategi ini dikekalkan oleh BN  di Sibu, aku percaya pembangkang di Sarawak juga tidak mampu menahan arus perubahan dalam BN menerusi gerak kempen yang bersifat "menyerang" seperti ini.

Cuma gerak kempen Pemuda dan Puteri UMNO tidak begitu dirasakan di Hulu Selangor. Kenapa ye?
Strategi baru kempen BN di Hulu Selangor berjaya! Strategi baru kempen BN di Hulu Selangor berjaya! Reviewed by mesin taip buruk on 4/22/2010 04:16:00 AM Rating: 5
Powered by Blogger.