18 April 2010

Zaid mengaku dia kaki botol.. Dush! Azmin kena


Zaid Ibrahim buat pengakuan bahawa dia memang kaki botol tapi katanya "itu cerita lama". (Baca di sini...) Dush... Kenyataan yang membuatkan Azmin Ali terduduk dan senak perut. Mana tidaknya semalam dia cabar BN dan puak2 bloggers tunjuk bukti bahawa calon PKR di Hulu Selangor tu kaki botol alih-alih hari ini tuan punya badan buat pengakuan.

Tak kisahlah Zaid cerita lama ke cerita baru ke tapi dakwaan bloggers tu betullah. Tapi nak tanya juga, kalau lama tu berapa lama agaknya ya? Mungkin sejak keluar UMNO dan masuk PKR kut? Kalau begitu Alhamdulillah, bersyukur kepada Anwar Ibrahim kerana berjaya "menginsafkan" seorang insan kerdil macam Zaid ya? Alim Anwar ni... Tinggi imannya.

Patutlah selama ini dia memang pantang sebut hudud-hudud ni sampai sanggup nak saman kerajaan Pas sebab nak bentang undang-undang Hudud. Tapi peliknya Tok Guru dan puak2 alim ulama Pas boleh pula "menyokong penuh" kaki botol tegar ni untuk jadi wakil rakyat di Hulu Selangor ya.

Apa komen Hassan Ali ya kalau dah dapat tau si Zaid ni kaki botol? Jangan tanya komen Ronnie Liulah. Dia mesti naik syok punya kalau dapat Ahli Parlimen kaki togak macam Zaid. Boleh jual arak banyak-banyak kat Kuala Kubu Baru, Serendah, Bukit Beruntung, Bukit Sentosa... Heee... Oik Hassan Ali tak boleh marah, nanti kena jual!

Anyway para pengundi Hulu Selangor, tepuk dada tanyalah selera masing-masing. Pilihan di tangan anda. Cuma jangan salah pilih sudah. Kelak nanti menyesal tak sudah. Belajarlah dari pengalaman sepanjang 2 tahun ini....

Share this

1 Response to "Zaid mengaku dia kaki botol.. Dush! Azmin kena"

  1. bukan kaki botol tapi tahi arak. bukan itu JE, ADA KUDA LAGI UNTUK RACE JUDI. TANYALAH GELANGGANG RASING KUDA DI SG BESI TU. SEKARANG DAH BERHENTI KOT KERANA DAH LEBAI. TIDAK PUN PAKAI PROKSI. ZAID, SIAPA TAK KENAL. SEMUA BOLEH. LIBERAL KATAKAN.

    ReplyDelete

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.