Antara lesen judi Piala Dunia, lesen ternak babi & lesen jual arak

Aku tak pernah tikam nombor ekor walaupun opis aku depan kedai 4D, aku tak pernah pertaruh race kuda walaupun nak balik rumah aku mesti lalu ikut tempat racing kuda dan aku tak pernah pun masuk kasino walaupun kerap juga aku naik Genting. Sebabnya aku orang Islam dan haram bagi aku berjudi.

Tapi apabila kerajaan nak keluarkan lesen pertaruhan (judi) bola sepak Piala Dunia aku kata biarkanlah lagipun selama ini mereka pertaruh juga secara haram. Hasil cukai lesen tu boleh juga digunakan untuk beri bantuan kepada sekolah2 jenis kebangsaan Cina & India, rumah2 ibadat bukan Islam atau buat jambatan untuk orang awam.

Bila aku cakap macam itu ramai yang bantai aku konon aku dah jadi kafir dan murtad sebab sokong judi sedangkan aku kata lesen judi itu khas untuk orang bukan Islam, untuk orang kafir macam Lim Kit Siang atau Karpal Singh. Kata mereka mentang2 aku taksub UMNO, sampai BN lesenkan judi pun aku sokong.

Jadi, aku nak tanyalah puak2 yang menentang pelesenan judi Piala Dunia ni, apa bezanya memberi kebenaran kepada puak2 kafir bertaruh ketika Piala Dunia (yang berlangsung 4 tahun sekali) dengan membenarkan puak kafir pelihara babi secara besar-besar di Sepang? Sedangkan babi juga haram. Ataupun membenarkan arak dijual di kawasan majoriti penduduk Islam di Shah Alam? Arak juga haram.

Inilah sikap hipokrip puak2 yang konon lebih Islam daripada orang Islam lain. Semua yang dibuat oleh kerajaan BN tak betul sebaliknya mereka hanya berdiam diri (tak kurang yang menyokong) apabila kerajaan Selangor yang diketuai seorang MB beragama Islam membenarkan ternakan babi secara besar-besaran dan penjualan arak di kedai2 di sekitar kawasan Melayu. Malah mereka juga tidak pun berura2 nak tutup dua kilang arak di PJ dan Subang Jaya.

Kalau kalian benar2 tidak mahu kerajaan BN keluarkan lesen judi Piala Dunia, kalian juga sepatutnya mendesak kerajaan Selangor menarik balik kebenaran penjualan arak di kedai2 7-11, menutup kilang Carlsberg dan Anchor  dan ladang-ladang babi. Begitu juga dengan kedai2 ekor di negeri2 di bawah kerajaan pakatan. Jangan kata dulang paku serpih kata orang dia yang lebih.

Kerajaan BN tidak bodoh untuk membenarkan pertaruhan Piala Dunia secara membabi buta tetapi sudah menilai baik buruknya. PM juga tidak bodoh membenarkan puak2 pembangkang menghentam beliau dengan isu ini jika tidak mempunyai alasan yang kukuh.

Selain dapat mengutip hasil cukai, kerajaan juga sebenarnya dapat mengawal orang Islam daripada terlibat dengan perjudian tersebut. Bayangkan kalau ia dilakukan secara haram dan terselindung, sudah pasti sukar untuk pihak jabatan agama menjejaki penjudi2 dari kalangan umat Islam ini.

Itulah korang, kuman seberang laut nampak je tapi gajah depan mata korang buat2 rabun atau buta.
Antara lesen judi Piala Dunia, lesen ternak babi & lesen jual arak Antara lesen judi Piala Dunia, lesen ternak babi & lesen jual arak Reviewed by mesin taip buruk on 5/21/2010 02:34:00 AM Rating: 5
Powered by Blogger.