BN dikalahkan "bookie" di Sibu...!!

DAP menang di Sibu kerana pengundi Cina telah ditabur wang oleh para bookie (tauke judi) yang mahukan pembangkang menang. Hal itu sengaja didiamkan oleh DAP dan puak2 pembangkang di sana kerana mereka merestui pengundi2 di Sibu "dibeli" oleh para tahi judi ini. Maklum jika DAP menang, hasil perjudian itu akan turut dinikmati oleh para pemimpin mereka!!

Kegiataan perjudian PRK bukan hanya berlaku di Sibu malahan juga di Hulu Selangor. Bagaimanapun keadaan di Sibu dikhabarkan tidak terkawal dengan masing-masing mempertaruhkan sehingga jutaan ringgit. Kegiatan bookie PRK Sibu hampir menyamai perjudian Piala Dunia.

Jadi, puak2 pembangkang jangan hanya tuduh BN penabur wang kepada rakyat kerana sekurang-kurangnya BN menjanjikan pembangunan sebaliknya pembangkang menggunakan bookie untuk membeli kertas-kertas undi untuk mereka, terutama di kalangan pengundi bukan Melayu.

Sehubungan dengan itu aku mencabar pihak berkuasa untuk menyiasat tentang kegiatan perjudian haram PRK Sibu ini. Pada masa yang sama aku juga berharap puak2 BN terutama di Sarawak mencabar keputusan PRK Sibu di mahkamah kerana ia tidak berlaku adil.

Kalau Zaid Ibrahim yang kalah beribu-ribu undi di Hulu Selangor boleh cabar SPR kerana mendakwa pilihan raya kecil itu tidak adil, sudah pasti Robert Lau Jr juga boleh mencabar SPR kerana beliau hanya tewas 166 undi dari DAP (selepas ditolak undi yang diterima Narawi).

KEPUTUSAN PENUH PRK SIBU:

1. Robert Lau Hui Yew (BN) ....................... 18,447
2. Narawi Haron (Bebas) .............................      232
3. Wong Ho Leng (DAP) ............................. 18,845

Majoriti: 398
Undi rosak: 395
Peratus pengundi: 70 %
Undi pos: 2,429
BN dikalahkan "bookie" di Sibu...!! BN dikalahkan "bookie" di Sibu...!! Reviewed by mesin taip buruk on 5/16/2010 10:33:00 PM Rating: 5
Powered by Blogger.