01 May 2010

Legasi Abdullah Badawi

Ingatkan cerita pasal mantan PM, Pak Lah Badawi dah selesai selepas dia dengan berat hati terpaksa melepaskan jawatannya kepada Najib lebih setahun lalu, rupa-rupanya banyak lagi perkara kontroversi hasil tinggalan beliau.

Ini gara-gara Kickdefella yang dedahkan dia terima RM4 juta bagi menjalankan kerja-kerja melemahkan pentadbiran Pak Lah, tak pasal-pasal terungkit pula kisah-kisah lama. Dahlah isu kekalahan BN di 5+1 pada PRU-12 dua tahun lalu belum selesai lagi, perihal perpecahan dan perselisihan faham antara kaum yang belum dapat diatasi lagi, timbul pula isu-isu berbangkit yang aku rasa Pak Lah pun dah ingat-ingat lupa.

Memang tak dinafikan Pak Lah banyak jasanya sepanjang 5 tahun menjadi PM. Bukan setakat ekonomi dan pembangunan negara yang dibina Tun Dr. Mahathir selama 35 tahun musnah dalam masa singkat, malah Pak Lah juga gagal mempertahankan Pulau Batu Putih sehingga ia jatuh ke tangan Singapura.

Tup-tup timbul pula isu Pak Lah serahkan dua blok telaga minyak kepada Brunei konon sebagai galang-ganti dengan Limbang. Patutlah beriya-iya Pak Lah beritahu media yang isu Limbang sudah diselesaikan masa Pak Lah lawat Brunei menjelang hari2 akhir dia jadi PM. Rupanya dia tukar dengan blok L & M. Tapi yang pelik sehari kemudian kerajaan Brunei nafi pula yang isu Limbang selesai.

Kalau betullah kawasan minyak ini ditukar suka sama suka dengan Limbang, aku tak taulah macam mana pemikiran Pak Lah (or KJ? Kalimullah? or....) deal dengan Brunei sehinggakan kawasan minyak yang menjana kewangan dan ekonomi negara berbilion setahun boleh diserahkan kepada Brunei manakala Malaysia pula ambil Limbang yang tidaklah begitu ekonomis.

Anak aku yang umur 4 tahun pun pandai bab-bab tukar menukar ini. Yelah takkan dia mahu tukar biskut dengan kereta mainan sebab dia tahu kereta mainan bukannya boleh makan dan mengenyangkan. Itulah gambarannya bila blok minyak ditukar dengan kawasan tanah yang tidak menjanjikan pulangan ekonomi kepada negara.

Apa pun aku bersyukur sebab Pak Lah sudah tidak menjadi PM Malaysia lagi. Kalau tidak tak taulah mana lagi kawasan kat Malaysia nak dijualnya.

Pak Lah... Pak Lah...!

Share this

7 Responses to "Legasi Abdullah Badawi"

  1. Macam inilah KJ dan Pak Lah buat duit berjuta2.
    Orang Malaysia haruslah ambil perhatian yg serious mengenai KJ ini yg ingin sangat jadi Menteri dan PM supaya boleh menjual negara kpd orang asing!

    ReplyDelete
  2. ini lah keadaan apabila seseorang itu sudah tidak mempunyai kuasa lagi. dimalukan semahunya. aku bukan nak defend paklah. memang dia ada melakukan kesilapan. mahathir juga ada melakukan kesilapan. jawapan sudah diberi. puas hati atau tidak terpulang.
    pada aku najib juga ada membuat keputusan yg merugikan negara.

    ReplyDelete
  3. Kredibiliti pak lah sudah dipersoal sejak dia jadi PM lagi especially tapi perihal blog minyak ni baru terdedah selepas Petronas diberi notis tdk lagi dibenarkan menggerudi minyak di blok tersebut. Masa perjanjian dulu pak lah tak dedahkan perkara sebenar.

    Darulehsan: Betul... Mahathir ada buat silap tapi tak adalah sampai tergadai negara. Najib takat ni so far so good. Tak taulah lepas ni. Tapi kalau Anwar jadi PM bukan takat blog minyak atau pulau, silap2 Malaysia ni dia gadai kat IMF atau bank dunia.

    ReplyDelete
  4. Agak agaknya makan duit haram ini lebih sedap dari duit titik peluh, tupasal pemimpin termasuk yang berserban berlumba lumba nak bagi anak bini, gefren makan sama sama.

    Ini untuk orang makan cili je, termasuk aku.

    ReplyDelete
  5. Tuan mesin taip burok
    Kenapa anda perlu mengaitkan nama Anwar dalam kes pak lah ni dan membuat ramalan kalau Anwar jadi PM bukan takat blog minyak atau pulau, silap2 Malaysia ni dia gadai kat IMF atau bank dunia.
    Kenapa anda perlu meneropong jauh kemasa hadapan yang bukan dalam kuasa kita.Hanya Allah saja yang mengtahui dan merencanakan segalaNya.
    Kenapa perlu berfikiran seperti keanak-anakkan kalau umur sudah tua!!!

    ReplyDelete
  6. alunbm: sebab aku kenal sangat siapa Anwar tu. Kegawatan ekonomi 1997, Anwar jadi TPM & Menteri Kewangan. Dia sudah tandatangan pelan bantuan kewangan IMF tapi nasib baik Mahathir halang dan laksanakan pelbagai usaha sendiri tanpa bantuan luar. Kalau ikut anwar dah lama ekonomi dan kewangan Malaysia dikawal oleh IMF...
    Soal aku meneropong begitu jauh sebab dalam apa saja tindakan dan fikiran kita perlu berfikir jauh... bukan berfikiran dangkal.

    ReplyDelete
  7. tambahan: Betul apa jua Allah yang menentukannya dan kita hanya mampu merancang. Anwar telah melakukan pelbagai perancangan untuk menjadi PM tapi ketentuan Allah sebaliknya. Mungkin ada hikmah di sebaliknya kerana Allah amat mengetahui siapa Anwar yang sebenarnya.

    ReplyDelete

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.