09 May 2010

Oh abang polis...

TERKINI:
Nampaknya cadangan aku supaya SOP penggunaan senjata api oleh polis kita diberi perhatian. Baca ni...

PUTRAJAYA 20 Mei - Panel khas yang ditubuhkan untuk memantau siasatan kematian Aminulrasyid Amzah akan mengkaji prosedur yang digunakan oleh negara-negara lain berkaitan penggunaan senjata api oleh pihak polis. - Utusan Online 21.05.2010

POS ASAL:
Nampaknya kejadian anggota polis tembak remaja berulang lagi. Kali ini di Seremban melibatkan seorang remaja yang menunggang motosikal ditembak selepas enggan berhenti selepas diarah oleh polis. Nasib budak ini amat baik sebab ia hanya cedera. Bayangkan kalau senasib Amirunrasyid.

Kalau kes Amirulrasyid aku katakan polis tidak mahu disalahkan 100 peratus tapi kes kali ini memang perlu disalahkan kepada anggota terbabit sepenuhnya. Wajarkah seorang penunggang motosikal yang enggan berhenti ketika ditahan (mungkin sebab tiada lesen memandu) perlu ditembak di perut? Kalau ya pun nak bagi amaran, tembaklah ke udara walaupun aku rasakan dalam kes ini ia juga tidak perlu.

Pihak polis boleh meminta maaf kepada keluarga Azizi dan anggota terbabit digantung tugas. Tetapi mereka mungkin lupa bahawa kejadian2 seperti ini bukan sahaja memberi imej buruk kepada PDRM tetapi menjadi kegemaran puak2 pembangkang untuk memanipulasikan kes seperti ini untuk memburukkan kerajaan BN dan IGP.

Dan aku percaya kejadian yang menimpa Amirunrasyid, Azizi dan beberapa kejadian lagi akan digunakan oleh pembangkang terutama DAP sebagai modal kempen mereka di Sibu dan mereka sudah pastinya akan menyalahkan kerajaan BN dan IGP walaupun jelas yang bersalah adalah anggota (individu) terbabit.

Kes-kes seperti ini tidak boleh dibiarkan. Walaupun IGP boleh memberi 1,001 alasan untuk mempertahankan anggota mereka, membuat ugutan atau merajuk sekalipun tetapi tindakan segera tetap perlu dilakukan bagi mengelak berulangnya kejadian ini bukan sahaja di peringkat PDRM tetapi juga KDN dan menterinya.

Anggota terbabit dengan kejadian seperti ini harus dihadapkan ke muka pengadilan dan bukannya hanya sekadar digantung tugas atau "dibuang" ke pedalaman sebagai hukumannya. Kejadian ini amat berat. Bayangkan jika penjenayah yang menembak orang awam boleh dikenakan hukuman mati sepatutnya anggota polis yang bertindak serupa juga perlu dikenakan hukuman sedemikian jika terbukti bersalah.

Pada masa yang sama PDRM perlu memikirkan SOP yang baru bagi memastikan anggota yang berhadapan dengan situasi seperti ini membuat tindakan yang betul. Betul penjenayah sukar dikenali dan mereka berada di mana sahaja tetapi sebagai anggota polis yang terlatih dan apa lagi yang berpengalaman, sudah pasti mereka boleh mengenali kelibat seorang penjenayah atau pun hanya seorang remaja yang ketakutan terhadap polis kerana tidak mempunyai lesen memandu.

SOP penggunaan senjata api perlu dikaji dan dilihat dengan teliti oleh PDRM. Apakah ia masih relevan atau sebaliknya. Begitu juga dengan SOP mempertahankan diri daripada penjenayah, juga perlu dilihat semula sama ada anggota polis yang bertugas itu selamat atau sebaliknya. Mungkin dari segi pemakaian baju kalis peluru, kenderaan peronda dan juga senjata api yang mereka bawa, semuanya perlu dilihat semula kerelevannya.

Seingat aku PDRM sudah menyambut ulang tahun mereka ke-200. Dan dalam usia yang begitu matang sepatutnya kejadian-kejadian seperti yang berlaku ke atas Azizi tidak boleh berlaku. Begitu juga kejadian anggota polis yang mudah menjadi mangsa penjenayah, juga tidak boleh lagi berlaku dengan kerap.

Pesan aku kepada pak menteri, KDN, IGP dan PDRM buatlah sesuatu dengan segera. Jangan sampai nanti rakyat hilang keyakinan terhadap mereka dan jangan sampai juga ia menjadi modal bagi pembangkang untuk menangguk di air yang keruh sebab mereka ibarat jerung yang hanya sentiasa mengangakan mulut untuk memakan mangsa!

Share this

3 Responses to "Oh abang polis..."

  1. BULIH LA PINJAM CHE POLEH YANG TEMBAK BUDAK TU AJAK PI BUGHU BABI SABIK PEEL DIA
    MACAM TENGAH DOK BUGHU BABI. KALU BABI TAKPA, HANG NAK TEMBAK KAT MANA2 PON. BABI TENGAH TIDOQ KA, BABI TENGAH MAKAN KA, BABI TENGAH BELAGHI KA, ATAU BABI TENGAH BELAKI. TAKDA MASALAH PUNYA.

    YANG HANG DOK TEMBAK BUDAK HANYA TADAK
    MAW BERHENTI SAJA. MUNGKIN TADAK LESEN ATAU MUTOR DIA TADAK ROAD TAX SAJA. KALU TAK DAN NAK HAMBAT, LEPAIH SAJA LA. KALU CHE POLEH TU CEKAP, KEJAQ LA SAMPAI DAPAT.

    AKU CADANG LEPAIH NI CHE POLEH KALU NAK RONDA JANGAN PAKAI PISTOL…… BAKALKAN LASTIK CUKUP LA. KALU LASTIK, TAK LA REMAJA SAMPAI MAMPUIH. TINGGI2 BONJOL KAT MANA2.
    BAGI GULI SATU KARUNG PAKAI DEPA WAT PELURU.
    he he he
    baru semingu dah 2 ekoq kena tembak, seropa tembak babi

    ReplyDelete
  2. Polis hanya menjalankan tugas.

    Kalau polis suruh berhenti, berhenti.

    Jangan lari macam orang buat salah.

    take care of your own communist party

    ReplyDelete
  3. Setiap dari kita ini bekerja. Polis pun hanya menjalankan tanggungjawabnya.

    racist extremists in DAP is at it again

    ReplyDelete

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.